Showing posts with label Dekorasi. Show all posts
Showing posts with label Dekorasi. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Ikea Cheras

Dah bertahun tak pergi Ikea ... hampir empat tahun kot. Lepas bersalinkan kembar, langsung tk pergi. Dulu pergi Ikea sebab baru pindah rumah, semangat nk cari barang rumah  yang comel2, Ikea antara tempat kami cuci mata/cari idea - kononnya. Tapi sampai sekarang, rumah duk lagu tu jugak, tak de apa yang menarik pun, hahha!

Sekarang, bila tengok dinding rumah, aduhai, banyaknya lukisan kreatif anak2 kat dinding. Rasa macam tak bermaya je tengok dinding rumah ^__^ Teringin juga nak cat rumah, kasi 'bersih' dinding tu, tapi hasrat tertangguh. Kata saya, biarlah dulu, tunggu anak2 dah besar sikit. Ayat sedapkan diri sendiri, mak redo, nak! ;-))

Buat masa sekarang, 'nikmati 'keindahan' lukisan anak-anak yang kreatif tu. Dulu Iman n Wafiy, sekarang cik kembar pulak ambil alih kat dinding tu, hahah!

Berbalik tentang Ikea ... Ikea cheras dah lama buka kan,  tapi saya buat tak tau aje, sbb tak de apa nk shopping kat situ, nanti kalau pergi ckp tk mau shopping, tp mesti terbeli jugak bekas comel / ntah apa2 lah!

Tup tup member ajak, jom p Ikea, jalan2, boring duk opis (Lunch hour hari Jumaat yang panjang). Dari opis ke Ikea Cheras, memang dekat je. Ha jom lah, boleh jenguk Ikea baru! ^__^


Berkenan pula jam ni, simple! Tertarik dengan warnanya!

Jalan2 konon,  ha kau, nah dua biji mug utk minum kopi kat rumah! ^__^
 
Lepas tu beli karipap sedap Ikea, makan panas-panas! ;-))
 
Ok bai!
 
Balik rumah dgn bangganya cerita kat suami, pergi Ikea Cheras! Dan, tak sangka selepas 4 tahun tak pergi Ikea, suami ajak pergi Ikea, nk cari idea buat rak katanya. Jeles la tu sebab isteri dah lebih dulu pergi Ikea, orang pergi, dia nak pergi jugak! ^__^

 

Kebetulan lepas raya cina, balik dr Kelantan, keesokannya saya masih bercuti, ha apa lagi, jom kita ke Ikea! Syok weih, org tk ramai, lapang! Cik kembar kat taska, bawa Iman n Wafiy je.
 
Orang tak ramai, apa lagi, posing-posing la!


Eh eh, seronok pula diaorang ni, ingat ni taman permainan ke? ;-))
 


Mama, cepat ambik gambar kami! Amboi, ini sudah lebih!


Mimpi ke angkasa lepas ke tu....;-))



Akhir2 ini, suka tengok taman/deko yang macam gini. Angan-angan nak miliki rumah yang deko ala resort. Apakah ni tandanya faktor usia yang semakin meningkat? Mak cik sangattt! ;-))






Sejak dari dulu saya berkenan kerusi macam ni, ala2 rotan, tapi suami cakap, macam kat kedai minum kopi. Eh, memang la, cantik apa! Santai....
 





Sambil berangan rumah ala resort, tetiba lukisan 'cantik' cik di dinding  rumah berselang seli datang dlm angan2, okey dah stop berangan!  Lupakan rumah ala resort tu ... hahaha!



Sebenarnya, Ba (ayah saya) kat kg memang minat dekorasi taman. Itu yang ambik gambar, nanti boleh tunjuk kat dia, boleh jadi panduan dia untuk menghias laman rumahnya!



Apa-apa pun, kita tunggu je lah projek suami dengan rak tu, jadi ke tak jadi. Dah mcm2 idea dtg, katanya. Sebelum ni, satu rak dah berjaya dia buat http://dieyana78.blogspot.my/2015/09/rak-simple-di-stor-kecil.html

Google, ada satu tempat di Shah Alam, ada jual kayu yang siap bersih macam kayu kat Ikea tu, kita hanya pasang/bina/paku sendiri. Boleh terjah nanti, kata suami! ;-))



 

Friday, May 17, 2013

Tanam Pokok di Balkoni

Saja suka2, sedap mata memandang melihat hijaunya daun pandan dan daun limau purut tu. ;-)) Tapi betullah, rasa comel aje kat balkoni tu ada dua pasu bunga ni. Sebelum ni rumah kami langsung tak de bunga2 an atau daun2 hijau. Rasa nyaman aje mata bila tgk daun pandan tu. Bukan tak nak bercucuk tanam, tak de ruang/bukanlah rajin sgt nak siram segala bagai banyak kerja lain dalam rumah ... nak cucuk2 tanah tu. Okeylah tu dua pasu, buat penyeri balkoni kami.
Kata suami, "dah ada daun pandan tu, makan kuih sokmo la kita petang2." Ha3, perli nampak! Daun limau tu, bolehlah petik selai dua buat nasi goreng ... bla2. Rajinlah sangat!  ^_^ Petik atau tidak,, yang penting ada ... amacam? ;-))



** Sambil2 main masak2, "kan bagus kalau ada satu lagi pasu-kita tanam cili/lada, amacam?" ^__^ 

**(Petua mak mentua kalau nak daun limau segar bugar-siram dgn air rebusan nasi. Tq!**

Thursday, September 20, 2012

Ruang Makan Simple


**(fesyen baru pulok ko ni, dashboard...adui, pening...:-(

Bosan dengan kedudukan perabot dalam rumah, balik2 macam tu lah kedudukannya! Cari sesuatu yang boleh dialih. Ya, meja makan! Walaupun perut semakin ke depan, tetap nak ubah suai/angkat meja makan yang berat amat tu! "Jom, kita alih meja makan alik tu pulok!" Kata suami pula, "tak lawa la, nanti buka pintu rumah, terus nampak meja makan." "Tak po, kita try dulu, kalu tak lawa, kita alih balik!" ^_^

Alamak, betul seperti yang dikata, tak lawa! 'Trafik' tak cun! Alih ke kedudukan asal, tepi cermin, tapi dengan posisi yang berbeza. Renung, tenung, seperti ada yang tak kena!
 

 
<-------Kedudukan asal (memanjang)
 
 
 
 
 
 
<----------(Apabila disahkan hamil, suami kosongkan akuarium, lepas ikan di kolam sekolah). Tak nak semakkan mata, akuarium kosong, letak belakang dapur a.k.a stor kecik
 
 
      
 Kedudukan baru dari depan (melebar)
 


 
"Erm, macam ok (ruang menjadi luas), tapi kena letak sesuatu tepi dinding tu, lampu tinggi simple2 je (tambah estetik, konon!hahah)

 
 
 
 
 
 
 
 
<--------Depan ni, mahu letak karpet/sesuatu panjang simple, untuk selaraskan cermin tu. Ewah, berangan nombor satu! (Bawah meja 'dilarang' letak apa2, utk memudahkan menyapu ;-)




Rasa bosan pula dengan warna dinding di ruang tamu (coklat gelap), mahu 'bermain' dengan warna, tapi tak tahu warna apa dan tak tau bila, lepas ni 'sibuk' nak bersalin pulok! ;-)

Thursday, July 7, 2011

Cuci Mata!

Feeling2 rumah orang yang cantik. Apa salahnya cuci2 mata tengok rumah orang. Rumah sendiri, dah jemu kan.;-)) Konon2nya cari idea dekorasi! Bukan apa-apa, tapi syok+seronok tengok rumah2 cantik, dekorasi yang simple+moden. Nak jadi perunding hiasan dalaman rumah ni, sah2 tak layak, tapi kalau tak profesional tu, boleh la sikit2. Hheheheh.


Kali ni, saya nak kongsi 'cantik' di mata saya (Majalah Apartment keluaran Julai-September). Cantik ni sesuatu yang subjektif, masing2 punya citarasa kan. Ada orang suka hiasan bunga-bunga, hiasan ala2 Inggeris, ada orang suka simple, moden, kontemporari dan sebagainya!


Saya suka paduan warna putih, hitam dan sedikit coklat/kuning, menjadikan rumah beliau nampak natural. Sedikit hiasan yang simple saja-daun hijau dalam pasu comel. Teringin juga pasu kecil ada daun hijau, nampak comel, sekurangnya ada la sedikit hiasan penyejuk mata. Tapi saya tak pandai nak pilih daun macam mana, dan tak pandai nak jaga pokok2 waima pokok kecil. (ielafazilah, Dieyana tengok, rumah Iela pun banyak pasu2 comel kan-merah, putih ;-)) Bunga2 yang sarat, tidak menjadi pilihan saya.



Lampu gantung yang simple di meja makan-menampakkan suasana tidak terlalu sarat.


Otoman coklat cair (natural) yang dua bijik tu, bekenan la! Dulu, sebelum beli perabot rumah, rata2 saya cari ukuran otoman macam gitu, tapi tk jumpa! Yang jumpa pun ukuran yang besar sangat! Kalau yang kulit tu, mahal weiiii!


Nampak tak jurai2 hitam macam langsir (apa ke nama istilahnya), berfungsi sebagai pembahagi 2 ruang iaitu ruang tamu dan ruang makan, di samping menjadi hiasan rumah. Nampak klasik-moden dengan warnanya yang hitam. Sebenarnya, saya suka juga jurai2 tu, tapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil, kensel! Hheheheh.... Lampu gantung di ruang tamu tu okey-okey saja ;-) Mungkin okey la kot, sebagai penyeri siling, agar nampak sedikit mewah!


Dua gambar di atas adalah gambar dalam majalah, yang ini gambar betul2!




.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

.


.


.


.

.


.


.

.


.


.


.


.


.


.


.



tadaaa!!


Bantal buruk rumah saya! Jangan marah ya! Itu pun dah penyek, anak-anak, laki bini buat lapik tidur depan tv.;-)

++(Nota Dieyana: Bukan nak kritik2 rumah orang, tapi nak kongsi2 pendapat di samping mencari ilham deko2 rumah sendiri. Perabot tak de nak beli dah, tapi nak deko2 lain yang tidak sarat.)

Tuesday, April 5, 2011

Kertas Dinding (Wall Paper)

Awal-awal berpindah ke rumah baru, ada juga sembang2 dengan suami, cantik juga kalau letak wall paper kat feature wall rumah kita nih. Tapi bila dah cat di feature wall tu, langsung buat tak tahu saja tentang wall paper tu. Apatah lagi apabila kehabisan RM-RM mengubah suai rumah kecil tiang seribu itu! Jadi sembang tentang wall paper itu macam sembang kosong saja.

Baru-baru ini kami ke Tanjung Tuan, menginap di Tanjung Tuan Regency Hotel, melihat wall papernya, tiba-tiba terasa nak 'tepek' wall paper di feature wall ruang tamu rumah kami . Tak nak corak yang sarat, mahu design yang simple n cool sahaja dan biarlah nampak moden, mungkin. Melihat rumah penginapan itu, wall paper dipasang di ruang makan dan ruang tamu. Nampak simple tetapi menarik!


Simple dan ceria di ruang makan!


Bagi saya, wall paper ni sebenarnya menjadi titik tumpu dan seterusnya membangkitkan suasana sesebuah ruang di dalam rumah sama ada kelihatan ceria, sejuk, malap, bosan dan sebagainya, bergantung kepada pemilihan jenis /design/warna wall paper tersebut. Sebab, bila saya melangkah masuk ke rumah penginapan tersebut, mata saya terus tertumpu kepada kedua-dua wall paper itu! Dan terasa, "wah, ceria", terutama wall paper ruang makannya itu.


Ruang tamu menampakkan suasana yang klasik! (Wall paper bercorak batu bata)


Apakah kami telah terpengaruh dengan wall paper pula? Teringin juga nak 'tepek' wall paper, tapi tengoklah, ada umur panjang, ada rezeki, peluang, insya-Allah, siapa tahu kan.....;-) Masih ada lagi hiasan2 lain yang belum tertunai/diselesaikan lagi. Selesaikan dulu yang itu, barulah boleh difikir-fikirkan tentang wall paper itu....;-)


**http://www. classico.com.my (Boleh melihat/cuci-cuci mata di sini, kami pernah menempah langsir di sini http://http//dieyana78.blogspot.com/2010/05/classico.html Turut memberi perkhidmatan yang lain juga termasuk wall paper!)

Wednesday, May 26, 2010

@ Classico

Cuti Sabtu dan Ahad, kami lebih banyak menghabiskan masa di Wangsa Maju. Beberapa seksyen area WM menjadi pilihan kami-menguruskan kelengkapan untuk teratak kecil kami. Dalam tempoh 'pencarian' ini, sangat2 jarang kami ke taman seperti kebiasaan yg kami kunjungi demi anak2 tersayang. Kesian dua beradik itu. Lantas, kedai2 yang dikunjungi telah dijadikan medan untuk mereka 'membuaskan diri'. Fuhhhh! Sehinggakan Iman cakap kat aku, "Mama, lama Iman tak naik kereta merah, lama Iman tak mandi kolam klcc, lama Iman tak beli ultraman", dan macam2 lagi ayat yg sewaktu dgnnya. (Sabar sayang, 'pencarian' ini hampir selesai, tempat2 tu kita pergi nanti. Insya-Allah.)

Puan Wendy yang sangat peramah.Thanks ya!


Pencarian aku di Kamdar, Nagoya dan Jakel telah berakhir. Akhirnya, Clasicco Home Design, Wangsa Maju menjadi pilihan kami. Bagi sesetengah orang, nak cari langsuir langsir amat mudah, tapi bagi aku, sangat2 la susah! Cerewetkah aku? Fuh, berpeluh ketiak akak tau! Aku sangat berpuas hati dengan pilihan ini, dan, terima kasih Puan Wendy, selaku tuan punya kedai dan perunding untuk kami.


Aleeya, warna kelabu tahi anjing ni sesuai utk awk ... masuk dan cantik tau! Buat macam rumah sendiri ... fuh....





Harap2 pilihan ini bertepatan, dan kita lihat hasilnya nanti. Insya-Allah.... Dan untuk Iman dan Wafiy, nanti kita naik kereta merah, hijau, kuning, kelabu dan sewaktu dgnnya. (Hehhehe). Insya-Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...