Showing posts with label Jom Sihat. Show all posts
Showing posts with label Jom Sihat. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

Mari Bersenam! ;-))

Dah makan macam-macam, kita bersenam la pulok, hahha, bajet rajin la ni.
 
Hari ni hari Selasa, warga KL dah mula kerja, tak de maknanya kakak nak bersenam ya! Okey, kita tunggu hari Sabtu/hari cuti ni!
 
Yang rajin boleh buat malam ni, sambil-sambil tengok tv, hhiih. Eh, eh sebenarnya ai pun malas ni ha! ;-))

Tak pe, kita parking je dulu kat blog ni, insya-Allah kita buat ya! ^___^
 

Cantikkan punggung! ^__^
 

 
Pilih je nak mana satu, nak cantikkan punggung atau kempiskan perut, atau kedua-duanya! ;-))
 



 

Friday, January 8, 2016

Jom Sihat Bermula 2016! ;-))

Selamat Tahun Baru 2016 ... lapan hari dah! ;-))
 
Apa-apa pun, semoga tahun 2016 dan mendatang adalah lebih baik daripada hari-hari semalam. Insya-Allah.

Ewah, tajuk entri bajet bagus gitu, malu sendiri! Hihi....
 
Permulaan tahun baru saya, biasa-biasa saja, demam pulok tu! Hari besday demam, tahun baru, demam pulok, hihi. Alhamdulillah hari kedua-sihat, cubaan untuk menyihatkan badan, menguatkan otot kaki, berjaya dilaksanakan, cewah gitu, kuat le sgt, hahah!
 

Selfoot aje lah, sebab muka tak mandi, ^__^ Nampak tak beza bentuk kaki olahragawan sekolah (seluar hitam) dgn yang bukan olahragawan? Hahha!
 

Pagi2 lepas solat subuh saya paksa suami ajak teman pergi jogging kawasan kondo kami. Untuk permulaan kita jogging kwsn rumah aje! Iman dan Wafiy tak mau ikut, cik kembar masih tidur, minta Iman/Wafiy tengok2 kan adik-adik. Mama lari tk lama, kejap je ya!

30 minit, tak sampai 5 km pun, kaki dah memberat, mengah wei, hahha! Biasa zumba mengahnya lain. Lari tak ikut teknik betul agaknya! Malam tu, lenguh kaki, sengal, kebas dua hari, ahhah. Nah ambik, nak sgt kan, kuatkan otot katanya!

Turun dari tingkat 6 ke lobi ikut tangga je, naik pun ikut tangga, eksen! ^__^

Masa sekolah tak nak lari, dah umur mcm ni baru nak lari. Cikgu suruh lari (latihan rumah sukan sekolah), mula la cipta alasan yang macam-macam, sakit perut, sakit kaki, sakit tangan, sakit mata, hahha, boleh gitu!? Saya tak mahu lari sebab nanti saya menang, no 1 atau dua, tapi dari belakang, hahha! Nostalgia zaman sekolah ;-))
 
Tapi best, permulaan yang baik tahun 2016. Esok Sabtu,  kita lari lagi okey! ;-))

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...