Showing posts with label rumah transit kerajaan. Show all posts
Showing posts with label rumah transit kerajaan. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Pergi Legoland Menginap di Mana?

Tak habis-habis lagi cerita LEGOLAND?
Ini bukan cerita LEGOLAND, tp nak kongsi kat mana kami menginap masa pergi LEGOLAND hari tu.
Yang kerja kerajaan/badan berkanun, boleh try apply di sini.
Tapi, kena booking awal, kami hari tu, booking dah lambat, tapi Alhamdulillah, ada rezeki satu unit utk kami.

Satu malam- RM 70, so, dua malam kami hanya membayar RM 140 sahaja.
Tapi tak de kolam renang lah, hanya apartment.



Bilik 3, ruang tamu besar,  selesa!
 
 
 
Nama tempat  kami menginap ni, KKKA KIK Tanjung Kupang, Johor (Rumah Transit). Masuk pekan Gelang Patah, dari pekan, lebih kurang dalam 10 minit, sampai ke rumah transit ni. Dari rumah transit ke legoland lebih kurang 20-25 minit sahaja.
 


Tapi, sebab kami yang tk pernah smpi Johor, berpusing2 jugalah cari rumah transit ni. Guna waze, dibawanya kami masuk hutan mana ntah. Hampeh pok cik waze ni!  Waze pulok yang dipersalahkan ;-))
 


Selain Johor, cameron highland, fraser hill, langkawi, port dickson dan bnyk lagi ada rumah peranginan persekutuan/rumah penginapan persekutuan/rumah transit ni. Cuma unit nya tak banyak, kena booking awal. Kat London pun ada uols! Ha, saper nak g London tu, bleh booking awal!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...