Showing posts with label Persiapan Raya. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Raya. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Popia Nestum

Malas nak cerita jalan-jalan di hari raya sebab  tak de gambar, tak de gambar sebab malas nak bergambar, hahha! Cukuplah berpeluh-peluh bergambar hari raya pertama. ;-))

Bila sebut pasal bergambar, baru teringat, rumah mak mentua, langsung tak de gambar. Masing2 kemalasan, sebab masa kami sampai rumah mak mentua, dh mula panas 'ceng-ceng', malas nak terjerit2 kumpul anak-anak dgn keadaan panas yang tak selesa. Lagi pula, adik beradik ipar-duai buat tak tau, kami laki bini pun buat tak tau la jugak ;-)) Daripada bergambar, baik kami makan2, lagi syok ;-)) Dah habis raya baru la rs ruginya, tk de kenangan di rumah mentua. Dulu, sebelum arwah ayah mentua ada, rajin juga kami bergambar satu family ... tak pe lah, gambar yang tu rasanya ada kat blog ni ;-))
 
Letih nak bebel banyak2, hari ni ambo puasa, hahha, alasan! Yang seronoknya, hari ni last posa, esok dah raya yeaaaa! Seronok puasa Syawal ni, yang tak seronok bila ada kawan2 ajak g makan, ada yang bawak bekal yang sedap-sedap ... banyak dugaan! ^___^
 
Entri yang sebenarnya nak cerita Popia Nestum, dah bebel cerita lain pula, sudahnya, tepek je gambar popia nestum ;-))


Okey, ni popia nestum yang saya buat sebelum balik kampung hari raya hari tu, dalam pada nak buat, tak nak buat, last2 g beli barang, dapat juga buat. Ada la juga kuih raya homemade utk mak mentua, setakat popia nestum, tak heran mak mentua kan! ^___^




Dua bungkus kulit popia (besar) dapat satu balang (sederhana) satu untuk ma saya, satu untuk mak mentua. Time nak gulung popia tu, yang leceh nya, bila dah goreng n salut nestum+horlicks, sekejap je. Nanti rajin2 boleh buat lagi, anak2 suka :-))
 

Selamat berbuka puasa untuk yang berpuasa. Okey bai!
 

Monday, June 29, 2015

Shopping Raya yang Seadanya ;-))

Nak 'bebel' sikit tengah hari yang mengantuk ni ;-))

Ewah, kali ni tajuk entri bajet bagus pulok ;-)) Baru 12 Ramadan, masih ada 18 hari yang berbaki, apa2 pun boleh jadi ^__^ Tapi harap2nya nafsu ini masih bertahan, toing toing, mata berpinar2 tgk baju cantik2! Tutup mata sambil ngintai sikit kot celah jari! ;-))
 

Shopping raya? Tidaklah sangat, beli sehelai-dua seorang, bagi melengkapkan apa yang tidak cukup. Seluar, baju, masih ada yang elok, jadinya, raya tahun ni, Alhamdulillah seadanya, baju melayu suami dan anak-anak tahun lepas tak beli, so tahun ni, kita beli lah, okey, yang ni settle.
 
Baju raya 2/3-dah settle juga. sehelai-dua setiap orang, cukup! Seluar/jeans anak-anak masih elok, beli sehelai je setiap orang, kembar je lebih sikit, sebab seluar tahun lepas dah kecik.
Kasut, tahun ni beli untk cik kembar je. Ikutkan, kasut tahun lepas masih elok, tapi hilang sebelah! :-(( Semua bersebab kan! Hhihihi.
  
Abang2nya pula, pakai kasut tahun lepas, masih elok, dan untungnya sebab anak2 saya kakinya lambat besar/panjang ;-))
 
Yang belum beres hak mak dia, kasut/sandal, mana destinasi shoppingnya pun belum tau lagi. Pandai2 la cari brg sendiri, last pun tk pe. Laki bini pandai2 lah curi masa shopping sendiri2 ;-))
 
Alhamdulillah, tahun ni, kami lebih berhemah dalam berbelanja, bangga kan! Berjaya mengawal nafsu di bulan Ramadan. Syabas untuk diri sendiri! ;-))
 

Gambar sekadar hiasan ... gambar lama, interprem sikit, ;-))


Sabtu semalam ke mid valley, niat utama nak cari sluar kembar, tak de berkenan, masing-masing dpt penat.
 
Hari Ahad ke One Utama pula, Alhamdulillah dapat sluar kembar. Okey settle. Alhamdulillah, harus beri pujian utk diri sendiri sebab tidak membeli selain barang yang diniatkan ... ahhaha. Bangga kan, kalau dpt berbelanja ikut senarai yang diperlukan.

Shopping dengan anak-anak yang berderet lebih selesa di tempat2 sejuk/selesa, nak ke tempat yang sesak/panas, kena la pergi tanpa anak-anak, kalau tak, naya anak-anak, naya kita juga, paham2 la kan!
 
Biskut raya tahun ni pun beli seadanya. Teringin nak buat popia nestum tu, anak-anak suka. Tgklah tahap kerajinan mcm mana. Rasanya popia nestum tk lah susah sgt kot? Nanti kita google2 ^___^
 
Uols, dh settle ke? Kalau belum settle, masih ada masa, cuma shopping dlm bln puasa ni, agak menguji keimanan, kan! Tgk yang ini, itu, semua cantik, last2 beli ntah apa2 yang bukan dlm senarai.

Saya, shopping dlm bulan puasa, balik rumah, agak melepek, dua jam shopping, cukup lah. Kalau tk jumpa brg yang nak, balik je lah, lagi dipusing, lagi pusing kepala dan biji mata.

Okey bai, selamat bershopping, berhemahlah kita dalam berbelanja di bulan Ramadan ini. Bulan Ramadan adalah bulan menguji tahap keimanan kita. Eh macam ustazah pula, macam pesan khidmat masyarakat pun ya jugak! Apa-apa je lah ;-))
 

Thursday, August 1, 2013

Persiapan Raya Dah Selesai Ke?

Selagi tak raya, selagi tu ada aje yang tak selesai, waima barang tu sekecik2 kuman ... tipu, kuman pun saya tk pernah tengok! ;-)
 
Tahun ni rasa nak janguk sikit, pujuk suami pakai samping la tahun ni. Tak nak, katanya janguk n bersungguh. "Ala raya kan, kena la bersungguh, baju raya melayu kita tahun ni cantik, sedondon, (perasan!) pakai la, pakai untuk bergambar pagi raya je." Tak nak! Amboi, bekeng nya! "Ok ok, kita pakaikan anak-anak je lah samping, deh!" kata suami. Setiap kali raya memang suami saya tak pernah pakai samping, anak-anak pun terikut sama ... tapi kalau majlis hari raya sekolahnya, beria-ria pula pakai ... nyampah ai tau! ^_^
 
"Ok ok, anak2, tapi awk wat balik jugok lah samping awk ter...." Saya masih memujuk. (Samping zaman kawin dulu masih elok tau!). Dgn harapan dia akan pakai pagi raya untuk bergambar. Degil nak jugak suami pakai samping ;-)) (Tahun lepas kan suami n anak2 tak beli baju melayu, pakai hak 2 tahun lepas...so tahun ni...bajet baju melayu lebih la sikit..;-)
 
Samping Iman dah ada (hak konvo tahun lepas). Beli samping untuk Wafiy la...sabtu dah nak balik kampung..esok jumaat, sempat kot ke jalan tar?? Adoi..orang ramai..mak redah ajelah lunch hour nanti! phew phew... Cik kembar tak beli baju melayu, kejap je pakai kan, rasa kesian panas+membazir...tak pe..cik kembar tak de baju melayu pun, tetap glamour tahun ni ya! :-))
 
Apa lagi? Rasanya samping tu aje lah. Ha, tudung bawal Ma saya ... nak padankan dengan baju raya nya nanti. (Jangan la duk meleret2 nak beli benda lain pulok kat Jalan Tar terrr! ;-))
 
Alhamdulillah tahun ni persiapan raya kami sederhana...semuanya keperluan..baju raya anak2... baju raya saya=baju kerja kan. Tudung raya tahun ni beli seadanya, sandal beli sepasang, sbb sandal sy dah buruk sgt, pakai sandal masa pregnant cik kembar tahun lepas lagi! Tak percaya? Sungguh, tak tipu, saya memang cerewet bab kasut/sandal+ tak reti nak beli+ size kaki saya yg kecik, tk de size la..bla bla... Suami saya shopping sendiri, saya memang tak campur bab pakaian dia, dia lebih tahu citarasanya. T shirt selai-dua, seluar selai, cukup lah, katanya!
 
Tahun ni banyak juga peratusan kawalan nafsu,  dikira baik sangat dah tu, cewah, bangga tu!Walaupun 2 hari lepas nyaris-nyaris saya goyah, nasib baik saya cepat2 beredar!! Hhahah, ya lah tu, padahal berjam-jam duk angkat-letak, angkat-letak 'benda alah' tu, baru nak blah. ;-)) (Memang saya akan 'bangga' kalau saya dapat kawal nafsu membeli yang bukan-bukan/membazir. Syukur Alhamdulillah....)
 
Biskut raya pun tahun ni tak banyak sangat....ada la 2/3 jenis...untuk family kat kampung, saya dan kakak kongsi2 belikan kuih raya...beli seadanya....
 
So, uols...ada masa lagi ni nak lengkapkan mana yang lompang-lompang tu..heheheh....tapi ingat, berjimat cermat ya.....shopping bulan puasa perut kosong, agak mencabar juga! Jangan sampai beli, beli, beli, sudahnya tak pakai. (Saya lah tu...;-))

 
 
 

Wednesday, June 12, 2013

Syaaban!


Berkongsi Rasa ;-)

Saya adalah sangat malu apabila bertemu Syaaban! (Sesuka hati letak perkataan 'adalah' yang jelas menyalahi penggunaan tatabahasa. Maafkan saya ... sesekali saya perlu 'derhaka bahasa' agar celoteh saya tidak merimaskan pembaca. Aci? *_* )
 
Okey, berbalik kepada cerita malu dgn Syaaban. Sungguh, saya sangat malu, malu kepada diri sendiri dan pastinya dengan Pencipta karena.... Sebenarnya.... Okey, saya berterus terang, sebab saya nak g beli kain raya baju melayu suami +anak-anak hari Sabtu ni (jika diizinkan-Nya), tapi saya belum ganti puasa-2 hari! SYYYYY! Kah3. (Ketawa berdekah2 kerana mahu cover malu). Insya-Allah, saya akan berpuasa esok. Wajib ganti puasa! Saya telah melengah-lengahkan waktu sehingga Syaaban telah muncul. Ya Allah.....

Bukan saja2 nak lengah2 ganti puasa, tapi saya risau nk puasa-sbb sy menyusu cik kembar! Sedangkan stok susu sangat ciput! Ya! Risau kalau puasa, pam kat opis susu tak banyak dihasilkan! Sebenarnya salah anggapan ini kan, fikir secara positif! Mana tahu, bila puasa, susu akan bertambah2! Tuhan maha berkuasa. Saya tekad, saya MESTI ganti puasa ESOK! Fikir positif! Insya-Allah....

Sekian. ;-))

Bisik-bisik  I :Ada yang 'senasib' dgn saya? Hik, jom2 kita ganti cepatcepat sebelum terlambat! Ia adalah latihan untuk menghadapi Ramadan, sebenarnya!
 
Bisik-bisik II: Dieyana belum ganti puasa, tapi teruja nak sambut raya ... bikin malu kompeni! Bangun sahur nk mkn apa? Nasi kicap+telur mata sudah memadai, kurma, air masak dan ESP Shaklee satu mug. ^__^ Bikin kecoh! Dah ganti puasa barulah berani nk cerita2 pasal baju raya. Setuju?!
 
 

Friday, August 17, 2012

Aidilfitri Menjelang Tiba

Syawal bakal menjelang tiba ... Salam Aidilfitri daripada saya sekeluarga-Dieyana, Hanapi, Iman dan Wafiy. Andai ada tersalah, terkasar bahasa, tutur bicara, tulisan yang mengguris hati, ampun dan maaf saya pinta. Semoga hari raya ini memberi seribu kebahagiaan kepada kita semua. Berhati-hati di jalan raya, pesanan sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN....




Hari ni saya masih di pejabat. Insya-Allah, tiada aral melintang, malam esok (malam raya), kami akan berangkat pulang ke kampung halaman-Pasir Mas ... semoga dipermudahkan-Nya. Amin.

**(Alhamdulillah, rumah dah kemas, semalam gotong royong dgn suami, anak2 turut menyibuk..;-), sesawang, segala bagai, ngelap cermin, itu ini - selesai. Sambung malam ni pula, kemas dapur, lipat baju. Malam ni, malam esok, buka puasa di luar. Tak nak kecahkan dapur, hanya sediakan nasi+lauk ringkas untuk sahur esok. Lega, tinggal rumah seminggu, rumah mesti bersih, hati kena tenang, boleh raya dengan gembira....^_^)

Monday, August 13, 2012

Raya yang Sederhana

Semakin dekat nak raya, semakin rasa sibuk/menyibuk. Entah apa yang disibukkan pun tak tahu.... Macam2 dalam kepala, masih sempat lagikah nak buang sare labo (sawang) kat siling rumah tu, langsir sempat lagi ke nak basuh (belum basuh!? Nampak gaya, tak berbasuh la langsir tu...;-), lantai mu tak mop lagi, hiasan dinding yang ciput tu, belum dilap lagi ... hahahah. Alamak, kipas belum lap lagi, habuk dah banyak lekat kat situ ... macam2 nak buat nak dekat2 raya ni. Suami isteri gotong royong! ^_^


Baju anak-anak semua dah selesai, baju, tudung saya dan baju suami pun baru je selesai. Baju melayu suami dan anak-anak, kata suami, kami pakai hak tahun lepas aje! Sandal anak-anak dan suami pun, pakai hak sama juga. Alhamdulillah, semuanya masih dalam keadaan baik dan masih muat! Baju saya pun tak banyak kali ni. Mak buyung cukup la selai-dua....;-)

Alhamdulillah, rasanya tahun ni, kami bersederhana. Lagi sederhana apabila malam raya baru nak bertolak balik ke Kelantan. ;-) Tak mahu sakit pinggang lama2 dalam kereta. Yang penting, rasa syukur, dapat balik kampung jumpa keluarga tersayang di kampung, dan untuk kegembiraan anak-anak! Insya-Allah....

(**Tahun 2012 adalah paling teruk mood beraya saya! Tapi demi kegembiraan anak-anak, saya buang jauh2 perasaan saya tu! Raya tahun ni, rasanya, saya lebih bersikap reda, tak ada pun tak pe, ada pun tak pe.... Mungkin pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2012 ini sama ada pahit/manis, menjadikan saya lebih bersikap "tak apa lah" "okey je lah". Apa-apa pun, hari raya adalah hari kemenangan kan, hari untuk bermaaf-maafan, hari bergembira. Biasalah mood orang mengandung ni, kejap okey, kejap tak okey....;-)

Tuesday, August 23, 2011

Sudah Selesai? ^___^

Salam.


Apabila jarang2-jarang menulis, terasa kekok, kalau selalu menulis, bimbang orang bosan. Bebel ntah apa-apa kan. Ada yang suka, terima kasih, yang tak suka pun tak pe, terima kasih juga. ;-)) Suka dan tak suka, adalah perkara biasa. Ternyata akhir-akhir ini saya jarang2 menulis, kerana tak berapa nak rajin. Insya-Allah, bila dah rajin, jgn ada yang muntah pula ^__^ Tak ada apa lah, saja sembang-sembang, sebagai pembuka bicara untuk hari ini. Eh tetiba rasa macam kat pentas pula. Dah-dah bebel!


Persiapan raya, alhamdulillah, telah pun berakhir Sabtu yang lepas. Suami dan anak-anak dah selesai sebelum tu lagi, cuma hal saya yang belum selesai. Pagi Sabtu, berdesup ke Carefour Wangsa Maju, urus beberapa 'barang' raya saya. Alhamdulillah selesai. Pulang rumah, lepas solat asar, sambung ke One Utama pula, cari 'barang' saya lagi yang cerewet giler tu! Alhamdulillah, sekejap saja di One Utama, terus jumpa yang berkenan. Terus ambik, tak nak cakap banyak dah, terus bayar. Kemudian, cari tempat makan untuk berbuka puasa. Orang sangat ramai, meja dah penuh reserved. Nasib baik ada satu tempat makan yang masih ada meja untuk kami berbuka. Penang Flavour. Alhamdulillah, makanan di situ menepati selera kami. Suami makan nasi putih+sayur+ikan asam pedas. Saya-mee udang. Dan, untuk kedua beradik tu, saya ambik set apa ntah, tapi dalam tu, ada sate, 5-6 cucuk, pie tai (4 biji), popia (2 biji), dan satu lagi, mcm popia ada ayam (popia dipotong kecil). Dan, sebiji roti boy untuk Iman (yang dibeli di kiosk Roti Boy). Alhamdulillah rezeki Allah Taala. Dan paling penting, tidak ada pembaziran berlaku. ^__^

Kemudian selepas solat maghrib, pusing2 kejap, bagi can untuk Imanwafiy, dan mama dia sekali cuci2 mata...
;-)),


Dah, selesai nyoping2! Duduk 'diam-diam', tumpukan yang 'batin' pula. Leka dengan persiapan di sini, persiapan 'di sana', jangan dilupa pula, ye dak? Sesama kita beringat-ingat sebelum dijemput 'pulang'. Insya-Allah.



Mana mungkin balik raya Kelantan nanti, jalan lengang begini. Apa-apa pun, kepada semua berhati-hatilah kita di jalan raya, ya!


**(Tapi kata Hanapi, kalu sempat, kita g Alpha Angle-Jusco nok? Kata saya, la, ado lagi ko, nok cari gapo lagi? Katanya lagi, tok se g tak po,saya g sore. Oh, mungkin ada barang kecik2 yang dia nak cari kot. Lajulajulajulaju saya angguk, nak ikut juga! ^__^ Astaghfirullah-al-azim...;-))


Thursday, August 18, 2011

Sembang-sembang 18 Ramadan :-)

"Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal"


Eh belum Syawal lagi. >__<


Lama betul tak bersiaran. Biasalah, ada masa2nya mood tulis2 tk datang. Ekceli, ai sebenarnya sibuk. Kahhakahak hijau ... sibuk lah konon. sibuk nyoping! syyyy! tk abis2 lagi nyopping, pergi-balik, pergi-balik, 'barang' (saya punya) yang satu ni tak jumpa2 yang bekenan. Aduhai, penatlah! Berputus asa kah? Eh tidaklah. Itu semua duniawi saja. Lupakan. Pasal nyoping2 yang tak abis2 tu, biarlah, kalau ada rezeki jumpa yang bekenan, ambik, kalau tak de, tak pe, saya tak bersedih pun ... hehehe. Sentiasa sedapkan hati sendiri. T___T

Dah akhir2 Ramadan ni, kalau boleh, nak kaut perkara yang baik2 banyak2, selagi diberi peluang oleh Allah Taala. Insya-Allah. Mana yang baik kita jadikan ingatan, yang buruk2 jadi tauladan.

Apa khabar semua. Ha, baru nak bertanya khabar. Kami sihat2 aje. Ramadan dah 18 kan. Kejapnya masa berlalu. Tetiba rasa sayu, kalau boleh tk nak tinggalkan Ramadan. Sebab Ramadan ni, saya 'baik' sedikit, harap2 bulan bukan Ramadan pun, saya jadi baik. kihkhihk ... insya-Allah....mudah-mudahan.

Sebenarnya, saya dah mula malas2 nak masak2, (yang ni perangai tak berapo comey..heheh). Kata suami, "saya tak kisah ... ikan rebus goreng kicap+ulam pun boleh." hahahha, ai pun tk kisah yu! Sebelum tu, saya terjah bazar Ramadan. Beli nasi sebungkus seorang, cukuplah. Semalam pun, saya malas masak, kami buka dgn McDonald double gcb(delivery). Sedap? Bolehlah, kenyang perut. Alhamdulillah. Cuma, kalau boleh dan diizinkan-Nya nak buka puasa kat luar barang sekali. Insya-Allah.


Langsir segala bagai pun belum sempat nak ambik basuh. Tukar baru? Oh tidaklah! Kami baru je setahun lebih duk situ ... semua masih elok. Masih ada peluang, Sabtu dan Ahad ni untuk kami kemas2 rumah, kemudian minggu depan, Jumaat, kami akan pulang beraya di Pasir Mas. Insya-Allah....



Kepada semua, saya minta maaf zahir batin, kalau ada terkasar bahasa, tersalah laku, eh tetiba mcm dah nak raya. Tak mau lah ucap lagi. Nantilah, dekat2 nak raya nanti >__<


ImanWafiy 2010




Jaga diri hiasi peribadi. ;-))

Thursday, June 30, 2011

Kali Ini, Tidak Cerewet!

Alhamdulillah, rasanya persiapan raya anak-anak sudah selesai 80%. Dan, shopping kali ni, sangat 'manis', tidak berserabut, tenang aje, jiwa dan raga. Smooth aje shopping kami Ahad lepas di KLCC-sebab saya dan Hanapi tidak cerewet dalam memilih baju anak2, terus jumpa yang berkenan-anak-anak terus cuba pakai-dan bayar. Hanya masuk 2 shoplot kanak-kanak, selesai! Senang bukan?!


GAP kids- kebanyakan pakaian, diskaun 50 % dan pembelian 5 items/ ke atas, diskaun lagi 20%. Sangat seronok - perbelanjaan yang berhemah. Tapi untuk pakaian new arrival, diskaunnya tidaklah banyak, mungkin 10/20 % sahaja. Standardlah kan-barang baru. Diskaun 50% itu mungkin stok lama. Tanpa banyak cerewet, saya rembat sahaja. Bajunya very simple, but smart - yang penting, anak-anak kelihatan smart! Smile!


Dalam 'Fitting Room'

Dan, saya beli ni:


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Nak try pakai Simplysiti la pulok! Mana tahu kan, pakai ni, muka iras2 siti nurhaliza, paling tidak pun, mcm Rozita Che Wan. Jangan marah ... smile! Alhamdulillah, seminggu pakai, sesuai dgn kulit saya (kulit sawo matang gelap macam saya better guna yang natural). Lepas pakai mesti nak nyanyi lagu Siti. Hahahah, agak2 la kalau ya pun pakai bedak Simply Siti. Harga pun berpatutan, bagi saya, tidaklah mahal, tidak juga murah, sedang2 aje. 2 Way Cake (natural)-rm 50.91 sen, dan lipstik (jerat percintaan) rm 32.31 sen. Boleh dapatkan Simply Siti di Watson!

Friday, May 27, 2011

Borak-borak Fasal Warna ;-)

Salam untuk semua.


Ramai dah mula cari/beli baju raya kerana tak nak bersesak-sesak dalam bulan Ramadan terutama baju anak-anak. Tak kurang juga masih tercari-cari warna tema. Dan, ada juga yang sudah biasa shopping dalam bulan puasa. Tak kisahlah kan, janji bahagia ... Insya-Allah :-) Saya? Belum buat apa-apa. Tapi dah 'survey' sikit-sikit tempat yang akan diterjah nanti. Insya-Allah. Yang penting, kami telah memilih warna tema baju raya 2011 (kunun2nye< heheh).


Tetiba semalam (sembang malam Jumaat) kami laki bini (mcm best pulak guna 'laki bini', heheh) borak-borak fasal baju raya anak-anak, dan warna tema sekali. Pada mulanya saya cadangkan hijau, bukan hijau terang, tapi hijau ala-ala hijau lumut gitu! Suami cakap, eh apa kata oren?? Alamak oren?? Heheheh, sesuai ke kulit ai dgn warna oren tu? Hahha, eh tapi, oren pun macam cun juga eh, meriah. Boleh juga oren, tapi tak nak la oren yang terang benderang tu! Oren-oren bata, boleh. Oren bata? Suami cakap, "ore tak panggil oren bata, ore panggil, merah bata!" Oooo, eh, okeylah.... Ha, lebih kurang begitulah warna pilihan baju raya kami, oren-oren+merah-merah=warna batu-bata, tak nak oren terang cam 'tok cha' tu ;-)


Adakah oren bata/merah bata menjadi warna tema tahun ini? Boleh percaya ke? Mana tahu kan, kadang-kadang di saat2 akhir pilhan warna boleh bertukar. Wallahualam ... tungggu dan lihat sajalah....
(Nota Dieyana:(1) Cepat-cepat ganti puasa ... excited cerita fasal raya, tapi puasa belum habis ganti. Tak nak malukan diri sendiri, heheheh.... (2) Insya-Allah, cuba untuk berbelanja berpada-pada, tanpa ada pembaziran Amin.)

(Lagi Nota Dieyana : Alhamdulillah, Iman dah sihat ... syukur alhamdulillah :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...