Bulan Ramadan sinonim dengan pelbagai jenis kerabu. Terutama orang pantai timur, suka sangat dengan kerabu2 ni. Semalam buat kerabu mangga, kebetulan suami teringin kerabu telur masin, maka bergabung lah kami, mangga mama punya, telur masin papa punya, tapi bila makan, sama2 ;-)) Macam biasa la, google je resepi. Guna je mana2 je bahan yang ada. Buat sikit2 je, tak mahu membazir, yang makannya saya dan suami je.
Tuesday, May 22, 2018
Kerabu Mangga dan Kerabu Telur Masin
Bulan Ramadan sinonim dengan pelbagai jenis kerabu. Terutama orang pantai timur, suka sangat dengan kerabu2 ni. Semalam buat kerabu mangga, kebetulan suami teringin kerabu telur masin, maka bergabung lah kami, mangga mama punya, telur masin papa punya, tapi bila makan, sama2 ;-)) Macam biasa la, google je resepi. Guna je mana2 je bahan yang ada. Buat sikit2 je, tak mahu membazir, yang makannya saya dan suami je.
Monday, February 15, 2016
Ayam Kam Heong Versi Ringkas!
Friday, February 5, 2016
Roti Telur Sosej Berkeju
Thursday, October 10, 2013
Cheese Cracker
Saya kongsikan resepi ini utk yang berminat (kakak saya ejas sikit dr resepi ezstroree.blogspot.com)
Bahan
1 ketul cheese (saya guna brand tatura)
1/2 susu pekat manis
susu segar
nestum (atau boleh je apa2 yang uols suka-oat/cornflakes/serbuk koko)
biskut cheese julies (bulat) (boleh tukar sekut lain yg sesuai, kakak saya guna brand Ritz)
Cara
-Pukul cheese bersama-sama susu pekat manis hingga hancur ketulan cisnya (guna mixer lagi cepat, tapi saya tak de mixer, gigih bergilir dgn mak, sampai lenguh bahu tau! ;-))
-Celup sekut dalam susu segar, 1-2 saat saja ( jgn lembik)
-Susun sekut dalam bekas, sapu/letak krim cis, tabur nestum.
-Ulang sampai habis krim cis/sekut.
-Simpan dalam peti ais-lebih kurang 6 jam, sedap dimakan sejuk2!
(Utk elak rasa muak, saya tabur nestum sikit2 je, n krim cis tu pun, saya letak nipis2 je.. kalau yang suka cis, boleh je sapu lebih cis, boleh ejas ikut suka ;-)
Selamat mencuba!
Wednesday, August 10, 2011
Nasi Kerabu (Putih)
Bahan untuk tumis (kuah)
Santan
Cili kering
Serai (ketuk)
Bawang putih
Bawang merah (lebih banyak drpd bawang putih)
Asam keping(1-2 keping)
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Budu (3-4 sudu besar)
Cara:Kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah. Masuk semua bahan di atas. Masak sehingga pecah minyak, dan sehingga masak.
Bahan untuk Kelapa (Nyiur Goreng)
Kelapa
Ikan selayang / kembung(2-3 ekor)-rebus dan ambil isi (hancurkan)
Bawang merah-hiris nipis
Serai-hiris nipis
Cara: Goreng kelapa tanpa minyak, apabila kekuningan, masukkan isi ikan, hirisan bawang dan serai. Goreng sehingga kelapa agak garing.
Bahan Budu (Kalau tak make budu, tak payah buat yang ni)
Budu
Serai-ketuk
Asam keping
Sedikit air
Cara: Masak kesemua bahan di atas (5-10 minit saja).
Ulam-ulaman (ikut ulam kesukaan masing-masing)-hiris nipis
Daun kesum
Kacang panjang
Kubis bulat
Limau nipis (perah ketika nak makan, tk se pun tk po)
Nak pedas, boleh buat sambal. Saya hanya ambil cili dan hiris nipis.

.
.
.
.
.
.
.
Saya tak suka letak ulam/kerabu bnyk, skit2 aje ;-)
Monday, August 8, 2011
Ayam Percik
Ayam Percik Hanapi

Bahan untuk Kuah
Bawang putih-kisar
Bawang merah-kisar
Lada kering- kisar
Halia-kisar
Serai (ketuk)
Asam keping
Santan
Garam
Gula
Bahan untuk Ayam
Ayam
Halia-tumbuk
Bawang Putih-tumbuk
Garam
Santan cair
Cara Membuat
2. Ayam diperap besama-sama halia, bawang putih dan sedikit garam. Masak bersama-sama santan cair.
3. Apabila ayam masak, Toskan ayam dan bakar. Semasa membakar, lumurkan kuah yang dimasak tadi atas ayam (2/3 kali)
(Nota: Jika tiada bahan pembakar, ayam yang diperap tadi boleh juga digoreng)
Thursday, August 4, 2011
Kek Durian

BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi, (mat guna jenama Anchor) (idazs guna jenama SCS) =dieyana guna buttercup
100 gram gula halus @ gula kastor
2 biji telur gred "A"
150 g tepung roti (mat guna tepung gandum)* (idazs guna tepung kek) =dieyana guna tepung gandum
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
40 g serbuk badam
35 mililiter susu segar (mat guna susu sejat "IDEAL" =dieyana pun guna susu sejat)
150 g isi durian, dilecek halus
Badam keping untuk hiasan (idazs gantikan dengan chocolate chip) =dieyana guna badam- goreng tanpa minyak.
CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 3 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar dengan kertas minyak. Satukan tepung yang telah diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan teru memutar hingga kembang, jarak waktu untuk 1 biji telur ialah 1 minit. Masukkan puree durian dan putar sebati.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung + serbuk badam tadi berselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar rata.
4. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur badam keping secukupnya atas adunan kek. Bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan.
**Nota Dieyana:Hari ni mood malas2 masak mula menyerang, jadi petang ni masak yang paling senang aje, tomyam campur+telur bistik. Insya-Allah. Cukup lah tu. Kuih sagu semalam masih ada dlm peti ;-))
Thursday, July 28, 2011
Seri Muka yang Kurang Berseri ;-))
.
.
.
.
.
Wednesday, July 27, 2011
Saya Suka Butir Nangka
Bahan:
Tepung pulut
Air daun pandan (Blend daun pandan dgn air)-secukupnya
Santan
Gula
Sedikit halba
Sedikit garam
Daun pandan (untuk wangikan kuah)
Kapur (saya tak bubuh)
Cara:
.
.
.
.
.
.
Bila agak-agak bahannya, kuahnya agak kurang manis. Saya minta suami saya try, dia kata, "okey doh ni" Tapi bila saya berbuka puasa petang tu, rasanya agak kurang manis. ;-))
** (Nota Dieyana: Dah ma saya cakap, "Na agok2 la deh bahan2 tu." Jadi, saya hanya tulis bahan saja tanpa sukatan sebenar. Hhehehe. Kalau nak resepi dengan sukatan yang sebenarnya, boleh google ya. Tq!)
Monday, July 11, 2011
DFCC Kali Ke-2 ... Yehaaa!!
Resepi ambil di http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/06/devils-food-chocolate-cake.html
source : Ayu S'pore
source : K.Nor@Secubit Garam
Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe) -**
1/2 cup warm water
Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked
Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com
(** Nota Dieyana-Dieyana tak tahu ttg buttermilk ni, jadi dieyana letak susu segar dutch lady yg dlm kotak tu. Fungsi cuka/vinegar dalam kek pun dieyana tak tahu, jadi, dieyana tak guna pun cuka dalam kek ni. Banyak kek yg saya jumpa kat blog2 lain juga bubuh cuka dalam kek. Menurut kawan saya, cuka tu boleh dikatakan berfungsi sebagai menaikkan kek. Mungkin ada yang tahu fungsi lain bubuh cuka dalam kek??)

.
.
.
.

Kali kedua buat DFCC, rasanya ada sedikit improvement. Heheheh, apa-apa pun terima kasih yang amat atas resepi ini.
Wednesday, July 6, 2011
Sayur Ringkas Dieyana
Basicnya sama saja, boleh letak sayur kegemaran masing2, boleh tambah apa saja yang disukai (suhun, udang/ daging/ayam, sedikit cili jika mahu pedas) selagi ia tidak memualkan tekak yang makan. ;-))
Kata suami, "ha, bukan payoh pun nk masak sayur, campak2 aje." Suami saya memang penggemar sayur. Tapi dia makan apa saja yang saya masak (reda dgn isterinya yang bukan rajin/pandai sgt masak ni). Tapi apabila dia yang pergi pasar, wajib dibelinya sayur. Dan, bila dia dah beli, kena la saya masak. Kadang2 saya buat tak tahu, dan dia pun terlupa ada sayur dalam peti ais, kering layu lah sayur tu jadinya, ;-))
Wednesday, June 29, 2011
Sama tapi Tak Serupa

Ayam potong sederhana kecil

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Monday, June 27, 2011
Hotpot Potatoes
http://irmadilondon.blogspot.com/2010/05/hotpot-potatoes.html
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb **
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis **
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis.
Garam
Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella**
Parsley. Takda pun tak pa.
Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..
1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.
Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Kentang saya susun agak jarang. Saya sarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)
Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. Saya guna cheese biasa saja. Dah itu yang ada dalam peti ais. :)
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.
Terima kasih 'irma di london', Dieyana suka hotpot potatoes ni, kena dengan selera Dieyana- gila kentang!

Sebelum bakar
Keju tak cukup, jadi, permukaan kentang tidak disaluti sepenuhnya. Dan, apasal hitam tu dieyana? ;-) W.pun hitam hangit, tapi sedap tau!
Pendapat saya, hotpot ni boleh makan begitu saja, dan kalau nak mkn dgn roti, pun sedap juga, roti arab, watever roti lah! roti gardenia pun sedap kot! ;-)

Jemput makan ;-)
++(Nota Dieyana-saya lebihkan kentang, mix herb saya tak bubuh sbb tak tau mcm mana rupa mix herb tu. Dan, saya guna minyak jagung sahaja (resepi asal guna minyak zaitun). Cili pun saya tidak bubuh. Keju mozarela, saya ganti dgn keju keping yang warna oren, sebab dalam peti kebetulan ada keju oren saja. Saya tak tabur parsley, tapi saya tabur sedikit oregano (tak tabur pun tak apa, tetap sedap).
Wednesday, June 15, 2011
Nak Makan Sagu
Sagu putih
Santan (tidak telalu pekat/terlalu cair, sedang2 aje)
Gula Melaka
Air
Sedikit garam
Daun pandan (saya tak letak, sebab tak de. Kalau letak, lagi sedap dgn aroma pandan)
Cara
1) Basuh sagu, rendam sekejap (saya terlama rendam sagu, jadi kembang!), tos.
2) Masak sagu yang diletak air, sambil kacau2 sedikit. Dah masak, ketepikan.
3) Masak santan, bubuh sedikit garam. Masak, ketepikan.
4) Masak gula melaka bubuh sedkit sahaja air (saya tersilap bubuh air banyak, jadi cair). Letak daun pandan.
5) Nak makan, letak sagu, curah santan, gula melaka yang telah dimasak tadi. Simpan dalam peti ais, lagi sedap, sejuk tekak!
++(Nota Dieyana: Ada yang gantikan santan dgn susu cair. Lagi cepat!)
Tuesday, June 14, 2011
Bistik
Jom tgk bahan,
Bawang putih - 3-4 ulas
Bawang merah - 1 ulas
Bawang besar - 1/2 biji yang kecil
Buah tomato - 1 biji besar-hiris dadu
Sayur campur (kacang pis, jagung, carot)
Sos tomato
Cli kering yang dikisar
Sedikit daging/ayam-cincang halus-halus manja
Air, Sedikit gula, Sedikit garam
Telur-2 biji
Cara
1. Goreng telur (dadar)-letak sedikit garam. Ketepikan.
2. Sediakan sos. Tumis semua bawang2, apabila naik bau, masukkan cili kering yang dikisar. Kemudian masukkan daging. Bila daging dah empuk, masukkan sos tomato, air mengikut yang puan tuan mahu. Kemudian masukkan buah tomato, sayur campur. Apabila mendidih, bubuh garam, gula. Biarkan kuah sedikit pekat. Dah masak, curah atas telur dadar goreng tadi, kemudian hiaskan dengan daun sup....Ai main campak2 aje. Hihihkhi.
++(Nota Dieyana: Boleh sesuka hati nak guna jumlah bawang/telur. Boleh saja nk 'ejas' ikut kesesuaian dan kesukaan. Saya suka lebihkan bawang putih dalam masakan. Cili kering saya letak setengah sudu kecil saja, sebab nak bagi anak-anak makan, tak nak pedas. Bawang2 tu pula, saya cincang2 saja. Boleh tumbuk/hiris. Telur dadar tu saya goreng garing. Bebel pulok doh)













