Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Bye bye Mr Rumble Tuff! :-((

 Pagi ni datang pejabat lain macam sangat, rasa tak best pun ada, rasa rindu pun ada, pelbagai rasa.
 
Untuk pertama-tamanya, hari ni ke opis hanya satu beg saja (handbag), tak best sangat! Bermula hari ini, tak bawa cooler bag dan peralatan pam susu dah tak bawa
 
Rasa macam 'kehilangan'/'kerinduan' yang amat, rasa tak selesa dgn penampilan hari ini dengan hanya satu beg saja :-(( Tapi inilah keputusan yang dibuat, dan hari ini bermulalah episod ke tempat kerja tanpa dua beg.
 
Hari pertama mungkin rasa tak best tapi inilah keputusan saya.
 
Walau apa pun, terima kasih ya Allah kerana memberi peluang, dan masih dapat menyusu cik kembar ke hari ini. Terima kasih, syukur ya Allah. Moga niat saya dirahmati Allah Taala...
 
Dah tak pam di opis ni, tak de lah bekal susu untuk cik kembar di taska., menyusu malam di rumah saja lah...
 
Moga cik kembar baik-baik ya!
 
 
Bai-bai beg pink yang comel! :-((
 
Bai-bai Mr Rumble Tuff  :-((  Belum simpan dlm kotak lagi..rasanya kena cepat2 simpan, lagi ditengok, lagi rasa sayu.... Rindulah saya kat kamu nanti!
 
 
Pilihan susu tepung untuk cik kembar ialah dumex dugro (fruit/vegetable). Nampaknya, bulan ni, bajet susu lebih la...;-)) Sebenarnya, cik kembar dah mula campur susu tepung dari lepas raya puasa lepas, setakat ni, dumex dugro lah yang sesuai dgnnya.
 
Tak tau la macam mana saya di opis seharian tak pam ni, moga baik-baik saja.
 
Sebab nak berhenti pam?  Umur kembar dah dua tahun, ermmm...tiga tahun pun masih boleh pam  kalau kita nak, kan! Sebabnya, "mmng nak berhenti pam lah"....itu je lah sebabnya  kihkihk! (Alasan macam tak kuat je kan!)
 
Susu masih ada, bila pam dua kali di opis, dapat 13-14 oz (kalau pam satu kali dapat la 9-10 oz) Hasil pam bawa ke taska keesokan. Bila ptg dia minum susu tepung, kata pengasuh taska, itu pun kalau dia nak minum. Satu bulan, saya hanya bekalkan satu plastik dumex (900 g), kadang habis/kdg tak habis.
 
Tengah menaip ni, tetiba rasa keputusan ni belum muktamad, hihihi. Rasa mcm hari ni mungkin hanya percubaan sajer, hahah. Aduhai, inilah orang kata perasaan ibu menyusu/pengepam tegar kan, kejap rasa ok, kejap tak okey. Ermm, tgklah macam mana ;-)) Moga perasaan ini sekejap saja.
 
Walau apa pun, terima kasih untuk my bos dan kawan-kawan seopis yang sangat2 memahami saya. Dan untuk my bos, terima kasih kerana memberi peluang/masa untuk saya mengepam, dan memberi tempat baik/selesa  ;-))
 
Bila cakap dgn suami, saya nak berhenti pam dah ni, dia pandang saya. Saya tanya pendapat dia, "okey dop?" "Ermm..ikut awak la"...ermm...dia pandang saya lagi, "ikut awk la," dia ulang lagi. ^__^
 
Bismillahirahmanirrahim ... semoga Allah Taala merahmati keputusan saya ini.


**Sebenarnya dari bulan lepas cakap dgn diri sendiri, nak berhenti pam, tapi tak jadi, tunda, tangguh. Dan, hari ni, barulah betul2 tak bawa beg pink comel tu!

**Tengok macam mana hari ni, kalau rasa 'sakit,' minggu depan kita bawak lagi lah beg pink comel tu ke opis. Nampak gaya, hari ni percubaan saja, belum muktamad! Hahahahah!!

 

Monday, December 9, 2013

Bertugas di luar Pejabat?!

Hasil semasa out station di HUSM, Kelantan 12/11/13-13/11/13 (pam dua hari, hari ketiga bergegas 'terbang' KL-Cik kembar demam ............> masuk wad)


Alhamdulillah, dipermudahkan-Nya.

Yang penting, apabila diarah out station, yakin Allah Taala sentiasa bersama-sama kita. Doa agar dipermudahkan-Nya

Bagi ibu menyusu dan seharusnya pengepam tegar ;-)), pastikan kelengkapan untuk mengepam dibawa
-breast pump,
-charger,
-storage bottle/plastic storage. *Saya guna plastic-jimat ruang*, spare part pam (jika perlu):bagi pengguna pam manual Avent
-alat menyimpan susu (diguna selepas tamat out-station) -bekas sejuk, cth: Coleman, bekas putih macam letak ikan/macam gabus pun boleh (sebaik-baiknya bawa dari rumah)
-cooler bag, ice pack (bawa lebih)
-dan lain-lain jika difikirkan penting



Jangan lupa pastikan dengan pihak hotel/tempat penginapan-ada fridge di bilik penginapan/jika tiada, runding dgn pihak berwajib - tumpang simpan stok susu.

Urus masa dengan baik- terutama sewaktu seharian bekerja (waktu siang)-insya-Allah ada ruang untuk mengepam. Waktu malam-penghasilan susu sangat produktif, kena rajin bangun mengepam. Sakit/bengkak, memang tak dapat tidur lena....;-))


 
Hanya susun dalam cooler bag saja. Muat2 dalam cooler bag. Bawa naik dalam flight, member cakap, 'cecair' tak boleh naik kapal terbang, Alhamdulillah, semuanya okey.... ;-))


Sewaktu bekerja, kenal pasti bilik/tempat yang sesuai untuk mengepam.

Fikir positif, doa moga dipermudahkan-Nya...

Alhamdulillah, semasa saya outstation, kawan2 sgt memahami, walaupun staf lelaki, tapi mereka memahami. Semasa dalam perjalanan dr KL ke Kelantan, perjalanan agak lama kan, bila waktu solat, kami berhenti dan saya minta 20 minit - tunggu ai pam susu...hihkihkhik.
 
Selamat 'ber-out-station'! Moga dipermudahkan-Nya. :-)) *Suka berkongsi pengalaman dengan ibu ibu lain ;-))*

Monday, October 28, 2013

Dugaan Menyusu Cik Kembar

Alhamdulillah, rezeki Allah Taala untuk cik kembar, setahun telah berlalu, mereka masih full bf.

Macam mana boleh bertahan sampai sekarang? Sedangkan anak seorang pun, sekejap saja menyusu badan, dah campur susu tepung, katanya.

Sungguh, saya akui, banyak dugaan yang dilalui sepanjang setahun saya menyusukan cik kembar. Sentiasa positifkan diri, yakin, bersungguh-sungguh,  insya-Allah. Setitis air susu ibu sangat2 bermakna ... kes tuang susu ... n macam2 dugaan saya hadapi, hanya Tuhan yang mengetahui perasaan saya ...eceh..ceh ceh ceh... ^_^

Saya bersyukur kerana Allah sentiasa menolong saya. Pada saat saya hampir2 tewas, DIA memberi pertolongan kepada saya.

Bukan sekali dua, tapi berkali2 saya hampir rebah.

Dgn berkongsi cerita pendek yang diringkaskan ini, moga dapat membantu dan sebagai pembakar semangat kawan-kawan, mungkin. Insya-Allah....

Bermula ketika dalam pantang, saya mula kumpul stok.

Sehari saya tak dapat kumpul banyak, kerana cik kembar sentiasa menyusu, kadang2 saya 'curi' stok. Saya masih kekok untuk menyusu kedua-duanya serentak. Bila kedua-dua menangis, mula la panik, saya 'curi' stok lagi! Sorang direct, sorang lagi akan diberi susu botol (ebm).

Habis pantang, balik KL. Alhamdulillah, saya mula pandai menyusu serentak (di rumah saja), tapi tengah malam saya 'curi' stok (kes mengantuk nk bersila beri susu kedua-duanya)
 
Kalau  keluar jalan, saya akan bawa 1 atau 2 botol ebm utk cik kembar ... risau kalau kedua-duanya melalak! (Sekarang tak lagi, dah besar ni, cik kembar makan pujuk, sekut sentiasa bawak ;-))

Stok semakin hari semakin kurang, ambik satu, tak ganti balik, macam mana nak tambah stok kan! Deep freezer semakin hari semakin banyak ruang kosong, sedihnyo kenangkan deep freezer yang pada awalnya (selepas pantang) ... berpuluh2 botol :-((

Pernah pengasuh cal, mintak susu, pukul 12/1 tengah hari, susu habis, katanya! Berdesup pecut cik Kelisa lunch hour beri susu yang saya pam di opis.  Saya tau, beliau belum dapat sesuaikan dgn cik kmbr. Tapi dlm hati saya merungut2 juga, apa tidaknya ... pukul 1 dah habis bekalan susu!
 
Gigih ganti, tgh2 malam bangun pam susu, apabila kedua-duanya tidur, 'curi' peluang pam, pagi2 sebelum subuh saya bangun lagi pam! Ketika ini, tidur saya tak tentu, selalu terbangun tengah malam/pagi-pam, pam dan terus pam ^_^
 
Berbotol2 susu saya bekalkan, tapi beliau masih tak dapat nk jadualkan waktu minum susu. Setiap kali cik kembar nangis, bagi susu, bagi susu dan  bagi susu, macam mana tak abis? Bagi berpuluh2 botol pun, kalau begitu caranya .... phew  phew...lap peluh.

Tension, ia berlarutan berminggu-minggu.

Menangis bukan sbb tk cukup susu, please check pampers. Baby ni kdg2 nak dibelai, dilayan.

Saya suka rujuk fasal penyusuan di blog Suraya Lunatots/ Fara Sara Kids etc. Sesekali saya online dengan kawan2.  Elakkan bertanya dgn orang yang kurang menyokong bf, yang akhirnya menyebabkan anda lebih kecewa n frust!
 
Hampir nak beli susu tepung, suami beri semangat!

Ya, misi mesti diteruskan!
 
Kes pecah kereta, medela freestyle diambil, sangat2 kacau! Seminggu saya guna pam manual avent, sesekali di opis dgn bermuka tebal, saya guna Spectra 3 Mamazarin, sesekali teknik marmet! berpeluh ketiak 
 
Google pam bagus ... tk de bajet doh nak beli FS :-(( akhirnya Rumble Tuff menjadi pilihan, alhamdulillah masih berjasa sehingga sekarang!

Itu belum lagi masuk angin malas nak pam di opis, ditambah kerja yang terkejar2 di opis ... phew phew.... Tapi walau sesibuk mana pun saya di opis, tidak pernah tidak saya tak pam, saya tetap 'curi' masa jugak! Cuba bayangkan satu hari tak pam? Huisy mau demam bengkak susu tau!

Apa yang saya sedar tentang diri saya, pada saat stok saya semakin kurang, rasa tension etc, saya masih boleh 'berlakon' tenang. Walau dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa galaunya saya, tapi cuba pujuk hati sendiri. Itu kelebihan yang ada pada diri saya, mungkin!? ;-))

Seingat saya, umur cik kembar 8/9 bulan, stok saya kosong! kosong! kosong! Bermula 'hari kosong' tu, hari ini pam, esok bekal untuk pengasuh, ya, tiada lagi ebm!

Yang bernasib baik, apabila cik kembar mula mkn ... terasa ringan/lega sedikit. 
 
Apabila cik kembar pindah duduk taska, ada masa menyebelahi saya, ada lebihan 1 atau 2 botol=4 oz. Alhamdulillah, lebihan itu dapat la saya top up utk esok ... atau mungkin 1 botol itu boleh buat stok.

Saya mula kumpul susu ... 12/11 ini saya akan out station ke Kelantan 4 hari!! Ouch, gigih kumpul 1 botol 1 hari. Sabtu Ahad pula, power pumping!
 
Alhamdulillah, di opis, saya masih pam, hasilnya masih lagi konsisten, sesekali ada lebih, sesekali kurang, sentiasa bekerja keras ;-))
 
Usaha doa n tawakal....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekarang, saya selesa menyusu cik kembar kerana mereka semakin bsr n pandai cari sendiri, saya tak perlu lagi bangun bersila tgh mlm, mama serah diri aje, nak! ^__^

 
Pengalaman indah ini pasti tidak akan dilupa sampai bila2 ... syukur pada-Mu ya Allah...

Perjalanan  setahun ini-bukan semudah yang disangka, walau apa pun masalahnya, saya terus berjuang. Pertolongan Allah Taala, sokongan suami dan keluarga serta rakan2 ... menjadikan saya terus gigih dan kuat, terima kasih!  Syukur ya Allah.
 
Bukan kerana siapa-siapa, demi Allah, hanya untuk anak2 saya. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang ketika melahirkan anak pertama dulu....

Selagi daya, diberi kesihatan dan rezeki, terus bf ... amin.

Tuesday, July 9, 2013

Siapa Tuang Susu Cik Kembar?? :-((

Tak nak panjang2, sikit saja nak tulis, sekadar luahan.
 
Semalam susu cik kembar kena curah/tuang 2 botol=8 oz) ... tapi bukan saya yang curah! Rasa nak nangis, marah, sedih, bercampur baur. Tapi cepat2 saya cuba redakan perasaan sendiri ... inilah cabaran ibu menyusu!! Dah le stok dah tak de! Tapi saya sangatlah penyabar! Penyabar eh mu dieyana? uhuuhkhkkk... Saya tahu Allah sentiasa di sisi saya....
 
Siapa yang curah?? Tak pe lah, saya tak nak cakap apa2. Ya saya tau, dia tak tau apa2... Tapi sepatutnya dia call saya dulu! Ini tidak, terus buang, dengan andaiannya, susu tu basi! Uwaaa....dieyana nangis eh??? *_*
 
Inilah antara cabaran dan ujian dalam menyusu cik kembar...Sebenarnya banyak lagi ujian2 yang saya lalui sepanjang menyusu cik kembar. Tapi dalam pada saya melalui cabaran2 itu, saya tak pernah berputus harap. Sedih memang sedih, tapi saya buat dek aje, semakin dilayan perasaan itu, semakin saya rasa down! Dan, atas kesabaran saya ini, telah genap 9 bulan saya telah menyusu cik kembar tanpa campur susu selain susu badan saya sendiri. TQ Ya Allah!! Sujud syukur pada-Mu.... Semoga saya terus diberi kekuatan ini.... Saya sayang anak-anak saya...kerana Allah Taala. Amin... Terima kasih my lovely husband! Sangat2 memahami saya ... sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya. TQ!!
 
 

Wednesday, June 19, 2013

Surah al-Baqarah: Ayat 60

Amalkan Surah ini untuk perbanyakkan susu badan

Kelebihan Surah Al-Baqarah, Ayat 60; memohon supaya diperbanyakkan susu badan utk menyusukan si kecil.

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk
kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.
Digalakkan disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat fardu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insya-Allah.

Selain daripada mengamalkan ayat tersebut, boleh juga diamalkan membaca Surah Yaasin dan Surah Hujuraat.
 
Sumber: FB
 


 

Monday, May 20, 2013

Ahad: Dah Ada Pengganti & Kedai Upin Ipin

Berdebar-debar ;-) Alhamdulillah, hari ni hari pertama dgn 'kasih' baharu. Semalam, kami ke MOMS LITTLE ONE (MLO) Wangsa Maju. Dah tekad, nak Spectra 3 double pumping, tak dok stok pulok! Ingat nak cancel je, tunggu stok sampai, tapi rasa mcm dh lambat/tk sabar. Tengok pam lain, tetiba jatuh cinta kat Rumble Tuff, test .. rasa best pulok.  Tak nak komen panjang2 lagi, sbb hari ni baru nak mula dgn Rumble Tuff ni .... harap semua okey! Ya Allah Engkau permudahkan jalanku ini.... Dapat freegift 2 rompers untuk cik kembar drpd kakak owner MLO tu. Tq!

Balik tu dah hampir pukul 7, tapi anak2 kelaparan, tak tau nak makan apa, papa kata kita makan area rumah kita lah. Dalam perjalanan pulang ternampak sign board besar tepi jalan Taman Melati KEDAI MAKAN UPIN IPIN. "Iman, upin ipin!" Mak pulok yang teruja ;-) Nasib baik papa tak laju, terus berhenti ... layan anak2 di kedai makan upin ipin. Anak2 makan ayam+fries, saya, mi goreng+telur mata, papa-Nasi Goreng Atuk (ada telur mata, keropok goreng). Cik kembar bertemu kembar upin-ipin. Selang beberapa minit, masuk satu family, bawak anak kembar juga (sekolah rendah)..hihkik3...kelakar comel, kembar bertemu kembar! Kesimpulan: sesiapa yang nak anak kembar-bolehlah bawa isteri ke kedai upin ipin. Hik3
(Tak bawa kamera nak snap pic-bercerita tanpa gambar mcm tak best, macam syok sendiri ;-)

Parents yang nak bawa anak2 ke kedai makan ni, kena standby bawa duit lebih sbb kat dlm ni bnyk mainan/mcm2 upin ipin. Nasib baik lah anak2 saya tak request nak benda2 tu. Iman & Wafiy, ralit tgk teater upin ipin yang dipasang kat tv. Pendapat saya, bolehlah sesekali layan anak2 kat restoran ni.. kat rumah pun boleh goreng ayam Menunya ...boleh kenyangkan perut ... dari segi harga pula saya rasa macam mahal sikit. Contoh-mee goreng-rm 8.50. Kedai agak meriah dgn kanak-kanak dan mak pak Ribena,  ^__^ Makan laju2 maghrib singkat, Cik Kembar berak
 
 
**Medela FS sentiasa dikenang. Moga Rumble Tuff memberi sinar baru! Insya-Allah....Ya Allah, Engkau berilah rezeki untuk anak-anak kembar ku ini.

Wednesday, March 27, 2013

Penyusuan Ibu: Berusahalah!

Perkongsian:

Makanan/minuman/amalan saya, insya-Allah, boleh menstabil / tambah  penghasilan susu badan (mungkin ada orang yang sesuai, mungkin ada yang tidak, ikut kesesuaian masing-masing ;-) )

~ susu tepung (tak kisah brand apa)-Part ni saya agak susah nak telan, paksa rela je-time mengandung pun mcm tu juga-paksa rela.

~ disebabkan 'payah' minum susu-sy mencari alternatif lain-susu tepung - Dutch Lady coklat.  Tak de bau susu, sedap! + oat = marvelous!

~ lain2 minuman bercoklat, milo etc

~ horlicks, nestum

~ oat (dulu tak suka, sekarang suka/sedap sgt!)
 
~soya

~air putih  semestinya!

~ air mata kucing

~kurma

~tempe

~yogurt
 
~ coklat
 
~ kurangkan minuman berkafein
 
~ no ais2 ya! :-))

1) Ibu menyusu kena jaga  makan-tak boleh nak skip/diet2. Jgn risau gemuk, insya-Allah, ibu menyusu, badan maintain..;-)) saya lebih risau penghasilan susu daripada risau gemuk ;-))
 
2) Kena rajin pam.
 
3) Sentiasa berfikiran positif, jiwa mesti tenang, kalau jiwa kacau, kacau lah hasilnya. ;-)  sentisa  'bermain' dgn psikologi ... positif thinking!
 
4) Doa agar sentiasa diberi rezeki untunk anak2.
 
5) Amal ayat 60-surah al-baqarah

6) Sebagai sampingan-supplemement (  untuk kesihatan diri + membantu menambah susu badan .. insya-Allah dengan izin-Nya. Alhamdulillah, tiada keletihan, kurang mengantuk, bangun pagi-segar! Pinggang/badan tidak sakit2, insya-Allah, semuanya kerana kuasa Allah SWT, sentiasalah berdoa diberi kesihatan dan rezeki yang baik dan halal, Amin. Tapi perlu diingat, "Supplement alone CANNOT increase your milk supply. Supplement berfungsi untuk top- up kekurangan nutrisi di dalam tubuh yang menjadi PUNCA kenapa susu kita merudum" (petikan daripada Breastfeeding Heaven)

7) Jgn risau sekiranya hasil hari ini kurang drpd hasil semalam, dan sebaliknya. Kalau kurang, berusahalah ... bangun tengah malam atau apa saja cara ... nak seribu daya, tak nak seribu dalih ;-))
 
8)Jgn duk ckp, 'aku ni tak dok susu'. Please ... semua org Tuhan beri rezeki ini, cuma cara kita mengawalnya adalah penting ... setkan minda yang baik2, ok!
 
9) Jgn risau tgk susu orang lain lebih bnyk drpd kita ... rezeki masing2, mungkin hari ini dapat sikit, esok lusa dapat banyak....

Nota: Lahir anak pertama dulu, saya tak tahu apa2, Iman hanya disusukan 2 bulan dlm pantang sahaja. Tak mahu ulangi kegagalan yang lalu, dan atas kegagalan  yang lalu, saya bangkit! (ewah) Dan, Alhamdulillah, anak kedua, Wafiy - saya susukan sehingga dia berumur 4 tahun.

Insya-Allah, untuk anak kembar ni semoga terus diberi kekuatan keyakinan. Amin.
 
Jadual makan saya:
 
* Pagi - Sarapan milo+oat/dutch lady coklat+oat+kuih/roti/nasi lemak/nasi goreng/etc
 
* Pukul 10 - kalau pagi makan kuih, kul 10 saya akan mkn nasi, kalau pagi makan berat pukul 10 saya kunyah kuih/biskut.
 
* Tengah hari - nasi
 
* Petang (pukul 3/4) - bancuh ESP (Shaklee) 1 mug+kunyah roti.sekut/tak ,kisah apa2, janji ada kunyah2..;-))
 
* Malam - nasi
 
** Dari pagi -malam saya akan minum air putih/suam=4-5 liter!
 
~~ Usaha, doa dan tawakal, insya-Allah.... ~~

Friday, March 15, 2013

Hasrat Terlaksana (2012)

Benda yang saya nak sebelum ni, akhirnya tercapai. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Allah Taala,  Tq untuk suami kerana tolong tambah2 modalnya... Gigih tau kumpul duit utk dapatkan semua ni+duit bonus+suami yang top-up ;-)

1) Ini hasrat masa anak kedua lagi. Katanya, dpt ank ketiga nanti, nak tukar pam. Apabila disahkan kembar, lagilah meronta2 nak FS. Saya beli dgn littlecaliphheaven, harga promosi, RM 1550 full set ... dan dapat storage bottle brand littlecaliphheaven dgn harga diskaun. Masa tu saya pantang kat kampung, suami yang tolong belikan.
 


2) Stroler Maclaren. Pada mulanya kami nak beli stroler guna duit yang org bagi kat kembar. Tapi rasa syg pula nk guna duit kembar, so duit yang org bagi saya buka akaun tabung haji utk kembar. Saya dan suami sanggup kongsi duit bonus  beli Maclaren nih-apabila dilipat, muat utk bonet myvee yg kecik tu!. 

Beli time Year End Sale, diskaun 20%. Asalnya, nk beli  satu stroler single je, sbb Sweet Cherry Wafiy masih elok, jarang2 guna. Tapi bila pikir panjang, takkan nk tolak dua stroler, tak glemer la utk kembar ;-) kembar glemer, mak pun glemer sama kan! ^_^ Sekarang, Sweet Cherry yg ada tu tersadai ... masih elok/baru-kalau ada saper nak, saya jual dgn separuh harga. Mau? ;-)) 

3) Peti lama (satu pintu) tempat ais dah kurang  beku, kami putuskan beli deep freezer. Masa pantang di kampung, stok kembar mmng tk muat waima peti 2 pintu. Alang2, beli ajelah deep freezer (DF),  biarlah betul2 menjayakan misi breastfeeding! DF ini pun suami yang pergi survey n beli, masa tu saya pantang kat kg -  Elba-RM 600 di Senheng.
 


4) Car seat Sweet Cherry - bukan saja impian tapi memang keperluan utk kembar, kemudahan utk kami hantar dia ke rumah pengasuh.(sudah dapat stroler n car seat)

Wednesday, February 27, 2013

Menyusu Kembar

Panduan untuk diri sendiri dan ibu-ibu lain juga ;-)
 
 
 
 
Gambar No 1-6, dari kiri ke kanan: Dalam pantang-saya lebih selesa dgn gaya no. 1 (gambar atas)-lapik bantal kiri-kanan, depan-belakang ;-)
Umar 2G (Ghazi & Ghufran) dah besar sikit, saya selesa dgn gaya no 3 (gambar atas), dan sekarang si kembar dah nak masuk 5 bulan, saya selesa dengan gaya no 6 (gambar bawah).
**Tak ada dlm gambar pun ada juga-gaya sesuka hati mak aje, asalkan si kembar selesa, saya pun selesa ;-))
 
Kalau tak kena gaya, sakit pinggang mak tau! ;-) Masa mula-mula nak biasakan diri menyusu serentak, kekok/sakit pinggang segala bagai jugok, sekarang alhamdulillah, dah boleh biasakan diri....besar esok 'lagu' mana la, pandai lah si kembar cari sendiri...jgn berebut, cukup satu sorang ^_^.

Thursday, November 17, 2011

Merajuk No 1

Tak boleh ‘seleh’ sikit, **ngaju selalu (tak tau nk translate ‘seleh’ tu apa ^__^) Yang ni merajuk sebab saya tak bagi susu badan kat dia.



Saya cakap,
"Wafiy lapar kan, mama buat susu banyak kat Wafiy! (merujuk kepada susu botol). Susu mama sikit, nanti Wafiy lapar."


"Tak nak, nak pek!"


Ha, itu yang merajuk tu....

Terus saya g ambik kamera ... sebagai kenangan untuk dia suatu hari nanti, insya-Allah. Bila saya ambik gambarnya, lagi dibuat gaya rajuknya ... sambil mata menjeling2 dari celah lengannya itu Yang kelakarnya, “Mama ambik la gambar Afiy lagi, Afiy rajuk nih!” Lepas ambik gambar, “Mama, Afiy nak tengok gambar Afiy," lepas tengok sekeping, sambung rajuk lagi ... boleh pula dia g sambung rajuk tu ... hehehe
Bila saya buat tak tau, akhirnya dia mengalah, minum juga susu botol. Tapi, bila dah habis minum tetap nak pek jugok! Maknanya, nak menepek la tu. Tak sampai hati tengok muka cebek2, saya bagi juga lah...

Akhirnya mengalah....

Bak kata Farah farhan (sarakids) kepada anak perempuannya yang berusia 3 tahun 1 bulan: "Dia masih memerlukan mami untuk comfort herself, calming her soul melalui berdakap dan menyusu."

Begitulah juga Wafiy yang kini berusia 3 tahun 2 bulan yang masih memerlukan mama untuk comfort himself, calming his soul melalui berdakap dan menyusu ... dan juga anak2 uols yang mungkin masih lagi menepek macam kami .... ;-))

(**Ngaju=Rajuk)


Cakap2 orang: "Eh, umur 3 tahun kena berhenti susu doh, umur dua tahun kena berhenti doh, dia bukan minum susu tu, tapi darah!"


Memang saya akan berhentikan wafiy daripada menyusu, tapi bukan kerana susu itu darah!


(**Nota Dieyana: Saya bukan marah kat orang-orang tu kerana kata-katanya itu, kerana saya tahu dia memang tak tahu tentang susu ibu dan perkaitan dengan darah. Tapi saya agak kecewa kerana saya sendiri pun tidak dapat terangkan kepada orang2 yang berkata sedemikian. (ayat belit ko? ntah uols paham ke tidak ayat saya ni..heheh) Takkanlah kita nak bagi anak kita minum darah kan! Please, sesiapa yang tahu akan fakta ini, boleh bagitau saya/ada link yang beritahu akan hal ini.


Maaf, saya agak emo kalau orang cakap2 begini, tapi saya tak reti nak balas balik / beritahu kepada yang berkata demikian) Mungkin ya, susu itu berasal daripada darah, tapi dia telah diproses menjadi susu ... kalu gitu, susu lembu tu darah la jugok, lagi teruk, darah lembu! Eh tak reti nak explain! Dan, kerana saya tak tahu akan fakta yang sebenarnya! Puas saya google, tak jumpa. Cuma ini yang saya jumpa dalam satu forum penyusuan, so saya papar sedikit di sini.


1) Mmg betul susu tu asalnyer dr darah, itu sebab kita claimed susu ibu mempunyai antibodi, so antibodi tu hanya ada dalam darah kite jer, tp of course ler susu yg baby dpt tu darah yg telah melalui complicated process dlm tetek kite yg kita tak leh explore lg sampai ke hari ini...

Menurut pembacaan sy, mmg susu akan bertukar warna balik ke seakan2 oren/pink muda apabila dibiarkan pada suhu bilik utk tempoh yg lama (not sure berapa lama it is..)..kes bibimie tu mungkin disebabkan susu telah dry, so that membantutkan proses berbalik tersebut...

2) Sekadar ingatan...
Darah merupakan pengangkutan utama zat2 dan segala serba serbi dalam badan..oksigen pun gi otak 'naik' darah...so mmglah susu tu terhasil dr bahan2 dalam darah tp ia tetap bkn darah...
air kencing cthnya.... slps darah ditapis maka dibuang bahan2 lebihan jd air kencing....
kalau kidney rosak kan ada kes kencing berdarah....
Prolactin causes your alveoli to take nutrients (proteins, sugars) from your blood supply and turn them into breast milk.

Daripada ayat itu, kesimpulan dibuat, susu bkn terhasil dr darah tp dia terhasil dr bahan yg dibawa dlm darah
...

Tuesday, August 2, 2011

Mesti Ada!

Mesti (Wajib) ada setiap kali Ramadan! Tidak kira jenis kurma apa pun, asalkan ia buah kurma! (Kalau ada kurma sedap yang mahal tu, lagi syok, heheh. kalau beli sekotak okey la, kalau berkotak2, fengsan!;-))) 1-2 biji untuk berbuka, sahur pun 1-2 biji.
Teringat ketika berpuasa Ramadan yang lepas, tatkala masih menyusukan Wafiy, berkotak2 saya beli, kerana kurma dikatakan dapat memberi susu yang banyak untuk ibu menyusu (insya-Allah dengan izin-Nya). Ketika itu saya mengamalkan 7-8 biji kurma dari waktu berbuka, sebelum tidur, dan bersahur. Dan, ada ketikanya, saya buat jus kurma blend (susu segar+sedikit saja ais+buah kurma=blend). Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik pada bulan Ramadan walaupun ketika itu saya menyusukan anak, dan di pejabat saya tetap meneruskan mengepam susu (tidak kira berapa hasil (oz) yang saya dapat).

Antara khasiat buah kurma:

Khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sumber:http://permai1.tripod.com/kurma2.html



**(Nota Dieyana:Tentu ada yang mengamalkan buah kurma, bukan saja pada bulan Ramadan saja kan?)

Thursday, March 17, 2011

Memori Bersama Takkan Kulupa!

Selama lebih kurang 2 tahun kita bersama-sama, 5 hari seminggu, pagi-petang kau denganku ... akhirnya, 16 Mac 2011, ku mengambil keputusan ini ... untuk tidak bersama kau lagi. Aku akur dengan keputusan ini, walaupun kita terpisah, tapi memori bersama-samamu tak mungkin kulupa. Apa-apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kuucap padamu. Segala 'jasa' yang kau beri untukku dan si kecil, pasti disemat dalam hati kami berdua. Terima kasih! Moga-moga 'perpisahan' ini hanya sementara, ada 'jodoh' kita ketemu lagi. Insya-Allah. Jaga 'diri bebaik ya!

"Berat bebanku, meninggalkanmu,
separuh nafasku jiwaku sirna,
bukan salahmu, apa dayaku,
mungkin benar cinta sejati
tak berpihak pada kita,
kasihku, sampai di sini kisah kita...."






























































Heheheh....

Kebiasaan ke pejabat 2 beg-handbag dan beg hitam ni, bila bawa handbag aje, rasa lain macam aje, hari pertama tanpa beg hitam ni, kekok semacam, terasa tak best bawa satu beg aje ke ofis. Heehehhe...


Moga 'kita' ketemu di lain masa....;-)

Tuesday, March 8, 2011

Tak Cukup Tidur

Kata suami..;-), "awk tak de 2 hari, sy tk cukup tidur tau!" "Aik bakpo?" (Saya betul2 musykil, takkan lah jaga anak hanya 2 hari tak cukup tidur??). Kata suami lagi, "nok cukup tidur lagu mano, tidur malam, Wafiy, kejap2 nok susu, 2 jam-2 jam mitok susu." "Ha? ye ke?" (Barulah saya faham situasi sebenar-sambil tersengih2, dlm hati, 'tau pun ya, rasakan' ... hehe). Sebelum ni, saya tidak pernah tinggal Wafiy. Katanya lagi (banyak betul katanya..hehe), "Wafiy dgn awk tak pe lah, kejap-kejap selak, tengah2 malam buta pun tak payah bangun buat susu, selak aje, nah...mata tutup pun boleh beri susu kat Wafiy."

Dialog suami yang ni, saya tergelak. Tapi gelak2 saya pun ada makna. Itulah dia, salah satu daripada berpuluh2 kebaikan kanak-kanak minum susu ibu ni. So, untuk suami-suami di luar sana, sokonglah isteri anda (penyusuan susu ibu), supaya anda tidak perlu bangun tengah2 malam buta bancuh susu. Hahha, ups, gelak, gelak juga, apa yang penting, saya telah membantu para suami di luar sana! :-) Dan, story ini juga menunjukkan, betapa saya sangat2 diperlukan oleh Hanapi ... ekekkeke. Saya perasan?? (Muka merah-menahan malu)

**(Gelak tawa sambil berkongsi kebaikan. Insya-Allah....)

Monday, March 7, 2011

1.Tahniah + 2.Rindu + 3.Alhamdulillah

1.) 5 Mac 2011, saya ke Kelantan atas undangan program Bicara Karya Wilayah Timur. Alhamdulillah, sebuah karya yang saya tangani, Merpati Menari di Padang Embun, karya Zanazanzaly, penulis dari Pasir Mas Kelantan, dibicara oleh YBhg. Dr. Hajah Fatimah Busu, berjaya diadakan di Maktab Pengkalan Chepa, KB, Kelantan. Apa-apa pun tahniah untuk Zanazanzaly. Tahniah juga untuk Tuan Haji Wan Ahmad Ismail, karya beliau, kumpulan drama, Awal, Tengah, Akhir, turut dibicarakan oleh Sdr. Nazri Ahmad, pensyarah dari UKM. TAHNIAH semua!

Itu sebagai mukadimahnya. :-)


2.) Sepeninggalan saya selama dua hari, Iman Wafiy dijaga cemerlang oleh Hanapi. Thanks ya. Rasa rindu yang amat pada ketiga-tiganya. Apa tidaknya, kejap2 call, tambah runtun apabila, Iman, "Mama, kenapa mama tak balik lagi, mama cakap nak balik hari ni..." sambil teresak2 kecil. Wafiy? Selamba rock aje si kecik tu. Pada hari menghantar saya ke KL Sentral, Wafiy, menangis2 kecil, "nak ikut ama". Iman ketika itu, selamba aje, sambil berpesan, "mama jangan lama2 tau." Sudah lama saya tidak berjauhan dgn ketiga-tiganya, waima 2 hari, saya terasa lama. Walau apa pun, di Kelantan, saya di rumah ma, jadi, kesunyian saya tidaklah ketara sangat.... Cuma apabila mendengar suara Iman Wafiy, terasa nak balik KL, masa tu jugak! Hanapi? Heheh, RINDU juga....;-) (malu2 kucing)

3.) Apa-apa pun, dalam 2 hari itu, saya tidak lupa menjalankan tanggungjawab saya. Dan, inilah hasil yang diperolehi.... Alhamdulillah, dalam umur Wafiy yang menghampiri 2 tahun 6 bulan, saya masih diberi peluang oleh Allah Taala. Memang tak banyak, tapi saya sangat2 bersyukur dgn hasil yang diperoleh dlm 2 hari itu. ALHAMDULILLAH.... Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali rasa angkuh tak tentu fasal. Tapi saya sangat2 bersyukur dan rasa bangga kerana telah dipilih oleh-Nya untuk mendapat anugerah yang tiada bandingan. Semoga keluarga, rakan2 saya, turut dipilih-Nya untuk menerima anugerah ini. Insya-Allah....Amin....

**(Entri 3 in 1...;-)

Friday, January 21, 2011

Minum Susu Tepung di Rumah!

Dalam dua tiga hari ini, Wafiy dah pandai minta susu tepung ketika berada di rumah. Dan, semalam, "Ama, Afiy apaa, Afiy nak su." (Mama, Wafiy lapar, Wafiy nak susu). Mata saya sedikit terbeliak. Wafiy lapar? Nak susu? "Minum pek mama lah." "Na nak (tak nak), Afiy nak su" Susu tu, maksudnya, susu botol=susu tepung. Kalau dia nak susu saya, akan disebutnya 'pek'. Erm, nasib baik ada botol susu baru dibeli, dan kebetulan, Dumex Dugro (Honey) 650 g ada dalam simpanan, standby sekiranya pengasuh beritahu, susu tepung habis. Di rumah pengasuh, saya masih membekalkan susu perahan saya dan di top-up dgn Dumex Dugro Honey.


Apabila saya bancuh susu Dumex kepada Wafiy=5 oz, sengih2 hisap botol di kerusi. Saya dan Hanapi pula ralit melihat dia minum susu sambil tersengih2. Maklumlah, tak pernah tengok dia minum susu botol ketika di rumah.


Adakah itu petanda Wafiy mula ingin merenggangkan susu badan? Semalam, dua kali dia minta susu tepung, petang, dan malam ketika mahu tidur. Tetapi apabila terjaga pd tengah malam, seperti biasa, minum susu saya. Saya berasa ingin menghentikan saja aktiviti mengepam saya di pejabat. Hasil perahan saya sekarang, lebih kurang 6-7 oz sahaja (sesi 1=3.5 oz + sesi 2=3 oz hingga 3.5 oz). Tetapi hari ini saya agak teruja-hasil perahan sesi pertama=5 oz! Mungkin semalam, Wafiy kurang minum susu saya, menyebabkan hari ini saya mendapat hasil lebih daripada biasa. Tiba-tiba keputusan untuk menghentikan aktiviti mengepam, kensel! Hheheh, saya akan terus mengepam, tidak kira berapa hasil yang saya dapat, sekurang-kurangnya bekal ke rumah pengasuh untuk Wafiy, masih ada....



Monday, December 13, 2010

'Pencen'

Salam....

Entri kali ni bukanlah nak bercerita beria-ia, tapi lebih kepada entri yang santai dan ringkas. Buat entri sambil2 lalu saja. Tapi Dieyana nak fokus secara ringkas fasal penyusuan ni. Lama sungguh tak ada fasal Dieyana dan Penyusuan. Al-maklum, hampir2 nak 'pencen'. Nak 'pencen' dah? Bila? Hehehhe, Dieyana pun tak tahu bila nak 'pencen'. Tak ada tarikh 'pencen' yang khusus. Biarlah Allah Taala yang tentukan. Apa2 pun, aktiviti pengepaman masih lagi diteruskan, tapi hanya 2 kali sehari. Dalam sehari, hasil yang dapat=lebih kurang 7-8 oz sahaja. Kalau sesi 1 dapat 3.5 oz, sesi ke 2 akan dapat lebih sikit, dalam 4 oz. Paling banyak akan dapat 8.
--Rasanya, Dieyana belum mahu 'pencen' lagi. Tak kiralah dapat 1 oz pun, Dieyana tetap mengepam dan tetap setia dengan beg hitam tu.... Terima kasih Ya Allah. Kalau boleh, dan diizinkan-Nya tak nak 'pencen' lagi. Jika Dia masih memberi peluang ini, selagi itulah Dieyana terus mengepam/menyusu. Insya-Allah....

Thursday, November 4, 2010

Indonesia dan Susu Ibu

Dipetik daripada Berita Harian, 4 Oktober 2010, "JAKARTA WAJIB IBU SUSU BAYI HINGGA 6 BULAN"

--Indonesia meluluskan undg2 baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bg tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.
--Berkuatkuasa tahun depan-menetapkan mana2 ibu yg enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM 35,200) dan setahun penjara.
--Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Tari Tritarayati berkata, undang2 akan memperincikan bg syarikat yg mempunyai kakitangan drpd ibu yang menyusui anak mereka, memerah dan menyimpan susu.
Katanya lagi-penting kerana Indonesia kerap dikritik dan didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya utk melindungi hak ibu menyusu yg bekerja.

Wednesday, November 3, 2010

Suatu Pagi ... Peti Sejuk=Sifar Oz!

--Pagi tadi, seperti biasa, buka peti ais, nak ambil susu Wafiy untuk dibawa ke rumah pengasuh. Tiba2 ... eh kenapa ni, apa fasal ni? peti ais rosakkah? Oh tidak ... susu Wafiy (ruang bawah) tidak sejuk langsung! Buka tempat beku atas tu, keluar air/wap2 di sana sini. Apa sudah terjadi!!!??? Entah dari bila ia terjadi, sebab petang balik kerja, letak susu tu, elok saja peti. Terus buka penutup susu wafiy, cium punya cium, dah lain macam baunya, basikah?? Beberapa kali cium2, berasa waswas. Jadi, dengan sayunya ... perlahan2 kucurah 2 botol = 10 oz dalam sinki. (*Nasib lah tak de stok, kalu tak, meraung makcik) hanya 10 oz tu la bekalan utk Wafiy ....
--"Wafiy, hari ni minum susu rumah tuk deh. Hari ni Wafiy tak bawa susu mama." (Sambil kutunjuk beg yg kosong). Terkebil2 Wafiy pandang begnya yg kosong, kemudian tunjuk2 kat peti, "ma, mik mik"=disuruhnya mama ambil susu dalam peti.
--Bagaimana petang nanti, nak simpan kat mana susu Wafiy yang diperah hari ni??? Apalah puncanya ya? Peti sejuk rosakkah?? Gas kurang?? Bagaimana??? Kenapa?? Di mana??
(Kerugian setitik susu pun dah rasa sedih, apatah lagi 10 0z ... pasrah....)

Monday, November 1, 2010

'Se nis'

Kisah Wafiy-2 tahun 1 bulan beberapa minggu)

Mama: "Wafiy, sedap ke 'pek'?''
Wafiy: Dap....
Mama: Wafiy nak susu macam rumah tuk? (dumex dugro)
Wafiy: Nang nak (Tak nak)
Mama (banyak kecek mama nih! Ahhaha): Rasa apa pek?
Wafiy: Se nis....

--Mula2 mama tak faham, 'se nis'.

Mama: Rasa apa?
Wafiy: Se nis
Mama: Rasa manis?

--Tersengih2 Wafiy.

--Sahlah, rasa manis. Hahhah, tahu ke dia 'manis' tu? Lucu pula bila Wafiy dah mula membesar....

Friday, October 15, 2010

Tambahan Penting

Erin Adzmi:
Kak nak tambah skit, menurut kata pakar perubatan, menyusu boleh meransang kontraksi..sekiranya semasa menyusu ada rasa kontraksi yang sgt kuat.di sarankan utk merujuk kepada dgn pakar perbidanan dan boleh refer dgn pakar laktasi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...