Showing posts with label Genius Aulad. Show all posts
Showing posts with label Genius Aulad. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Little Ihtifal 2012 (Genius Aulad)

Tinggalkan sebentar cerita2  bersalin ;-)

12/11/2012, berlangsungnya Little Ihtifal and Showcase Genius Aulad Wangsa Maju and Bandar Permaisuri di Dewan Sivik, Petaling Jaya. Alhamdulillah, Iman telah menamatkan pembelajarannya di Genius Aulad Wangsa Maju (dari  umurnya 4 tahun hinggalah 6 tahun).

4 tahun - kelas 4 al-Biruni
5 tahun - kelas 5 Andalus
6 tahun - kelas 6 al-Idrisi

Sayang sekali, saya tak dapat menghadiri majlis itu, berpantang di kampung, yang pergi, papa nya saja.... memang nak sangat pergi, apa boleh buat kan!

Ewah! ;-)

Iman, paling kecik! ^_^

Pentas

Apa yang mencuit hati tu, Iman? ;-)

Iman bersama-sama pengasas GA-Puan Zaliza

 Pelajar GA membuat persembahan, begitu juga Iman dan kawan-kawan sekelas..

 Tak nampak pun Iman! ;-)

 Perempuan je ni Iman, mana Iman dan boys lain? ;-)

Dari mula Genius Aulad dibuka di Wangsa Maju, saya hantar Iman di situ, dari Iman yang tak tahu apa2-'zero', sehinggalah dia memperolehi banyak ilmu, kalau harapkan kami, memang tak dapatlah tahap sebegitu baik, alhamdulillah, tq teachers! Jasamu dikenang. Hanya Allah Taala dapat membalas jasa kalian. Ada umur, rezeki, kita ketemu lagi! Insya-Allah. Bukan Iman je sayang dgn GA n teachers GA, mama pun, ;-) Puas hati dan berbaloi2 kami hantar Iman ke GA. Alhamdulillah.

Tuai padi antara masak, 
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak, 
esok jangan rindu-rinduan.
(betul ke lirik ni?;-)

Saya tanya Iman, "Iman nangis tak masa hari last sekolah tu?" "Kawan Iman, Megat Adam yang nangis, Iman tak nangis, tapi hampir-hampir nangis la...;-) Teacher Siti pun nangis, mama."

Moga Iman terus cemerlang dunia akhirat, ingat jasa teachers GA!

Thursday, September 27, 2012

Tentang Iman Wafiy


Lama tk cerita fasal anak2 ... balik2 cerita  diri sendiri ^_^.

IMAN - 2 bulan lg bersekolah di Genius Aulad Wangsa Maju. Insya-Allah, Little Ihtifal akan diadakan pada 12 November 2012 ni di MBPJ. Tak tau la dapat ke tidak sy pergi ke majlis ‘konvokesyen’nya nanti. Kalau dh bersalin masa tu ... suami la yang pergi. Majlis tu nanti ada showcase diaorang juga. 3 tahun di GA, tentunya lepas ni kami akan merindui GA yang bukan saja beri pengalaman manis kpd anak2, tapi parents juga.

Tahun depan, insya-Allah Iman darjah satu di Sek Keb Sentul 1 (dah dapat keputusan penempatan). Harap semuanya okey! Pendaftaran sekolah agama petang juga suami yang uruskan. Borang dah ambil, tapi belum hantar. Pada mulanya, saya dan suami serba salah, nak hantar ke tk nak sekolah agama petang, rasa kesian budak-penat ... macam2 kami fikir. Tak hantar kan, ketinggalan pula. Kata suami, kalau esok2 nak hantar anak sekolah agama (tingkatan 1), kena ada basic agama. Niat hati, sekolah menengah, mahu anak2 sekolah agama. Sekolah tahfiz-sains-cewah, fikir panjang betul kami ni ... darjah satu pun belum, dah fikir tingkatan satu! ;-) Moga diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, mahu lihat anak2 berjaya. Mak2, ayah2 kita dulu macam ni la, kan ... susah payah hantar kita belajar, doa siang malam mahu anak2 jadi orang yang berguna suatu hari nanti. Ha, sekarang, diri sendiri dah jadi mak2 baru tahu susah payahnya. Akhirnya, suami saya buat keputusan, darjah satu ni, kita hantar iman sekolah agama petang yang tak jauh dari rumah, di Taman Dato’ Senu.


>>>>"Abang! Wafiy nak duduk sebelah mama!"  Mama: "Okey2, abang, duduk sebelah papa." Beralah si abang (mood baik).
WAFIY - alhamdulillah, baik-baik saja ... biasalah, budak kecik, sedikit perangai sejak nak dapat adik. Apa2 hal, mama, mama, mama. Suatu hari, entah macam mana suami saya motivate dia ... bla bla ... Dan, lepas tu, alhamdulillah, akhir2 ni, dah okey, kurang dah ‘perangai’. Sejak sekolah ni, dh bnyk dia dapat ... semakin suka dgn buku, kalau menghadap buku baca/colour, sangat teliti dan cukup serius. Colouring pun kemas. Kata suami, masa ambil dia di sekolah, kawan2 pesan, “Wafiy, jgn lupa balik hafal al fatihah!” ^_^ Kanak2 yang pandai –tolong ingatkan kawan.
Feveret kami, terutama anak2, telur +kentang goreng (untuk saya, kuningnya separuh masak ^_^)
Cuma yang saya kurang selesa sekarang ni, bila saya tanya soalan feveret, “Wafiy makan apa kat sekolah hari ni”, katanya, “tak makan apa2.” Dalam seminggu, sekali/dua saja dia jawab, "makan mi/nasi/cekodok". Dan, pagi tadi masa hantar Wafiy, cikgunya ‘ngadu’ dgn saya, Wafiy tak nak makan. Tengah hari tk nak makan, duk makan bekal yang saya bagi je. Kalau bekal yang saya bagi nasi/mi/makanan berat, okey la, tapi kalau tiap2 hari nk sediakan bekal gitu, memang tak sempat!). Kebiasaannya, saya hanya bekalkan biskut, roti, kentang goreng  saja.  Balik sekolah, sampai  rumah, terus masuk dapur, cari makanan! Sekarang ni, balik dari pejabat, saya cepat2 sediakan hidangan mkn malam. Bertambah2 nasi waima telur+kicap (feveret anak2). Sesekali saya akan singgah beli makanan feveret anak-anak – roti canai. Dan, sampai saja rumah, terus dapatkan saya, “mama beli apa hari ni utk wafiy!?” Kadang2 saya pesan kat suami, balik sekolah, beli la kuih ... dan sekarang, roti/biskut mesti ada di rumah. Bila tanya, "kenapa Wafiy tak makan makanan cikgu?" Jawapannya, hanya, “Tak nak!” Aduhai....
Mereka tak sabar tunggu adik-adiknya keluar dari perut mama. Harap semuanya okey! (pernah terbaca di ruangan kanak-kanak –“anak-anak perlu dijelaskan bahawa mereka akan ada adik baru, sentiasa beritahu mereka, ajak mereka usap2 perut ibu,sembang2 dgn baby dlm kandungan supaya anak-anak tidak terasa hati/berjauh hati/tersisih apabila ibu melahirkan anak baru nanti.”)

Thursday, May 24, 2012

Genius Aulad Field Day

Field Day Fun 2012

6 Mei lepas, berlangsungnya hari sukaneka Genius Aulad Wangsa Maju dan Kota Damanasara di FRIM Kepong. Sungguh bersemangat Iman! Saya pun turut bersemangat, pertama kali tengok Iman main sukan, haruslah teruja! (Biasalah, mak-mak memang eksaited berbanding pak-pak ;-)


Awal pagi-pendaftaran, (sarapan diberi kepada setiap keluarga) kemudian dimulai dengan bacaan al-fatihah, diikuti ucapan ringkas principal Wangsa Maju dan K.Damansara seterusnya ikrar teachers, ibu bapa, dan student.... (Sebelum tu, Teacher Wan (namanya), datang ke arah suami saya, "Nak minta En Hanapi baca doa, ya?" Saya dah sengih2, suami saya tersipu2, 'maaf la teacher..bla bla...' saya dan suami gelak2, "Agaknya teacher ingat awk ustaz kot?" Dah banyak kali suami saya terkena situasi mcm ni, agaknya faktor janggutnya yg lebih tu? Hehheehh. Baca doa makan, bolehlah, teacher, tak pun doa naik kenderaan, aci gitu? ^_^)

Wafiy yang malu-malu, 'tepek' jah dgn papa dia

Sebelum memulakan acara, warm-up sikit. Kemudian terus dgn acara sukaneka. Wah, seronok tengok gelagat kanak-kanak. Wafiy, tak nak main, malu2. Katanya, nak tengok abang je! Satu acara je Wafiy main-kutip coklat, itupun kena paksa dgn papa dia. 2 biji je dikutipnya. Katanya, satu untuk Wafiy, satu untuk abang. -__-

Bawa bola pingpong dalam sudu, kotak beracun, 'rebut kerusi'.


Acara untuk ibu bapa pun ada, meriah! Teacher suruh saya main, "tak pe lah teacher, lain kali." Gedik2 saya nak main acara ibu tarik anak (tarik upih). Suami cakap, "tak payah cari pasal!" Jadi poyograper, sudah. Itupun dah mengah! ;-)


Sambil rehat2 bawah khemah, tiba2 wartawan Adik di 9 (TV 9), datang rapat, "ini anak puan ke? sambil tunjuk ke arah Iman. "Ha'aa, ya." Sambil tersengih2, dengan harapan Iman masuk tv. Terus wartawan tu rapat kepada Iman, "kakak nak tanya sikit, jom" "Tak nak!" Isy, apa daaa Iman nih, orang bagi masuk tv tak nak, "nanti mak juga yang bangga, nak...." Ahhahahah, saya pula yang lebih2..;-)



Yang menang, tentunya dapat hadiah, tak menang pun, dapat hadiah juga - semangat untuk kanak-kanak. ^_^


Teachers (Wangsa Maju)


Tamat Field Day, konon2 nak jalan-jalan dalam FRIM, kata suami, di atas sana ada air terjun cantik. Tak sempat nak tengok pun, cuaca mulai gelap (hujan). Terus balik! Sampai rumah 4 beranak 'pengsan', keletihan. Tapi seronok! ;-)

Wednesday, May 16, 2012

16 Mei=Jasa Cikgu Dikenang!

Selamat hari guru, Cikgu Hanapi (suami saya), Cikgu Mohd Nor (Ba saya), waima dah pencen, Ba tetap cikgu selama-lamanya. Dah pencen pun orang panggil cikgu ... bangga kan jadi cikgu, jasa cikgu sentiasa dikenang. Bangga jadi anak cikgu? Mestilah! Tak de orang berani kacau/nak ngorat. ^_^ Saya takut kat Cikgu Nor, sebab Ba cikgu Matematik yang garang! Ehhehe, kerja sekolah tak siap, tak kira walaupun anak, tetap kena denda! Anak Cikgu Nor kena denda sebab tak siap kerja sekolah? Malu weih kat kawan2 dan cikgu2 lain juga, berminggu2 malu tak hilang ... hahaha. Dalam garangnya pun, kadang2 Ba kelakar, suka buat lawak kat murid2 dia. :-)

Untuk cikgu-cikgu saya yang lain, selamat hari guru, jasa cikgu dikenang! Untuk kawan-kawan saya yang majoriti jadi cikgu, selamat hari guru (saya pun sebenarnya berkali2 minta nak jadi cikgu, program KPLI), tapi tak de rezeki.... ;-) Dan, semua guru di Malaysia, Selamat Hari Guru!

Semalam, tak rancang pun nak beli hadiah untuk cikgu2 sekolah Iman, tapi bila ingat tahun ni tahun terakhir Iman di Genius Aulad, eloklah Iman beri sesuatu untuk cikgu-cikgu di GA Wangsa Maju. Last minute kan, tak tahu nak beli apa ... inilah yang dapat. Rasanya okey sangat dah ni.... (Teringat zaman sekolah dulu, kalau hari guru, hadiah yang selalu saya beri kat cikgu, tentunya, sabun mandi, tisu, atau pen yang harganya 40 sen, beli dua, merah dan biru ... bangga dapat beri hadiah untuk cikgu ;-)



Dan paling istimewa ... hadiah ikhlas Iman berupa tulisan ucapan Teacher’s Day untuk guru kelas kesayangan, katanya. ^__^ “Mama, mintak kertas satu, Iman nak tulis untuk Teacher Siti.”


Suami saya pula, tak de hadiah special tapi dia minta saya buat puding trifle, katanya ada pot luck kecil di bilik guru. Demi Cikgu Hanapi ... ai buat puding trifle satu bekas.... ;-) Anak murid ramai, petang karang dapatlah hadiah tu, itu pun kalau ada yang nak bagi ... ^_^)

Hak kecik2 tu, untuk saya dan anak-anak makan ;-)

"SELAMAT HARI GURU!" (Ingat senang ko nak jadi cikgu? Dah la panas dalam kelas, panas dalam hati lagi ... ye dak... tambah lagi cikgu zaman sekarang ni, sangat mencabar! Bertabahlah cikgu2! ;-)

Friday, May 4, 2012

Kek dan Goodies

Birthday Iman 18 April 2012 yang lepas, tapi tiada majlis macam tahun lepas. Cukuplah Iman bawa kek dan goodies untuk kawan2. Dan, Jumaat lepas Iman bawa kek dan goodies untuk kawan-kawan kelas. "Mama, buat kek macam dulu, yang coklat tu, teacher cakap kek mama sedap!" Mama sengih sampai ke telinga, dan lubang telinga pun menjadi sempit kerana mulut dah pergi ke telinga =^__^=


Ikutkan hati, nak order je, kawan-kawan opis ni, ramai yang berjual kek, cantik2 pula tu.... Tapi bila kenangkan anak, buat sendiri saja, kek coklat aje pun! Cuma hiasan tu, taklah saya pandai... nak tulis segala bagai tu, memang langsung tak reti.



Malam Jumaat tu, gigih la saya buat kek untuk Iman, pagi-pagi bangun letak topping coklat atas kek. Tak tau nak hias apa. letak strawberi macam dulu juga, tapi kali ni hiris-hiris, letak smarties sikit kat tengah. Cukup!

Coklat urai di tepi kek agak rongak sebab toping coklat tidak penuh menyaluti kek ^__^


Dengan semangat berkobar-kobar nak bagi kawan-kawan makan kek, bangun je pagi Jumaat tu, terus buka kotak sambil sengih-sengih. "Iman, okey ke mama letak strawberi+smarties ni?" Tiada jawapan. Mama tanya lagi. "Okeylah tu, mama. Tapi, ada lagi tak coklat smarties tu? Iman nak!"


La, coklat smarties ditanyainya...^__^

Thursday, April 26, 2012

Mama Cuti!

Setiap kali bangun pagi:

Wafiy: Mama hari ni cuti kan?
Mama: Tak cuti.
Wafiy: Cuti!
Mama: Mama kerja la hari ni, Wafiy kena g rumah tuk (pengasuh)
Wafiy: (Meraung/menangis) Tak nak, Wafiy nak cuti. Mama kena cuti, jaga Wafiy!
Mama: Wafiy nak g sekolah abang?
Wafiy: Nak! Wafiy tak nak g rumah tuk! Wafiy nak g sekolah abang.
Mama: (terkebil-kebil+kesian)



Tak sabar tunggu untuk 2nd term Genius Aulad (Jun), ada tempat kah untuk Wafiy nanti? (Dah register online awal tahun 2012. Tapi nak masukkan Wafiy untuk 2nd term ni.... Bila tengok keadaan Wafiy pagi-pagi yang kerap tak nak g rumah pengasuh ... tak sabar untuk hantar Wafiy ke sekolah.


Awal tahun 2012 hari tu, memang tak de dalam list rancangan untuk kami hantar Wafiy ke sekolah, sebab dah tekad untuk hantar Wafiy 2nd term nanti, dan macam2 faktor/sebab yang menyebabkan kami tak hantar Wafiy sekolah lagi. Tapi bila tengok Wafiy dah 'bosan' g rumah pengasuh, dan beria-ria nak g sekolah, tak sabar pula kami tunggu 2nd term ni ... ditakdirkan tak de tempat untuk Wafiy kat GA, kami akan cuba usaha tempat lain. Insya-Allah....

Thursday, March 29, 2012

Hari Ini ke Kidzania!

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Pagi ni, bersemangat Iman bangun pagi, bersiap untuk ke Kidzania, Mutiara Damansara.





Playing it Big
KidZania is safe and interactive education and entertainment indoor theme park that allows children to role-play adult activities in a replica city designed to simulate real-life and a functioning economy. For children between the ages of 4 to 14, KidZania allows children to lead independent lives and get to understand the world of grown-ups better by being grown-ups themselves. (Kidzania.com.my)


Mengikut mesej teacher, pakai uniform sekolah macam biasa, dan berkasut. Saya memang kurang gemar anak saya pakai kasut. Lebih suka sandal. Bila semalam Iman ingatkan,

"Mama, kasut belum beli!"

"Yang tu tak boleh pakai ke Iman?" (merujuk sandal Clarknya).

"Tak boleh mama, teacher cakap semalam, kena pakai kasut, nanti sangkut jari kat batu, kalau Iman jadi pemain bola kat kidzania tu, kena pakai kasut."

Kata papanya, "Okey Iman, malam ni kita g duo, beli kasut!"

Fuh lega! Kata suami, tengok kat UpTown sudah, berlambak.


Mereka sampai UpTown Danau Kota, kedai belum buka! Balik ... tengah malam tu papa dia g sorang, alhamdulillah jumpa....

Bangun dari tidur tadi, tersengih2 tengok kasut dah ada! Petang semalam jugalah Iman potong rambut. Ha, barulah kemas, nak ke Kidzania!

Semakin besar, semakin tak reti nak bergambar, Iman bergaya tegak macam mama juga! ^_^


Pagi tadi suami saya hantar Iman, berkumpul di pekarangan NZ curry House, Wangsa Maju. (Baru kejap suami telefon saya, Iman dah naik bas (4 buah bas), dah jalan pukul 8.30 tadi. Kata suami, seronok tengok budak2 lain juga, masing-masing bersemangat ke Kidzania! Ibu bapa pun masing-masing sibuk ngambik gambar anak2 naik bas, Kalau saya ada situ, sah2 nyibuk ngambik gambar juga! Suami tentu geleng kepala tengok saya yang lebih kalut dari budak2 tu! ^_^)



Saya turut teruja dgn aktiviti mereka ni. Bukan apa-apa. Mama dulu, Iman, sekolah tadika KEMAS aje, mana ada benda2 macam gini kan. Ada peluang yang baik ni, pergi aje lah, sambil berseronok, mereka dapat belajar sesuatu. Tak pernah saya dengar Iman cakap, "mama, Iman tak nak pergi sekolah." Memang dia sangat seronok di situ. Alhamdulillah. Tak kisahlah hantar anak ke sekolah/tadika mana pun, waima tadika KEMAS. Asalkan anak-anak seronok dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Insya-Allah....

Friday, March 9, 2012

Anak-anak dan Solat

Ketika mood okey, disuruh bersolat, insya-Allah, tak banyak soal ... ada masa-masa, "Iman penat", "Iman mengantuk"... dan macam-macam alasan!

"Kata tadi mengantuk, main tak ngantuk! Iman cakap nak masuk syurga kan?"

"Dalam syurga banyak mainan kan mama, okey2 Iman semayang sekarang!" ;-)



Ada masa, bacaannya penuh, doa iftitah, al-fatihah, bacaan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat, insya-Allah, cukup lengkap. Kalau tak, sekadar al-fatihah, lepas tu cukup dengan gerakan saja-sehingga cukup bilangan rakaat. ^__^ Tak apa lah, asalkan mahu bersolat. Lepas solat, doa tidak pernah dilupa ... doa yang dibacanya... doa untuk ibu bapa -lengkap dengan maknanya sekali dalam B.Inggeris! Kita kecik2 dulu, ustazah suruh hafal, insya-Allah kita ingat, tapi kalau tidak dipraktik selalu, memang tak ingat. "Mama tak tau eh baca doa untuk ibu bapa? Okey, mama ikut iman baca...." ^__^

Sekarang, bacaan dalam solat yang belum dapat dihafalnya, ialah doa qunut. "Mama, ajar Iman doa qunut, panjang sangat, Iman tak ingat, dalam kelas Iman, boys semua tak ingat, girls aje yang ingat, mama...." ;-)

Wafiy pula, ada masa, rajin ikut abang solat. Lepas habis solat, "Abang, ajar Wafiy baca doa!" Ada masa, abang okey ... diajarnya Wafiy penuh bacaan doa, kalau tak okey, hanya - "Bismillahirrahmanirrahim. Amin!" Hahhaha, itulah, nak cepat ... menangis la si adik.
"Mama, abang tak nak ajar Wafiy baca doa...."

"Okey2, meh, mama ajar Wafiy...."

Jubah, sejadah kecil, kopiah pemberian Ba dan Ma dari Makkah.
"Iman, kalau nak solat, pakai jubah Ba beli kat Makkah ni...."

"Ooo, kalau Iman pakai jubah Makkah, Iman boleh pergi Makkah eh, mama? Kat Makkah ada hotel, ada kolam tak, mama? Nanti, Iman nak mandi kolam kat Makkah!" ^__^

Thursday, March 8, 2012

Famili FBI (Fasih Berbahasa Inggeris)

Semalam tengok message book Iman, ada mesej yang ditampal ... program Genius Aulad yang sangat menarik. Tapi sayang, kami tak dapat nak join, balik kampung.... Saya kongsikan maklumat ini ... hari ni tarikh tutup tau!



Antara pengisian dan aktiviti:

-Menangkap dan mengingat 'vocab' 5x lebih cepat

-Mengubah sikap harian biasa menjadi skrip bergaya 5 bintang

-Menyampaikan mesej dengan jelas walaupun perkataan yang dicari tidak dijumpai

Tips yang praktikal, fleksibel, simple.


Masa: 9.30 am-11.30 am

Tarikh: 10 Mac 2012

Moderator: Coach Sha & Coach Ridz

Venue: Genius Aulad Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Fee: RM 10/Family-GA Students

RM 15/Family- Non GA Students

RSVP: T.Diana 016-6795205/03-61563061

Closing date: 8 Mac 2012

Monday, February 27, 2012

KidZania, Mutiara Damansara

Pernah dengar KidZania tak? Ini pertama kali saya dengar, bila Iman tunjuk message book dia, educational trip Genius Aulad 29 Mac nanti.

Yuran: RM 70 termasuk transport, breakfast, entrance, snack lunch, souvenir (Dah selesai saya bayar Sabtu lepas)

Setahu saya (selama Iman sekolah di GA), educational trip ni memang aktiviti wajib GA. Tahun ni, mereka pergi Kidzania, bila tgk catatan dalam message book aktiviti mereka di sana nanti, teruja untuk saya lepaskan Iman pergi ... kalau parents dapat pergi, lagi teruja ^__^ Insya-Allah, moga Iman tidak berhalangan pada 29 Mac nanti!




A CITY FOR CHILDREN

IMAGINE a replica of real city equipped with buildings, shops, theatres, streets as well as businesses and services, made and run by children.

This child-size replica of a real city as the famous indoor educational theme park.

KidZania Kuala Lumpur located in Mutiara Damansara in a new seven-storey building opposite The Curve.

In this theme park, children aged between two and 12, will learn about the adult world as they get involved in role-playing 100 activities at more than 55 establishments.

They will also learn about the value of money as they pay for goods and services with KidZania currency KidZos and choose to experience up to 100 occupations including as pilots, television anchors, surgeons, chefs, firemen and policemen.

While Kidzania is all about children role-playing as adults, Legoland features the vastly popular Lego themed rides for children.

When opening an account at the bank, children will receive real cash cards to be used at ATMs in KidZania. It also has a modern security system and visitors must wear security bracelets that can trace the location of the chidren.

Children can take part in 60 activities over five hours. It will be a one time payment which include the price of other activities.

“KidZania is the brainchild of Ancona, who is a Mexican entrepreneur.

The first KidZania was opened in 1999 in Santa Fe Shopping Mall in Mexico City.

The second opened in Monterrey, also in Mexico, the third is in Tokyo, Japan, and recently another one opened in Osaka in March this year.

The one in Jakarta, Indonesia, opened in November, 2007, while the one in Lisbon, Portugal, was opened in June this year.

More are scheduled to open in Dubai (UAE), Shanghai (China), Bangkok (Thailand), Mumbai (India), Istanbul (Turkey), Santiago (Chile) and also in Seoul (South Korea) in the near future.



Thursday, February 23, 2012

Mesti Fokus ... Penat!

Lepas habis belajar dulu (2003), orang ada lesen, kita pun nak juga. Dah dapat lesen, tak pandu pun kereta. Dah kahwin, pun tak ambil kisah. Pergi pejabat, naik LRT, apa susah, menapak dari stesen LRT ke pejabat, lebih kurang 2 km, APA ADA HAL. Petang suami jemput.... Sesekali suami cuti mengajar, dia akan hantar dan jemput saya ... senang bukan?


Tapi tiap-tiap hari menapak ke ofis, rasa penat, “bestnya kalau berani pandu kereta.” Letih hilang, perasaan kembali seperti biasa. Kalau suami out station, kereta tersadai, “oh alangkah bagusnya kalau saya berani pandu....” Saya dah lupa macam mana nak pandu kereta, ada berani nak bawa? Mana nak jaga minyak lagi, nak tengok kereta depan, kiri, kanan, belakang, tukar gear lagi ... manual kan! Oh tidak! Saya tak berani! Masa tu Iman belum sekolah, rumah pengasuh dengan rumah kami tak jauh. Suami tak de pun, saya nak pergi kerja boleh naik teksi, bas, LRT ... kemudahan banyak, apa ada hal?


Ketika suami belajar di Sabah setahun (2006), perut boyot mengandungkan Iman, naik bas, teksi, LRT, termengah2 mak buyung! Kereta suami, tersadai begitu saja, yang mampu saya lakukan - panaskan enjin saja!

Sehinggalah suatu hari, pertengahan tahun 2011, suami cakap, lutut dia perlu operate (kecederaan lutut yang lama). Bila dah operate nanti, 1/2 bulan dia akan terlantar di rumah.... Oh! Saya mula terkial-kial, perkara pertama yang saya fikir, tentulah kesihatan suami saya, dan kedua, saya bukan fikir tentang diri saya, tapi saya fikir tentang Iman! Macam mana iman nak g sekolah? Sedangkan sebelum ni, pagi-pagi suami hantar Iman ke rumah pengasuh di Setapak. Dan, dari Setapak, van sekolah ambil Iman terus ke GAWM. Wafiy - okey, sebab rumah pengasuh Wafiy dekat saja dengan rumah. Lepas tu fikir, bila dah operate nanti, suami saya perlu dibawa ke hospital utk rawatan susulan ... sampai bila saya nak naik teksi kan? (Kopak pak encik dan mak encik!).


Kata suami, “kali ni awak kena belajar balik memandu, kemudian kena betul2 pandu.” Saya tahu, tak mungkin saya belajar dgn suami saya ... bekeng! Ambil keputusan ke kelas memandu (refresh) - 1 jam - RM 30, saya ambil 4 jam. Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun tak pandu kereta, rasa yakin sikit. Kemudian, barulah suami saya berani nak beri 'pinjam' kereta dia. Itu pun masih kena dengar bebel dia. Sampai di traffic light, kereta mati sokmo ... jalan bukit, suami cakap, "awk kena pandai balance minyak dengan clutch, hand break tu kena jaga," aduhai, rumit utk saya.


Beberapa minggu saya terhegeh2 belajar kereta suami, suami cakap, operation lutut dia, tangguh ... tak apa lah sekurang-kurangnya, saya dah belajar, keberanian saya dah ada 70 %.... Tak semestinya tak jadi operate, saya stop situ aje kan. Terus saja belajar memandu, demi masa depan!

Betul tekaan saya, penghujung 2011, masalah lain pula yang timbul! Bila mana, Iman memulakan sesi pembelajaran tahun baru 2012. Van yang selalu ulang-alik dari rumah pengasuhnya ke sekolah tak nak cover area Setapak! Terpaksa iman ditukarkan dari sesi pagi ke sesi petang. Suami balik mengajar 1.30, kelam kabut dia hantar Iman ke GAWM. Kami suami isteri terfikir, kalau suami saya out station lagi, macam mana? Saya perlu juga pandu kereta. Saya tak fikir utk diri saya, yang penting anak-anak. Akhirnya, setelah ditambah, tolak, darab, bahagi, dengan suami, tak lupa kakak saya (perujuk kedua selepas suami saya) saya mendapat sebuah kereta kecil ... utk saya berulang-alik ke ofis dan apa yang penting, apabila kecemasan, khidmat saya diperlukan! Kebetulan pula, minggu pertama saya memandu, suami saya ditugaskan di luar kawasan sekolahnya! Berdebar, gigil segala macam perasaan datang tau! Tapi saya gagahkan jua, kalau tak saya, siapa lagi? Seminggu saya hantar dan jemput Iman ... dari ofis saya di Jalan Dewan Bahasa ke Setapak (rumah pengasuh Iman), dan terus ke Wangsa Maju.


Alhamdulillah, keberanian saya di jalan raya semakin hari semakin okey ... itu pun kerana kereta kecil saya tu, auto ... banyak senang! Seminggu pandu kereta, dah boleh dengar radio, dah boleh pandang kiri kanan, badan dah lembut ... hihkhihk. (bayangkan pandu kereta, badan tegak, kaku pandang depan? ^__^ Saya masih belum mahir tentang parking. Setakat parking masuk biasa tu, boleh la, ;-) (Agak-agak berapa lama nak mahir parking ya? Berbulan-bulan/bertahun-tahun? Atau uols lepas dapat lesen, terus pandai parking?). Kata suami, "yang penting, kereta masuk petak, jangan buat orang gelak/marah tengok kereta awak senget- benget" T__T. Saya tak berani nak laju2, seriau tengok kereta laju2, berlumba2 menuju ke destinasi masing. Pesan suami juga, apa2 pun, signal jangan mahal nak bagi, kebanyakan orang perempuan ni, bawa kereta sesedap rasa aje ... T__T.





FOKUS!



Alhamdulillah, hari ni hampir dua minggu saya pandu kereta kecil tu ... kecil tapi itu adalah rezeki yang sangat besar utk saya ... terima kasih ya Allah! Sekarang saya tak perlu bimbang lagi kalau suami saya out station!


Sungguh, bila saya dah pandu sendiri, saya mula rindu nak naik LRT macam sebelum2 ini ... releks, tak perlu nak fikir apa-apa, boleh tidur! Saya rasa pandu kereta adalah sesuatu yang memenatkan, FOKUS, FOKUS! Sampai rumah, melepek! Perli suami, “ha, best bawok kereta? Ha, lepah ni kita g Sogo, esok kita g Jusco, lusa kita g Ikea pulok ... (membebel macam mak nenek?). Sebab sebelum ni, saya selalu mengatur dia ajak ke sana - ke sini ... ha baru Dieyana tahu penatnya pandu kereta! Apa-apa pun, impian untuk saya memandu sendiri telah saya capai tahun 2012 ... Alhamdulillah....Terima kasih ya Allah! Terima kasih juga untuk suami yang sentiasa beri semangat untuk saya, sambil membebel! ^__^



(*Dieyana berkongsi ilmu: Amalkan baca, "Rabbi Yasir Wala Tu Assir", apabila sesuatu yang kita lalui dirasai sangat sukar, dengan membaca ayat ini, insya-Allah dipermudahkan-Nya. Rasa gigil/berdebar ketika pengalaman pertama memandu, banyakkan selawat, baca apa saja surah yang kita ingat, insya-Allah, diberi ketenangan oleh-Nya. Bukan saja dalam pemanduan, tapi apa saja kerja yang dilakukan, insya-Allah dipermudahkan-Nya. Pesan Iman untuk mama dia, mama jangan lupa baca doa naik kenderaan tau! ^__^)

Friday, January 27, 2012

Iman, Wafiy dan Cupcake

Petang semalam, seperti biasa, suami dan anak-anak jemput saya dari opis. Dalam kereta, dengan bangganya Iman tunjuk sebiji cupcake comel kat saya. Bagi saya, tak de istimewa apa2 pun, tapi di wajah Iman jelas terpancar, gembira/seronok dapat cupcake tu, jadi tentunya cupcake ni sangat berharga baginya. Katanya, cupcake teacher bagi. (Oh, patut la!) Tecer bagi sticker kecik comel pun, dia seronok. Sticker sebagai tanda Iman 'good'. Cupcake ni katanya, semua kawan dia dapat.

Disebabkan wajahnya yg seronok dpt cupcake tu, saya ambik hati dia la, "comel cupcake tecer bagi" ;-) Sengih2 Iman, katanya, "Iman nak gambar boiboiboi tapi tecer bagi gambar princess kat iman." (Saya tau iman alergi kalau imej perempuan/kartun perempuan/lagi2 objek warna pink ^__^)

Sepanjang perjalanan, dengan cermatnya iman jaga cupcake tu, "mama pegang elok2, nanti penyek cupcake iman!"

Sampai kat parking kereta kawasan kediaman kami,

Wafiy: Abang, Afiy nak pegang cupcake abang!

Iman (lantang): Tak boleh! itu cupcake abang!

Saya: Bagi la Iman kejap kat adik, nak pegang aje....

Iman (bersuara lembut sikit): Okey la....

Sampai depan rumah, saya tengah buka kunci rumah, Wafiy goncang2 cupcake! Comot la pulok bekas putih+penutup cupcake tu....

Iman (bersuara nyaring): Adik!! Itu la abang tak nak adik pegang cupcake abang! Tengok, dah comot!!

Perangai Wafiy ni, lagi ditegah, lagi tu dibuat! Lagi digoncang bekas cupcake tu. Lagi meradang Iman.

Tiba2 ... pelepek! Cupcake cium lantai!!! Oh tidak!


Iman: Mama!! Habis cupcake Iman, kotor dah!! (meraung wei, sambil terduduk ke lantai! Sampai begitu sekali!)


Wafiy-duduk tepi dinding, merajuk sedih sebab kena marah dgn si abang! Kesian saya tengok Iman, meraung2 tengok cupcake dia di lantai tu, bukan main dijaga cupcake tu.

Saya (cuba pujuk): Iman, mama janji mama beli cupcake lain ya!

Iman: Mesti tak sama dgn cupcake tecer bagi! (sambung lagi nangis)

Saya: Tak pe la Iman, Iman kan tak suka princess, mama beli hak lain....

Iman- Wajah sugul/kecewa/masih marahkan Wafiy. Apa tidaknya, dari sekolah hati2 jaga cupcake tu. Walaupun cupcake tu, biasa2 aje, tapi ia cukup bermakna bagi Iman!


Cepat aje saya masuk ccake tu dalam tong. Suami cakap, patutnya saya buang yang bahagian kena lantai tu, bagi la skit Iman rasa, walaupun secubit. Tapi saya tak sampai hati nak bagi cupcake cium lantai, walaupun hanya sebahagian kena lantai.


Pagi tadi dalam kereta Iman masih sebut fasal cupcake. Memang kena g beli cupcake la kat Iman hari ni....


(** Lama sikit, suami cakap, "Wafiy, cepat minta maaf dgn abang!" Terkulat2 Wafiy mendekati Iman, salam, cium tangan =^__^= ... hanya kerana sebiji cupcake!

Friday, January 6, 2012

Yes, I'm 6 years!

Sana sini cerita tentang anak yang masuk sekolah, pengalaman pertama anak ke tadika, atau anak masuk darjah satu. Begitu juga di status FB. Berdebar, seronok, teruja, sah-sah mak ayah la orang yang paling berdebar seronok atau teruja. Ini lah masanya kita nak rakam pengalaman anak-anak masuk sekolah, lucu, sedih, gembira, macam-macam kan. Seronok baca pengalaman ibu bapa masing2.

Saya pun tak nak ketinggalan, semalam (5 Januari 2012), Iman dah start sekolah. Alhamdulillah, 2012, adalah tahun ketiga Iman di Genius Aulad Wangsa Maju, dan tahun terakhir di sini. Bila anak dah masuk tahun ketiga ni, perasaan berdebar saya tetap ada, tapi tak lah berdebar seperti hari pertama ketika iman masuk sekolah 4 years dulu (hari pertama di GA). Ha, tunggu la mu dieyana, besok2 Iman masuk darjah satu, berdebar/teruja datang balik, seriau pun ada! Insya-Allah, semoga diberi umur yang panjang.

Iman dari hari tu tanya, bila start sekolah ni, iman dah tak sabar, katanya. Seronok sungguh Iman sebab dah masuk kelas 6 years! Konon2nya super senior di situ. Padahal, menurut tecernya, Iman yang paling kecik dalam kelas. Badan kecik, tapi suara besar. Boleh turit telingo tecer mu, iman! ^__^.


Dua hari dalam minggu pertama persekolahan ini, adalah minggu orientasi. Sesi persekolahan hanya dua jam iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi sahaja (Waktu biasa-8.30-11.30 pagi).
Seperti tahun pertama dan tahun kedua yang lepas, dan tahun ini juga saya bertanggungjawab untuk hantar iman ke sekolah (cuti satu hari- biasa la, mak over skit kan!). Akan timbul satu kepuasan apabila dapat hantar anak ke sekolah pada hari pertama ke sekolah (naik teksi macam tahun lepas juga). Iman, tunjuk arah sekolahnya kat drebar teksi tu, nanti pak cik masuk sini, g depan, pusing sana, bla bla bla... Pandai dia daripada pak cik teksi tu. Memang over! =^__^=


Aksi Wafiy yang seronok dapat ikut g skul abang!

Pada mulanya tak nak bawa Wafiy, nak tinggal rumah pengasuh aje, sebab saya tak mampu nak control Wafiy. Sungguh, sejak akhir2 ini, ada masa-masanya Wafiy hyper aktif! Tapi pagi tu sangat kesian, bila dia tengok abangnya pakai baju sekolah, mama, Wafiy nak g sekolah abang! Mengamuk nak pakai uniform juga! Si abang, pujuk2, tak pakai. Last2 si abang cakap, okey, okey, wafiy boleh ikut, tapi wafiy duduk kat bawah kelas abang, tunggu abang dengan mama, ya! Wah suka Wafiy bila dijanjikan begitu.



Kelas 6 Madeenah (Sesi pagi/sesi petang, guna kelas ini juga)


(Guru kelas Iman, masih teacher Siti, guru kelas yang sama dengan tahun lepas)



Masuk kelas baru ni, tak jumpa dah kawan-kawan 5 Andalus yang dulu, dah pecah2. Dalam kelas 6 Madeenah ni, hanya Iman dan seorang lagi kawannya sahaja dari 5 Andalus.



Minggu orientasi ni, seperti biasa, ibu bapa dibenarkan berada di kwsn kelas selama 15 minit sahaja selepas waktu sekolah bermula. Dengan suara besar Iman, "Tecer, cepatlah, Iman dah tak sabar nak belajar ni!" Anak ai memang over. ^__^


Dan, untuk hari ni (6 Januari), atas budi bicara principal di situ, saya minta agar Iman ditukar ke sesi petang-1.30-4.30 petang. Minggu orientasi ni, kelas hanya dari pukul 1.30-3.30 sahaja. Pertukaran tiba-tiba yang berlaku secara mendadak semalam, adalah disebabkan masalah besar yang tiba-tiba muncul-masalah transport!! Pening2! Tak pe lah, itu cerita belakang tabir antara kami dengan pengurusan transport. Untuk penyelesaian atas permasalahan itu, Iman terpaksa masuk kelas sesi petang, dan drebar untuk sementara ni ialah papa dia! ^__^



Balik sekolah, apa lagi, kami 3 beranak, bersuka ria di Wangsa Walk , tunggu suami balik kerja dan jemput kami pukul 1.30 nanti!



Pusat permainan kanak-kanak: Level 2



**Nota Dieyana: Harap-harap Iman dapat sesuaikan diri dengan persekolahan sesi petang ni ... maklum, petang2, mata layu....

Friday, November 25, 2011

Report Card 2011

(**Baru 2 hari tak buka blog, rasa rindu sangat nak tulis-tulis (maklum la, bloger tegar yang syok sendiri, hahah) Dan, belum sempat nak BW ke blog feveret dan blog kawan2 lain. 2 hari saya di Grand Continental KL, mengikuti Bengkel Penerbitan di Bawah Dana Penggerak Industri Buku Negara. Hari ni dah naik kerja))

12 November lepas, kami ke Genius Aulad (GAWM), ambil report card Iman ... macam biasa lah, guru kelas akan face to face dgn ibu bapa anak masing2. Tiba giliran kami, Teacher Siti sebagai guru kelas Iman, beritahu perkembangan pembelajarannya, dan semua fasal Iman.


Secara keseluruhannya, Iman ni,


-Alhamdulillah, menunjukkan perkembangan yang berangsang.


-Cakap banyak, pot pet2 ... suka bertanya. Kalau tak faham terus tanya teacher. Lepas tu dia akan bgtau kawan2nya, “ha, macam ni lah, teacher cakap ... bukan macam tu, macam ni!” (kepoh betul anak bujang saya! ) ^__^( Dengan kami, macam tu lah Iman, teacher ... pot pet sepanjang masa!)


-Iman ni become a leader. Insya-Allah. Kalau solat berjemaah, sentiasa nak jadi imam, tak de peluang budak2 lain nak jadi imam. hahaha... Kata teacher, kawan2nya cakap “asyik iman aje jadi imam!” Hahahah... “Nak, mu bagi la kawan2 lain pulok jadi imam, deh....^__^


-Untuk bacaan iqra’ =Iqra’ 4


-English Reading: Adam n Dina= Level 7


Alhamdulillah ... sebagai ibu bapa, kami tidaklah terlalu memaksa anak2. Umur yang sedemikian, sudah cukup baik untuk Iman. Anak-anak cemerlang, satu bonus la kan. Apa2 pun, sebagai ibu bapa, kita mahu anak2 kita terbaik. Insya-Allah, sentiasa berusaha, doa dan tawakal.



Petunjuk:



C = Competent
GP = Good Progress
WS = Working On Skills










Di rumah, Asar dan Isyak, memang liat, kata Iman, "mengantuk la, 4 rakaat, banyak la, mama...."






ALHAMDULILLAH....



**Nota Dieyana: Saya sembang2 dgn suami, iman cakap banyak ikut siapa eh? Saya dulu kecik/masa sekolah, memang tk ckp banyak, diam aje. Suami cakap, dia pun gitu. Teringat masa ngandungkan Iman, orang cakap, makan la merpati, nanti dapat anak cerdik. Apa lagi, saya pun bagitau suami, nak makan merpati. Kebetulan rumah mentua ada bela merpati, lalu mak mentua pun masak la gulai kerutub merpati utk menantunya ni, hahah, sedap wei! Suami saya cakap, "awk mkn tu merpati hitam bukan yang putih". Saya ingat merpati putih. Tak kisah la hitam ke putih, asalkan namanya, merpati. Heheh. Patut la iman mulut cerdik, dan kulit pun hitam2 merpati, hahah. (Kata Iman, “Iman anak mama, sebab hitam macam mama, adik anak papa, ^__^) Suratan atau kebetulan? Hitam atau putih, cakap banyak/tidak, cerdik atau tidak, tiada kaitan dgn merpati itu, itu semua adalah ketentuan Tuhan. Sekadar ingatan nostalgia ketika mengandungkan Iman....^__^



"Teacher cakap, nanti Iman cuti 30 hari! Minggu depan ada Science Camp (program cuti sekolah) ... bestnya!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...