Seorang kakak di opis berkata, "Pandai la korang buat kek. Cantik la kek. Diana, nanti nak buat kek panggil la akak dtg rumah, nk tgk cara nak buat kek."
"Isy, saya bukan pandai pun kak, kek simple2 boleh la, hahahah. Yang dah siap, memang la cantik, tapi kak tak tau, di sebalik yang cantik tu, apa sebenarnya yang berlaku, fuh, bersilat saya kak, di dapur...." Ha, inilah dia, yang kerap mengganggu 'kesejahteraan' saya di dapur.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wafiy!! Main luar! Arghhh!
"Ma, nak engok, ma, Afiy nak acau" ... huh, macam2 la, diambilnya kerusi, nak jugak bersama2 saya di dapur. Apabila ada gangguan2 di dapur, fuh, ada la yang terbalik botol itu ini, pecah itu ini, lagi kacau dibuatnya! Adoi. Jadi, Hanapi perlu ambil peranan lebih kat sini, kena la sembang2, main2 kat ruang tamu dgn dua beradik ni. terutama Wafiy. Kejap2, "ma, nak pek", ha, yang ni tak boleh tangguh, Padahal, balik kerja tu dah susukan Wafiy ni, sajer aje nak menepek. Kalau dah dikata nak pek, berguling2 di dapur, nak jugak! Jadi, perlulah saya berhenti, dapur ditinggal bersepah2. Bila dah sambung ke dapur, mood yang membara2 tadi, dah menurun skit. Fuh....
Dah kata nak kacau kan, saya berilah peluang sekejap Wafiy kacau, tapi dah lebih2 pula. Adoiii....
Iman sangat jarang mengganggu saya, dapat sebotol susu, buka channel 611, boleh buat dia ralit. Tapi kalau dilihatnya adiknya turut di dapur, mulalah nak menyibuk jugak! Hanapi, sila ambil peranan awak ya! Heheheh.... (Ha, di sinilah peranan suami, isteri di dapur, anak2 suami kena lah jaga kan. kan kan...;-)

Sesekali mereka hanya menjenguk sahaja,
"ma wat apa", kata wafiy.
"Ha, dah, dah, g luar tgk katun." Tetapi ada la jugak masa2 baik mereka. Ha, lega saya di dapur....;-)
Ha ni lah dia, barang2 bersepah sana sini, ini kira dah okey, sambil2 tu, dah kemas skit bahan dah guna. Sinki 'diclearkan', kalau tak, lagi haru dibuatnya, kalau dah bersepah di dapur, buat saya lagi pening! Berada di dapur, jiwa saya perlu tenang, peratusan bersepah di dapur, saya cuba minimumkan, sepah2 ketika menyediakan makanan, itu sudah biasa, tapi saya tidak mahu ia terlalu bersepah, barulah hidangan yang disediakan dapat disiapkan cepat dan tersusun, chewah...ehhehe....

Apa-apa pun, dah bersilat di dapur tu, mengecahkan dapur, lepas tu dapur perlu kemas, bersih, tanpa kekotoran minyak di dinding! Atas kabinet perlu clear, periuk belanga sumbat dlm kabinet. Tak kira la dalam kabinet tu tak tersusun, (hahaha), asalkan atas kabinet dan sinki, tidak ada apa-apa yang tertinggal. Yang tinggal, hanya pemanas air, susu, dan botol air. .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haruslah berkilat ye cik kak, barulah mata tak sakit melihat periuk belanga hitam ;-)
**Nota Dieyana: Dah kata nama, penulis blog kan, apa saja yang berlaku di depan mata, yang cantik, yang tak cantik, yang sedap, yang tak sedap, haruslah diambil gambarnya....heheheh...smile! Waima ikan kering! Tetap diambil gambarnya, tentulah ada cerita tentang ikan kering tu kan. Kalau saya mengeluarkan kamera saya tu, Hanapi jeling2, katanya, "ha dah mula dahhh..." Saya tak kira, kamera tetap menjadi pendamping setia saya di mana2. Jangan marah ya, En. Hanapi...;-) )