Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Friday, January 20, 2017

Hidup Baik-baik! ;-))

20 Januari 2017

Selamat pagi Jumaat. Krik krik krik ... tuan rumah tak sihat, selesema, batuk2 kecil, pening2 lalat, mengada sangat! ;-))

Apa-apa pun, moga kita semua, baik-baik. #hidupbaikbaik


 
Kredit: IG Kaki Share
 
 

Tuesday, February 2, 2016

Mari Bersenam! ;-))

Dah makan macam-macam, kita bersenam la pulok, hahha, bajet rajin la ni.
 
Hari ni hari Selasa, warga KL dah mula kerja, tak de maknanya kakak nak bersenam ya! Okey, kita tunggu hari Sabtu/hari cuti ni!
 
Yang rajin boleh buat malam ni, sambil-sambil tengok tv, hhiih. Eh, eh sebenarnya ai pun malas ni ha! ;-))

Tak pe, kita parking je dulu kat blog ni, insya-Allah kita buat ya! ^___^
 

Cantikkan punggung! ^__^
 

 
Pilih je nak mana satu, nak cantikkan punggung atau kempiskan perut, atau kedua-duanya! ;-))
 



 

Thursday, October 8, 2015

Apa Itu Pembedahan ACL?

11/9/2015-Jumaat, di Hospital Kuala Lumpur. Pembedahan berlangsung selama 5 jam. (Masa pembedahan adalah mengikut kecederaan masing-masing. Suami saya, meniscusnya terkoyak agak banyak, (kecederaan sekunder). Doktor hampir surrender melakukannya. Tapi alhamdulillah, berjaya dilakukan).
 
Alhamdulillah juga, syukur kepada-Nya, hari baik, Jumaat, segalanya dipermudahkan. Subhanallah....
 
Alhamdulillah, semuanya dah selamat, cuma perit menjalani kehidupan selepas pembedahan, apa pun tak boleh. Lepas operate, di hospital, aktiviti semuanya di katil. Alhamdulillah sentiasa dipermudahkan-Nya. Nasihat doktor, suami saya tidak dibenarkan berpijak kaki dengan kuat/tidak terlalu memberat. Sokongan keluarga adalah perlu kepada pesakit selepas pembedahan, supaya mereka akan bersemangat untuk pulih kembali.
 
Insya-Allah, sebagai isteri, saya telah melakukan yang terbaik untuk suami saya, ecehcehcehhh ... isteri mithali gituu. Ahaks!
 
 

Jom kita kenali asecara ringkas apa itu ACL. Maklumat lebih lanjut boleh google, kepada mereka yang berhajat melakukan pembedahan ini, sila rujuk dotor yang pakar ya. HKL, insya-Allah terbaik, kerana di sini ramai pakar.
 
APA ITU ACL?
 
Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.
Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.
Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.
Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.
Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring.
Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL.
Siapakah yang memerlukan pembedahan ACL?
Ini merupakan soalan yang sukar dijawab dan jawapannya hanya boleh didapati selepas anda berbincang dengan doktor pakar ortopedik anda.
Biasanya, keputusan untuk menggantikan ACL dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berikut:
* Umur dan tahap aktiviti fizikalnya
* Kecederaan lain pada lutut yang sama dan bersangkutan dengan ACL seperti meniskus terkoyak atau rawan yang tercedera.
* Tindak balas pemulihan pesakit
* Tahap ketidakstabilan dan simptom yang dialami pesakit seperti kesakitan, lutut kerap membengkak.
Oleh itu, keputusan perlu dibuat bersama oleh pesakit dan pakar ortopedik secara individu berdasarkan kepada keperluan pesakit dan cara hidup beliau.
ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri atau dijahit semula. Ia perlu digantikan dengan tisu lain pesakit yang boleh mengambil alih fungsi ACL yang asal.
Tujuan pembedahan di atas adalah supaya tisu yang menggantikan ACL tumbuh pada kedudukan yang sama dengan ACL yang lama dan dengan itu dapat berfungsi sebagaimana biasa.
Matlamat selepas pembedahan, pesakit akan mendapat lutut yang kuat dan stabil serta berupaya membengkokkan lutut secara penuh.
Kebanyakan atlet profesional telah menjalani pembedahan tersebut dan berjaya kembali aktif meneruskan aktiviti sukan masing-masing seperti biasa.
 
MINGGU PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN
Program rehabilitasi (pemulihan kpd keadaan yg dahulu) bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.
Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.
Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.
Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat-peringkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion/CPM).
Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.
Kedua-dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.
Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.
Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.
Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.
Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.
Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program rehabilitasi yang lengkap.
 
TEMPOH/MASA

Purata hari berada di hospital adalah dalam lingkungan tiga hingga lima hari. Dua minggu dalam tempoh pemulihan (selepas pembedahan), jahitan akan dibuka dan pada masa yang sama pesakit perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.
Penggunaan tongkat selepas pembedahan rekonstruksi ACL bergantung kepada ketahanan pesakit kepada kesakitan.
 
Selalunya penggunaan tongkat dalam dua hingga empat minggu, proses fisioterapi boleh dijalankan secara rawatan pesakit luar.
Pesakit boleh mula berjoging selepas tiga bulan dan aktif semula bersukan selepas enam bulan. Proses di atas boleh diguna pakai sekiranya tiada komplikasi-komplikasi lain dalam proses rawatan ACL, termasuklah jika tiada kecederaan sekunder.
Ujian imbasan sinar-X dan imbasan MRI adalah disarankan untuk memastikan kecederaan ACL tersebut di samping MRI juga boleh mengesan kecederaan sekunder yang mungkin ada pada lutut terbabit.
 
KOS
 
Kos pembedahan adalah agak tinggi di hospital swasta atas sebab-sebab tertentu iaitu kos implan yang digunakan agak mahal (bahan import), di samping ubat-ubatan dan fisioterapi yang tidak disubsidikan boleh mencecah belasan ribu ringgit.
Kos di hospital kerajaan adalah lebih murah tetapi berkemungkinan terdapat kos-kos tertentu yang perlu dibayar oleh pesakit seperti kos implan dan sebagainya.
Dapatkan penjelasan dari pakar di hospital kerajaan untuk penjelasan lanjut tentang kos-kos berkenaan.

Ditulis oleh:
Datuk Prof Mustaffa Embong
Pakar Perunding Bedah Ortopedik,
Hospital Pakar Shah Alam

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
 
Ingatan untuk diri, sesama kita juga:
Sentiasa berfikiran positif, insya-Allah hasilnya juga positif, sentiasa bersangka baik, insya-Allah sentiasa dipermudahkan-Nya. Yakin, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Sebagai hamba-Nya, sentiasalah bersyukur. Semoga kita semua di bawah rahmat Ilahi.
Walau apa yang terjadi pada diri/famili kita, sentiasa ingat Allah. Dirikanlah solat walau dalam apa jua keadaan, Islam itu mudah, indah.  
 
Moga cepat sembuh En. Hanapi ... ai dan anak-anak dah bergetar2 nak g jalan-jalan ni. Insya-Allah....

Friday, October 25, 2013

Nak Join Usrah?




Sumber: FB Wardina Safiyyah, tapi saya share dr FB ex teacher Iman Genius Aulad. TQ Ayu!
 
Emel sebelum 25 kan? Tapi hari ni dah 25, saya try juga emel, mana la tau untung2 masih diterima, cubalah emel kalau berminat...;-)) Kalau Sabtu Ahad, insya-Allah boleh lah join, kalau hari bekerja, tak dapat la....

Wednesday, October 23, 2013

Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :
1. Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis di kepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2. Jika tidak solat zuhur, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :
Ayah saya cakap, kalau saya tidak solat terus-menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
 

    Photo: Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat....

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
    Sumber: Facebook
 
 
** Saya dah try kat anak-anak saya, Iman n Wafiy, Alhamdulillah, setakat ni diaorang ikut, terutama Wafiy, bila tanya, "Wafiy dah semayang zuhur?" Terus cepat2 berwuduk. ;-)
 
 "Wafiy semayang zuhur tak tadi?"
"Kenapa mama tak ingatkan wafiy, mama nih! Wafiy tak de tangan dah!" Muka dah masam cetung!  Terus berwuduk nak semayang zuhur, walaupun masa tu dah asar ... wakakkka. Memang tau takut anak saya yang berambut ketak ni tau! ;-))
 
Walaupun anak2 kecik, solatnya, biasalah kan, kalau wafiy, sempat tu bercakap time solat, lps tu sambung balik! ^_^ Tapi sekurang2nya mereka mahu melakukan yang wajib itu. Kita kena sentiasa ingatkan mereka. Ye tak? ;-))
 
Uols boleh la cuba kat anak-anak! ;-))
 

Wednesday, June 19, 2013

Surah al-Baqarah: Ayat 60

Amalkan Surah ini untuk perbanyakkan susu badan

Kelebihan Surah Al-Baqarah, Ayat 60; memohon supaya diperbanyakkan susu badan utk menyusukan si kecil.

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk
kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.
Digalakkan disertakan dengan niat (mohon perbanyakkan susu badan); selepas solat fardu, semasa menyusukan anak, semasa mengepam susu, insya-Allah.

Selain daripada mengamalkan ayat tersebut, boleh juga diamalkan membaca Surah Yaasin dan Surah Hujuraat.
 
Sumber: FB
 


 

Wednesday, November 28, 2012

Mandi Wiladah

Perkongsian ilmu- sesama kita :-)

MANDI WAJIB WILADAH DAN NIFAS ADAKAH SAMA?

Soalan: Saya seorang perempuan yang baru melahirkan anak. Masalah saya, adakah saya perlu mandi wajib nifas selepas saya habis pantang (berhenti darah nifas) sekali sahaja. Kerana saya ada mendengar bahawa seorang perempuan bersalin, perlu mandi dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Minta penjelasan? (Anis-PMM)

Jawapan: Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok saya definisikan maksud wiladah dan nifas. Wiladah ialah bersalin dan nifas ialah darah yang mengiringi wanita bersalin. Oleh itu wiladah dan nifas adalah dua darah yang berbeza. Oleh sebab itu perempuan yang bersalin perlu mandi wajib dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Ulama’ fiqh mengatakan bahawa diwajibkan mandi wiladah kerana mereka menyatakan bahawa wiladah adalah sama dengan air mani. Oleh itu wajib mandi disebabkan keluar air mani. Masa mandi wajib wiladah adalah sebaik sahaja dia mampu bergerak untuk membersihkan diri. Wallahu a’lam.
   
Sumber: http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=15:mandi-wiladah-dan-nifas&catid=4:soal-jawab&Itemid=17

**(Sebelum ini, saya pun tak tahu tentang mandi wiladah, tapi cepat diberitahu oleh ma saya, selepas melahirkan anak sulung saya-Iman.)

Wednesday, July 11, 2012

Angin Ahmar=Ar-Raihul-Ahmar=Jin Merah?

Sejarah Doa Angin Ahmar dan Maksud Ayat

Sejarah Doa Angin Ahmar

Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat/doa Angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.


Sumber rujukan: http://puspanita.motour.gov.my/agama/102-sejarah-doa-angin-ahmar-dan-maksud-ayat.html


Bacaan doa rihul ahmar yang diajar Nabi Muhammad SAW-amalkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup (Boleh rujuk di laman ini)

Thursday, June 14, 2012

Banyak Nak Cerita, tapi....

Bukan mahu biarkan rumah bersawang, bukan tidak ada cerita yang mahu dikongsi/diceritakan di sini (banyak cerita ni weih ^_^), tetapi kekangan masa tidak membenarkan saya berlama2 di sini.


Saya tinggalkan info ini untuk dikongsikan dengan teman-teman ;-)

(Ada sesiapa yang pergi program ni? Si cantik manis Irma Dieyana pun ada ... eh salah eh, Irma Hasmie la.... =^_^= )

(**Saya suka ilmu yang disampaikan Dr Muhaya, ada yang cakap2, beliau seorang yang agak 'keras' tapi bagi saya, dalam kekerasannya itu, banyak kebenarannya. Tak apalah, pendapat masing-masing kan ... "Celik mata, reset minda" ... bersama-sama kita tambahkan ilmu untuk memperbaiki diri. Insya-Allah.... Boleh like fanpage beliau di FB, dan boleh juga dengar beliau di IKIM.fm....)

Wednesday, April 4, 2012

Nikmatnya Duha ... Insya-Allah

Dah lama saya dengar lagu ni pagi-pagi kat IKIM.FM, tapi tak tahu siapa yang nyanyi/tajuk lagunya, kemudian baru-baru ini tertengok kat TV al-Hijrah, tajuknya, Doa Duha, nyanyian kumpulan UNIC. Terus saya google cari lagu dan liriknya sekali. Part yang bahasa Melayu tu, betul2 menyentuh perasaan saya. Jom, hayati liriknya. Kalau nak dengar lagunya, boleh layari youtube ... tak boleh nak masuk la you tube kat sini ... opis ai dah sekat youtube! :-(

Doa Duha
Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Ya Allah sesungguhnya waktu duha itu duha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu duha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
Lagu : Bazli UNIC
Lirik : Bazli UNIC
Hakcipta : UNIC Records.
***(Jom kita Duha, tak dapat buat tiap-tiap hari, buat setakat yang ' termampu' (ore kato, buat slow2 ^_^) , insya-Allah, bila lama-lama, akan 'jatuh cinta' dgn Duha. Insya-Allah rasa sedap/nikmat Duha itu akan dirasai apabila kita betul-betul ikhlas mengerjakannya. Kalau makan makanan feveret kita, puas juga kan, paling tidak, sakit perut, sebab terlebih makan. ^_^ Tapi Duha, insya-Allah, 'kesedapannya' tidak dapat dibayangkan ... sejuk perut ibu mengandung...:-)) Semoga Allah Taala sentiasa memberi jalan dan petunjuk untuk kita menuju ke jalan yang benar, insya-Allah).

Thursday, March 8, 2012

Famili FBI (Fasih Berbahasa Inggeris)

Semalam tengok message book Iman, ada mesej yang ditampal ... program Genius Aulad yang sangat menarik. Tapi sayang, kami tak dapat nak join, balik kampung.... Saya kongsikan maklumat ini ... hari ni tarikh tutup tau!



Antara pengisian dan aktiviti:

-Menangkap dan mengingat 'vocab' 5x lebih cepat

-Mengubah sikap harian biasa menjadi skrip bergaya 5 bintang

-Menyampaikan mesej dengan jelas walaupun perkataan yang dicari tidak dijumpai

Tips yang praktikal, fleksibel, simple.


Masa: 9.30 am-11.30 am

Tarikh: 10 Mac 2012

Moderator: Coach Sha & Coach Ridz

Venue: Genius Aulad Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Fee: RM 10/Family-GA Students

RM 15/Family- Non GA Students

RSVP: T.Diana 016-6795205/03-61563061

Closing date: 8 Mac 2012

Wednesday, December 28, 2011

24 Disember 2012: HARI keJADIan

"Jom mama, hari ni HARI JADI mama, Iman belanja mama tengok kartun."


"Kena ada duit merah (rm 10) berapa, mama, nak tgk wayang?" ^____^

Selesai uruskan bayaran yuran sekolah dan uniform Iman di Genius Aulad, kami terus ke Wangsa Walk di depan sekolah Iman tu ... ayah budak2 bawak budak2, dan mak budak tgk wayang. ^__^ Layan “Alvin and the chipmunks". "Best, seronok, terhibur sungguh." Itu kata mak budak, anak-anak lagilah teruja, sehinggakan Iman cakap, "Mama nanti kita tengok alvin lagi!" Saya anggap kegembiraan anak-anak adalah hadiah hari jadi yang paling bermakna dalam hidup saya! Yang penting anak-anak seronok, mak nya lagi lah seronok! Berjalan nombor satu!





Iman okey aje disuruh bergambar kat replika alvin. Wafiy? Tak nak, takut katanya! Haisy!


Tiket Dewasa=RM 14, dan kanak-kanak=RM 9. Terasa macam mahal pulok 14! Naik harga kah? Atau sebab hari Sabtu? Atau mungkin lain cinema, lain harga tiketnya? Mungkin la kot, sebab ini kali pertama kami tengok wayang di Wangsa Walk. Tayangan pukul 3.50 petang aje yang masih ada sit, jadi, kami g makan, n solat zuhur terlebih dahulu.



Kami makan JM Bariani (Wangsa Maju) depan Wangsa Walk, tepi sekolah Iman. Walhal banyak tempat makan/restoran menarik dalam WW tu, JM Bariani juga pilihan saya. Kami order Bariani Gam Kambing, Bariani Biasa Ayam Goreng, air bandung soda, teh o ais, harga lebih kurang 40++ Puas hati, kena dengan selera kami. Anak-anak pun okey la tak demand nak makan itu ini, tambah2 Iman yang agak cerewet. Sebelum tu, saya dan suami dah buat perjanjian dgn Iman, nak tengok Alvin, kena makan nasi dulu!! Wafiy? Bagi makan apa pun, tak kisah! ^__^


Selesai menonton, kata Wafiy, "best mama, tengok bayang!" Bayang? Ahahah, wa-yang, bukan ba-yang!



Sekarang ni, kalau bergambar, mesti nak buat aksi yang ntah apa-apa. Tak pernah diajar bergambar begitu begini, sesuka aje buat mimik muka yang kelakar-comel! =^__^=



Anak chipmunks ke ni? =^__^=




**Ingatan Sesama Kita:



Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat.
Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah ke dalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

(Sumber:http://www.ustaznoramin.com/2011/04/haram-sambut-hari-lahir-dengan-meniup.html)


(Nota Dieyana: Mungkin sebelum ni kita tak tahu fasal ni kan, saya sendiri pun baru saja tahu masa nak buat besday iman April lalu. Iman ada sebut, "mama, letak la lilin" "sori Iman, no candle!" Bla bla..bagitau anak elok2, insya-Allah dia faham, jangan kita mengalah kat anak, sebab jelas ia haram kan! lepas ni kalau nak buat besday, beli kek, tk payah la letak lilin, potong aje kek tu, ambik gambar, kemudian makan ramai-ramai.... Amacam?)

Wednesday, October 12, 2011

Libatkan Anak-anak Juga

**(Bukan mahu memandai, sekadar berkongsi sedikit pendapat / pengalaman saya sebagai ibu beranak dua ...heheh. Walaupun ibu beranak 10 tak de kecoh2, dan alhamdulillah, elok aje perjalanan mereka, saya yang baru beranak dua tetap nak kecoh di blog. Okey ke? Hhehe)


1) Waima dia baru berusia 5 tahun, saya mahu dia tahu seperti orang dewasa juga. sekurang-kurangnya, biarlah dia tahu hal2 yang terdekat dengannya, seperti apa yang berlaku dalam keluarga, dalam rumah, dan persekitarannya. Kalau dia bertanya apa-apa, jawab sahajalah yang benar2. Elakkan dari menipu. Contoh: "Mama, siapa yang buat Iman, dulu Iman duduk dalam perut mama, Iman keluar macam mana?" Cubalah jawab, selagi yang termampu. Kerana tidak mahu beri jawapan yang sebenar, bimbang Iman akan bertanya yang bukan-bukan sehingga kita mati akal utk menjawabnya, terus saya jawap, "keluar ikut pusat!" ^__^

Cuba beritahu perkara sebenar. Baru-baru ini suami dan anak-anak saja di rumah, suami saya buka you tube, tunjuk proses kelahiran kepada mereka dua beradik (terkawal). Wafiy, biasalah masih blur2, darah! darah! Iman, terus berminat, menonton sehingga akhir. Tapi, selepas menonton, dia seperti berfikir sesuatu, mungkin masih belum dapat bayangkan yang sebenarnya. Dan, macam2 la soalan ditanyainya. Ha, dah dah macam sesi soal jawab di mahkamah. ^__^ Tak apalah, sekurang-kurangnya dia tahu, dia bukan keluar ikut pusat seperti yang diberitahu oleh mamanya! ^__^ Motif: Bukan mahu tunjuk yang bukan2, sekurang-kurangnya dia tahu kesusahan ibunya melahirkannya! Waima dia berusia 5 tahun. Ada pendapat mengatakan, tak apalah, dia besar esok2, dia tahulah nanti. Erm ... masing-masing pendapat kan....

Sampai saja saya di rumah, "Mama! Iman bukan keluar ikut pusatlah! Mama tipu Iman!" Wajahnya seperti kecewa kerana saya dikatakan telah menipunya! Mungkin bagi kita orang dewasa, ah, perkara kecil saja, tipu sikit saja. Tapi ia bukan perkara kecil bagi si kecil yang berumur 5 tahun! (Tengok, siapa suruh menipu hari tu!...^__^ Walaupun saya langsung tidak ada niat untuk menipu anak-anak, tapi ia tetap dianggap 'tipu' oleh anak-anak!



2) Kadang kala, apabila kami suami isteri berbual, anak-anak akan mendengar, ada yang kurang faham, pasti Iman akan bertanya. Walhal itu cerita orang dewasa. Apa salahnya kita libatkan anak-anak juga. Jangan sampai kita berbual, sehingga anak-anak bertanya, terus kita beritahu, "tak payah tahu, ini cerita orang dewasa!" Tentunya si anak akan berkecil hati. Tapi kalau cerita yang agak 18 SG atau 18 SX, tidak usahlah bercerita di hadapannya, kan nak jawap, terkial2 kial pula. ^__^


Contoh: Saya: Semalam saya tengok jiran kita dah angkut barang-barang, nok pindoh kalih



Suami: Ha, saya pung nampak


Iman: Siapa mama, jiran yang mana? Dia nak g mana?


Apa salahnya kita jawab pertanyaannya, walaupun topik itu tiada kaitan dengan anak-anak kecil. Barulah anak-anak berasa dihargai, berasa diri juga bersama-sama ibu dan ayah. Tak ke gitu? Kadang kala, saya pun tidak perasan akan hal ini. Kita ini hanya manusia biasa tidak lepas dari kesalahan. Kadang kala selamba saja saya menjawab, "eh banyak kecek Iman ni...." Lalu, riak kecewa terus tergambar di wajahnya!


3) Sesekali saya akan beri peluang / luangkan masa bersama-sama anak-anak - bersembang2. Tentu ada sesuatu yang menarik dalam perbualan kita dengan anak2. Kadang2 apabila berbual dgn Iman, tanpa saya sedar masih ada sesuatu yang selama ini saya tidak tahu tentang dirinya.

4) Tidak kiralah apa saja yang kita lakukan, sesekali libatkan anak-anak juga. Perlahan-lahan saya mahu memahami jiwa anak-anak saya. Kongsi hobi kita bersama-sama anak-anak. Dunia ini bulat, hari ini kita tak pedulikan mereka, esok2 mereka pula tidak pedulikan kita.


"Mama, jom kita lukis sama-sama. Tak nak lah, letih la mama nak tidur!"


20 tahun akan datang: "Jom teman mama g beli barang!" Lalu dengan selamba anak menjawab, "Tak nak lah, mama, saya sibuk! "


Mahukah perkara sebegitu berlaku??



5) Itu hanya sedikit pendapat saya tentang anak-anak, terutama anak-anak kita yang semakin hari semakin meningkat umur. Cabaran dan dugaan dalam mendidik anak semakin hari semakin bertambah! Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita. Amin.


6) Kita manusia, pastinya tidak lari daripada melakukan kesilapan. Perlahan-lahan menuju ke arah kebaikan....


**(Semakin hari, anak-anak semakin membesar, sebagai ibu bapa, sentiasa berdebar2, mampukah kita menjadi ibu bapa yang baik utk anak-anak? Selagi diberi nafas oleh-Nya, mohon diberi perlindungan oleh-Nya. Amin)

Tuesday, August 2, 2011

Mesti Ada!

Mesti (Wajib) ada setiap kali Ramadan! Tidak kira jenis kurma apa pun, asalkan ia buah kurma! (Kalau ada kurma sedap yang mahal tu, lagi syok, heheh. kalau beli sekotak okey la, kalau berkotak2, fengsan!;-))) 1-2 biji untuk berbuka, sahur pun 1-2 biji.
Teringat ketika berpuasa Ramadan yang lepas, tatkala masih menyusukan Wafiy, berkotak2 saya beli, kerana kurma dikatakan dapat memberi susu yang banyak untuk ibu menyusu (insya-Allah dengan izin-Nya). Ketika itu saya mengamalkan 7-8 biji kurma dari waktu berbuka, sebelum tidur, dan bersahur. Dan, ada ketikanya, saya buat jus kurma blend (susu segar+sedikit saja ais+buah kurma=blend). Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik pada bulan Ramadan walaupun ketika itu saya menyusukan anak, dan di pejabat saya tetap meneruskan mengepam susu (tidak kira berapa hasil (oz) yang saya dapat).

Antara khasiat buah kurma:

Khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sumber:http://permai1.tripod.com/kurma2.html



**(Nota Dieyana:Tentu ada yang mengamalkan buah kurma, bukan saja pada bulan Ramadan saja kan?)

Monday, July 25, 2011

Menghadapi Ramadan


Minggu terakhir menyelesaikan saki baki puasa ganti. Insya-Allah.... Tidak sabar menunggu Ramadan ini. Tiba-tiba wajah rasa bersinar-sinar menunggu Ramadan, tidak seperti tahun-tahun yang sudah ... mungkin latihan berpuasa di bulan Syaaban, telah diberi kekuatan oleh-Nya untuk menghadapi Ramadan ini. Semoga diberi peluang berjumpa dengan Ramadan, dan terus diberi kekuatan, kesihatan yang berpanjangan untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan.... Insya-Allah. :-))


Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya. Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

(Sumber: http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html)

Friday, June 24, 2011

Motivasi Diri

Menjaga keterampilan diri (wanita), luar dan dalam. Kadang-kadang, saya buat2 tidak tahu saja, datang opis, pakai tudung tidak diseterika dan warna tudung tidak match dgn warna baju. Hhahaha ... saya sangat berbeza dengan Dieyana 10/15 tahun yang lepas. Ke sekolah, baju perlu diseterika, "oh, lendik baju mung, Dieyana!" Bila dah beranak pinak ni, kadang kala, tak sempat untuk bermanja2 dgn diri sendiri. Sesekali ditegur suami, pakai baju/tudung tidak diseterika/muka langsung tidak berbedak.

Sepatutnya, bila dah bersuami, keterampilan perlu lebih dijaga. Sentiasa berhias untuk suami dan apabila suami tengok, "comey bini aku nih!" Ewah, tak ke senyum kambing kita masa tu!? Bukan mahu pujian orang lain, tapi mahu dipuji suami dan anak-anak. Sangat manis kan! Dan, anak-anak pun memuji, "mama cantik lah!" Sekali lagi mama tersenyum kambing! ;-)

Oh, tiba-tiba saja saya membebel bermotivasi di pagi Jumaat ("Terasa comey la la saya hari ini". Itu satu motivasi jugak tau!) Okey, bai bai, jaga diri hiasi 'peribadi'!! Renung-renunglah kata-kata di bawah, sebagai panduan untuk kita bersama. :-))

**Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

**Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Wednesday, April 13, 2011

Biarlah....

Sesampai saya di rumah (dari pejabat), belum lagi saya duduk, membuka tudung segala bagai, "mama, nak susu", "mama, nak nasik", "mama, iman/wafiy berak", "mama, nak air", "mama, nak mandi". Adakalanya saya mengeluh kecil, "letihnya...." Anak2 bergaduh, berebut itu ini, menyepah2kan rumah, di kala saya kepenatan, pastinya mulut ini akan membebel pula.


Tetapi apabila mereka diam, yakni ketika tidur, saya terasa sangat2 sunyi waima mereka tidur untuk satu jam sahaja! Oh, itulah hakikatnya, mereka sangat2 diperlukan dalam hidup saya! Biarlah mereka bising, biarlah mereka bergaduh, biarlah mereka menyepahkan barang, biarlah mereka minta itu ini! Apalah sangat dgn rumah yang bersepah, sekadar barang mainan mereka merata2, kalau dah hilang penat, kemas aje lah! Tak perlu bebel2 kan? Itu dunia mereka, mahu menyekat2 kebebasan anak-anak, seolah2 menyekat kreativiti anak-anak.


Cerita kawan-kawan yang tidak dikurniakan anak, menjadikan saya lebih sedar, betapa anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang tiada nilainya. "Balik rumah, laki bini rasa sunyi yang amat, tiada kedengaran suara2 kecil, tiada adegan kejar2-mengejar anak2 kecil". Menyebabkan saya sangat2 menghargai kehadiran anak2 saya. Syukur Ya Allah atas pemberian-Mu ini. Tiba-tiba saya rindu ImanWafiyHanapi! Alamak, teremosi pulak..;-)


ImanWafiyHanapi ... sesekali Hanapi harus interframe di sini...:-))


Saya teringat Ma dan Ba saya di kampung. Adik perempuan bongsu saya dan cucu sulungnya pastinya menjadi pengubat mereka. Ma dan Ba telah pun melalui apa yang saya lalui sekarang, menjaga kami 4 beradik, pastinya kesabaran yang menjadi peneman ma dan ba di kala itu. Dengan perangai kami 4 beradik yang begitu begini ... adeh, emosi lagi! Hheheh, cover line deh!


Fakta yang menarik perhatian saya: (Sumber emel)


++Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka, 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


++Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


++Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


(Sesekali beremosi ... senyum ... smile ... sengih ... ;-)

Tuesday, April 12, 2011

Tak mahu Fasha Sandha ;-)

Pisang emas dibawa belayar;

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar;

Hutang budi dibawa mati.



Rantai tangan 999.9=10 g


Kami tidak mahu lagi bersandar pada kenangan ... kami telah sedar akan hal ini. Ada yang telah lama sedar akan hal ini. Alhamdulillah, kami mendapat kesedaran ini, masih belum terlambat untuk kami. Insya-Allah. Kami membeli 'pisang emas' setakat kemampuan yang ada. Sedikit2 lama2 jadi bukit.... Kami tidak mahu bersandar pada Fasha Sandha ... tapi saya mahu bersandar pada 999.9.


Dinar Kelantan



"Suatu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham" (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal).


Sumber gambar: http://goldparadise2u.blogspot.com/


(Pantun di atas tak ada kena-mengena dgn entri ini, saya hanya mahu meminjam perkataan 'emas' sahaja drpd pantun tersebut. Begitu juga tajuk entri, tak ada kaitan dgn Fasha Sandha. Hehhehe, jangan marah ya....)


Wednesday, January 27, 2010

Ciuman

Salam...

Renung-renungkan...


Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
(petikan daripada emel)

Muhamad Iman Haziq dan Muhamad Adam Wafiy, permata hati mama dan papa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...