Showing posts with label Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label Raya 2015. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Kenangan Syawal 2015

Raya habis daaa, tapi aktiviti makan2 dengar2nya masih ada di sana sini ya? ^__^

Sebagai kenang-kenangan, ewah, kenang la sangat ;-)), kita tepek gambar2 di hujung2 jamuan raya/rumah terbuka Syawal yang lepas
 
Tq Kak Aida (kawan opis) sambal sotong yang mabeles, desert best2. Okey, tk de gambar sambal sotong, tengok gambar kami je lah ya ;-))
 
 
Ini rumah kakak geng zumba, tq kak ita!
 
Alhamdulillah, tahun ni open house dekat2 je, tak de jem.
 
Sabtu-Ahad-tak payah masak, syoknyeeeeeee..
 
 
 
Pot Luck Raya F3 Studio Gombak-Kelas Zumba
 
 

Ini pula jamuan raya opis under Jabatan Penerbitan
 
 

Jemputan kawan2 bahagian lain, orang dah ajak, kita pergi lah, selagi perut ni masih terdaya ;-)) Banyak lagi bahagian2 lain yang menjemput makan, tapi ai tk snap gambar. Ini pun ihsan gambar cik adik manis Suhaida Azmi ;-)) Jemputan Bahagian cik adik Ida la ni. Tq ya!
 
 
 
Anak-anak kami, tunggu papa balik nak g beraya, sampai tertidur. Mula2 si adik (kembar) yang tidur, lepas tu sorang2 berjangkit. Elok/kebetulan pula berderet 4 beradik ^__^
 

Ini aje gambar yang ada, mood okey, kita bergambar, mood kurang, tak mau bergambar. Ada juga 'perangai' macam ni ek? ^__^

Bai, semoga berjumpa lagi Syawal yang akan datang, amin.


 

Friday, July 24, 2015

Salam Syawal 1436H

Selamat Hari Raya  Aidilfitri 1436H
Macam biasa, gambar raya ... berpeluh2 nak kumpul anak2, anak sedara, adegan berlari sana sini, itu suasana biasa di pagi raya. Berebut2 bilik air nak g solat raya, sebelum ke masjid, sunat jamah sedikit makanan. Nampak keadaan agak serabut, tapi bila dah habis raya, rindu saat2 itu kan ^__^
 

Yang depan tu, satu-satunya adik lelaki saya.


Satu Syawal, ada lah juga gambarnya, Kali ni, kami tak bawa balik DSLR, pakai kamera handphone sudah ;-)) Dalam pada kalut2 pun cuba juga menyempatkan diri ambik gambar. Tangan, kepala senget semua ada, hahaha! Hak senget tu lah foto paling mahal ;-))  Belasah je, janji ada gambar raya, aci?!
Entah apa lakonan laki bini kat belakang tu ^__^


Menu raya, tk sempat nk snap, ngap, ngap, habis! ^__^



Jenuh atuk (Ba) melayan budak kembar ^__^
 


Famili saya- Ba, Ma, saya 4 beradik-3 perempuan, 1 lelaki. Anak 4, anak sedara 4 :-))


Kat Kelantan, panas yang amat ... dugaan beraya, berliter2 air sejuk/batu masuk dlm tekak. Makan itu ini, bila mlm, melepek, perut masuk angin, loya, mual sebagainya semua ada.


Sebenarnya masih dalam mood raya, tapi cekalkan diri, semalam start puasa. Hihiih. Kata ustaz, wajib qada dulu, lepas tu bolehlah nak buat puasa sunat Syawal. Tapi, juga dibolehkan kita niat qada, insya-Allah, pahala puasa 6 (Syawal), kita dapat juga. Dua dalam satu. Kalau silap tolong betulkan, tapi itulah yang saya dengar kebanyakan ustaz, memperkatakan hal ini. Amin.



Kami ;-))

Kakak dan Familinya


Sabtu/Ahad pula standby kalau ada member/sedara jemput ke rumah terbuka. Tau-tau sajalah Sabtu/ Ahad bulan Syawal ni, jem di mana-mana, jenuh juga nak tempuh jem tu, hak dekat-dekat, insya-Allah, okey je, mak suka makan2 ni. ^___^  Orang Key-El kan raya sebulan. Hihihi! Isnin minggu depan kita sambung puasa lagi, Insya-Allah. Nak datang rumah pun boleh, kita standby air oren,  aci? ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...