Showing posts with label Baju Raya. Show all posts
Showing posts with label Baju Raya. Show all posts

Friday, June 22, 2018

Baju Raya Zefiks Collection

Bukan review berbayar, just nak kongsi je ;-))

Nak baju melayu slim fit katanya. Nak tempah jahit, dah tentu lambat. Sebelum puasa dah aim nak ke Kas Tailor. Tahun lepas, tengok adik lelaki n anak-anak saudara pakai Kas Tailor slim fit, cantik! Pergi Kas, saiz S tak muat nak sarung, sebab tak de zip kat tepi (badan) - body lebar atas hiihih. Saiz M, besar pulok, tak jadi slim fit.
 
Pusing kedai2 baju melayu di Bangunan Wisma Yakin, Masjid Jamek ... masuk Bak Tailor, saiz dah kena dengan badan, warna ada, tapi kain kilat sangat. Lutut ai dah gigil, orang semakin ramai, perut posa semakin pedih! ;-))
 
Balik tangan kosong. Kat rumah, sambil baring2, google kat instagram. jumpa baju melayu online, tak berani nak beli. Last2 teringat  raya tahun lepas adik suami pakai Zefiks, cantik! Terus buka instagram zefiks, stok dah habis! Katanya tunggu 27 Mei stok sampai.

27 Mei terus terjah ... mak oiiii kedai belum buka, beratur dah panjang. Dengan personal shopper yang datang beli berbondong2 ... beratur nak dapatkan size dan bayar, hampir dua jam!

Fuh, gigih (menggila pun ya kot, hanya untuk satu pasang baju melayu beratur 2 jam). Dah nak sangat kan! ;-))

Dalam instagram, netizen mula mengecam zefiks n owner, proses nak ambik saiz n beratur lama sangat (tak masuk dek akal), staf kelam kabut, macam2 lagi lah. Ermmm ... apa2 pun, ownernya Nik Afik (ore kelate wei,) mewakili The Zefiks n staf dah minta maaf  kat customer kerana kesilapan teknikal dan mungkin diri dan stafnya. Dia pun tak sangka orang begitu ramai. Semoga Zefiks dapat mengambil pengajaran atas apa yangberlaku pada hari tersebut.
 
Instagram: zefikscollection

Apa2 pun, suami puas hati dengan pilihan warna bininya ^__^. Itu pun bini masih pening, belum ada kata putus nak warna apa, sebab warna2 baju melayunya cantik2. Baju bininya boleh je nak match baju melayu warna apa2 pun ;-)) Jahitannya pun agak kemas. Harganya nak kata mahal pun tidak, murah pun tidak, standard baju2 melayu kat butik. Tapi rasanya Zefiks harganya berpatutan, ada sale hari raya,. Sekali setahun apa salahnya kan. Size ngam2, just alter seluar, panjang sgt ;-))
 
Kedainya di jalan Perindustrian area Bangi juga. Kalau di Bangi Sentral, sah2 sendat jem nak masuk kat situ kan, terutama bulan puasa. Nasib baik la zefiks ni bukan di Bangi Sentral, lengang je jalan nak masuk situ.
 
Boleh tengok zefiks collection di sini
 
 
Photo kredit: Zefiks.com
 
Sedikit tentang Zefiks:
ZEFIKS is based on Malaysia online brand with currently our physical store at House of ZEFIKS in Bandar Baru Bangi. We are officially launched on September 2012. All of our products are designed and built upon three elements; Modern, Simple and Contemporary.
 

 
Photo kredit: Zefiks.com
Keluaran terbaru -Kurta. Nampak cantik! Model (owner Zefiks), tinggi lampai orangnya, pakai apa pun nampak kemas, kan! :-))
 
Photo kredit: Zefiks.com
 
Zefiks Resources Sdn Bhd
No.11,Jalan Perindustrian Suntrack,
Hub Perindustrian Suntrack,
Off Jalan P1A Seksyen 13, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang,Selangor

Tuesday, July 25, 2017

Kurung Moden Cotton ... OOTD ke ni? ^__^

Gara-gara tukang jahit dah tak nak terima kain pasang, gigih le usha2 baju siap yang simple, comel tapi murah!

Pada mulanya kite dah reda, pasrah, baju raya tak de ... pakai je baju yang ada. Reda dalam paksa, hahha. Tup tup member cerita ada ig kurung moden cotton yang best!

Kurung moden cotton daripada Karabum Fabulous!


OOTD le sangatt! ;-))


Pelbagai size, dari yang kecik molek, sampai la yang besar comel. Yang best, potongannya cantik, corak cotton yang comel-comel, harga berpatutan (sepasang tak sampai seratus pun), dan cottonnya bukan jenis yang renyuk sangat tu.

Suka cotton? Bolehlah terjah kedainya di

Tingkat 2-186,
Plaza Idaman,
Jalan 6/21 D,
Gombak 53100 KL

Mon: Closed!

ig: karabum.fabulous

Saya risau nk shopping baju online, nak kena pergi try jugak. So, dah tengok design di ig, Ramadan hari tu, terus terjah kedainya.

Mak oiii, panjang beratur nak masuk kedainya. Tak sangka ramai peminat cotton ni, atau kes diaorang ni sama mcm saya, tak de baju raya nak pakai? Hahaha. Suka2 je tuduh org macam2 ;-))

Gigih kite beratur, nasib baik le ada size dan ia sangat menepati citarasa saya yang memang suka cotton; simple, nice giteww ;-))
#sayasukacotton



Dua pasang-cukuplah untuk raya kedua dan raya ketiga ;-))

Raya pertama kite pakai batik (crepe) - bukan baju baru pun, dah pakai masa kenduri adik ipar awal tahun! ;-))



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...