Showing posts with label Rasa. Show all posts
Showing posts with label Rasa. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Nak Beli Estima?!

Salam 11 Syawal....

Petang-petang pun nak update entri? ;-)

Ragam anak-anak di hari raya....

"Duit raya Wafiy nak beli Estima macam ayah long!"
Ayat budak kecik yang berjiwa besar! ^_^ Itulah anak kedua saya, Wafiy, tahun ni beraya dah pandai menghargai duit raya. Dapat je duit raya, terus masuk dompet. (Dompet pun kelakar, usik abangnya, Iman, "dompet Wafiy macam perempuan!" ^_^) "Mama, simpan duit Wafiy dalam dompet, Wafiy nak beli Estima!" Nak dapat adik baru, kereta mesti besar, lagi pula dia tengok ayah saudaranya guna kereta Estima (suami kakak saya). Usik suami saya, "siapa nak bawa Estima? Wafiy pandai bawa kereta ke?" Jawab Wafiy, "papalah!!" ^_^ (Bertuah kami, anak bagi duit raya, beli Estima, khikhihk....)


Tup-tup, tengok sepupu2nya (anak-anak kakak saya) pakai selipar yang comel di matanya. "Mama, Wafiy tak jadi beli Estima, Wafiy nak beli selipar macam Awih!" La pulok.... Macam-macam ragam kanak-kanak.

Yang si abangnya pula-Iman, "mama, duit raya Iman ni, cukup tak Iman nak beli PS2?"
(Kes Iman pula, dah faham mama/papa tak mungkin belikan ps2 untuknya, lalu, mahu guna duit sendiri.... ;-))

Friday, March 23, 2012

Mood Tak 'Mari'

Pecah rekod kali ni, 2 minggu tk update apa2 kat blog. Rindu memang rindu, sayang memang sayang, kalau tak tuan dia, siapa lagi nak sayang blog sendiri kan.... Tapi apa boleh buat, mood tak mari. Tapi kerana sayang dengan Dieyana78, gagahkan juga hari ni untuk menaip sepatah dua kata di sini.

Mood tulis yang betul-betul belum mari

Mood jalan-jalan pun tak mari juga


Mood tak nak mandi petang (penyakit baru yang tak elok diamal-balik kerja tak nak mandi, sejuk aircond kat ofis yang melampau masih terasa2 waima dah sampai rumah ^_^)


Mood shopping pun belum mari ... tunggu tunggakan April? Mungkin juga. Insya-Allah semoga rezeki tu mari.... ^_^


MOOD SEKARANG dalam kepala, hanya nak MAKAN saja. Sekarang mood makan nasi+budu ^__^ Tengok member tulis kat wall FB-sup perut lembu, terliur, tengok idazs buat nasi lemak style Terengganu katanya-ikan aya tumis, pun terliur, tengok kek sedap pun terliur, haisy macam2 la nak makan ... rasa nak balik Pasir Mas, makan perut! Kat KL ada ke perut? Yang saya tahu, perut import ada la ... tak nak perut import! Kalau sesiapa tahu kedai makan kat KL ni jual masakan perut lembu yang bukan import, bagitau ya! ^_^

Perut lembu ... meleleh pulok air liur ni.... Kalau musim korban, best, ambik part perut - rebus, buat pencicah asam, atau buat sup perut.... tapi renyah nak urus perut, terutama perut yang 'bulat' tu, perut muda ke apa namanya ... seharian duk basuh - cuci-buang kekotoran/lemak yang dalam tu, ma kata nak sangat perut, sendiri basuh ya! T__T . Lalu, bertungkus lumus la Dieyana laki bini cuci perut kat perigi, tipu! kat paip belakang rumah, dengan beralas bangku kecil! T__T


Sumber gambar: http://shw.mamasya.fotopages.com/17141992/Air-asam-perut-lembu.html

Wednesday, January 18, 2012

Kisah Hati

Sekadar meluahkan rasa hati....


Maaf, entri saya kali ini agak tidak gembira. Mood saya tidak gembira. Capai manuskrip di meja, sungguh, hati saya tidak menentu, jemari saya tidak mampu untuk menjalankan tugas hakiki saya di pejabat. Lalu, saya buka blog, dan mahu tulis di sini.


Tengah hari tadi apabila mendapat berita tentang permohonan saya yang satu itu tidak berjaya, terasa luluh hati saya. Ya! Saya perlukan yang satu itu! Tapi sayang, permohonan saya ditolak. Maaf ya, saya meluahkan isi hati saya yang tidak gembira ini di sini, tetapi saya tidak dapat beritahu tentang yang satu itu. Bukan mahu berahsia ... ermm ... tapi saya belum berani untuk menceritakan perkara sebenar. Tak pe lah, sekurang-kurangnya, saya dapat melegakan hati saya yang tidak gembira ini melalui blog saya.


Makan tengah hari bersama-sama suami di Restoran Anis Pantai Dalam tengah hari tadi pun rasa macam tak makan. Lauk kegemaran saya terhidang di depan mata, tapi saya menelannya tanpa ada perasaan seronok dek memikirkan 'permohonan gagal' saya itu. Tangan menyuap, tak sedar, nasi habis sepinggan, ulam cicah budu abis licin. +__+ Sungguh, semangat saya hilang! Bukan saya saja yang tidak bersemangat, suami saya turut merasainya, kerana dialah yang banyak membantu saya dalam permohonan ini.


Tetapi cepat-cepat saya ingat akan Pencipta. Saya cuba kaitkan kekecewaan ini dengan hikmah di sebaliknya. Saya anggap rezeki saya yang satu itu belum dapat dicapai, belum dapat saya genggam. Tuhan maha adil, Tuhan maha mengetahui ... ada sebab Dia tidak mahu beri yang saya mahu itu. Tuhan mahu saya bersabar. Ya Allah, saya akan bersabar, saya tidak putus asa.


Ya, semangat saya datang tiba-tiba. Meluahkan rasa tidak gembira saya di sini adalah sesuatu yang melegakan. Ingat kepada Dia, Dia maha berkuasa, terus hati saya dicalit kelegaan. Alhamdulillah.


Saya akan cuba lagi memohon, saya akan berusaha lagi! Ya, dieyana tidak akan berputus asa. Usaha tangga kejayaan! Kata suami, kita cuba lagi! Insya-Allah, kalau usaha/permohonan saya ini berjaya, insya-Allah, ia tidak akan jadi rahsia lagi ... saya akan beritahu perkara itu kelak, ya!


Ya! Coretan ini mampu melegakan hati saya. Alhamdulillah ... ya, saya sudah mampu tersenyum. Saya teringat nasi + ulam-ulaman dicicah budu + tempoyak di Restoran Anis tadi. Alamak, saya kembali lapar! Okey, saya mahu sambung kerja.... Bai! :-))

Tuesday, September 13, 2011

Katanya ...,


Katanya, nak makan Subway


Sekian, terima kasih! ^__^




Tapi bukan kata besday boy, (besday boy tak tau nama subway nih), tapi kata mak besday boy tu. Boleh gitu? ^__^

Wednesday, April 13, 2011

Biarlah....

Sesampai saya di rumah (dari pejabat), belum lagi saya duduk, membuka tudung segala bagai, "mama, nak susu", "mama, nak nasik", "mama, iman/wafiy berak", "mama, nak air", "mama, nak mandi". Adakalanya saya mengeluh kecil, "letihnya...." Anak2 bergaduh, berebut itu ini, menyepah2kan rumah, di kala saya kepenatan, pastinya mulut ini akan membebel pula.


Tetapi apabila mereka diam, yakni ketika tidur, saya terasa sangat2 sunyi waima mereka tidur untuk satu jam sahaja! Oh, itulah hakikatnya, mereka sangat2 diperlukan dalam hidup saya! Biarlah mereka bising, biarlah mereka bergaduh, biarlah mereka menyepahkan barang, biarlah mereka minta itu ini! Apalah sangat dgn rumah yang bersepah, sekadar barang mainan mereka merata2, kalau dah hilang penat, kemas aje lah! Tak perlu bebel2 kan? Itu dunia mereka, mahu menyekat2 kebebasan anak-anak, seolah2 menyekat kreativiti anak-anak.


Cerita kawan-kawan yang tidak dikurniakan anak, menjadikan saya lebih sedar, betapa anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang tiada nilainya. "Balik rumah, laki bini rasa sunyi yang amat, tiada kedengaran suara2 kecil, tiada adegan kejar2-mengejar anak2 kecil". Menyebabkan saya sangat2 menghargai kehadiran anak2 saya. Syukur Ya Allah atas pemberian-Mu ini. Tiba-tiba saya rindu ImanWafiyHanapi! Alamak, teremosi pulak..;-)


ImanWafiyHanapi ... sesekali Hanapi harus interframe di sini...:-))


Saya teringat Ma dan Ba saya di kampung. Adik perempuan bongsu saya dan cucu sulungnya pastinya menjadi pengubat mereka. Ma dan Ba telah pun melalui apa yang saya lalui sekarang, menjaga kami 4 beradik, pastinya kesabaran yang menjadi peneman ma dan ba di kala itu. Dengan perangai kami 4 beradik yang begitu begini ... adeh, emosi lagi! Hheheh, cover line deh!


Fakta yang menarik perhatian saya: (Sumber emel)


++Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka, 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


++Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


++Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


(Sesekali beremosi ... senyum ... smile ... sengih ... ;-)

Friday, December 10, 2010

Ceritalah Lagi

Salam Tahun Baru 1432. (Belum terlambat kan?). Hari ni dah 4 Muharam 1432. Alhamdulillah ... dan beberapa minggu saja lagi 2011 akan menjelang. Sekejap betul masa berlalu. Tiba2 rasa 'sesak nafas'. Kenapa? Sebab nak masuk tahun baru. Hehhehe, Tak de kaitan pun 'sesak nafas' dan tahun baru. Sesak nafas tu bila sampai saja pejabat. Oh, sangat teruk kan? Ada orang gila bekerja, ada orang gila membaca, aku? Gila2 agaknya. Isy, apa saja aku bebel ni. Apa2 pun, aku sebenarnya bukan seorang yang gila bekerja, sebab tu bila pruf datang macam air mengalir tu, masa tu lah 'sesak nafas', dgn manuskrip lain yang kat sebelah aku ni, belum diusik. Oh, tidak ikhlaskah ku dalam bekerja. Ya Allah, berilah ketenangan dan keikhlasan kepada hamba-Mu ini dalam melakukan pekerjaan. Jadi, untuk menghilangkan 'sesak nafas' ini, lapang2kan minda dgn berblog. Heheheheh. Lupakan fasal 'sesak nafas' tu. (Sesak nafas tu bukan lama, sekejap2 aje ia datang..hehe).
--Cerita menjelang tahun baru 1432:
Satu hari sebelum menyambut tahun baru 1432 (lebih kurang pukul 12.30 tgh hari), kami mendapat panggilan daripada anak pengasuh (Ayu), yg dulunya, pernah menjaga Iman Wafiy. "Kak, boleh tak minta abang datang ambik Wafiy, abah tak sedar". Kami (DieyanaHanapiIman), yang ketika itu berada di Jalan Tar (heheh, kantoi), terus bergegas pulang. "Apa fasal pula pak cik ni, jatuh ke". Macam2 persoalan kami sepanjang perjalanan pulang itu. Abah ialah suami kepada pengasuh Wafiy. Sepanjang yang kami kenal, dia sangat baik, pendiam, tak banyak banyak cakap. Menurut mak cik pengasuh, suaminya sangat rapat dengan anak2 yg dijaganya itu, termasuklah Wafiy. Mereka menganggap anak2 jagaannya seperti cucu2 mereka sendiri.
--Sampai saja di rumahnya, beberapa orang berada di luar pintu rumahnya. Kami terus masuk, terus nampak sekujur tubuh kuning pucat, ditutupi kain batik, dan anak2, serta isteri seperti abru lepas menangis. Tahulah kami, pak cik sudah tidak ada. Innalillah.... "Kak, abah dah tak ada". Itulah butiran yang dilepaskan Ayu kepadaku. Rupa2nya, tidak ada apa2 pun, ketika pak cik tengah makan di meja, tiba2, kepalanya terlentok di meja. Isteri (mak cik pengasuh) dan anaknya terus memapah turun ke bawah dan dibaringkan. Doktor datang dan mengesahkan pak cik sudah kembali kepada-Nya. Subhanallah, mudahnya dia pergi. Semoga rohnya ditempatkan di tempat orang2 yang beriman. Al-Fatihah. Takziah untuk mak cik pengasuh sekeluarga.
--Sehingga ke hari ini, Wafiy belum dihantar ke rumah pengasuh. Mujur juga Hanapi bercuti panjang, ha apa lagi, mengasuh anak le...:-). Tambahan pula, hari ni, Ma, Ba, dan adik perempuan dari kampung, ada di rumah kami. Mereka sampai di KL ni dari 7 hb tu, dan semalam mereka bermalam di rumah kami. Yehhh, meriah sungguh rumah kami semalam. (Jangan jeles ya untuk Kak Long kita anak-beranak yang sekarang ni beria-ria kat Langkawi tu. Hahahaha, kami kat sini, tak jeles pun org kat Langkawi. Apa2 pun, Daim ku jn lupa ye. ;-)
--Dan tengah hari ni, Dieyana nak balik rumah. Amboi2, seronok sungguh Dieyana ya, mentang2lah Ma dan Ba ada kat rumahnya. Hehhehe, mestilah, selagi hayat dikandung badan ... selagi itu lah kita dapat berbakti dgn mak ayah kita kan. (Apa ya baktiku kepada Ma dan Ba ya? Eheheh, tiba2 pula soalan tu muncul. Apa kaitan 'bakti' dengan kepulangan ku ke rumah tgh hr ni? Ahahha, apa saja kubebel ni.). Alhamdulilah, semoga Ma dan Ba diberi kesihatan yang baik, dan dapatlah mereka bermanja2 dn cucu2nya. Insya-Allah. Alhamdulillah, tiba-tiba hilang dah rasa 'sesak nafas' tu.
--Bai bai ... selamat beristirahat atau kepada yang bershopping tu, semoga selamat semuanya hehehee....
(Dieyana sgt teruja dgn kedatgn famili kali ini, kerana ini kedatangan mereka kali pertama ke rumah baru kami, sejak kami pindah 17 Jun yang lalu. Kata Ba, memerangkap perunding imej, "Rumah Na ada gaya" Hehhehehe, tersenyum simpul Dieyana apabila dipuji...ahaks!)
.

Wednesday, November 24, 2010

Ceria+Yakin=Alhamdulillah....

Salam.

Hari yang menceriakan! Alhamdulillah. Dengan langkah yang penuh berkeyakinan, dari rumah ke pejabat.... Walaupun pruf berlambak2 di meja, tapi hari yang sangat mebahagiakan. Kebahagiaan itu ada yang berpunca apa yang ada di sekeliling kita, di samping orang2 tersayang. Alhamdulillah.


Apa yang membahagiakan Dieyana78?

1. Anak-anak dan suami serta diri sendiri yang sihat walafiat. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah memberi kesihatan yang baik untuk kami. Tidak lupa sentiasa mendoakan kesihatan untuk ibu bapa kami. Insya-Allah....

2. Semalam, Dieyana78 dapat barang baru=oh sungguh berkeyakinan. Hehhehe ... apa barang tu? Biasa2 aje, tapi penuh bermakna kerana itulah yg diimpikan ... dua 'ketul' daripada Charles & Keith, konon2, lama tidak shopping untuk diri sendiri. Gambarnya? Oh tidak perlulah ... malu2 kucing konon. Hhehehhe...

3. Datang kerja dihantar oleh insan tersayang. "Oh, terima kasih sayang, kuucap padamu" (sila nyanyi macam lagu Awie tu). Ya lah, cuti sekolah, seharusnya menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menghantar isteri ke tempat kerja. Tanpa menapak dari stesen Hang Tuah ke DBP, maka, kuguna peluang ini untuk memakai kasut yang bertumit. Chewah!
4. Dua tiga hari ni, balik dari pejabat, hidangan makan malam sudah tersedia. Alhamdulillah, ringan kerja I. Terima kasih lagi untuk Mr. Hanapi, yang telah menggunakan masa cuti sekolah dgn sebaik2nya, meringankan kerja Dieyana78. Syukur. Diharap ia dapat dilaksanakan tiap2 hari! Hahhaha, kejamkah daku? Ah tidak lah, setakat masak nasi, lauk satu/2 jenis=senang aje kan?!
--Semoga hari2 yang mendatang, sentiasa ceria! Wah, apa lagi sebentar tadi mendengar ceramah Inovasi. Sangat kagum dgn penceramah itu. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Taala berikan kepadanya, digunakan sebaik mungkin. Kejayaan demi kejayaan diperolehi, dengan diikuti rasa kesyukuran kepada Allah Taala. Senyuman yang sentiasa dipamerkan, membuatkan orang lain yang memandang, turut tersenyum dan berasa senang.

Friday, October 22, 2010

Anak-anak Kita!


Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
(Sedikit petikan daripada lagu "Anak-anak Kita"-M. Nasir)


Perjalanan mereka masih panjang! Namun, nasib mereka TELAH ditentukan oleh Allah SWT. Ibu bapa sentiasa berdoa agar mereka menjadi insan yang berguna di dunia mahupun di akhirat. Insya-Allah.

Semoga hubungan yang baik ini kekal selama-lamanya!

Hukuman dan Hadiah

Salam Jumaat.

1) Apabila anak2 membuat sesuatu yang menggembirakan hati kita, tentu kita akan memberi pujian berupa kata-kata, memberi tepukan, atau mungkin memberi suatu hadiah yang akan memberi keseronokan kepada mereka. Semua itu adalah sebagai memberi semangat kepada diri anak-anak agar terus membuat sesuatu kebaikan. Atau mungkin ada yang berjanji kepada anak-anak, "okey, NANTI mama belikan hadiah ya". Awas ya, apabila sudah berjanji, ia mesti ditepati. Agar tidak berlaku kekeliruan dalam jiwa anak2. Kalau tidak ditepati, akan berlakulah dialog seperti ini. "Hari tu, mama janji nak beli ultraman kat Iman. Mama tipu Iman, Mama tak sayang Iman." Hahhaha, itu situasi Iman. Saya pasti ramai yang bersituasi seperti ini.
2) Apabila anak2 melakukan sesuatu yang jelas salah, apa yang ibu bapa lakukan? Menengking? Merotan? Dari segi hukuman, bergantung kepada usia mereka. Kata pakar motivasi, melentur buluh biar dari rebungnya. Tentu ada cara terbaik untuk kita meberi hukuman kepada mereka. Memberi hukuman juga ada caranya. Hukuman bukan saja berbentuk fizikal (merotan, sebagainya), tetapi pendekatan secara psikologi perlu untuk mereka, menasihati secara lembut, tetapi tegas. Secara diam-diam, apabila keadaan tenang, cuba dekati mereka. Terlebih dahulu, beri kata-kata aluan, jangan terus ke perkara pokok. Berbual2, barulah tanya KENAPA dia bertidak sedemikian rupa. Kemudian, nasihat kepadanya, jangan ulangi perkara itu. Beri sebab dan akibat yang akan berlaku jika dia melakukan kesalahan tersebut.
3) Hukuman diberi kepada anak2, dengan harapan mereka tidak akan mengulanginya. Contoh: Iman telah melakukan satu kesalahan, dan sebagai hukumannya, Mr Hanapi tidak membenarkan Iman menonton kartun kegemarannya. Itulah hukuman yang berkesan kepada Iman. Rancangan kartun adalah kegemarannya. Seharian tidak menonton kartun, merana badan tauuuu...hehehe. Cuba kalau nak hukum orang dewasa macam tu, tak jalan dik....
4) TETAPI, dalam ketiga2 di atas, mampukah ibu bapa lakukan? Terutama fakta no (2). Pendekatan paling senang, apabila anak2 melakukan kesalahan, ibu bapa terus marah2, bebel2, tangan pasti terangkat juga, paling2 tidak, mencubit. Hahhah. Kalau si ibu, rupa dah macam singa lapar. Si ibu dah jadi lupa diri, sehinggakan anak menjauh hati, menjeruk rasa, lalu timbullah konflik dalam diri mereka. Ikhlas saya mengaku, saya tidak mampu untuk melakukan sedemikian rupa. Apabila anak2 melakukan kesalahan, dengan mudah tangan ini terangkat dan mulut akan membebel. TETAPI saya cuba memotivasikan diri saya, ingin menjadi ibu yang sabar, ingin cuba memahami jiwa anak2 kecil. Apabila perasaan marah menguasai minda, cepat2 beristighfar ... ambil nafas panjang2, hehehhe.
5) Perjalanan anak-anak masih panjang, pelbagai ujian dan dugaan akan mereka tempuhi. Pada zaman serba moden ini, sangat2lah mencabar kita sebagai ibu bapa. Didikan yang baik dan betul oleh ibu bapa, harapan dan doa ibu bapa kepada anak2 agar mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Insya-Allah. (Kadang kala terlintas di fikiran, mampukah aku mendidik anak2 dengan betul, kadang kala bimbang dengan hari2 yang mendatang. Semoga Allah Taala memanjangkan usia dan memberi jalan dan panduan untuk mendidik anak2 kita nanti. Amin.)
(Nota-entri ini lebih merujuk kepada anak2 yang berusia 4-5 tahun)

Tuesday, August 17, 2010

Dalam Kebahagiaan, Ada Kesayuan

-Diam tak diam, Ramadan 2010 merupakan Ramadan kelima aku bergelar isteri kepada Mr.Hanapi, tahun keempat menjadi ibu kepada Muhammad Iman Haziq dan tahun kedua menjadi ibu kepada Muhammad Adam Wafiy, sekali gus, tahun keempat menjadi ibu kepada kedua-dua permata hati ini. Alhamdulillah, memanjat rasa kesyukuran kepada Maha Pencipta, dianugerahkan kebahagiaan dan kesihatan kepada kami. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menghirup udara di atas muka bumi ini. Rasa syukur kepada-Mu Ya Allah kerana masih diberi peluang bersama-sama keluarga tersayang, ma, ba, adik-beradik, dan sanak saudara yang lain. Syukur Alhamdulillah. Semoga Ramadan bulan mulia ini, diberi keberkatan oleh-Nya dan dapat menyempurnakan ibadah ini. Insya-Allah.
-Dalam pada meniti kebahagiaan, tidak kulupa kepada yang telah pergi. Tahun kedua pemergian mok (nenek sebelah ba), menghadap Ilahi. Umurnya yang menjangkau 80, badannya yang kecil, tetapi masih diberi kekuatan oleh-Nya, tiba2 terkulai layu di bilik peraduan, sangat mengejutkan kami kaum keluarga. Semoga arwah tenang di sana, di sisi Maha Pencipta.
-Ramadan dan Syawal yang akan menjelang ini juga merupakan tahun pertama pemergian tuk ayah (datuk sebelah ma). Pemergian arwah sangat tenang. Walaupun kurasa terkilan tidak sempat bertemu dengan arwah, namun, doaku sentiasa mengiringi arwah. Hari raya pertama pasti kami akan berkumpul di rumah tuk ayah, sambil mendengar omelan arwah yang beitu begini tentang anak cucu. Dan, kek kukus buah ialah kegemarannya, pasti dihulurkan oleh ma kepadanya di pagi raya.
-Kepada Nurain Mohd Nor, kakak keduaku, yang telah menemui-Mu selepas beberapa hari dilahirkan, ku sentiasa mendoakan untuk arwah ... teringin untuk bertemu arwah, walaupun dalam mimpi.
-Al-fatihah kepada mereka, sanak saudara, muslim dan muslimat yang telah pergi menghadap Ilahi. Sesungguhnya, daripada Dia kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.

Monday, August 9, 2010

Mari Kita!

Mari kita berangan....
Kita ke?
Aku saja ... yang berangan ... angan2 ke puncak awan, atau ke langit ke 7?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


Angan2 tinggi melangit, akhirnya ku tertidur.....zzzzzz. Pelamin anganku musnah!
Bangun tidur, berangan lagi....Hahhahaha Full stop Tanda Seru

Thursday, June 24, 2010

Aku dan Air Mata

Salam....
Sekadar berkongsi rasa. Apabila kita membaca blog yang penuh warna-warni, hati kita digeletek2 kegembiraan, kisah hidup keluarga bahagia, anak-anak yang comel, lalu kita turut merasai kegembiraan dan kebahagiaan keluarga tersebut. Tetapi, apabila sekali sekala kita membaca blog yang menceritakan kedukaan keluarga, kesedihan, kesakitan, dan peristiwa2 kedukaan, hati kita turut dibawa dalam suasana itu. Air mata, memang tk payah cakap le, berjurai2 keluar, sehingga teresak2, apatah lagi teringat anak2 di rumah. BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL. Dan, kita, sebagai pembaca, sangat2 bersimpati, hanya mampu berdoa, semoga diberi rahmat oleh-Nya kepada keluarga tersebut. Aku-turut berdoa agar anak2 diberi kesejahteraan yang berpanjangan.

Iman yang semakin banyak bertanya itu ini. Fuhhhh....berpeluh mama/papa nk menjawab.

Dalam kesedihan itu juga, aku berasa kagum dengan ketabahan si ibu/bapa dalam menghadapi ujian dari Tuhan. Sesungguhnya, Tuhan Maha Adil, Maha Penyanyang, segala yang diatur-Nya, adalah yang Terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Kami, yang sempurna, fizikal dan mental, memanjat rasa kesyukuran kepada-Nya. ALHAMDULILLAH. Apa saja ujian yang diberi Allah, PASTI ada hikmah di sebaliknya. Tak kira cepat atau lambat, Allah pasti menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. INSYA-ALLAH...

Wafiy yang semakin garang, tapi manja kededeknya belum habis....

Friday, April 16, 2010

Usaha dan Kejayaan

Salam Jumaat.
Lama sungguh tidak mencoret DIEYANA78. Rindu benar, umpama merindukan kekasih hati. Ingin bermadu kasih, tapi tidak kesempatan. Kekangan kerja dan masa yang tidak memberi peluang untuk aku mencoret di sini. Wah, terasa serius pula di pagi Jumaat ini. Hehhehe...
Sekadar berkongsi dan melahirkan rasa hati, bukan apa2, sebagai peringatan untuk diri dan kawan2. Tatkala mendengar kejayaan orang lain, alhamdulillah, memanjatkan rasa syukur, lantas kita akan mengucapkan tahniah dengan penuh iklhlas kepada empunya diri. Ya, itulah hasil kejayaan yang diperoleh setelah bertungkus lumus, berusaha untuk mencapai kejayaan. Kadangkala, terfikir, kenapa aku tidak seperti dia, berjaya, memperoleh kesenangan dengan begitu mudah? Ya Allah, tidak bersyukurkah aku? Masya-Allah. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap impian umatnya. Ya, itulah yang dinamakan rezeki. Rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya setelah berlapis-lapis usaha dilakukan si empunya diri. Tidak berusahakah aku? Bukan tidak berusaha, tetapi usaha itu belum mencapai tahap yang membanggakan, mungkin. Kadangkala kita akan menyedapkan hati sendiri agar tidak terus hanyut dengan perkara-perkara yang mungkin boleh menjejaskan akidah.
Dan, si empunya diri yang mengecap kejayaan itu, aku yakin yang dia bukanlah berusaha sedikit, tetapi usahanya BESAR, MENGHARUNGI PELBAGAI CABARAN, BUKAN TIDAK PERNAH GAGAL, dan bermacam2 lagi. Aku percaya! Tiada orang yang kini berjaya, dulunya dia tidak pernah gagal.
Terus lagi, kenapa aku tidak seperti dia? Oh, masih tidak bersyukurkah dengan anugerah dan rezeki yang Allah Taala berikan untuk kita? Cuba fikir dan renung di negara-negara Barat, berapa ramaikah lagi yang hidup dalam kedaifan, kesusahan mendapatkan sesuap nasi. Kanak-kanak kebuluran mencari sesuap nasi, keadaan diri yang tidak terurus, ditimpa bencana dan penyakit yang pelik, luar biasa, masih tidak sedarkah lagi kita di Malaysia, cukup dengan makan, pakai dan bebas daripada ancaman bencana ataupun kedaan negara yang kucar-kacir.
Apa-apa pun, usaha yang berlipat ganda dengan diiringi dengan doa dan tawakal, seharusnya menjadi pegangan untuk memperoleh kejayaan. Allah Taala sentiasa mendengar doa-doa hamba-Nya. Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Adil, lambat atau cepat kejayaan yang diperoleh bukanlah urusan untuk kita menentukannya. Terimalah seadanya, bersyukurlah dengan kurniaan yang diberikan untuk hamba2-Nya. Alhamdulillah. Teringat dengan kata-kata seorang ustaz dalam satu majlis agama, "Biarlah kita penat di atas dunia kerana mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya, pasti kesenangan akan diperoleh di akhirat kelak." Insya-Allah....

Tuesday, February 23, 2010

8 Sangat!

Salam 9 Rabiulawal....


Gambar blur, ngan kawan2 KKS17 UM, masa bujang dulu2 (gamba yg tak de kaitan ngan entri)

8 SANGAT

*Sangat penat

*Sangat malas

*Sangat tidak ada selera tapi lapar

*Sangat gatal kaki (nak g jalan2, ahhaha)

*Sangat gatal tangan (nak soping2 n makan2 best)

*Sangat mengantuk

*Sangat rindu kat ImanWafiyHanapi!

*Sangat tak sabar nak balik rumah

Sekian...bai bai tunggu entri tahap rajin aku nanti! Pada tahap "8 sangat" ini, aku terjah n melawat blog2 feveret aku ;-)


Tuesday, February 9, 2010

Diari Mama II

Haluuuuuu...
Diam tak diam, akhir 2006, suami tersayang pulang ke Semenanjung, menjalani kehidupan bersama2 isteri dan anak. Alhamdulillah, sesungguhnya, penantian itu satu penyeksaan. Setahun adalah tempoh yg sangat lama, tapi bagaimana yang terpisah bertahun2 lamanya? TQ Allah.
Januari 2007, suami mula berkhidmat di sebuah sekolah di Setapak (Alhamdulillah), bermulanya episod kedua dalam rumah tangga kami. Ketika itu umur Iman menginjak ke satu tahun. Mak mertua gelarkan Iman, Pak Ite Na na na(Pak Itam) hehehe. Dan, suami, menambah2,
"ha ikut mama dia la tu". "Isy! mentang2 la sy ni itam".
Mertua tersengih aje apabila isu kulit itam ni menjadi bahan usikan kami suami isteri. Walaupun dari segi material, tidak mengizinkan ketika itu, memandangkan suami baru memulakan pekerjaan tetapnya; untuk Iman, hanya kasih sayang kami curahkan untuknya. Apa2 pun kami tetap bersyukur diberi peluang hidup bahagia.

Hadiah 2nd besday...Tq mama, papa! (Koleksi papa time buh minyak kat Shell)

Usia Iman meningkat setahun lebih, keagresifan, kelincahannya menjadi2, sangat la tidak takut kepada orang lain, bimbangnya aku, tambahan lagi ketika itu kes culik kanak-kanak menjadi2. Keramahan Iman dengan sesiapa sahaja membuatkan aku sangat berhati2. Ke mana saja kami pergi ramai yang menyapa Iman, sengih sokmo Iman! Itu agaknya yang mebuatkan orang melihatnya, akan menyapanya.
"Eh, cam India la dia, eh, mak dia orang apa". "Hem hem, ni ha mama dia, Melayu asli, bukan orang asli, tapi Melayu asli":-))
Iman didukung, sambil diagah2.
"Kan dia bawak lari anak aku tuh!"
Iman pula, dengan selamba akan mengikut orang yang tidak dikenalinya itu. Fuh, seram betul!
Wajah seorang abang, uruskan adik sampai berpintal2 rambut..;-))

12 September 2008, Iman bergelar abang. Wah! Dah besar anak mama. Cheh..Abang Iman. Awal kelahiran adiknya, kenakalan makin menjadi2, sifat cemburu n segala macam menjadi2. Fuh, mencabar betul!

Dan, kini, Iman di ambang 4 tahun. Wah, dah besar anak mama. Sesekali diminta dukung,
"adoi, beratnya nak mama!"
Ciuman, pelukan kasih sayang mama berikan untuk Iman. Tak sangka betul yang aku mempunyai anak lelaki yang kini berusia 4 tahun...hehehhe. Sehinggakan pernah suatu hari, aku melintasi sebuah dewan komuniti Sentul,
"Eh awak, nanti Iman nak kawin, saya ingat nak sewa dewan ni lah".
Terbeliak mata suami memandang aku.
"Jauhnya awk pikir".
(Dalam hati, ala kejap je masa berlalu ni, tip top tip top dah nak kawin anak bujang mamam ni..:-)). Alhamdulillah, Engkau mengurniakan kami anak-anak yang sihat dan sempurna.

Okey, Iman nak g sekolah ni, bai..

Dan kini, iman bergelar student GA...chewah,,bangganya mama, dan bersyukur Iman dapat belajar di sini, dengan konsep yang diterapkan di GA, mama berpuas hati dan dapat melihat sedikit demi sedikit perkembangan itu. Sekurang-kurangnya, Iman ke GA, memberi peluang untuk Iman berkawan2, yang penting, pendedahan awal Iman dgn alam persekolahan. Doa, solat, zikir, perlahan2 dapat diikuti Iman. Alhamdulillah. mama bahagia punyai anak seperti kamu! Semoga Iman menjadi anak yang taat! Tiada apa2 balasan yang mama dan papa harapkan, hanya doa Iman untuk mama, papa n adik mengiringi perjalanan hidupmu sayang! Untuk suami, terima kasih yang tidak terhingga, semoga cinta kita adalah selama2nya! Tak lupa anak manja mama, Wafiy, Mama sayang adik!

Diari Mama I

Ini bukan cerita dongeng, bukan fantasi, tapi realiti. Ingin kupaparkan cerita ini, sebagai satu kenangan paling berharga bagi diriku. Sembilan bulan mengandungkan Iman, memberi pengalaman yang amat manis dan paling berharga dalam hidup aku. Pelbagai rintangan yang perlu dilalui oleh seorang aku yang bernama Diana. Apatah lagi, pada saat mengndungkan anak yang pertama, suami tiada di sisi. Usia kandungan lima bulan, terpaksa berjauhan dengan suami tersayang. Berhubung melalui telefon, dan cuti sekolah, dapatlah memadu kasih barang sebentar. Fuh, begitu peritnya fizikal, emosi dan mental menanggung perpisahan itu. Demi kerjaya dan masa depan, aku rela akan perpisahan ini. Sokongan keluarga menguatkan semangat aku. Ditemani insan tersayang yang masih lagi dalam rahimku, aku tetap gembira dan cuba menenangkan hati dan perasaan tatkala rindu mendatang. Pada ketika aku perlu membuat pemeriksaan kandungan di klinik, lagi perasaan sayu menerjah diriku. Pabila kulihat para isteri ditemani suami tersayang, perasaan cemburu menyelinap dalam diri. Ya, aku sangat cemburu! Namun, aku tenangkan hati (kalau bukan aku saper lagi yg nk tenangkan aku), berbicara perlahan dgn kandunganku,
"Baby, mama kena kuat, mama tak leh sedih2, mama kena kuat, baby sentiasa dgn mama, mama sayang baby tau".
Aku tenangkan hati, masih ada insan lain yang kurang bernasib baik, lebih drpd aku. TQ Allah, memberi semangat kepada aku, sesekali goyah, Kau tiupkan semgat utk aku.

Iman bersama2 papa ketika berusia 2 tahun

18 April 2006, permata hati yang pertama lahir, Muhammad Iman Haziq menjadi penyeri rumah tangga kami. Alhamdulillah, TQ Allah! Selepas pantang 60 hari, sekali lagi aku diduga-Mu. Berjauhan dengan permata hati adalah sangat perit. Iman terpaksa kutinggalkan bersama2 keluarga di kampung. Kata Ma,

" Na, payoh na duk kolupo sore, Pie tak dok, nok jg anok sore, payoh, tiyok tgh male gak, sapo nok caro. Na gi kijo pagi, balik pete, siye la ko anok, kecik lagi nok tinggal ko ore, biar la ma jago...bla bla bla".

Oh...aku akur dengan ma, aku tahu, ma amat sayangkan cucunya dan anaknya ini, tidak mahu anaknya bersusah payah di kota metropolitan ini. Dan, aku berjanji, usia Iman 5 bulan aku akan bawa Iman bersama-sama aku ke KL, walaupun mengikut perkiraan aku, usia pembelajaran suami akan tamat pada usia Iman 8 bulan. Aku tak berseorangan, kakakku membantu aku menjaga aku dan Iman sepanjang ketiadaan suami di Semenanjung. Maklum la, baru bergelar ibu, sangat kurang pengetahuan.

Iman setahun

Tatkala berjauhan dengan suami tersayang, Engkau menguji tahap kesetiaan seorang isteri. Kesetiaan ku diuji, fuh sangatlah mencabar! Hanya Tuhan yang mengetahui Segala-galanya. TQ Allah menyedarkan aku tentang hal ini.

Bersambung!

Wednesday, January 27, 2010

Sungguh Aku Cinta....

Di keheningan petang,
kucapai tanganmu,
lalu kucium belakang tapak tanganmu,
setitis air terkena,
kau memandangku hairan,
lalu kubisikkan padamu, aku cinta padamu, sungguh aku cinta!
Kemudian ku meraihmu, kubisikkan lagi,
dunia ini hanya pinjam-pinjaman....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...