Showing posts with label Little Caliph. Show all posts
Showing posts with label Little Caliph. Show all posts

Monday, October 9, 2017

Kek Hari Jadi Kembar Umar di Sekolah

Lagi-lagi birthday. Kali ni, cik kembar pula. Tapi tarikh sebenar 11/10 ni.  Jumaat lepas, diaorang celebrate ramai2 kat sekolah.  Kebiasaan, birthday boy/girl akan bawa kek masing-masing.
 
Sehari sebelum hari kejadian, teacher wasup, celebrate September n Oktober Birthday. So, untuk tidak menghampakan cik kembar, mama dan papa ke kedai kek Pistachio, Danau Kota. Tak sempat nak sediakan goodies pun!

Simple - Kek Coklat-RM 49.
500 gram, dan diskaun 10% untuk member.
 
Mama dan papa pilih kek yang paling simple, tapi ada marshmallow.  Nampak marshmallow atas kek, dah sengih melebar. ;-)) Walaupun sebelum ni  diaorang request kek ultraman,/Thomas/ bla bla.. ;-))
 
Adik sengih, mama gembira, Gembira sebab bajet mama selamat ^__^ Tapi mama tak boleh berasa lega, sebab akan ada kek kedua untuk celebrate kat rumah nanti. Fuhhh!
 
Satu kek, share ya, dik! ;-))
 
Kredit photo: Teacher



Macam-macam rupa kek birthday. Comel sangat!

"Mama, teacher cakap, tak payah pakai baju sekolah, boleh pakai baju cantik!" ;-))
 
HAPPY BIRTHDAY TO  ALL LITTLE CALIPH ... LOL!


Friday, March 17, 2017

Yeaaa, Field Trip to Planetarium!

15 Mac 2017
Field Trip to Planetarium
Little Caliphs (4 & 5 years)
 
Seronoknya cik kembar, nak ke planet! ;-)) "Mama, ni bumi, sekarang kita nak g planet!" Kecik2 dah pergi lawatan, hebat! Generasi z ;-)) Mama kecik2 dulu, tak de pun lawatan macam ni tau!
 
 
Berkumpul sebelum bertolak
 
 
Ghufran menyengih, okey je, tapi Ghazi, "mama ikut naik bas tau!" Alamak!
 
"Ghazi, mama tak boleh naik bas, kawan ramai sangat, tak de kerusi mama nak duduk dalam bas" Nasib baik alasan mama diterimanya ;-))
 
 
Babai mama!
 
First time mama lepas cik kembar. Eh bergenang air mata mama, ahhaha, ntah2 apa2 je! Feeling hantar anak sekolah asrama la tu ... poyo, hahha! ^__^ Jangan nak suka sangat, esok2 anak besar, duduk asrama, masa tu lah rasa rindu kat anak2, rindu keletah diaorang masa kecik2 kan! Okey, ai is sedih! ;-))
 
Risau juga kan, tapi kita fikir positif, insya-Allah, anak-anak semua selamat. Biar diaorang rasai pengalaman dengan kawan2, seronok. Berpeluh teacher nak handle anak2 Little Caliph. Huiii, mencabar kan!
 
 
 
Pic from teacher ;-))
 
 
Di Planetarium
 
 
 
Selepas ke Planetarium, teachers bawak anak2 makan KFC.
 
 
Bertolak pukul 9.30 pagi, pukul 1.00 tengah hari diaorang dah balik. Alhamdulillah  ... TQ TO ALL TEACHERS!
 

Thursday, March 9, 2017

Cerita Umar Ghazi & Umar Ghufran


Dah lama tak cerita cik kembar. Alhamdulillah, diaorang dah masuk sekolah, 5 tahun! Cepatnya masa berlalu.... Masih terbayang diaorang kecik-kecik, masa tu, mama dan papa masing-masing macam robot urus anak-anak. Sampai sekarang masih lagi macam robot, hahaha, pagi-pagi kalut ribut siapkan sarapan simple untuk anak2, mandikan cik kembar. Mak aih, liatnya cik kembar nak bangun pagi, tidur lambat, mana tak liatnya! Mandi, pakai baju, nak dengan mama jugak! ;-))


 
Pagi
 
Alhamdulillah, dah g sekolah ni, nampak 'cerdik' sikit, ada rajin sikit, mulut pun semakin hari semakin banyak! Teacher cakap, cik kembar tak datang sekolah (demam), kelas tak riuh. Hahahah! Pagi2, mama dah bersenam, naik tangga, turun tangga, cik kembar nak mama naik tangga juga, hantar sampai atas, betul2 depan pintu kelas! Padahal teacher ada je kat bawah tu, sambut student pagi2. Petang, gilir2 dgn suami, naik tangga ambik diaorang kat day care. Agak2 sampai bila mama nak hantar sampai depan kelas tu, dik? Setahun eh? Sabar mama! ;-))



Hari pertama di sekolah (Januari 2017), Ghufran (adik), takut2, pegang kolar baju abang (Ghazi) ;-)) Masa hari pertama, menangis tak mau masuk kelas. Hari kedua, Alhamdulillah okey. ;-))
 
Cikgu dah boleh beza Ghazi n Ghufran. Kata teacher, "Ghufran nampak manja2, mesti nak bersama-sama dgn abangnya (Ghazi) ;-))
 
Selalu berdampingan! Kata teacher, "diaorang ni, love each other" Alhamdulillah.... 
 


Setiap hari Rabu, kelas Art and Craft.


Duduk pun mesti dekat-dekat ;-))
 


Time gaduh ada jugak, tapi kalau diaorang berjauhan, sedih! Moga ikatan mesra ini adalah untuk selama-lamanya, tiada siapa yang akan memisahkan mereka, kecuali Takdir!
 

Ceria bila berdua, cuba kalau sorang tak de, monyok beb!
 

Wednesday, December 28, 2016

Cik Kembar ke Little Caliph!

Dah tak sabar nak g sekolah. Uniform dah dapat (2 pasang seorang), baju dan trek sukan (1 pasang seorang), beg sekolah pun dah dapat. Nampak gaya, kedua duanya dah tk sabar, tapi tk tau lah mcm mana hari pertama sekolah nanti. Bila papa nya cakap, nanti Ghazi, Ghufran, mama hantar pergi sekolah, tau, hantar je, lepas tu mama g kerja, macam mama hantar g taska tuu.... Okey? Terus jawab 'okey'. Hahaaa, harapnya betul2 okey nanti.
 
 
 
Harapan kami, moga ini yang terbaik  untuk mereka berdua, 'lain padang, lain belalangnya, lain anak, lain perangainya' ^____^
 
Sebelum, ni kami hantar anak yang nombor 2 kat sini (Wafiy). Dah kenal cikgu2 kat sini. punya lah teruja teachers bila tengok cik kembar pula yang daftar situ. aHhaha, teacher jangan teruja sangat, cik kembar ni lain macam sikit. Tau2 je lah, bila diaorang bergabung.... hahhaha, pening teacher nanti nk 'kejar' diaorang ;-))  Insya-Allah, kami tau, teachers pandai 'tackle' anak2 didik. Insya-Allah, Ghazi & Ghufran baik-baik di sekolah, ya! ^__^

Monday, November 24, 2014

Grand Ihtifal & Year End Concert Little Caliphs

Grand Ihtifal and Year End Concert, Little Caliphs Bandar Baru Sentul
 
di Kampung Pengantin, Setapak
 
14 November 2014, 8.00 malam
 
 
 
 

Sekitar Grand Ihtifal anak kedua saya, Adam Wafiy. Dua tahun setengah di Little Caliph Bandar Baru Sentul, akhirnya, terima sijil tamat belajar  ^__^ Macam terima ijazah giteww ;-))
 
 
 
Bersedia ... pelajar pertama naik pentas terima sijil ;-))
 
 
Bagi saya, kenangan belajar kat tadika lah yang paling best, kan! Anak-anak seronok, mama papa tumpang seronok 'bertadika' sama. Saya dulu, belajar kat tadika (kemas), berapa bulan je, lepas tu lari tak nak g sekolah. Tadika mama tak seronok kot? ^__^
 
 
 
Terima sijil daripada pengetua LC-Teacher Izza
 
 
Pelajar 6 tahun yang paling kecik ^__^
 
 
 
 
 
 
Wafiy dan kawan-kawan, Persembahan Choral Speaking.
 
 
 
 
 
Last majlis, kanak2 dan teachers nyanyi sama-lagu 'You're number one for me' dan 'Kenangan Terindah' (Kumpulan Samsons). Rasa sayu je dengar lagu kenangan terindah. Lepas ni tak jumpa dah teachers yang baik-baik tu, tak de lah anak2 yang bertadika. Tunggu cik kembar la pulok, insya-Allah moga diberi kesihatan dan umur yang panjang
 
 
 
 

 Cik kembar kejap meragam, kejap okey ... adoi pening mak, layankan aje deh! ;-))
 


 Masih bertenang ... tepi pentas
 


 
Dah mula dah ... tengah pentas dah. Adoii! ;-))
 



Ibu bapa ;-))


 
^__^





Muka sedih bila permintaan tak dipenuhi
 

 
Okey, sbb ini hari special Wafiy, mama bagi peluang kali ni aje ... pistol air yang tak berfaedah! Benda2 tak berfaedah mcm ni, ai memang berkira, satu rm 10, awak ada 3 lagi adik beradik, 40 hinggit untk benda tak faedah ni ... adeh!! "Okey, beli satu, kongsi dengan abang,  jangan tunjuk kat adik." 
"Okey mama, sekali ni je, lain kali Wafiy tak nak" hihihi, buat muka sedih macam tu, mama cair ;-))
 
 
 
**Sekolah dah cuti ... jeles ai tau... Iman (anak sulung saya) dan papa dia bersenang lenang kat rumah...syoknyee... Wafiy masih bersekolah, minggu ni last sekolah
 

Friday, November 7, 2014

Adam Wafiy: Demam dan Alergik Ketamkah?

Selasa kelmarin-demam-panas-g klinik, suhu 39.4! Fuh, terus doktor cucuk ubat kat buntut. Sebelum tu dia tanyalah, ada alahan apa2 ubat tak. Insya-Allah, setakat ni tk de doktor. Okey, fine!
Hari kedua demam lagi ... naik bintik2, tapak tangan kaki, gatal-gatal. Sangat kesian tgk dia menggaru ... "mama, Wafiy tak tahan sgt dah ni, gatal sangattttttttttt!" Tapak tangan/jari, kaki mula membengkak.

 
Sejuk aircond opis. Cuti ai tinggal 3 hari, terpaksa bawa Wafiy opis tapi balik awal sebab tengok dia dah lain macam....:-(( 
 
 
Pergi klinik lagi, saya risau penyakit tangan kaki mulut, nauzubillah, minta dijauhkan! Tengok dlm mulut, clear, tk de ulser atau sebarang tanda penyakit tu. Dr check suhu, adoi,40! Terkejut mak, sbb bdn dia tk de pns sgt, panas dlm dr cakap. Semalam  dah bg ubat demam, so Dr just bagi antibiotik.
Tak puas hati, kesian tgk dia menggaru ... suami g beli ubat sapu dan makan (than gatal)-farmasi.
Kali ketiga klinik lain pulok. Kali ni Dr bnyk kaunselor. Sampai anak2 yang lain pun dia nak siasat ^__^ Tapi, saya suka Dr mcm ni, banyak beri nasihat. Katanya, adam wafiy mungkin alahan kepada seafood (bila saya cerita 2/3 hari sebelum demam/gatal-dia mkn ketam-bibir bengkak mcm belon!)

Kali pertama dulu dia mkn ketam, bengkak mulut juga, tp tak gatal macam ni. Percaya tak, seumur hidup Wafiy baru kali kedua makan ketam. Silalah percaya ;-)) Ketam mahal nak, mama pun makan ketam sekali setahun, ahhaah!

Mulut bengkak dh surut, kemudian-gatal2 pulok...

 
Budak comel mulut bengkak ;-)) "Mama jangan gelakkan Wafiy!" "Mama gelak sebab mulut Wafiy comel sangat." Merajuk! ;-))



So, kesimpulan saya, Wafiy  alergik ketam. Atau mungkin bintik gatal2 tu campak? Tapi gatal dia tu lain macam, lebih ke arah alergik, sebab kat muka, keliling hidung-sedikit  kehitaman.  
Hari ni gatal2 semakin berkurangan, nak pergi sekolah, katanya. "Latihan 'choral speaking', nanti wafiy tak dapat buat persembahan minggu depan". Alhamdulillah, demam dah surut, gatal pun dh makin berkurangan, dah minta teacher tengok2kannya.


**Anak-anak uols pernah ke macam ni, bengkak-gatal2, alergik ke eh?
 

Friday, June 27, 2014

Hari Sukan Little Caliph Adam Wafiy

Sekitar sports day little caliph bandar baru sentul (LCBBS), baru-baru ini (2/3 bulan lepas), di UIA, Gombak, bergabung dgn little caliph cawangan lain juga....(ades tk ingat pulok, entri terperap mcm ni lah, sampai tk ingat...hihihi)

Layan gambar je lah ya...;-))

 
Ini budak eksaited nk bersukan ... Adam Wafiy rumah purple



rumah biru


Ada beberapa acara juga Wafiy masuk, tapi gambar banyak dlm henpon papa dia...ermmm



rumah merah


LCBBS juga buat persembahan, berlakon la kononnya...seronok tgk budak2... suci tulus mulus gitu..hihihi

 
Rumah hijau



Abis acara sukan...kmbr (abg) mula perangai..ermmm..tk sempat tunggu acara terima hadiah, kami
balik...



Cik kembar yang seronok bila dilepaskan dari stroller.... ;-)) 
 



Penyokong setia Adam Wafiy, "Abang Iman penat dah, mama!" ;-))
 

 
Apa2 pun, wafiy mmng terbaeek!! (Puji ank sendiri?! ;-))
 
**masuk gambar lajulaju, taip entri lajulaju....banyak kerja?! :-(( Maaf, mutu gambar tidak memuaskan!
 
 
SELAMAT BERPUASA SEMUA!

Thursday, May 22, 2014

Hadiah Hari Guru!

Sempena sambutan hari guru Little Caliph Bandar Baru Sentul beberapa hari lepas, beli hadiah comel yang tak seberapa untuk teachers  -7 orang kesemuanya.. . ;-))
 
Pencil box kot eh? Suka hati teacher lah nak buat apa dgn box kiut miut ni ya, ikhlas daripada Adam Wafiy yang memang kiut miut orangnya...
 
 

Kaison mari. Tak bungkus pun, riben pun tidak, ;-))



Dengan penuh gaya nak tolong mama! ;-)) "Kena tutup kepala, nanti masuk rambut dalam kek," katanya.. ahhahah (jangan confuse, saya lelaki ya! Aummm! Saya garang macam singaaaa! ^__^


Ini untuk kami makan kat rumah...



Sebiji kek coklat simple dan mudah untuk makan2 di sekolah sambil dukung cik kembar pun boleh buat ya puan-puan. Ini ajelah satu-satunya kek yang mak pandai buat nak...;-))



**Apa salahnya, setahun sekali, seronok2 anak2 di hari guru. Guru pun seronok menyengih dapat hadiah comel daripada anak didik

**Mungkin kita tak perasan akan hal ini, dlm khutbah jumaat lepas, "CIKGU TADIKA lah orang yang paling banyak jasa kepada anak-anak kita..mengajar anak2 kita dari tak tau baca, jadi pandai baca...jgn lupa tu.... Ini tidak, bila tiba hari guru, terima kasih kat cikgu yang tertentu je....contohnya, dapat upsr tinggi, tq kat cikgu darjah 6 aje, atau pun result spm tinggi, tq kat cikgu yang ngajar spm je....Pergi salam dgn cikgu2 tu aje, yang cikgu dulu2, pandang pun tidak!" Sejauh mana masa kita bersama-sama anak2 di rumah untuk mengajar anak-anak pandai baca.... (ibu bapa yang bekerja), kalau ditolak bahagi, masa anak-anak lebih banyak di sekolah. Terima kasih cikgu!!

Thursday, March 20, 2014

Wafiy ke Kidzania ;-))

19 Mac 2014
Lawatan 6 years Little Caliph Bandar Baru Sentul ke Kidzania, Mutiara Damansara
Bayaran lawatan sudah termasuk dalam yuran masa register awal tahun.
Breakfast dan lunch disediakan

Jom layan gambar  Adam Wafiy dan kawan-kawan sekitar Kidzania yang diwasup oleh Teacher Laila . TQ ;-))


Jadi chef, katanya. "Alahai anok ambe kecik moleknya.." macam mak dia ;-))



Mekanik, baiki tayar ;-))



Pada awalnya, "Mama, Wafiy tak nak pergi.... " muka cebek je!
Pujuk abangnya, Iman, "Pergilah Wafiy, seronok, nanti Wafiy boleh jadi bomba, pilot, Abang dah pergi dulu tau! Bla bla bla" ;-))
Masih cebek ;-))





Bersama-sama Teacher Laila-class teacher masa 5 years. "Adam Wafiy ni jadi feveret teacher2 kat Little Caliph, puan, kami suka usik dia" ;-))



Dah balik rumah, "mama seronok la... Wafiy jadi pilot macam MH370 yang 'hilang kat laut' tu. Tapi kapal terbang Wafiy tak hilang, melekat je kat dinding!" Hahahah
"Nak g lagi," katanya. Pulok doh ;-))


Makan-makan








Mu jadi apa ni nak? Jadi gangster ke apa nih?! Hahhahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...