Indahnya alam persekolahan. Rasa nak kembali ke zaman itu, zaman kanak-kanak, zaman ikat rambut dua! ;-)) Tak payah nak pikir apa, tau nak main/seronok aje. Dah namanya kanak-kanak kan! ^_^ Andai dapat, kuundurkan putaran dunia! Tapi mana mungkin, kan!
Friday, June 28, 2013
WhatsApp?!
Indahnya alam persekolahan. Rasa nak kembali ke zaman itu, zaman kanak-kanak, zaman ikat rambut dua! ;-)) Tak payah nak pikir apa, tau nak main/seronok aje. Dah namanya kanak-kanak kan! ^_^ Andai dapat, kuundurkan putaran dunia! Tapi mana mungkin, kan!
Wednesday, May 9, 2012
Abang Ada, Adik pun Ada
Bila keadaan ini berlaku kepada anak-anak saya, terus saya teringat masa kecik2 dulu. Apa yang kakak saya dapat, saya pun nak. (Ada unsur jeles di situ ^__^). Contoh, ketika pagi hari raya, kakak saya dipakaikan rantai dan gelang emas, saya pun nak macam tu juga. Tapi saya dipakaikan rantai saja. Kata Ma, “Na kecik lagi, pakai rantai jah lah.” Kalau kami bergaduh, saya kena pukul, mesti saya akan babitkan kakak saya juga. “Ba te (pukul) Na sore, Along pun Ba te la jugok.” Lihat! Ada unsur jeles dalam diri saya. ;-) Ya, saya anak kedua. Saya tak pernah berperasaan begitu terhadap adik ketiga saya, sebab dia lelaki dan jarak kami agak jauh berbanding saya dan kakak saya.
Tapi bila saya beranak dua, dan ia berlaku sama seperti saya kecil2 dulu, baru saya tau situasi sebenar. (Ma dan Ba tiada niat nak ‘memilih-milih’ anak.) Bila Wafiy nak sesuatu barang macam abang dia dapat, saya/suami akan beri alasan, “Wafiy kecik lagi, nanti Wafiy sekolah, mama belikan untuk Wafiy, deh!” (Alasan yang tak dapat diterima oleh anak yang berusia 4 tahun, penyelesaiannya: kena belikan kedua-duanya sekali. Apabila dapat memenuhi kehendak kedua-dua anak saya, barulah hati saya akan selesa. Walaupun tak sama, sekurang-kurangnya, kedua-duanya dapat).
Sebagai contoh, baru-baru ini kami ke Parkson, memang niat nak gantikan beg sekolah Iman yang dah koyak di poket, zip tercabut. Iman berkenan Ben 10, ada roda. “Iman suka beg ada roda, macam kawan Iman.” (Ini kes terpengaruh dengan kawan sekolah ... macam mama mu jugok, mudah terpengaruh, heheh). Bila nampak si abang ambil beg ben 10, terus Wafiy pun ambil juga, “Wafiy nak macam abang!” Kata saya, “Tak payah la, beg ni besar, beg Doraemon Wafiy elok lagi. Nanti Wafiy sekolah, mama beli macam abang.” “Tak nak, Wafiy nak macam abang!” Ha kau, mak-pak dah serba salah! Okey, untuk menjaga hati anak kecil, saya dan suami pujuk dia “Wafiy ambik yang ni, cantik, merah.” “Okey, Wafiy suka Mickey!” Fuh, lega mak-pak. Dapat beg sebiji sorang. Itulah dia anak-anak.

Bukan niat kita untuk memilih-milih, anak yang mana dapat, yang mana tak dapat. Ia sebenarnya berlaku tanpa kita sedar, lalu salah seorang akan berkecil hati. Tiada cara lain-kena beli duo-duo, abis cerito ... duit kena spend lebih la sikit. T__T
** (Itulah sifat, sikap kebanyakan anak kedua atau anak tengah – Kajian pernah menunjukkan tentang ‘sindrom anak kedua/anak tengah’ – memperlihatkan ciri-ciri inginkan sesuatu yang sama seperti adik-beradiknya yang lain (terutama saudara kandung yang di atasnya), dan ingin diberi perhatian yang lebih).
Tuesday, January 17, 2012
Follower ke-84: Teruja Kejap! ^__^
Thursday, January 12, 2012
Perempuan Joget? ^__^

Tak silap saya, gambar ni malam berinai, kan fillanie? Tengok Pak Radie awk, maintain aje..;-)Wednesday, March 23, 2011
Wayang Pertama-1994!
Monday, November 1, 2010
Cita-citaku, Cita-citamu
1. "Apa cita-cita awak, Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya, nak jadi cikgu."
2. "Apa cita-cita awak, Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya nak jadi wartawan."
3. "Apa cita-cita awak Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya nak jadi kerani, cikgu."
4. Soalan lagi. "Cita-cita saya nak jadi pereka fesyen!"
-Dan suatu hari, tahun 2010,
Nurdiana bertanya kepada Iman pula,
**Saya akan tunggu lagi beberapa bulan dan akan bertanya lagi, cita-cita Iman, ahhah, mesti lain pulak ni. Sesekali mengingat kenangan kita masa kecil, amat menyeronokkan. Dan, apabila berborak dengan anak-anak, ada saja yg menggelikan hati.
Monday, August 30, 2010
Gambar Raya
Raya 2005-Masih pengantin baru-masa ni tengah mengandungkan Iman.
Raya 2007
Raya 2008- 20 hari berpantang
Wednesday, August 18, 2010
Tentang Sahur
---Dan, apabila dah kahwin, beranak-pinak ni, bulan puasa, ma mesti telefon/miss call/mesej, kejutkan kami suami isteri bangun sahur. Ahahha, sekarang ni, 4.30 pagi, berdering2 bunyi telefon. Habis ditelefonnya, kami 3 beradik, tak kira anak dh kawin atau belum. Adik bongsu, tinggal dgn ma di kampung, Yang tu lah menjadi pengubat ma dan ba di kampung. Apa-apa pun, sangat2 berterima kasih pada ma, sentiasa mengingati kami adik-beradik. Elok sangat2 la ma kejutkan kami, kalu tidak, entah apa jadi dgn sahur kami. Dalam pada ma telefon tu, sempat lagi aku melengah2, suami pula yang kejutkan, "bangun wei, pukul brpo doh ni, goreng ikan nuh...." Apa kata suami ambil alih, makan waktu sahur, biar dia yang sediakan. Amacam? Entah la, boleh harap ke tidak Mr. Hanapi tu. Kita try test nak? Hhahah.
----Ma, terima kasih! Tiba2 rindu kat ma! Rindu jugok ko Ba. Tugas Ba pulok, pagi2 start kereta, berdesup g cari lauk untuk ma masak. Dan, Ba tak pernah lupa, kuih akok Cik Kamariah! Terima kasih, Ba! Panas2, pukul 10 pagi masak dah. Silap hari bulan, 2/3 ketul masuk ke perutku! Hehhehe. Tiba-tiba teringat lagu raya, "Kepulangan yang Dinanti". Cuba nyanyi skit, tiba2 lupa lirik!