Showing posts with label Ofis. Show all posts
Showing posts with label Ofis. Show all posts

Monday, July 31, 2017

Ada Lagi ke Gambar Raya? ;-))

Hai ... salam Isnin.

Layan gambar raya yang cipu-ciput ni, boleh ke? (Sis tak rajin nak taip panjang-panjang). Gambar raya yang masih berbaki dalam phone ;-))

Bergambar mana-mana yang sempat. Upload sikit-sikit untuk kenang-kenangan.



 
Berdua lebih baik? ;-))



Yang lain-lain tak mau bergambar.
 


 
Orang lain tak mau, tak pe lah, kita berdua  kasi close up sikit. Hahaha!
 


 
Yang ni pula kat department kite. Persiapan kecil 'Pelamin Aidilfitri' sebelum sambut raya @department
 

 
Okey, pelamin siap, mari kita posing! ;-))
 

 
My department -sebahagian staf yang ada.
 


Sudah-sudah le tu, raya dah habis ... fuhh! ;-))
 
 
Uols ... ada lagi ke gambar2 raya, menu makan-makan raya yang terselit kat celah phone tuuu...  hiihihhi

Wednesday, March 15, 2017

Famili Day 2017 di Akar Beach Resort

11 Mac 2017
Family Day Bahagian Multimedia (DBP) di Akar Beach Resort, PD
 
Dua tahun lepas buat kat sini juga, lagi sekali 2017, buat kat sini. ;-))


 
 
 
Simple sukaneka untuk dewasa dan kanak-kanak.
 

Bola King Kong!
 





Tema malam tu- Color blocking! Mama belasah je, nasib baik seluar anak2 dah ada, raya dua tahun lepas, masih boleh pakai, hahha! Cik kembar, saya belikan baju n cap je. Beli kat Kenanga Wholesale, sehari sebelum nak g, baru nak terhegeh2 g beli. Mama, beli plain shawl-6 hinggit je! ;-)) Tetiba rasa best/comel pakai shawl royal blue ni! ;-))

 Nah, nak sgt colour blocking kan! ;-)) Tak best, gambar tak clear!


**Eiii kabur sangat2 ... geram je dgn kamera handphone nih, nak bergambar pun tak de mood! Kumpul duit, beli hp baru?! ^__^


Menepati tema, colour blocking! ;-))


AJK sedang kira markah ;-))
 

Sajer, suka2 ... tup tup cik kembar dipilih Hadiah Pakaian Kanak-kanak Lelaki Terbaik! Okey la, dapat hamper. Dan, untuk pertama kali, Iman masuk karaoke, menang naib juara (kategori kanak-kanak) Tak pernah seumur hidup nyanyi karaoke, elok pulok dia nyanyi ikut beat/rentak lagu ;-)) 
 
 
Lagu 'Terakhir'-Sufian Suhaimi.

Dan, mama, dapat cabutan bertuah-pembakar roti, Lazada! Hahaha, okey lah tu, cabutan bertuah semua staf dapat (20 orang staf  Multimedia).
 

Jom balik!



 ^__^
 

Monday, October 20, 2014

Warung Pak Mat Pisang

Ketika saya dan beberapa staf yang lain out station di Kota Bharu, Kelantan-'Rakaman Pembuatan Batik dan Songket di Kampung Penambang Kota Bharu', singgah makan di Warung Pak Mat Pisang.
 
 
Kawan-kawan yang sporting, bila ada sorang yang memang gila-gila selfie, semua dah terikut berwefie (sesuka je letak sitilah)! ;-))
 
 
 
Alamat warung ni saya tak ingat, tapi seingat saya, kedainya jalan nak ke PCB.



Terima kasih yang belanja kami
 
 
 
Menu popular kat sini, teh tarik madu dan sup kepala ikan. Fuh, mabeles! Tengah menaip ni, terasa2 teh madu ni kat tekak ^_^
 


 
Saya org Kelantan pun tk pernah tahu kesedapan air teh madu ni, bila dah tau ni, boleh la ajak suami  bila balik kelate nanti. "Amacam awak, kito g deh!" Hahaha, ya lah sangat tu! ;-))




 Terbaik!
 

Friday, September 12, 2014

Jom, 'Klik Web DBP'!

Assalamualaikum.... salam jumaat untuk semua.
 
Semakin hari semakin jauh Dieyana78??
 Hihihiih..apa -apa pun, Dieyana tak lupa berkunjung rumah kawan-kawan.... cuma, rumah sendiri je tak sempat nak update
 
Apabila dipertanggungjawab mengendalikan blog rasmi ni, tumpuan dan fokus haruslah pada yang ini. Banyak perkara yang perlu dipelajari...yang ni guna wordpress, ai sangat lah terkial-kial guna word press ni tau ... dan banyak benda teknikal nak kena pelajari. Alhamdulillah, rakan-rakan editor dan pegawai sistem  di sini membantu.
 
Nak tahu maklumat/aktiviti DBP, bolehlah berkunjung ke Klik Web DBP ni tau! Nak menyumbangkan idea, menulis pun boleh....
 
Terima kasih! ;-))
 


Tuesday, March 11, 2014

Famili Day @Akar Beach Resort, PD

 
Famili Day Bahagian Multimedia, DBP
1-2 Mac 2014
Akar Beach Resort, Port Dickson
 
(Staf Multimedia 19 orang termasuk 2 pelajar praktikum) ++ family masing-masing)
 
 
Perjalanan ke Akar Beach-kereta semput! Waaaa... risau sangat2, dah lepas tol PD dah, nasib baik la jumpa budak motor yang kebetulan nak g kedai tayar, follow dia sampai bengkel kereta...dgn kereta yang tersengguk2...:-((
 
Sukaneka petang tu, tak dapat la kami join, Iman n Wafiy dah seronok2 nak main sukaneka tepi pantai....
 
Bersukaneka lah kami di bengkel kereta petang tu ;-))Keluar rumah seawal 12 tengah hari, dengan jalan jem teruk, kena pulok kereta semput. Kita merancang, Tuhan yang tentukan. 
 
Kereta dah okey, sambung perjalanan, sampai Akar Beach 6.30 petang, bersiap2 untuk dinner malam nanti. Tema Arabian Night katanya!  Penat yang amat, nasib baik anak2 tk meragam!
 

Simple, yang penting, menepati tema! **(Cik kembar nangis sebab cari mama tak de. Mama depan mata mu tak nampak, dik? Camner cik kembar nak nampak kalau mama dah tuutp muka...waaaa ;-)) 

Malam tu, kami simple saja, dress hitam, shawl glitter, berniqab hitam, saya modified drpd tudung lama.. ahhaha. Suami, berjubah n selempang Ba beli kat Mekah. Anak2 juga berjubah pemberian Ba.
 
Iga anak2, suami beli paip hitam (last minute beli pagi Sabtu nak pergi tu) buat macam gelung, letak salotape hitam..ahhahah. Aci? Macam betul-betul tau! ^_^
 
Cik kembar hanya pakaikan baju biasa saja. 
 
 
Kebetulan, ramai pula yang pakai hitam ;-))
 


Pagi Ahad-di Pantai (** Orang takut air pantai macam gitulah, main pasir je...;-))




Balik..bye.. ;-))

**Walaupun tak dpt main sukaneka, tapi kami pulang membawa banyak hadiah cabutan bertuah malam tu dan bos saya pula bermurah hati bagi hadiah cabutan bertuahnya kepada kami. Tq bos!
 
 
#PrayforMH370 :-((

Thursday, June 7, 2012

Tahniah dan ALHAMDULILLAH....

Siapa sangka, siapa menduga, sedih, gembira, semuanya ditentukan Allah Taala. Allah beri sedih kepada kita, Dia juga beri gembira kepada kita ... itu maknanya Allah dekat dengan kita.



Alhamdulillah, sungguh saya tidak sangka kali ini rezeki berpihak kepada saya. Semalam, berita gembira yang disampaikan bos (ketua editor bahagian) saya terima dengan perasaan yang gigil, ketar lutut ... terharu, semua bercampur baur. “Tahniah Dieyana, dapat jawatan ni....”. Semalam juga, ucapan tahniah bertubi2, daripada keluarga terutamanya, dan rakan2 di DBP mahupun yang tertulis di wall FB, berbakul2 saya 'bawa balik' ;-) Macam tu rupanya perasaan pabila mendapat ucapan tahniah tak henti2. Terharu, malu2 pun ada, tak terkata rasanya. Dengan ucapan kejayaan semalam dan ucapan tahniah kerana hamil juga (dah ramai menyedari yg saya hamil=2 in 1), buat saya terharu.

3 Julai nanti, saya dikehendaki menjalani kursus induksi lebih kurang sebulan, kemudian akan diberitahu Bahagian mana kami akan ditempatkan. Insya-Allah, semoga dipermudahkan-Nya. Amin.


Apa2 pun terima kasih semua, alhamdulillah, kejayaan ini adalah berkat doa ibu bapa, suami dan rezeki anak-anak juga. Orang yang paling gembira tentunya suami dan ibu bapa saya ... berkali2 mereka pesan, "Na, buat sujud syukur, semaye (solat) sunat syukur." Terima kasih Ba, Ma!" (tetiba saya rasa sebak, kejayaan saya kejayaan mereka juga!)

Tapi pada masa yang sama, saya turut rasa sedih kerana rakan2 seperjuangan dan kawan2yang lebih senior yang sama2 temuduga, ramai yang tak dapat. Saya tahu, mereka sangat kecewa. Saya juga pernah melalui rasa itu ... apa2 pun, saya percaya, rezeki kawan2 pasti ada. Allah Maha Mendengar. Tak de rezeki dalam bidang ini, mungkin ada rezeki dalam bidang lain. Insya-Allah.... (insya-Allah, perluaskan konsep rezeki :-)) Kepada mereka, kawan-kawan yang berjaya, tahniah ya. Alhamdulillah....

(** Gambar ihsan daripada Google..tq!)

Thursday, May 3, 2012

Jom, Petang Ni Ke PWTC!

Suka saya uar-uarkan di sini dan menjemput tuan-tuan, puan-puan ke,

MAJLIS SEPETANG BERSAMA SASTERAWAN NEGARA KE-11 DATO' DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH (KEMALA)

pada
3 MEI 2012 (KHAMIS), 3.45 PETANG

bertempat di
Pentas Legar Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

anjuran
Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Saya percaya, ramai yang di luar sana belum kenal Sasterawan Negara kita yang ke-11. Yang dah kenal, nak kenal dengan lebih dekat, jom ke PWTC petang ni. AARON AZIZ pun ada. Teruja? tentulah kan, Aaron Aziz. Tapi, maafkan saya, Aaron aziz ada shoting filem, jadi digantikan dengan artis lain, yang tak kurang hebat, Anuar Zain. Ops maafkan saya sekali lagi, bukan Anuar, tapi adik Anuar Zain. Hahaha, jangan marah ya! Okey, yang ni saya tak tipu, betul-betul! =^_^= Jom kita memeriahkan PWTC petang ni! Yang dah ada kat pesta buku tu, jom la jenguk pentas pukul 3.45 petang ya! Kalau datang awal, ada rezeki uols, dapat door gift yang best daripada kami. :-))


Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Bahagian akan bertugas untuk majlis tersebut. Dan, paling glemer, saya akan jadi pengacara untuk majlis tu. (hahahah, Dieyana bajet bagus!) Pengacara tak profesional je pun, tolong bahagian. Dah yang profesional semuanya ada komitmen, sayalah yang jadi mangsa. Aduhai.... Awal-awal kerja dulu, pernah juga jadi MC beberapa kali, maklum staf baru, orang suruh itu ini, angguk aje. Katanya, nak latih staf baru. Haisy! Dah bertahun2 tak jadi pengacara nih, gigil pulok kepala lutut ai ni!
-__-


JUMPA DI SANA!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...