Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Tragedi Subuh Darul Quran Ittifaqiyah :-((

14 September 2017 bersamaan 23 Zulhijah 1438H
 
Tragedi  Kebakaran Sekolah/Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
 
Dan, 7 suspek yang terlibat dalam kejadian ini telah pun ditangkap. Semoga Allah Taala memberi petunjuk dan moga kes ini dapat diselesaikan dengan adil dan saksama.
 
Apa-apa pun, perancangan dan aturan Allah adalah yang terbaik, yakni sebaik-baik perancangan. Kejadian ini juga memberi iktibar kepada kita semua. Allahuakbar.
 
Saya suka dengan ayat ini:
 
"Ibu bapa anak-anak syurga ialah ibu bapa terpilih. Ibu bapa anak-anak 7 orang (suspek) juga yang terpilih. Bayangkan kita sebagai ibu bapa dalam kedua-dua situasi ini. Ibu bapa mana yang lebih hebat ujiannya? Hanya mampu berdoa dan berserah. Selebihnya urusan Allah SWT."
 
 
 
Sehingga hari ni, sedih masih tak hilang! :-((
 
Al fatihah, dan takziah kepada keluarga. #tragedisubuh #anakanaksyurga
 

Friday, February 13, 2015

Perginya Tak Kembali - TGNA

Kehilangannya amat dirasai - JUMAAT, 12/2/2015! :-((
 
Al-Fatihah - Tuan Guru Nik Aziz
 

Wednesday, February 11, 2015

"Kita Jumpa Beberapa Tahun Lagi"-DSAI

PUTRAJAYA: "Kita jumpa beberapa tahun lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mahkamah memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
 
Suasana penuh emosi memenuhi bilik mahkamah apabila panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari.
 
Sambil melambai ke arah penyokongnya di galeri umum dalam ruang mahkamah itu Anwar memeluk ahli keluarganya yang kesemuanya menangis berikutan keputusan itu.
 
Pemimpin pembangkang itu kemudiannya memandang ke arah cucunya dan berkata: "Ingat ya, kamu perlu pergi ke sekolah."

Dia juga cuba menenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah.
 
Bapa mertuanya, Wan Ismail Wan Mahmood juga kelihatan tidak dapat menahan air matanya.

**Petikan The Star (Bahasa Malaysia)-10/2/2015


Entri ini bukan fasal politik, bukan kerana beliau DSAI, tapi atas dasar simpati sesama manusia. Tak mahu komen apa, cukup sekadar petikan itu, cukup sekadar melihat berita semalam, hati saya sangat sebak, sungguh!

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya Allah Taala Maha Mengetahui semuanya. Allahuakbar!

 

Monday, April 4, 2011

Sentap!

'Kanak-kanak 7 tahun dibelasah guru, meninggal dunia.'


Sentap! 7 tahun?? Dibelasah guru?? Kanak-kanak itu dituduh mencuri. Ya Allah, hati dan jiwa saya betul2 sentap. Alangkah sanggup manusia yang bernama guru itu membelasah murid 7 tahun, sehingga koma dan akhirnya, meninggal dunia. Menurut sumber berita, kanak-kanak itu telah kematian ibu, dan tinggal bersama-sama keluarga angkat. Apabila menatap gambar kecil arwah kanak-kanak itu, di Harian Metro, lagi jiwa saya sangat2 tersentuh. Tiba-tiba saya teringat anak-anak saya, dan anak-anak saudara saya. Saya cuba bayangkan keadaan arwah ketika dibelasah manusia itu, oh tidak, hati saya meruntun-runtun. Pastinya, rayuan demi rayuan arwah kepada guru itu agar menghentikan pukulan itu tidak diendahkan guru itu. Apa-apa pun, Allah lebih menyayanginya. Kita yang melihat, membaca berita itu, sangat2 terasa dgn pemergiannya yang begitu rupa, apatah lagi keluarganya....Takziah untuk keluarga arwah. Al-Fatihah....

Thursday, November 18, 2010

Astaghfirullah al-Azim....

Melihat berita hari ini, tiba-tiba diruntun sedih. "4 Beranak Terkorban" Suami, isteri, dan sepasang anak kembar maut ketika ingin pulang beraya. Iswaranya bertembung dgn sebuah treler. Anaknya yang berumur 4 dan 8 tahun, terselamat. Lebih menyedihkan, apabila anak yang berumur 4 tahun berkata, "Nak mama, nak abah...." Ya Allah, pasti ada hikmah daripada-Mu ... menyelamatkan dua beradik, dan 4 lagi pergi mengadap-Mu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...