Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Produk Pilihan Saya ^_^

Awal kehamilan (usia kandungan 2-3 bulan), saya mengalami kulit kering, gatal2. (Sangat tidak mempedulikan penjagaan diri). Tidak selesa dengan keadaan itu, saya survey produk yang sesuai.

Sehinggakan ada yang selamba cakap, "bakpo muko napok khasat(kusam), napok tua la!" Amboi, sedapnya mulut! Saya jawab, "memang tuo pun, umur 34 doh!" (Bukanlah marah, tapi terasa skit tau! ;-) Memang saya akui, awal2 hamil, saya tak pakai apa2 kat muka waima pelembap muka, just pakai bedak Johnson (kadang2 langsung tak pakai apa2, diri sendiri tak kisah, orang lain pula sibuk2 kisahkan aku ... ahhaha. Bukan dia yang menagndung pun! Ayat macam sentap je!? Biasalah orang mengandung, cepat sangat sensitifnya ^_^). Datang kerja pun, main capai je baju/tudung, sangat2 letih+malas! Pedulikan orang yang janguk2 (comel/lawa) tu. Yang penting, aku datang kerja, pakai baju dan tak susahkan orang lain ^_^ Tengok je nanti orang yang cakap/sibuk2 tu, tunggulah dia ngandung besok, tengok sejauh mana 'kemudaannya'!


Saya cuba pakai lipstik dsbnya tetapi bibir saya sgt alergi dengan lipstik. Sekarang saya hanya pakai Vaselin saja. Sangat berkesan. Tiada lagi rekahan/masalah kekeringan bibir yang melampau. Untuk wajah, saya pakai pelembap Safi Rania Gold dan bedak Mac, calit sedikit Vaselin di bibir. Cukup.


Mandian Sebamed amat baik dengan kulit saya. Tiada lagi masalah kegatalan pada kulit.

Pelembap badan, saya pilih Cosmoderm. Ketika di farmasi, saya tengok seorang ibu mengandung capai lotion Cosmoderm ni. Dalam hati saya, 'mungkin Cosmoderm ni bagus kot?' Tengah duk baca kebaikan Cosmoderm, datang promoternya ... pot pet pot pet ... akhirnya, saya pilih Cosmoderm. Alhamdulillah, sungguh selesa pakai lotion ni, tiada wangian bunga, tapi baunya seperti ubat angin, dan beberapa saat selepas pakai, kulit akan berasa 'berangin'/sejuk ;-)

Bio Oil
pula pilihan saya untuk disapu pada perut, alhamdulillah, setakat ni perut saya tidak mengalami rekahan.

Alhamdulillah, sehingga sekarang, kandungan berusia 25 minggu ni, saya tidak lagi mengalami masalah kulit kering/gatal. Dan, saya tidak pernah mengalami masalah kulit kehitaman terutama di bahagian lipatan2. Ada kawan2 saya yang hamil, katanya, tengkuk dan lipatan2 lain menjadi hitam. Biasalah, pelbagai masalah ketika hamil kan ... semoga semuanya baik2 saja selepas tempoh hamil ini. Insya-Allah....

Masing2 ada produk pilihan sendiri ketika hamil kan. Asalkan, ia selesa dan sesuai dengan kulit. ^_^ Dan, paling penting, atas keizinan Allah SWT, kalau Dia mahu kita baik, maka baiklah ia ... di samping usaha kita juga! :-))

Tuesday, July 31, 2012

Anemia Ketika Hamil?

28 Jun 2012, kandungan berusia 20 minggu 1 hari, baru terhegeh-hegeh buka 'buku merah' di klinik kerajaan. Saya pilih Klinik Ibu Mengandung Jalan Hang Tuah, sebab dekat dengan pejabat. Sebelum ni, saya check-up di sebuah klinik dalam bangunan Daya Bumi, Dr Yustina, dan sebab 2 anak sebelum ini, saya memang check-up di sini, sgt selesa dgn Dr ni. Setiap kali check-up, doktor cakap, tekanan darah awak rendah. Okey, Dr Yustina dan saya memang maklum tentang itu dari anak pertama, masalah ni lah yang saya hadapi.


Situasi di klinik kerajaan Hang Tuah pula, saya disahkan ANEMIA! Hb saya hanya 8.6 saja! Di bawah tahap anemia teruk. Saya tengok muka nurse cemas. "Huisy, teruk anemia awk nih!" kata nurse. Sedangkan saya, seperti tidak ada perasaan, releks, cool, siap gelak2 lagi. Lepas tu nurse bagitau saya tentang anemia. Kesan-kesan anemia terhadap ibu dan anak yang dikandung. Balik dari rawatan, sambil berjalan dari klinik ke pejabat, fikiran saya mula melayang2, teringat kata-kata nurse. Tadi gelak2, sekarang baru risau ya! ;-) Risau la pulok! Antara tanda seperti, berdebar-debar sentiasa ada sepanjang kehamilan kali ini. Rasa berdebar2 yang sangat teruk sehingga hampir pitam. Sangat2 tidak selesa. Dada sangat2 sakit! Walaupun saya dalam keadaan berehat, rasa berdebar2 tu tetap ada, apatah lagi kalau melakukan kerja-kerja rumah, sangat2 tidak selesa/penat yang terlampau!


Di sini, saya kongsikan tentang Anemia....


Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.

Bagaimana untuk mengetahui menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:
- cepat letih
- rasa tidak bermaya
- pucat
- berdebar-debar (degupan jantung yang cepat)
- sukar bernafas
- pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
- Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
- Mereka yang mengandung kembar
- Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
- Mereka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
- Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
- Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi

Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

sumber: http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=142:anemia-dan-kehamilan&catid=37:masalah-hamil&Itemid=59


Sumber lain tentang anemia:


Nurse mengesyorkan saya makan IBERET FOLIC. Tak perlu makan vitamin/ubat obimin dan besi? (warna coklat), kerana dalam iberet mengandungi kesemua vitamin tersebut. Boleh didapati di farmasi.

Sekarang saya masih teruskan dengan iberet. Rasanya gejala berdebar-debar tu semakin berkurang. Sesekali terasa, rasanya normal lah ibu mengandung kan....

Ada juga kawan-kawan syorkan makan jambu batu, air limau nipis.

Sekarang, saya cuba 'tengok2' vitamin Shaklee, yang dikatakan supplement yang bagus. Siapa yang pernah cuba Shaklee, okey tak?

(Semoga saya dan kandungan terus diberi kesihatan yang baik hendak-Nya. Hari ini kandungan saya berusia 25 minggu).

Wednesday, July 11, 2012

Angin Ahmar=Ar-Raihul-Ahmar=Jin Merah?

Sejarah Doa Angin Ahmar dan Maksud Ayat

Sejarah Doa Angin Ahmar

Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat/doa Angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.


Sumber rujukan: http://puspanita.motour.gov.my/agama/102-sejarah-doa-angin-ahmar-dan-maksud-ayat.html


Bacaan doa rihul ahmar yang diajar Nabi Muhammad SAW-amalkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup (Boleh rujuk di laman ini)

Tuesday, June 5, 2012

Jumpa Doktor Gigi II

Tengah hari semalam janji temu yang kedua dgn doktor gigi. Seperti yang dijanjikan, pertemuan kali kedua ni, adalah buat tampalan tetap. Dah tak takut, rasa seronok pula ... eksen mok cik!


Doktor buang tampalan sementara yang hari tu (http://dieyana78.blogspot.com/2012/05/jumpa-doktor-gigi.html).

Masa ni ngilu skit, tapi sekejap saje. Kemudian proses membuat tampalan tetap. Lama juga, sampai naik lenguh tangan - badan saya! "Kenapa, tak selesa ke, sakit cakap ya," kata doktor. "enguh a otor," jawab saya. La, pelat pula saya ni. Apa tak pelatnya, mulut tengah 'dikebek' doktor, dah doktor tanya saya jawab la ^_^


Tak de mesin macam kena simen zaman sekolah2 dulu, kaedah baru kot ni, releks aje, doktor calit, kemudian tekan kat gigi ... senyap aje prosesnya. Langsung tak sakit, tapi itulah, macam diberitahu, lenguh mulut, tangan, badan nak tunggu habis tampalan tu...


"Okey, dah ... next appointment, kita buat scaling pulok," kata doktor.



Kali ni saya datang 4 beranak, ingatkan nak bagi anak-beranak cek gigi juga, tapi atas sebab2 teknikal, hanya Iman saja berpeluang. Tak pe, Wafiy lain kali pulok. Kata doktor, gigi Iman, okey, bersih, giginya jarang, gigi susu, elok jarang ... cuma ada sedikit berlubang di geraham. Tampalan kecil dibuat. Alhamdulillah, Iman nampak releks ... habis je tampalan tu, sengih2. "Sakit ke Iman?" "Tak, geli je!" ^_^

Friday, May 18, 2012

Jumpa Doktor Gigi

Lega, baru lepas jumpa doktor gigi! Saya sebenarnya takut nak jumpa doktor gigi, dari sekolah rendah takut. Doktor tak buat apa, cek aje pun, saya tetap gigil.


Tadi baru lepas jumpa doktor gigi di Bangunan Daya Bumi. Last jumpa doktor gigi, 2 tahun lepas, itupun kerana nak cuci gigi. Kali ni sebab sakit berdenyut-denyut tak tertahan, pergilah jugak jumpa. (Dah sakit baru terhegeh2 jumpa doktor gigi).


Sebelum baring di kerusi rawatan, selamba aje saya cakap, "doktor, saya ni takut nak jumpa doktor gigi. Dah lama tak jumpa doktor gigi, malu kalau doktor tengok gigi saya." Sambil lutut gigil/takut. Macam budak kecik kan! Kata doktor, "tak po, bakpo takutnya." (oo ... doktor Kelate rupanya,, anak Doktor Ismail. Dulu cuci gigi dgn ayah dia, rupa-rupanya ayah dia dah meninggal tahun lepas ...al-Fatihah).


Tengok doktor banyak cakap, releks, borak-borak2 lembut, tambah lagi doktor tu cantik, kurang gigil saya. Doktor gelakkan saya sebab tangan pegang 'kemah-keming' (pegang kemas/kejap/kuat) di kerusi. Malu ai!


Gigi geraham saya berlubang+sakit+denyut, tapi disebabkan saya hamil, doktor sedaya upaya mahu selamatkan gigi saya. Jadi, tadi, doktor hanya membuat tampalan sementara ... janji temu ke-2 ialah 2 minggu akan datang ... dan tampalan tetap akan dibuat. Insya-Allah. Pesan doktor sambil tersenyum, "lepah ni jange takut jumpa doktor gigi!" Saya gelak besar! Alhamdulillah, setakat ni gigi saya tak denyut, dan diberi ubat tahan sakit, telan jika sakit sahaja. Terima kasih doktor!


** Saya suka doktor ni, namanya Dr. Fajriah Ramadhan. Caranya tak kasar, sambil2 dia rawat gigi kita, dia tanya, 'sakit tak', 'ngilu tak', dan paling saya suka, dia nak start apa2, dia baca bismillah, berkali2, lepas tu akhirnya, alhamdulillah. Lepas ni nak bawa anak-anak jumpa doktor gigi. Tak nak anak-anak takut jumpa doktor gigi macam mama dia! ^_^
Klinik Pergigian Ismail, (Dayabumi)
Lot A & B Tingkat 1,
Podium Dayabumi,
50050 Kuala Lumpur
(03-22740085)

Monday, November 21, 2011

Berkobar-kobar ke Tasik Titiwangsa

Tanpa menghiraukan cuaca yang sedikit mendung, dengan semangat berkobar2, kami ke Titiwangsa semalam-7.30 pagi dah gerak dari rumah....


Dengan berbekalkan roti sebagai alas perut pagi ... kami terus menuju ke sana. Kata suami, "mace nok ujan ni." "ha'aa lah...." tapi dalam hati, masih berharap, "mendung tak beerti hujan, yakinlah ini suatu cubaan" -^_^


Terus parking. "Ha, start doh ... rama doh ore tu, tok ujan nih, kalu ujan kito teduh la."



Sebenarnya, tujuan utama ke titiwangsa pepagi tu, sebab saya nak join senamrobik! ^__^ Jangan gelakkan saya, sekali seminggu bersenam, okey la tu kan ... di pejabat langsung tak kuarkan peluh, ber air-cond saja. Minggu lepas kami dah pergi, tapi tak de pula senamrobiknya, Jadi, minggu ni adalah berkobar2 nak bersenamrobik. Kalau buat betul2, memang bagus, keluar peluh! Malam-rasa sakit2 badan, hahahah, memang betul2 bersenam! =^__^=


Suami pula melayan anak-anak di taman ...


Balik dari titiwangsa, terasa nak pekena roti canai di Restoran Haslam (Hadapan Hospital Tawakal-saya suka roti canai di sini). Kata suami, "molek2 bersenam, nok tamboh lemak/kolestrol pulok." Tak jadi makan, terus balik ... berehat kejap (rasa melepek jugok lepas bersenam ni), kemas2 apa yang patut, kemudian menyediakan makan tengah hari.... ;-))


Minggu depan kita bersenam robik lagi, ya! Jom la sesiapa yang dekat dgn tasik titiwangsa ... setiap hari Ahad, bermula dari pukul 7.30/8.00 pagi hingga pukul 9++ pagi


(*Penat, tapi seronok ... mu dieyana memang suka macam gitu kan?^__^)

Tuesday, January 11, 2011

Sila Jangan Ketawa! ;-)

Tiba-tiba rasa nak pergi joging dan bersenam! Ha, itu antara azam 2011 ni. Kami 4 beranak ingin meningkatkan kesihatan. Sila jangan ketawa ya. Heheheh, padahal diri sendiri dah ketawa bila kenangkan azam ni. Erm, serius ni tau! Harap-harap rancangan ini menjadilah ya. Jangan hangat2 tahi ayam. Erm, seluar trek dah ada, t.shirt? Pakai aje lah yang mana ada kan. Bukan nak melaram, nak p joging ya! Tapi ... kasut joging macam mana? Hhahah, rancangan tergendala kerana kasut joging belum ada. Kalau saya pakai crocs setia saya tu, aci tak? Setakat joging kecil-kecilan di Tasik Titiwangsa/Perdana sambil melayan anak-anak di taman, rasanya tak perlulah kasut joging ye tak? Tapi, pemakaian yang khusus adalah penting bagi menjamin mutu senam anda! Oh, kesimpulannya, sementara saya membeli kasut khas untuk bersukan (chewah, semangat ni), saya akan memakai crocs sahaja dan berjalan2 satu pusingan (satu pusingan sudah gigil kepala lutut) di tasik dan berkejar-kejaran bersama-sama anak2 di taman. Keluar peluh juga tu!!! (Dua minggu sekali ke taman tasik untuk bersenam, aci?)

Tapi ... aktiviti di rumah-lipat kain, ulang alik dalam rumah (agak2 berapa km ya dalam satu hari ulang alik dalam rumah?) , kejap nak itu, kejap nak ini, mop lantai, itu sudah dikira bersenam untuk para isteri/ibu. Ketiadaan masa boleh dijadikan alasan untuk tidak bersenam? Erm ... berjalan kaki dari stesen Hang Tuah ke DBP (bnyk km tu), bersenam juga tu. Oh tidak, misi berjoging perlu diteruskan! Di samping menigkatkan mutu kesihatan, dapat mengeratkan hubungan yang baik suami, isteri dan anak-anak juga!

--Meningkatkan mutu kesihatan saya juga-MAKAN LEBIH SAYUR!!!! (Biasa bagi mereka yang gemarkan sayur, tapi luar biasa bagi saya yg tidak gemar akan sayur!). Memandangkan doktor telah mengesahkan tekanan darah saya agak rendah (dari hamil hari tu lagi), saya akan lebihkan sayur2 (terutama bayam), kerang, untuk menambahkan darah dalam badan. Tetapi bagaimana tabiat saya yang gemar akan makanan segera? Aduhai, diri sendiri tak boleh nak jawab! Susu? Oh, saya akan minum susu anlenekah? (untuk elak reput tulang..heheh). Supplement? Oh, sedang diusahakan. Hehhehe ... nota untuk http://idarafidah.blogspot.com.

--Anak-anak-Memandangkan cuaca sangat sejuk sekarang ini, apabila malam tiba, saya akan perlahankan nombor kipas bilik/rumah. Iman:"mama, panas lah!" Oh, mama perlu pertahan hal ini. Dia cakap panas, tapi sebenarnya, dalam badannya sejuk. Buktinya? bangun pagi-batuk2. Ha itulah dia! Itu sebab, saya tidak benarkan Iman dan Wafiy tidak memakai baju apabila tidur! Walau cuaca panas-saya akan pakaikan mereka singlet!! Dada perlu ditutup. Masalah kesihatan tidak datang serta merta! Ia adalah untuk jangka masa yang panjang!

--Iman- Pergi sekolah dah mula belajar pakai singlet. Misi mama: mencari singlet banyak2. Sweater untuk Iman dan Wafiy akan dibeli juga memandangkan cuaca pagi sekarang ini sangat2 sejuk! Hari panas lain cerita! Heheheh.


"Manusia hanya mampu merancang, seterusnya berusaha untuk memiliki kehidupan yang baik, namun segala-galanya adalah kekuasaan Allah SWT. Hanya Dia yang menentukannya."
(Nota-gambar ihsan daripada adidas. TQ!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...