Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Hadiah Hari Guru 2015 ;-))

Mama, esok sambutan hari guru kat sekolah. Ha, mama mula la pening2 lalat, apa hadiah nak bagi kat cikgu2 ni. Okey, berapa orang cikgunya? Nak bagi semua cikgu yang mengajar ke? Iman-9 orang, Wafiy, 11 orang. Ades! Itu baru sekolah kebangsaan, belum sekolah agama. Tak pe lah, sekali setahun ;-))

Dan, saya juga akan pening bila suami bawa balik satu kotak hadiah daripada anak2 muridnya. Macam-macam hadiah wei, cute2 gitu! ;-)) Pening, mana nk simpan, okeylah, untuk sementara mama susun elok2 kat rak buku, tinggi2, kalau tak, selamat la 'dikerjakan' cik kembar, huhuhu. Itu pun ada yang saya dah masukkan dalam kotak, dah tak de ruang dah nak letak.  Itu sebab suami saya sangat2 kesian bila anak2 muridnya gigih pergi beli hadiah utk cikgu. Kata suami kat anak2 muridnya, "Hari guru tahun ni, tak payah la beli hadiah utk saya." Tup tup, datang jugak hadiahnya, 'sekuntum bunga cina kuselit ke rambut cikgu', hahahha ... itu tipu! Kata suami, saya bukan 'cikgu kesayangan', kalau cikgu yang diaorang 'sayang' agaknya lagi berkotak2 cikgu-cikgi bawa balik hadiah ^__^

Berbalik cerita anak2 saya, "Wafiy rasa, nak bagi pisau la kat cikgu, bekas makanan pun okey, mama. Boleh cikgu bubuh makanan kat dalam tu" Ayok, pisau?! ;-)) Anak2 uols mcm mana pula?

Suami, Iman dan Wafiy ke Mr DIY, tgk  apa yang sesuai boleh bagi kat cikgu2nya. Mama tak campur, pandai2 lah mereka....

 
Gigih Wafiy tulis nama cikgu-cikgunya.


Hadiah hari guru zaman kita sekolah dulu2, tisu 20 sen, sabun mandi, kalau yang berduit, tisu kotak,  pen merah, pen biru, kan, kan! ;-)) Gigih g kedai runcit, cari sabun mandi yang paling wangi nak hadiah kat cikgu kesayangan ^__^

Dan kali ini, anak-anak saya buat macam kami dulu2, pen merah dan pen biru untuk cikgu2 mereka, okeylah tu. Kata suami, cikgu-cikgu suka dapat pen/marker pen ;-)) Sebenarnya cikgu2 ni tak harap apa2 pun hadiah daripada anak muridnya kan, tapi kalau nak juga bagi, bagi pen okey sangat, boleh cikgu buat tanda buku. Betul ke cikgu-cikgu? Hehehhe.... kalau salah tolong ajarkan ;-))



Ini pula hadiah Iman untuk cikgu-cikgunya. Yang petak tu, untuk cikgu kelasnya, special sikit, katanya ;-))
 
 
 
**Hari ni sekolah dah mula cuti, seronok la anak-anak kita kan! Yang tak seronok, mama g kerja macam biasa, anak-anak lepak2 kat rumah dengan papanya. Jeles mak tau!
 
 

Friday, June 6, 2014

Iman dan Hadiah Hari Guru II

Cerita hadiah hari guru tak habis2 lagi....;-))
 
Sehari sebelum cuti sekolah bermula, suami g beli hadiah untuk cikgu2 sekolah kebangsaan dan sekolah agama Iman. Ada sambutan hari guru di sekolah kebangsaan dan Iman turut terpilih membuat persembahan pada hari tersebut (Selasa-27/5/2014).

Menurut suami, daripada pengalamannya, cikgu2 ni bukn nk sgt hadiah, tapi kalau degil nk bg jugak, marker pen adalah yg paling kebanyakan cikgu (sekolah rendah) suka kot. Melompat2 cikgu kalau dpt marker pen hahaa. Gurau je cikgu. Jgn marah noooo ;-))
 


Gigih encik papa belikan marker pen utk cikgu2 Iman ... 2 batang seorang! Ikhlas daripada Iman ;-))

 
Hr Isnin sebelum hr sambutan, Imn dah tk pergi sekolah, demam dari hr sabtu. Tiba hr kejadian, demamnya masih belum kebah, masih lesu. Pagi Selasa tu, saya bw g klinik pusrawi ... dan hadiah bnyk2 tu tunggu aje lah buka sekolah nanti....



 
Iman ni, mmng tk pernah tk pergi selolah sbb saja2 tk nk g sekolah / saja2 nak ponteng dengan alasan2 yang tk munasabah. Bila demam, terus tak larat dan lesu, memang saya dan suami tak bagi dia pergi sekolah, tau saja lah, cuaca panas, lagilah bertambah2 demam. Itu pun nak pergi juga sekolah masa hari sambutan tu, katanya, nanti Iman tak dapat la buat persembahan.... Macam mana la nak buat persembahan Iman oi... dengan badan lesu macam tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...