Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Friday, February 23, 2018

Hi Tea di Zende, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Alhamdulillah, meraikan AJK Fit Sisters Gombak Dance.

Hi Tea di Restoran Zende, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur (berhadapan Sunway Putra Mall)


Semoga ikatan silaturrahim ini terjalin untuk selama-lamanya.
 

Tema-Putih/Biru. Tapi ada sorang yang ingkar! Hhahha, tak pe lah dik, ko ibarat macam solo dalam kumpulan nasyid kami. ^__^



Terima kasih semua! Love uols!
 
 

 
Makanan boleh tahan juga, sedap-sedap! Tapi sayang, tak de gambar makanan. Makan tak pandang keliling, sehingga lupa nak snap food! ;-))
 

 
The real capture of you? ^__^
 
 
#salsationfamily #welovedance #dancefitness
 
 

Monday, October 20, 2014

Warung Pak Mat Pisang

Ketika saya dan beberapa staf yang lain out station di Kota Bharu, Kelantan-'Rakaman Pembuatan Batik dan Songket di Kampung Penambang Kota Bharu', singgah makan di Warung Pak Mat Pisang.
 
 
Kawan-kawan yang sporting, bila ada sorang yang memang gila-gila selfie, semua dah terikut berwefie (sesuka je letak sitilah)! ;-))
 
 
 
Alamat warung ni saya tak ingat, tapi seingat saya, kedainya jalan nak ke PCB.



Terima kasih yang belanja kami
 
 
 
Menu popular kat sini, teh tarik madu dan sup kepala ikan. Fuh, mabeles! Tengah menaip ni, terasa2 teh madu ni kat tekak ^_^
 


 
Saya org Kelantan pun tk pernah tahu kesedapan air teh madu ni, bila dah tau ni, boleh la ajak suami  bila balik kelate nanti. "Amacam awak, kito g deh!" Hahaha, ya lah sangat tu! ;-))




 Terbaik!
 

Friday, June 28, 2013

WhatsApp?!

Salam Jumaat dan selamat pagi. ...
 
WhatsApp ('Woksak'), sampai jari-jari berasap! Fuh! Orang lain dah lama kenal benda alah ni. Saya? Fuh, baru je 2/3 minggu ni tau apa itu whatsapp ... hahaha, gila jakun kan? ^_^
 
Tambah lagi bila dah phone canggih sikit ni (sikit je lah), bolehlah nak godek2 itu ini, begitu begini. Lepas Woksak, ada yang invite me wechat pulok. Lagu mana pulok tu wei.... Boleh tulis2, macam woksak juga, n lebih menarik boleh berbual, katanya! Wah! menarik tu! ;-))
 
Sekarang ni Geng group sekolah rendah dulu2 ... menggila berwoksak, semakin ramai, meriah! Yang seronoknya sebab geng tu ialah kawan-kawan sekolah rendah dulu. Bayangkan! Kawan-kawan 25/28 tahun yang lepas! 1985-1990 Sekolah Rendah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas, Kelantan!
 
Seronok bila masing-masing bangkitkan cerita-cerita lepas...."mu ingat dok, gini, gitu, bla bla, bla pok pek pok pek." Gegak gempita ruangan woksak kami! Keras perut nok suko! Tambah syok bila kami akan buat majlis reunion hari raya nanti. Insya-Allah. Jange tok jadi pulok wei!

Indahnya alam persekolahan. Rasa nak kembali ke zaman itu, zaman kanak-kanak, zaman ikat rambut dua! ;-)) Tak payah nak pikir apa, tau nak main/seronok aje. Dah namanya kanak-kanak kan! ^_^ Andai dapat, kuundurkan putaran dunia! Tapi mana mungkin, kan!
 
Bisik-bisik: Apa-apa pun, woksak, woksak jugok, yang penting tahu batas-batasnya dan tidak lupa akan tanggungjawab masing-masing ya! Ingatan untuk diri n kawan-kawan lain juga! ;-))


** Banyak entri2 tertangguh, tak sempat la ai nak update! :-((


Kanak-kanak Ribena! ;-))

Thursday, May 3, 2012

Jom, Petang Ni Ke PWTC!

Suka saya uar-uarkan di sini dan menjemput tuan-tuan, puan-puan ke,

MAJLIS SEPETANG BERSAMA SASTERAWAN NEGARA KE-11 DATO' DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH (KEMALA)

pada
3 MEI 2012 (KHAMIS), 3.45 PETANG

bertempat di
Pentas Legar Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

anjuran
Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Saya percaya, ramai yang di luar sana belum kenal Sasterawan Negara kita yang ke-11. Yang dah kenal, nak kenal dengan lebih dekat, jom ke PWTC petang ni. AARON AZIZ pun ada. Teruja? tentulah kan, Aaron Aziz. Tapi, maafkan saya, Aaron aziz ada shoting filem, jadi digantikan dengan artis lain, yang tak kurang hebat, Anuar Zain. Ops maafkan saya sekali lagi, bukan Anuar, tapi adik Anuar Zain. Hahaha, jangan marah ya! Okey, yang ni saya tak tipu, betul-betul! =^_^= Jom kita memeriahkan PWTC petang ni! Yang dah ada kat pesta buku tu, jom la jenguk pentas pukul 3.45 petang ya! Kalau datang awal, ada rezeki uols, dapat door gift yang best daripada kami. :-))


Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Bahagian akan bertugas untuk majlis tersebut. Dan, paling glemer, saya akan jadi pengacara untuk majlis tu. (hahahah, Dieyana bajet bagus!) Pengacara tak profesional je pun, tolong bahagian. Dah yang profesional semuanya ada komitmen, sayalah yang jadi mangsa. Aduhai.... Awal-awal kerja dulu, pernah juga jadi MC beberapa kali, maklum staf baru, orang suruh itu ini, angguk aje. Katanya, nak latih staf baru. Haisy! Dah bertahun2 tak jadi pengacara nih, gigil pulok kepala lutut ai ni!
-__-


JUMPA DI SANA!

Friday, March 2, 2012

Karnival Karangkraf 2012

Sesekali Dieyana pun mahu interframe ... kat mana lagi kalau tak di blog sendiri ... cerita-cerita, kemudian tepek gambar ... teringat dengan kata-kata blogger Hanisazla - "tulis sendiri, baca sendiri" ... ai rasa terkena hidung sendiri ;-)

Gambar ni Februari yang lepas ... saya dan kawan-kawan ofis satu bahagian-(bahagian kami ada 12 orang , tapi yang dapat pergi, 3/4 saja) ke Karnival Karangkraf 2012, lawatan sambil belajar, katanya ^__^ (salah satu aktiviti Badan Kebajikan Bahagian). Kebetulan, rakan ofis kami, AleyaAneesa. buka booth di situ, jadi kami mahu beri sokongan untuk dia!




Sebelum ke tapak karnival, kami dengar Sembang Buku 'Thriller Caras Jiwang ... Mampu?' bersama-sama penulis Ramlee Awang Mursyid, dua lagi namo gapo eh, tk ingat! Yang tengah tu penulis cerita2 seram, terkenal juga, tapi sebab saya takut cerita2 seram, maka saya tak ingat nama dia..;-)



Buku-buku yang telah dihasilkan oleh Aleya Aneesa (kredit pic-FB aleyaaneesa)
Semoga Aleya terus menulis ... dan saya terus dapat buku free awak! =^__^=



Motif bergambar kat sini? Entah, sesedap rasa saja snap gambar! ;-)


Sebenarnya ada beberapa lagi kawan saya, tapi selepas dengar sembang buku tu, kami ke tapak karnival dan berpecah ... itu aje lah gambar yang ado...:-)) Saya tak beli pun buku ... jalan-jalan saja, yang kaki novel tu, beraga-raga mereka beli novel! Dah katanya lawatan sambil belajar, jadi saya 'melawat' saja lah! ^_^

Sekian, entri Jumaat yang ringkas ... selamat berhujung minggu!

Monday, September 12, 2011

Nanie & Mya

Siapa Nanie? Nanie ialah rakan alam maya saya. Bermula di Yahoo Messenger, kemudian di FB, seterusnya sebagai teman blogger. Mya pula ialah anak perempuan Nanie yang comel-gebu! Kenal Nanie sejak dari Nanie belum kahwin sehinggalah sekarang ni sudah punyai Mya-8 bulan. Yang kelakarnya, kami tak pernah jumpa, dan tak pernah dengar suara! Sesekali kami akan berhubung di hp-mesej. Yang paling kerap-YM la. Tapi lagak kami berbual di YM-sangat mesra! Sedikit sebanyak, kami berkongsi hal keibubapaan dan susu ibu.

Sepanjang berkenalan dgn Nanie, sentiasa menyimpan hasrat untuk berjumpa, tambah2 ketika Nanie melahirkan Mya. Tapi selalu saja tiada kesempatan. Akhirnya, kami bertemu di rumah saya di kampung, hari raya ke-2 baru-baru ini. Berdebar2 juga menanti tetamu alam maya ni, kan. Mana la tahu, layanan kami tak seberapa. Bila dah jumpa Nanie, seronok ... Nanie memang selamba rock!






Amboi Mya, nak ejas anak bujang auntie ya! ^___^


Tengok Nanie, anak dara mu, tak duduk diam ... ehhehe




Sebelum jumpa Nanie, tengok gambar aje kan-nampak Nanie agak berisi, tapi sangkaan saya meleset! Slim juga orangnya. Jangan marah Nanie! ^__^


Ternyata Nanie seorang yang comel, cool-selamba. Mya pula keletah, ke sana ke mari. Sangat comel! Suami Nanie pula, peramah orangnya-Orang Rantau Panjang. Nani pula asal Perak. Ada umur, kita boleh ketemu lagi!!

Wednesday, December 15, 2010

Pergi Tak Kembali

Salam.

--Lebih kurang pukul 5.00 petang semalam (14 Disember 2010), dikejutkan dgn berita pemergian seorang sahabat, Mohd Nasir bin Said, Pegawai Perancang Bahasa DBP di cawangan Sabah. Pernah bertugas di DBPKL sebelum ini. Pemergiannya secara tiba2 sangat mengejutkan kami di DBPKL. Dan, panggilan daripada K.Suzanti telah mengesahkan berita tersebut. Tiba2 rasa sayu, teringat ketika arwah di DBPKL, sangat peramah, dan sentiasa melemparkan senyum mesra. Kerongsang pemberian arwah juga masih tersimpan rapi. (Hadiah ingatan arwah dari Sabah untuk kawan2 selepas perpindahan arwah ke Cawangan Sabah).

Arwah Mohd Nasir-3 dari kanan. (2006)

Makan2 di Restoran Kancil-meraikan perpindahan arwah ke DBP Cawangan Sabah. ("Geng Bagan Lalang")


--Al-fatihah untuk arwah, dan takziah untuk keluarganya. Menurut maklumat yang diperolehi, jenazah akan diterbangkan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur hari ini, dan seterusnya ke rumah keluarganya di Penang. Semoga arwah Mohd Nasir ditempatkan di tempat orang2 yang beriman. Amin.

Wednesday, July 21, 2010

Kenalan Baru!

Dah lama niatku ini nak berkenalan dgn lebih rapat dengan 'kenalan' ku itu. Harap-harap bila berdepan dgn 'kenalan baru' tu, aku tidak kaget nanti. Akhirnya, pertemuan kami suatu hari di ground floor, pusat membeli belah Sogo menjadi kenyataan. Apabila berhadapan dengan 'kenalan baru' ku itu, tak ku sangka, perasaan malu/segan n pelbagai tu, hilang begitu saja. Dan, mungkin selepas ini, tidak menjadi kenalan lagi, tapi menjadi 'teman tapi mesra'. Ahaks. Aku akan perkenalkan 'kenalan' ku ini kepada ImanWafiyHanapi nanti. Harap-harap Mr. Hanapi tidak keberatan untuk berkenalan dengan 'teman' ku itu. Insya-Allah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v

Ku punya!


Aleeya punya!

Cik adik yang control cun!


Cik kakak senyum kemewek ... malu2 kucing!

Selamat berkenalan NANDO'S! Hehehhe, balik2, jumpa 'teman tapi mesra', apa salahnya berkenal-kenalan dgn yg lain2 pula. So, lepas ni, nak kenal 'siapa' pula ye, Aleeya. Hahahhah ... full stop

Tuesday, July 20, 2010

Kawan-kawan

Teringat kawan-kawan lama....

Suzila-dah jadi cikgu.

Baju biru-Nik Afifah, senyap aje mu dih!
Kat Tupai-tupai meraikan perpisahan Suzila.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...