Showing posts with label Hari. Show all posts
Showing posts with label Hari. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Zumba-Pengalaman Jadi Shadow!

Al-kisah Hari Sukan Negara (HSN) beberapa hari yang lepas, petang ke Dataran Merdeka - jadi 'shadow' zumba katanya  ^__^
 
Sepatutnya, pagi tu saya dan rakan-rakan opis ke Putrajaya-join senamrobik/zumba kat situ. Dah register, teruja nak pergi, sebab dapat baju free, kihkih. Tup-tup, terfikir, siapa nak tengok2 kan kembar, pagi2 dah keluar rumah. Aduhai, kesian pula anak-anak.
 
Malam HSN, pergi kelas Zumba di F3 studio, owner (Fida) mintak saya jadi shadow untuk Zin Rozz. Katanya sekejap je, slot zumba 30 minit di Dataran Merdeka. Ermm, bila dah orang percayakan kita, serba salah pula nak tolak, ditambah rasa teruja nak jadi shadow, terima jugak la. Sekejap je, kan. Nasib la anak-anak-Iman n Wafiy boleh harap jaga kembar. Lepas siapkan lunch, naik lrt, gigih menapak dari stesen lrt sogo ke Dataran! ;-))
 
 
Saya dan Fida-Owner F3 Studio


Berdebar juga, tak de latihan apa, tiba2 je kena perform depan orang ramai. Nasib baik cikgu (Zin Rozz) ambik step yang dah kami biasa buat kat kelas. Pukul 3.30 petang giliran group kami F3 Studio. Adess, berdebar, tapi bila dh perform, seronok tak hingat! Tengok ramai yang join atas padang, lagi la bersemangat weih!

 
Tak sampai 30 minit, dengan panas membahang, pentas bersimen, mata dah mula gelap,  minum air, rasa macam nk muntah, nak pitam kau! Kaki dah tak terangkat, dunia semakin gelap, hahah! Nasib lagu last dh masa tu. Ha, nak sangat feeling2 instructor zumba kan, nah ambik! Nasib tak pengsan atas tu. ^__^

 
 
Kat situ ada KL Food Truck Feast juga, singgah posing ;-))
 
 
Bukan saya je tau nak pitam, geng2 shadow yang lain pun, cakap mcm nak pitam/nk muntah. Mungkin sbb cuaca panas sgt, cikgu kami yang energetic giler tu pun ckp tk tahan.
 
Walau apa pun, seronok, pengalaman pertama jadi shadow. Lepas ni kalau diminta jadi shadow lagi, pilih tempat2 yang teduh sikit. ^__^


**Gambar group tak de, masing-masing dah kepenatan

** Baru tahu, rupa-rupanya Hari Sukan Negara adalah julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Patut lah sebelum ni tak de dgr pun HSN ni ;-))
 

Friday, October 9, 2015

Hari Sukan Negara 2015

10/10/2015
 
Di sana sini, macam2 program diadakan, bestnya kalau dpt join. Tapi tak de orang nak uruskan suami n anak-anak kat rumah. Iman n Wafiy, dah boleh urus diri, nak tolong-tolong bubuh nasik kat papa, insya-Allah boleh. Bagaimana dengan cik kembar? So, kita bersukan kat rumah je lah ;-))
 
Yang tak de ke mana-mana, jenguk-jenguklah event yang terdekat rumah.... Wehuuuu!
 



Eh sebelum-sebelum ni, tak tau pun pasal Hari Sukan Negara ni? Okey, ai bukan orang sukan, langsung tak ambik tau. Umur dah lebih sikit ni (sikit je tau! hehheeh) baru nak start work out ^__^

 

Friday, June 6, 2014

Iman dan Hadiah Hari Guru II

Cerita hadiah hari guru tak habis2 lagi....;-))
 
Sehari sebelum cuti sekolah bermula, suami g beli hadiah untuk cikgu2 sekolah kebangsaan dan sekolah agama Iman. Ada sambutan hari guru di sekolah kebangsaan dan Iman turut terpilih membuat persembahan pada hari tersebut (Selasa-27/5/2014).

Menurut suami, daripada pengalamannya, cikgu2 ni bukn nk sgt hadiah, tapi kalau degil nk bg jugak, marker pen adalah yg paling kebanyakan cikgu (sekolah rendah) suka kot. Melompat2 cikgu kalau dpt marker pen hahaa. Gurau je cikgu. Jgn marah noooo ;-))
 


Gigih encik papa belikan marker pen utk cikgu2 Iman ... 2 batang seorang! Ikhlas daripada Iman ;-))

 
Hr Isnin sebelum hr sambutan, Imn dah tk pergi sekolah, demam dari hr sabtu. Tiba hr kejadian, demamnya masih belum kebah, masih lesu. Pagi Selasa tu, saya bw g klinik pusrawi ... dan hadiah bnyk2 tu tunggu aje lah buka sekolah nanti....



 
Iman ni, mmng tk pernah tk pergi selolah sbb saja2 tk nk g sekolah / saja2 nak ponteng dengan alasan2 yang tk munasabah. Bila demam, terus tak larat dan lesu, memang saya dan suami tak bagi dia pergi sekolah, tau saja lah, cuaca panas, lagilah bertambah2 demam. Itu pun nak pergi juga sekolah masa hari sambutan tu, katanya, nanti Iman tak dapat la buat persembahan.... Macam mana la nak buat persembahan Iman oi... dengan badan lesu macam tu....

Thursday, May 22, 2014

Hadiah Hari Guru!

Sempena sambutan hari guru Little Caliph Bandar Baru Sentul beberapa hari lepas, beli hadiah comel yang tak seberapa untuk teachers  -7 orang kesemuanya.. . ;-))
 
Pencil box kot eh? Suka hati teacher lah nak buat apa dgn box kiut miut ni ya, ikhlas daripada Adam Wafiy yang memang kiut miut orangnya...
 
 

Kaison mari. Tak bungkus pun, riben pun tidak, ;-))



Dengan penuh gaya nak tolong mama! ;-)) "Kena tutup kepala, nanti masuk rambut dalam kek," katanya.. ahhahah (jangan confuse, saya lelaki ya! Aummm! Saya garang macam singaaaa! ^__^


Ini untuk kami makan kat rumah...



Sebiji kek coklat simple dan mudah untuk makan2 di sekolah sambil dukung cik kembar pun boleh buat ya puan-puan. Ini ajelah satu-satunya kek yang mak pandai buat nak...;-))



**Apa salahnya, setahun sekali, seronok2 anak2 di hari guru. Guru pun seronok menyengih dapat hadiah comel daripada anak didik

**Mungkin kita tak perasan akan hal ini, dlm khutbah jumaat lepas, "CIKGU TADIKA lah orang yang paling banyak jasa kepada anak-anak kita..mengajar anak2 kita dari tak tau baca, jadi pandai baca...jgn lupa tu.... Ini tidak, bila tiba hari guru, terima kasih kat cikgu yang tertentu je....contohnya, dapat upsr tinggi, tq kat cikgu darjah 6 aje, atau pun result spm tinggi, tq kat cikgu yang ngajar spm je....Pergi salam dgn cikgu2 tu aje, yang cikgu dulu2, pandang pun tidak!" Sejauh mana masa kita bersama-sama anak2 di rumah untuk mengajar anak-anak pandai baca.... (ibu bapa yang bekerja), kalau ditolak bahagi, masa anak-anak lebih banyak di sekolah. Terima kasih cikgu!!

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru, Cikgu!

16 Mei-Selamat hari guru, cikgu!
 
Untuk semua yang bergelar cikgu/teacher dan sewaktu dengannya.... Cikgu dari Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah....
 
Jasamu kukenang!  Cikgu-cikgu saya, dan cikgu-cikgu anak-anak saya juga! Terima kasih cikgu, teachers!
 
Dan istimewa pastinya, orang yang paling dekat dengan saya ... Ba saya, Cikgu Nor, dan my usband, Cikgu Hanapi ;-))
 
 
 
 
 
*Belum beli hadiah untuk cikgu-cikgu anak-anak saya. Insya-Allah hari minggu ni p cari hadiah, tak tau nak beli apa ... sob sob sob. Wafiy, Isnin depan sambutan hari guru, dan Iman pula 27/5.

**Bila tiba hari guru, ai mula pening, laki ai bawak balik 'seguni' hadiah hari guru. Fuh, pening mana nk letak/simpan.... macam2 ko hadiah! Kesian je kat budak2 ni, mungkin ada yang paksa mak bapak g beli hadiah nk bagi cikgu. Nak aje ckp ngan budak2 ni.. "tk payah la beli hadiah kat cikgu Hanapi ni, kalau nak jugak, beli aje gula-gula 20 sen kat dia" Hahahah! Hadiah tahun2 lepas masih ada dlm kotak ... tak sampai hati tau nak buang pemberian budak2 kecik ni!! Yang mana boleh guna kami gunalah.


Thursday, May 16, 2013

16 Mei Hari Cikgu!


Selamat hari guru cikgu, tentunya istimewa untuk Ba- walaupun dah pencen, jasa beliau sebagai guru tetap diingat sampai bila2 ('bangga' jadi anak cikgu tau!) Untuk suami, selamat hari guru! 'Bangga'  juga jadi bini cikgu, deh! Untuk guru2 yang mengajar saya dari Tadika Kemas, cikgu2 sekolah rendah, cikgu2 sekolah menengah - jasamu dikenang! Tak lupa untuk teachers Genius Aulad yang membimbing anak saya. Teachers  Wafiy juga-Little Caliph Bandar Baru Sentul, tak lupa ustazah2 di PASTI - tadika Wafiy tahun lepas (sempat 1 semester aje).(Ado ko teacher diaorang ni baca blog ai nih? ;-) Apa2 pun, untuk sahabat2 kami yang bergelar guru, dan semua cikgu di Malaysia.


Kata Iman, hari ni ada baca Yasin kat sekolah . Dengarnya, satu Malaysia sekolah diminta baca Yasin eh?

Sambutan hari guru di sekolah Iman minggu depan. Apa hadiah nak bagi ni? Sekotak tisu satu sorang? Trend 80-an tu...;-)) Teacher Wafiy pun tak tau nak beli hadiah apa..... kata Iman, hari ni sekolah ada jual 'bunga betul' (bukan bunga plastic la tu ^_^) kat sekolah, RM 2.50 satu. Cepat2 papa dia pesan, tak payah beli iman, membazir! Nanti papa g cari hadiah lain utk cikgu iman. Mana la tau kan, senyap2 korek tabung beli bunga utk cikgu yang dia suka ;-) Semalam pun beli bunga plastik-RM 1.50-hadiah hari guru untuk papa katanya ;-)) Cerdik jugok Iman ni, ingat ko papa dia, tak kira lah plastik pun ... hargai pemberian anak2 kan....

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei=Jasa Cikgu Dikenang!

Selamat hari guru, Cikgu Hanapi (suami saya), Cikgu Mohd Nor (Ba saya), waima dah pencen, Ba tetap cikgu selama-lamanya. Dah pencen pun orang panggil cikgu ... bangga kan jadi cikgu, jasa cikgu sentiasa dikenang. Bangga jadi anak cikgu? Mestilah! Tak de orang berani kacau/nak ngorat. ^_^ Saya takut kat Cikgu Nor, sebab Ba cikgu Matematik yang garang! Ehhehe, kerja sekolah tak siap, tak kira walaupun anak, tetap kena denda! Anak Cikgu Nor kena denda sebab tak siap kerja sekolah? Malu weih kat kawan2 dan cikgu2 lain juga, berminggu2 malu tak hilang ... hahaha. Dalam garangnya pun, kadang2 Ba kelakar, suka buat lawak kat murid2 dia. :-)

Untuk cikgu-cikgu saya yang lain, selamat hari guru, jasa cikgu dikenang! Untuk kawan-kawan saya yang majoriti jadi cikgu, selamat hari guru (saya pun sebenarnya berkali2 minta nak jadi cikgu, program KPLI), tapi tak de rezeki.... ;-) Dan, semua guru di Malaysia, Selamat Hari Guru!

Semalam, tak rancang pun nak beli hadiah untuk cikgu2 sekolah Iman, tapi bila ingat tahun ni tahun terakhir Iman di Genius Aulad, eloklah Iman beri sesuatu untuk cikgu-cikgu di GA Wangsa Maju. Last minute kan, tak tahu nak beli apa ... inilah yang dapat. Rasanya okey sangat dah ni.... (Teringat zaman sekolah dulu, kalau hari guru, hadiah yang selalu saya beri kat cikgu, tentunya, sabun mandi, tisu, atau pen yang harganya 40 sen, beli dua, merah dan biru ... bangga dapat beri hadiah untuk cikgu ;-)



Dan paling istimewa ... hadiah ikhlas Iman berupa tulisan ucapan Teacher’s Day untuk guru kelas kesayangan, katanya. ^__^ “Mama, mintak kertas satu, Iman nak tulis untuk Teacher Siti.”


Suami saya pula, tak de hadiah special tapi dia minta saya buat puding trifle, katanya ada pot luck kecil di bilik guru. Demi Cikgu Hanapi ... ai buat puding trifle satu bekas.... ;-) Anak murid ramai, petang karang dapatlah hadiah tu, itu pun kalau ada yang nak bagi ... ^_^)

Hak kecik2 tu, untuk saya dan anak-anak makan ;-)

"SELAMAT HARI GURU!" (Ingat senang ko nak jadi cikgu? Dah la panas dalam kelas, panas dalam hati lagi ... ye dak... tambah lagi cikgu zaman sekarang ni, sangat mencabar! Bertabahlah cikgu2! ;-)

Wednesday, May 18, 2011

Semoga Pulih Seperti Biasa

Lima hari rasa bagaikan lima minggu. Erm, macam2 hal blogspot ni. Harap-harap blogspot kembali pulih seperti asal, jangan hilang terus dieyana78.blogspot, sudah. Apa-apa pun mood untuk berblog sebenar2 nya belum datang. Nak kena ambil aura daripada kawan-kawan yang lain dulu ... singgah blog kawan-kawan....


Apa-apa pun, mood dah datang sedikit demi sedikit ... heheheh. Ha tengok, saya dah mampu untuk "hehehheh" atau tersengih macam kerang busuk


Sebagai entri permulaan saya pada hari Rabu, ni, belum terlambat untuk saya ucapkan, SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA CIKGU DI MALAYSIA! Untuk Cikgu Mohd Nor bin Muhammad (Ba), Untuk Cikgu Hanapi Mat Zin (ehem-ehem), kepada cikgu2 saya, dan kawan-kawan yang bergelar guru! Jasa cikgu dikenang!


"Kami guru Malaysia berikrar dan berjanji...." Alamak saya lupa lirik ini. Setiap hari guru, mesti nyanyi lagu ni kan?! Masih ingat tak kawan2 yang budiman? Hehehehe.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...