Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Tuesday, May 22, 2018

Kerabu Mangga dan Kerabu Telur Masin

5 Ramadan
Bulan Ramadan sinonim dengan pelbagai jenis kerabu. Terutama orang pantai timur, suka sangat dengan kerabu2 ni. Semalam buat kerabu mangga, kebetulan suami teringin kerabu telur masin, maka bergabung lah kami, mangga mama punya, telur masin papa punya, tapi bila makan, sama2 ;-)) Macam biasa la, google je resepi. Guna je mana2 je bahan yang ada. Buat sikit2 je, tak mahu membazir, yang makannya saya dan suami je.
 

Kerabu Mangga (Parutan mangga tak cantik!;-))
 


Kerabu Telur Masin (Cenonet je untuk dua orang makan, hahaha)
 
 
Kerabu Mangga
 
Bahan:

Mangga Muda (tapi mangga kami, dah hampir masak-belasah je lah ;-))
Ikan Bilis (Goreng)
Daun kantan (hiris halus)
Buah Tomato (potong dadu/sesuka hati uols ;-))
bawang merah (hiris halus)
Cili (ikut kepedasan yang mahu) potong
Limau Kesturi/Limau nipis
Sedikit sos ikan (1-2 sudu kecil)

 
Cara-cara
 
-Mangga diparut
-Daun kantan, buah tomato, bawang besar, cili dicampur, perah sedikit limau kesturi (saya agak2 je, ikut banyak/sedikit mangga). Masukkan sos ikan. Perasakan dengan sedikit gula, garam. Masukkan mangga yang telah diparut, ikan bilis goreng. Gaul rata. Siap!

-Kerabu telur masin pun guna bahan dan kaedah yang sama dengan kerabu mangga. Cuma tambah hirisan (halus) halia, bawang putih. Telur Masin (direbus terlebih dahulu). Nak letak kacang panjang (hiris) pun boleh. Ada resepi letak cuka, perut saya tak tahan dengan cuka.
 
-Ada resepi kerabu letak udang kering (halus), tapi saya tak letak, sebab tak de. ;-))

Kerabu-kerabu ni dipadankan dengan menu utama kami semalam, sup tulang dan keli goreng. ;-))



**Nota Dieyana: Petang ni belum ada idea nak masak apa. ^__^
 

Tuesday, June 20, 2017

Ramadan 1438H : Menu Berbuka yang Simple

Salam 25 Ramadan.
 
Alhamdulillah, cepat betul 25 Ramadan, kalau boleh nak Ramadan, lepas tu Syawal, lepas tu Ramadan, Syawal pulok, gilir2, hahah, melampau mak! ^__^
 
25 Ramadan baru nak terhegeh2 update blog! Hari ni nak update blog, hari ni nak itu, ini, tetiba macam banyak pula urusan tak settle.

Persiapan raya dah settle, ni ha, urusan peribadi+kemas rumah rasa macam banyak je lagi. Esok lusa dah nak balik kampung ... hahha, kalut!
 
Ok, kita cool sikit. Bercerita sambil tengok menu berbuka kami ;-))

Kite selitkan beberapa menu juadah kami yang simple dan mudah ;-))
 

Resepi asli kelate my mom - Gulai Darat Daging

Alhamdulillah sepanjang Ramadan ni, gigih masak juadah berbuka, waima lauk2 simple. Satu-dua lauk cukuplah. Suami, anak-anak tak cerewet. Setakat ni, 3 kali kami berbuka kat luar. Sesekali nak makan yang manis2, balik kerja pukul 5, singgah kedai kakak kelantan tepi jalan yang memang kami dah biasa beli kuih2nya yang sedap2, karipap panas2. Rasa nak ngap terus je! Kuih akok panas2, adess ... sedap! Beli 2/3 hinggit, cukuplah, budak2 ni pun, kuih sebiji sorang, nasi sepinggan, air segelas, Alhamdulillah ... rezeki Allah Taala. Alhamdulillah, tak de pembaziran.

 

Dah hujung2 Ramadan ni, malas2 je nak masak, nak habiskan lauk dalam peti ais tu je, nanti kan dah nak balik kampung, peti ais mesti clear! ;-))

 

Sup ikan merah-anak-anak suka







Simple, mudah dan kenyang ;-))



Telur dadar -rangup -menu sampingan kesukaan anak-anak, ada sokmo! ;-))



Menu yang diberi nama, 'Nasi lemak ayam goreng malu-malu kat belakang nasik'  ^__^



'Spaggeti olio' la sangat!
 
 
Petang ni nak masak apa? Kering idea, masak je lah ikut suka kan..... ;-)) Tapi, Wafiy request pizza dari dua tiga hari lepas lagi ;-)) Insya-Allah, petang nanti kite singgah tapau pizza hut.

Uols, dah settle ke persiapan raya, ke masih shopping lagi? ;-)) KL semakin dekat nak raya, makin sesak, weih!


Wednesday, April 12, 2017

Simple Shell Out di Rumah ;-))

Shell out di rumah, lagi syok! Dua kali dah ulang masak. Nasib ada special assistant, tq awak! Jenuh sikit nak sediakan bahan2 tu, kite memang pemalas nak blender bagai tu ... hahahah! Nak senang, buat pes (kuah) banyak2, simpan kat peti ais, bila2 boleh buat, just rebus lauk-pauk je.
 

 
Pertama
 

Sumber resepi:

Kalau google resepi shell out, macam2 versi keluar, tapi kite pilih resepi yang ni. TQVM tuan resepi! :-))
 
 
Kali kedua


Kita shell out save budget, hahhaa! Lala, udang, sotong je! ;-)) Tiga jenis lauk, dah puas hati. Cik kembar tak makan, kami berempat je yang pulun! ;-))

Tapi kite tak de lah lapik plastik kat meja makan, susun macam kat kedai, just letak dalam pinggan leper gitu je. ;-))

Delicous uols! ;-))
 

Thursday, June 30, 2016

Kembalikan Semangat II : Menu Berbuka Puasa ;-))

Mood ke laut!
 
Apa tidaknya, elok2 buat entri, save draft, lepas tu semalam, nak edit, tetiba hilang yang ditaip sebelum ini. Waaaaa ... nangis mak, nak kembalikan semula ayat2 yang ditulis tu, tak sama dah. Rasanya ada tertekan sesuatu kat keyboard, tak perasan. Nak tak nak, kenalah reda. Nak tulis balik entri yang tu, lambat lagi la gamaknya. :-((
 
Untuk kembalikan semangat itu, nak tepek gambar ... pilihan menu berbuka puasa - tak de kena mengena kan, ini pun entri jugak. Hahahha ... layankan aje. Hujung2 Ramadan ni, dah tak tau nk masak apa / malas. Kahkahkah. Sebenarnya minggu akhir sebelum balik kampung ni, mood memasak dah tak de dalam diri ni, ha. Masak nasi, goreng telur/ikan sikit, cukuplah. Dah dua kali suami  g beli lauk kat  Restoran Anis, Pantai Dalam. Kat situ banyak lauk-pauk Kelantan/Pantai Timur/tempat makan tengah hari favorite.  ;-))



Berbuka puasa di rumah kakak -dia masak, saya beli Ayam Golek Nara Pantai Dalam. Mak oii, bertahun dah tak beli, harga dah naik RM 24 seekor!



Ini  menu moreh kami ketika berbuka di rumah kakak. Saya buat 'colek perut' ... jenuh basuh perut (lembu)kat rumah. Hahhah, dah nk makan sangat kan....



'Colek perut' -menu selepas terawikh orang Kelantan ;-))
 


Simple-Mi goreng sendiri, yang lain-lain beli. Sup kambing, popia basah, kuih muih jiran bagi, Alhamdulillah, murah rezeki.



Simple - itulah pilihan kami anak beranak, mujurlah anak-anak tak cerewet, mama kurang rajin nak masak banyak2, hahha! ;-))



First time try masak - simple - Nasi 'Pakapau' (Pakapau Ayam). Kalau makan kedai Siam, menu ni lah menjadi pilihan.
 
 
Selamat Berbuka!

Friday, June 10, 2016

Salam 5 Ramadan 1437H

Assalamualaikum, selamat pagi semua.

Salam 5 Ramadan.

Wah, berbulan2 tak update blog ... rasa nak nangis kenangkan blog sendiri. Hahha.... (gelak dalam tangis ;-))

Selamat berpuasa semua....
 
Eh itu aje nak update?

Okey, untuk tidak hampakan diri sendiri, meh nak kongsi juadah berbuka kami sebelum ni (mana yang sempat disnap) ... simple, tapi puas hati, anak-anak suka. Gagahkan diri masak satu / dua jenis lauk.




Sotong Pulut - air tangan suami, dengan bantuan Mr Google ;-)) Thanks awak!
 


Asam pedas ayam- request drpd anak-anak bujang
 


Telur dadar, perut lembu cicah air asam
 


Tom yam campur - versi Kelantan - resepi ma saya  (bertahun tak masak tomyam ;-))
 

 
Ada catatan masak minggu pertama Ramadan, lebih bersemangat la sikit. Eksyen sangat kan, hahha. Tapi semalam, tak ikut catatan, sebab anak-anak minta asam pedas.
 
 
Cukup lah, satu hari, satu lauk utama, sampingan, boleh goreng ayam/ikan. Makan sepinggan, dah menyandar kenyang ;-))
 
 
**Ada yang tak snap
 

Monday, February 15, 2016

Ayam Kam Heong Versi Ringkas!

Tak pernah tau pun ada resepi macam gini, hahha, teruk kan! Menu kat restoran cina muslim ya? Sebab tak pernah mkn kat restoran macam tu, itu yang tak tahu tu ;-))
 
Katanya, resepi ni viral, juga tak tau. Entah apa2 je saya ni! ;-))
 
Tak pe, viral ke tidak, saya cuba buat, nampak senang n sedap, tapi yang ni versi ringkas-seringkasnya, campak-campak aje bahan yang ada kat dapur. Daun kari tk de, mana yang ada je lah, asalkan ada serbuk kari. Resepi asal ayam Kam Heong ni, kering, tapi saya buat berkuah sedikit.
 
Jom tengok resepi saya yang memang tak de sukatan, kaedah agak2 je. Kalau google, macam2 versi, ada yang senang, ada yang kena perap ayam terlebih dahulu. Boleh pilih yang mana-mana, ikut tahap kerajinan masing-masing ^__^
 

 
Ayam Kam Heong Berkuah ... tak de hiasan, ringkas-seringkasnya!

 
Bahan-bahan
 
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar (saya suka hak kuning, lagi manis)
Serbuk kari
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Sos tomato
Sedikit gula
Sedikit garam
Air (ikut masing-masing)
Minyak untuk menggoreng
Daun kari
Lada besar merah/hijau untuk hiasan (jika mahu)
 
Ayam
 
Cara Membuat
 
Ayam digoreng. Apabila masak, ketepikan.
 
Tumbuk/kisar semua jenis bawang, tinggalkan sedikit untuk dihiris (bawang kuning). Tumis semua bawang-bawang tersebut. Masukkan serbuk kari, masukkan  air secukupnya, supaya tidak kering/hangus, Masukkan semua jenis  kicap dan sos. Masak sehingga 'pecah minyak'. (Kaedah macam kita masak gulai kari). Ketika ini, tambah air jika perlu / mahu. Rencahkan dengan sedikit garam dan gula.
 
Apabila menggelegak / masak sempurna, masukkan ayam yg digoreng tadi.
 
Kacau-kacau sedikit,   taburkan daun kari (saya tak bubuh sebab tak de ;-)) siap, boleh dihias dengan lada merah / hijau / apa saja mengikut kesesuaian. Bolehlah dihidang bersama-sama nasi panas ;-))
 
**Maafkan saya, resepi saya tak de sukatan, pandai2 lah sukat sendiri/rasa ya. ^__^
 
**Cili saya tak bubuh sebab nak bagi anak2 makan
 
Serius, memang sedap, dan kena dengan selera kami anak beranak. Lain kali boleh buat lagi! Boleh tukar dengan ikan/daging/udang/sotong, kita yang buat dia kan, pandai-pandailah kita! ^__^

Friday, February 5, 2016

Roti Telur Sosej Berkeju

Hampir dua minggu sarapan roti telur sosej berkeju ni. Resepi mudah ni diambil daripada FB.

Iman dan Wafiy: Mama, esok buat lagi ... lusa, tulat, dan seterusnya ^__^
 
Kalau tak sempat/terbangun lewat, Iman dan Wafiy hanya makan roti cicah air milo, yang penting, mesti makan/alas perut sebelum ke sekolah. Tak sempat makan, tapau, makan kat sekolah.

Untuk cik kembar, roti celup telur, goreng, tabur gula, itu saja!

Kita kongsi resepi di sini, pandai-pandailah 'ejas'/ nak kurang/ tambah bahan.

 
 
Sosej tu saya goreng dgn sedikit minyak (1 sudu kecil)
 
 
 
Sumber: FB


Makan panas-panas lagi sedap, dengan cairan keju meleleh di tepi roti!

Anak-anak suka, mama pun suka.

Mama bawa bekal, sarapan di pejabat!

Selamat mencuba!



Sarapan Iman dan Wafiy


 
Bekal mama ke pejabat!
Boleh dimakan dengan sos/mayonis.

Monday, August 24, 2015

Kek Coklat Kukus Pilihan Anak-anak

Lama tak tulis/kongsi resepi, jom saya kongsi resepi kek kukus lembap (insya-Allah lembap, sedap dan lembut). Resepi ni saya ambik dengan kakak saya. TQ Along!
 
Anak-anak suka-hari cuti semalam, dua kali buat, Sabtu, dan Ahad ulang lagi. Tak sangka Iman, Wafiy dan cik kembar suka sangat. Bila Iman n Wafiy puji kek coklat mama sedap, mula la mama poyo n hidung kembang setaman. Anak-anak sangat jujur kan! Okey lah tu, kek coklat je yang mama pandai buat, apa salahnya sesekali mama kembang setaman bila dipuji, bukan dengan orang lain pun kan, anak-anak kita juga! ;-))
 
Bila tengok cik kembar makan kek bersungguh2, haruslah mama poyo, tanya soalan, "sedap kan kek mama buat, sedap kan!" Berulang-ulang mama sebut sedap, haruslah cik kembar jawab sedap. Hahaha!
 
Marilah kita kongsi resepi kek coklat ni. Manalah tau, uols pun kembang setaman bila anak2 puji "mama/ibu masak sedap!" ^__^ 
 
 
 
Resepi yang sangat mudah, cepat dan simple, sambil 'gaduh' dengan anak-anak, siap! ^__^

Resepi yang tak perlu pakai mixer pun! Sesiapa yang tak de mixer macam saya dan tercari-cari resepi yang mudah ni, bolehlah cuba.
 
Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1/2 sudu besar baking powder
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
 
Cara
Pukul telur dan gula sehingga kembang (saya tak guna mixer pukul pakai senduk je..sebab tak de mixer ^__^)
Masukkan susu cair, susu pekat, minyak, soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko, tepung gandum.
Kacau sebati
Kukus api sederhana 1 jam
 
Topping (double boiler, tapi saya masak gitu je, ;-))
20 g serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (atau lebih jika mahu lebih manis)
2 sudu besar minyak masak
-Kacau atas api yang sangat perlahan!
 
 
Terima kasih, dan selamat mencuba ;-))

Thursday, July 30, 2015

Popia Nestum

Malas nak cerita jalan-jalan di hari raya sebab  tak de gambar, tak de gambar sebab malas nak bergambar, hahha! Cukuplah berpeluh-peluh bergambar hari raya pertama. ;-))

Bila sebut pasal bergambar, baru teringat, rumah mak mentua, langsung tak de gambar. Masing2 kemalasan, sebab masa kami sampai rumah mak mentua, dh mula panas 'ceng-ceng', malas nak terjerit2 kumpul anak-anak dgn keadaan panas yang tak selesa. Lagi pula, adik beradik ipar-duai buat tak tau, kami laki bini pun buat tak tau la jugak ;-)) Daripada bergambar, baik kami makan2, lagi syok ;-)) Dah habis raya baru la rs ruginya, tk de kenangan di rumah mentua. Dulu, sebelum arwah ayah mentua ada, rajin juga kami bergambar satu family ... tak pe lah, gambar yang tu rasanya ada kat blog ni ;-))
 
Letih nak bebel banyak2, hari ni ambo puasa, hahha, alasan! Yang seronoknya, hari ni last posa, esok dah raya yeaaaa! Seronok puasa Syawal ni, yang tak seronok bila ada kawan2 ajak g makan, ada yang bawak bekal yang sedap-sedap ... banyak dugaan! ^___^
 
Entri yang sebenarnya nak cerita Popia Nestum, dah bebel cerita lain pula, sudahnya, tepek je gambar popia nestum ;-))


Okey, ni popia nestum yang saya buat sebelum balik kampung hari raya hari tu, dalam pada nak buat, tak nak buat, last2 g beli barang, dapat juga buat. Ada la juga kuih raya homemade utk mak mentua, setakat popia nestum, tak heran mak mentua kan! ^___^




Dua bungkus kulit popia (besar) dapat satu balang (sederhana) satu untuk ma saya, satu untuk mak mentua. Time nak gulung popia tu, yang leceh nya, bila dah goreng n salut nestum+horlicks, sekejap je. Nanti rajin2 boleh buat lagi, anak2 suka :-))
 

Selamat berbuka puasa untuk yang berpuasa. Okey bai!
 

Monday, July 13, 2015

Lagi Menu Ringkas Ramadan

Hujung2 Ramadan pun masih nk update menu buka puasa ^__^ Sebab dah ada dlm draft ni, edit sikit2 n publish je lah. ;-))

Lagi menu ringkas kami.
 
Kalau tanya resepi dgn ma saya, mesti dia akan ckp mcm ni, "Na (panggilan di rumah, kalu tk pun Mek Na, itu kakak saya la yang suka panggil gitu, hahha!) tumis bawang, lps tu bubuh santan, lps tu bubuh bla bla bla..." Tercengang la anaknya ini, "Ma, bwg bnyk mn, santan bnyk mana?" Dan, jawapan ma, "Na agak2 la." Hahha. Mak2 kita dah lama msk, dan kerjanya memang masak utk ayah kita, dr muda smpi la ni ... dan kita, yang baru setahun jagung masak ni, bila disuruh agak2, mula la terkulat-kulat ^__^

Dan, sekarang sy cuba nak 'menterorkan' diri mcm ma saya, konon, 'teror' la sangat!;-))
 
Nak sukatan tepat, kena la google sendiri. Yang bestnya, kami laki bini masing-masing 'menggogle', mengerat kasih syg gitu...eh eh..dh melalut pula..;-))


Kari Daging
Kali ni kari daging saya menjadi,  tips msk kari, tumis bawang dan kemudian masuk serbuk kari masak bersama2 sedikit santan pekat, masak sehingga kari masak/garing/atau istilahnya-'pecah minyak'. Dah garing, bubuh daging, santan  yang lain(cair).


Anak2 request sardin. (Budak-budak yang baru nak belajar makan sardin ;-))
 
Sesekali mkn sardin best jugop, kalau kena 'gaya' masak, sedap! Bagi menghilangkan rs 'loya' sardin,  bawang mesti bnyk, juga cili. Tapi sebab anak2 nak makan, saya tk bubuh cili, perah sedikit limau kasturi, buah tomato, kasi lain sikit.  Dan, pandai2 la, ada yang bubuh bunga kantan, sy pernah mkn, mmng sedap. Oh ya, satu lagi, ikannya saya goreng terlebih dahulu, nanti ikan tu akan hitam2 skit.


Mi Goreng ;-))





Pengat pisang ... yang ni terlebih gula melaka ('nisey'). Tapi okey, sy tk bubuh gula, hanya manis gula melaka. Pulut pula dikukus.




Kari Kepala Ikan Merah dan sotong goreng celup tepung



Akhirnya dapat merasa Pulut Durian, tak boleh makan banyak, kering tekak siang hari ;-))


Sambal hitam pahang tersedap antara yang saya jumpa. Waktu sahur saya makan ni je, nasi panas, adui, sedapnya. 


Wednesday, July 1, 2015

Menu Ringkas Ramadan

Ramadan ni, belum update menu buka puasa. Okeylah kita up sikit mana2 yang ada. Menu kami biasa2 saja, kebanyakannya menu permintaan anak-anak. Kita kongsi2 menu yang simple, mudah, tak perlu berlama-lama di dapur. Ini pilihan untuk mereka yang tak de masa yang banyak utk memasak, tetapi tak sanggup bersesak-sesak di bazar.

Snap gambar menu utama je, snap satu-satu je, meja bersepah ^_^  Ada air tea o, oren, milo, oat, ada sosej goreng, merata2. Anak-anak kecik berpuasa gitu lah kaedahnya, susun menu maisng-masing. Tak de nya mama nk susun cantik-cantik, pandai-pandai la anak-anak. Papanya pun sama, ada menu dietnya sendiri ;-))

Dua anak saya, Alhamdulillah  berpuasa, ada sehari tinggal, saja perangai, tengok cik kembar makan fries, terliur. Okey, kasi rehat satu hari. ;-))
 


Kerabu Sotong-mama punya ;-))


Bila Iman nak sotong sambal, Wafiy nak sotong celup tepung, mama sedia la kedua-duanya dlm kuantiti yang sederhana, cukup untuk masing-masing.
 
 
Sotong Celup Tepung
 
 
Alhamdulillah, Ramadan kali ni, tak de membazir, anak-anak bukan bnyk mkn lauk, satu cukup, asalkan menu pilihan mereka.
 
 
Ayam Kicap/Tomato
 
 
Suami berbuka tak makan nasi, sahur je makan nasi. Ada oat, buah-buah, kurma, cukuplah. Hari tu dia terliur ikan pari asam pedas, dua sudu nasi je! So, hidangan kami cukuplah satu menu utama(berkuah) dan satu lauk sampingan. Lalalalala, mama suka hati,  ^__^
 

 
Ikan pari asam pedas, hui, bertambah2 makan anak2, tk sangka, anak2 suka. Kat belakang tu daging goreng 'cenonet' utk mama ;-))
 

 
Lala sambal masam manis, juga pilihan anak2.
 

Hanya spagethi bolognaise (ejaan camne nih), 'tempe sesat'! ;-)) 


Yang ni saya keletihan sgt sbb pagi tu kami dah merayau ke mid valey, balik terus tido, sedar2 macam letih sgt badan, mungkin tido banyak sgt, releks je hari tu sbb badan mmng tk maya sgt. Sudahnya, 6.30 baru masuk dapur, sediakan spaghetti. Nak juga masak walaupun simple, asalkan anak-anak makan.

Sungguh, tak tipu, bila kita berbuka puasa makan seadanya, perut selesa sangat! Cuba kalau terlebih makan, senak mak oi!

++Ulam-ulaman cicah budu ... aduduudu!

Kata Si Wafiy, petang ni nak buka puasa kuah pengat manis. Insya-Allah, mujur request hok senang ;-)) Mama pun suka pengat ni, pengat pisang pun boleh, kukus pulut sikit. Mama pula teringin  mi goreng basah-basah ^__^  Iman tak de request apa-apa, rasanya dia sokong sangat kalau goreng, feveret dia. Cik kembar-ikut je apa yang kami makan, nasi putih+kicap+ayam/ikan goreng pun okey sangat dengan dia. Suami-settle! Hihihi. Senang kerja ai gini, Alhamdulillah ;-))
 
Cukup dulu setakat hari ni, ai tk mampu nak update menu tiap2 hari ;-)) Kita rangkum je mana yang sempat disnap. Ok bai!
 

Tuesday, June 23, 2015

Anak-anak dan Ramadan 2015

Salam 6 Ramadan....
Masih belum terlambat kan, selamat berpuasa semua!;-))
Anak-anak saya pada 1 Ramadan, melepek si abang (Iman), balik sekolah tengah hari, menangis2 cakap penat kat sekolah hari ni, cikgu suruh macam2, naik tangga turun tangga. Dek kerana keletihan yang amat, ponteng sekolah agama(petang).  Si adik (Wafiy) pula, steady, adik memang jenis 'keras' sikit. Bila dia tengok Abang Iman nangis, senyum2 kat abang, amboi, gelakkan abang ya! Mentang2 la dia  cergas;-))

Pertama Ramadan, melepek si abang ;-))

Hari kedua, tiga dan empat, Alhamdulillah, diaorang semakin okey, cuma hari Sabtu dan Ahad, masa banyak di rumah, bila tengok cik kembar makan biskut, mula la goyah, dibelek2 biskut adik, mintak nak berbuka. Jenuh saya dan suami memujuk/psikologi diaorang agar bertahan.
Petang Sabtu Wafiy mintak ayam Dominos. Petang Ahad, ke Wangsa Walk pula, Iman minta Donut Big Apple, okeylah, demi anak2. Awal2 mama masak, lepas asar berdesup kami ke dominos demi menjaga anak2 agar terus bertahan puasa.
 
Macam-macam kerenah anak-anak berpuasa kan.
 
 
Menu simple hari Sabtu, Nasik Ayam Singapore.
 

Hari ketiga dan empat, anak-anak semakin okey ;-))
 
 
Hari ni nk msk apa ya? Ermmm, fikirkan menu anak2, suami saya berbuka dgn buah n oat saja, sahur baru  mkn nasik, diet katanya ;-))

 

Friday, November 7, 2014

Maggie Kari Ketam Nipah

Hasil masterchef Hanapi ;-))
 
Ketam inikah yang telah 'menggatalkan' Adam Wafiy? Tapi tak de lah makan banyak sangat, mungkin air ketam tu pun boleh 'menggatalkannya',  ermmmm....
 


Sekali setahun je mama makan ketam, nak, yang nipah ini pun kali kedua seumur hidup mama. Kalau  makan lebih dua kali setahun, maknanya, ada orang belanja lah tu. Kihkihkih. Biasa makan ketam yang biasa-biasa tu je (tak tau nama ketam).
 
Panduan untuk masak ketam nipah ni, yang mungkin uols dah tau: Sebelum masak tu, ketuk2 dulu ketam (kat tempat keras tu), supaya senang nanti nak makan, tk perlu la guna tukul, spanar dsbnya ;-)) Baru dua kali makan ketam nipah, dah memandai bg panduan masak ketam nipah, ya! ^__^


**Sesekali, teringin sangat nk makan maggi kan? Boleh ikut panduan sihat memasak maggi: Rebus air sehingga menggelegak, nak cepat, ambik je air panas. Bila air menggelegak/masak, masukkan maggi, kacau-kacau maggi tersebut, jangan terlalu lama, nanti kembang sangat. Kemudian, tutup api, buang/tapis air tersebut. Sediakan air lain/yang telah siap dimasak, apabila menggelegak, masukkan bahan2 yang ingin masukkan, telur, sayur dan perencah (jika mahu). Akhirnya, masukkan maggi tadi. Tutup api. Cuba lihat rebusan air magi pertama yang anda buang tadi, sangat keruhkan? Bila masak maggi kali kedua, air rebusannya nampak lebih jernihkan? Sharing is caring TQ ;-))
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...