Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan?

TQ ... hadiah ulang tahun kahwin katanya ;-))
 
Tak kisah kalau tak de dapat apa, dah dapat surprise bunga n pelamin cinta tu pun, dah cukup terharu. Tapi dah orang nak bagi kan, terima lah ... sekurang-kurangnya ada 'sesuatu' yang boleh diingat, kenang-kenangan ... tengok jam, ingat yang tersayang. Ewahh ;-)) Memang dia tau saya aim Baby G, dan warna tu pun, pilihan saya sendiri.
 
TQ awak!
 
Dan, saya, tak tau nak bagi apa kat suami, bajet ciput je. Dia pun tk de la demand, katanya, nak perfume, boleh? Hhahah, okey lah, pakai perfume, ingat saya tau! Acah-acah sweet gitu, hahhaha ... sweet la sangat! ;-))



 
Saya pilih warna hitam, lebih selesa pakai ke pejabat. Hitam- semua baju masuk kan. Tapi kalau warna lain pun, ok je ... baju merah, jam oren, apa ada hal kan!
 

Dah dapat  free satu, teringin nak cari satu lagi warna lain (beli sendiri lah!! hahhah). Orang ckp, dah terjebak dgn 'menatang' ni, mesti nak lagi warna2 lain. Cukup dulu satu, ada rezeki, kita tambah satu warna lain ... insya-Allah... ;-))

Friday, May 29, 2015

Hadiah Hari Guru 2015 ;-))

Mama, esok sambutan hari guru kat sekolah. Ha, mama mula la pening2 lalat, apa hadiah nak bagi kat cikgu2 ni. Okey, berapa orang cikgunya? Nak bagi semua cikgu yang mengajar ke? Iman-9 orang, Wafiy, 11 orang. Ades! Itu baru sekolah kebangsaan, belum sekolah agama. Tak pe lah, sekali setahun ;-))

Dan, saya juga akan pening bila suami bawa balik satu kotak hadiah daripada anak2 muridnya. Macam-macam hadiah wei, cute2 gitu! ;-)) Pening, mana nk simpan, okeylah, untuk sementara mama susun elok2 kat rak buku, tinggi2, kalau tak, selamat la 'dikerjakan' cik kembar, huhuhu. Itu pun ada yang saya dah masukkan dalam kotak, dah tak de ruang dah nak letak.  Itu sebab suami saya sangat2 kesian bila anak2 muridnya gigih pergi beli hadiah utk cikgu. Kata suami kat anak2 muridnya, "Hari guru tahun ni, tak payah la beli hadiah utk saya." Tup tup, datang jugak hadiahnya, 'sekuntum bunga cina kuselit ke rambut cikgu', hahahha ... itu tipu! Kata suami, saya bukan 'cikgu kesayangan', kalau cikgu yang diaorang 'sayang' agaknya lagi berkotak2 cikgu-cikgi bawa balik hadiah ^__^

Berbalik cerita anak2 saya, "Wafiy rasa, nak bagi pisau la kat cikgu, bekas makanan pun okey, mama. Boleh cikgu bubuh makanan kat dalam tu" Ayok, pisau?! ;-)) Anak2 uols mcm mana pula?

Suami, Iman dan Wafiy ke Mr DIY, tgk  apa yang sesuai boleh bagi kat cikgu2nya. Mama tak campur, pandai2 lah mereka....

 
Gigih Wafiy tulis nama cikgu-cikgunya.


Hadiah hari guru zaman kita sekolah dulu2, tisu 20 sen, sabun mandi, kalau yang berduit, tisu kotak,  pen merah, pen biru, kan, kan! ;-)) Gigih g kedai runcit, cari sabun mandi yang paling wangi nak hadiah kat cikgu kesayangan ^__^

Dan kali ini, anak-anak saya buat macam kami dulu2, pen merah dan pen biru untuk cikgu2 mereka, okeylah tu. Kata suami, cikgu-cikgu suka dapat pen/marker pen ;-)) Sebenarnya cikgu2 ni tak harap apa2 pun hadiah daripada anak muridnya kan, tapi kalau nak juga bagi, bagi pen okey sangat, boleh cikgu buat tanda buku. Betul ke cikgu-cikgu? Hehehhe.... kalau salah tolong ajarkan ;-))



Ini pula hadiah Iman untuk cikgu-cikgunya. Yang petak tu, untuk cikgu kelasnya, special sikit, katanya ;-))
 
 
 
**Hari ni sekolah dah mula cuti, seronok la anak-anak kita kan! Yang tak seronok, mama g kerja macam biasa, anak-anak lepak2 kat rumah dengan papanya. Jeles mak tau!
 
 

Friday, February 27, 2015

Hadiah Hari Jadi ... Surprise!

Assalamualaikum semua.
 
Rasa macam rindu sangat, eh tak de orang rindu saya? Syok sendiri lah ni ya? ;-))
 
Tak pe, saya okey je ... tetap juga mengupdate, walaupun agak sibuk dan orang tak kisah pun dengan saya ... ewah!
 
Ya, ya, memang entri tu bersambung, al kisah beli handbag coach/MK, katanya. Tak mahu cerita2 panjang, straight to the point!
 
Alhamdulillah, dapat surprise hadiah hari jadi ... terima kasih Mr. Hanapi. Oh, sangatlah teruja, dan terharu giteww....
 
Ini antara hadiah hari jadi yang paling mahal saya terima. Kasih sayang, lagi mahal, eh, tentulah! Mana boleh kasih sayang disamakan dengan handbag, jauhhhhhhhh sekali! Tapi dengan adanya hadiah hari jadi ni ... kasih sayang makin erat giteww, hahah! Malu2 ai tau....
 
Tak harap pun dia beli handbag ni untuk saya, sebab saya dah bajet kumpul duit sendiri nak beli, tup tup dia bagi, ha, ambik je lah kan! Sungguh tak sangka, suami bagi handbag di hari jadi! ;-))
 
Sengih sampai telinga tau!! Kalau boleh terbang, dah lama terbang macam belon ^__^
 
Pergi JPO 22 hb, hari jadi 24 hb, hadiah awal dua hari. Terima kasih awak! Dari outlet Coach ke parking kereta, tersengih-sengih senyum, sambil cuit-cuit bahu suami, "terima kasih awak, terima kasih," dalam kereta perjalanan dr Johor ke KL, tak habis senyumnya. hahha! ;-)) Apa?! Tidur pun dengan handbag baru? Eh mana ada, mana ada! Hahha over!!
 
Alhamdulillah, akhirnya, tercapai juga impian nak pakai handbag Coach, katanya! ;-))


 

Ada macam ganjil kan. Warna kasut tak sama dgn warna beg, erm.... kena cari kasut baru itam ke....
Kasut raya tahun lepas lagi ni, alasan nak beli baru. Okey, dah tk de free-free ... nak, beli sendiri! ^__^
 
 

Friday, June 6, 2014

Iman dan Hadiah Hari Guru II

Cerita hadiah hari guru tak habis2 lagi....;-))
 
Sehari sebelum cuti sekolah bermula, suami g beli hadiah untuk cikgu2 sekolah kebangsaan dan sekolah agama Iman. Ada sambutan hari guru di sekolah kebangsaan dan Iman turut terpilih membuat persembahan pada hari tersebut (Selasa-27/5/2014).

Menurut suami, daripada pengalamannya, cikgu2 ni bukn nk sgt hadiah, tapi kalau degil nk bg jugak, marker pen adalah yg paling kebanyakan cikgu (sekolah rendah) suka kot. Melompat2 cikgu kalau dpt marker pen hahaa. Gurau je cikgu. Jgn marah noooo ;-))
 


Gigih encik papa belikan marker pen utk cikgu2 Iman ... 2 batang seorang! Ikhlas daripada Iman ;-))

 
Hr Isnin sebelum hr sambutan, Imn dah tk pergi sekolah, demam dari hr sabtu. Tiba hr kejadian, demamnya masih belum kebah, masih lesu. Pagi Selasa tu, saya bw g klinik pusrawi ... dan hadiah bnyk2 tu tunggu aje lah buka sekolah nanti....



 
Iman ni, mmng tk pernah tk pergi selolah sbb saja2 tk nk g sekolah / saja2 nak ponteng dengan alasan2 yang tk munasabah. Bila demam, terus tak larat dan lesu, memang saya dan suami tak bagi dia pergi sekolah, tau saja lah, cuaca panas, lagilah bertambah2 demam. Itu pun nak pergi juga sekolah masa hari sambutan tu, katanya, nanti Iman tak dapat la buat persembahan.... Macam mana la nak buat persembahan Iman oi... dengan badan lesu macam tu....

Thursday, May 22, 2014

Hadiah Hari Guru!

Sempena sambutan hari guru Little Caliph Bandar Baru Sentul beberapa hari lepas, beli hadiah comel yang tak seberapa untuk teachers  -7 orang kesemuanya.. . ;-))
 
Pencil box kot eh? Suka hati teacher lah nak buat apa dgn box kiut miut ni ya, ikhlas daripada Adam Wafiy yang memang kiut miut orangnya...
 
 

Kaison mari. Tak bungkus pun, riben pun tidak, ;-))



Dengan penuh gaya nak tolong mama! ;-)) "Kena tutup kepala, nanti masuk rambut dalam kek," katanya.. ahhahah (jangan confuse, saya lelaki ya! Aummm! Saya garang macam singaaaa! ^__^


Ini untuk kami makan kat rumah...



Sebiji kek coklat simple dan mudah untuk makan2 di sekolah sambil dukung cik kembar pun boleh buat ya puan-puan. Ini ajelah satu-satunya kek yang mak pandai buat nak...;-))



**Apa salahnya, setahun sekali, seronok2 anak2 di hari guru. Guru pun seronok menyengih dapat hadiah comel daripada anak didik

**Mungkin kita tak perasan akan hal ini, dlm khutbah jumaat lepas, "CIKGU TADIKA lah orang yang paling banyak jasa kepada anak-anak kita..mengajar anak2 kita dari tak tau baca, jadi pandai baca...jgn lupa tu.... Ini tidak, bila tiba hari guru, terima kasih kat cikgu yang tertentu je....contohnya, dapat upsr tinggi, tq kat cikgu darjah 6 aje, atau pun result spm tinggi, tq kat cikgu yang ngajar spm je....Pergi salam dgn cikgu2 tu aje, yang cikgu dulu2, pandang pun tidak!" Sejauh mana masa kita bersama-sama anak2 di rumah untuk mengajar anak-anak pandai baca.... (ibu bapa yang bekerja), kalau ditolak bahagi, masa anak-anak lebih banyak di sekolah. Terima kasih cikgu!!

Monday, June 3, 2013

Ada Hadiah Ulang Tahun kah? *__*

Beli hadiah untuk diri sendiri sebagai ganti 'henpon' comel yang kena ambil orang hari tu! (http://dieyana78.blogspot.com/2013/05/13-mei-my-fs-hati-pilu.html) :-( Kata nak 'semakpon' yang boleh touch2 kan! Bak kata Wafiy, 'mama, belilah 'sasung'! (hok mini jah pun, itu pun rasa membazir, tapi dek kerana ikut peredaran zaman (ye ke?), belilah 'sebutir'. ;-) Tapi sangatlah tk reti, banyak nak kena kodek2. Tetiba rindu dengan hpon yang dulunya beli dgn harga RM 90. Jatuh 90 kali pun still steady! Kalau ikutkan, saya sangatlah 'kedekut' nak beli hpone mahal2 nih, tapi sebab cik abe sanggup top-up, hik2, bolehlah....

Tapi ada hadiah yang sangat comel dan sangat2 bermakna saya dapat petang semalam! Lagi kejutan selepas kejutan 2 tahun lepas (http://dieyana78.blogspot.com/2011/06/petang-2-jun-yang-sangat-manis.html.) "Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke-8, mama, papa, daripada Iman dan Wafiy!" *_* Sungguh, saya tak menjangka dapat hadiah comel dari orang2 yang saya sayang! Siap bungkus dengan pembalut hadiah, teruja mak membukanya, sambil Iman, "mama, kita makan sama-sama tau, sedap tu!" ;-)Mak dah termalu, papanya pula sengih2 tepi dinding. Patutlah petang semalam, beria-ria Iman dan papanya keluar makan angin, naik motor, nk tengok orang mancing, katanya. ;-))





Tapi ada lagi hadiah yang sangat hebat, tiada nilai tandingnya! Terima kasih Ya Allah atas 'hadiah' ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.




Sentiasa rindu dengan mereka, Awang hitam, putih, semua ada ^__^ Merekalah penyeri kami!

 

Wednesday, May 22, 2013

Merah Comel ;-))



Besar tapak tangan, nyiru saya tadah..:-)) Anggap saja hadiah hari jadi saya bulan 12 tahun lepas, katanya...;-)
 
 
 
TQ Along (my sister). Alhamdulillah..;-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...