Showing posts with label shawl. Show all posts
Showing posts with label shawl. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Update Blog Hari Jumaat!

Asal Jumaat je, mu update blog, asal update blog je, hari Jumaat ^___^ Ya lah, Jumaat je yang rehat panjang, boleh update n blogwalking, bila dah seminggu sekali update blog, tk tau nak cerita apa, nak aje tepek gambar, tak mau cerita2, boleh? ;-))
 
Apa2pun, kena diupdate juga, bukan orang tersohor, tetap jugak lah update walaupun seminggu sekali. Saya sayang blog saya! Eh tetiba ;-))
 
Dlm minggu ni, cerita Hudud di Kelantan, cerita menjelang GST, cerita Pesawat Germanwings Terhempas Di Pergunungan Alps, pertabalan Sultan Johor, macam2 lah lagi! Saya tak mahu ulas satu-satu, tapi pasal GST tu, rasa berdebar2 jugak, menanti 1 April. Belum 1 April, dah nampak barang2 mula naik harga,  ha mcm mana tuuu!! Apa tak berdebarnya, ai ada anak empat, stok makanan anak-anak, nak tak nak, kena juga beli, cuma saya banyakkan biskut yang biasa2 je, biskut mewah2 sekali sekala je, ahaks! Biskut gula cicah air tea o, feveret anak saya hak sulung (Iman), itu dikira biskut yang boleh jimat la kan, lega mak ;-)) Koko krunch anak hak no 2 dan kembar suka, itu kira biskut mewah la tu hahha! Eh membebel pulok ya. Apa2 pun, 1 April GST tetap terlaksana, ia bukan omongan, tapi kenyataan.
 

Kiri gambar, Umar Ghufran, kanan Umar Ghazi. Duduk rumah layan cik kembar yang sekarang ni macam2 akal, kalau dah berdua tu, ada je pakatannya ;-))


Nampaknya kita kena belajar berjimat, ye tak? Mana yang boleh kita jimat, kita cuba lah. Contohnya, kalau sebelum ni, nampak aje warna tudung 'nelopak' cantik, beli! (Ambo la tu;-))  Insyaa-Allah lepas ni, tak de dah perangai mcm tu, insaf doh, tunggu raya la pulok beli selai-dua lagi ^__^ Ye ker ni insaf, hahhaha! Dah, dah jgn nak acah2 dgn ai yang mmng tipis iman ni okey!
 
 
Okey, hak ni last nelopa, tunggu raya pulok deh! ;-)) #warnaolive #naelofarhijab - eh ingat ni instagram ke main hash tag ni, hahha! (Tangan gegar, gambar kabur;-))
 
 
Selamat berhujung minggu! Bab hujung minggu ni pun kena kawal juga kan, kurangkan berjimba-jimba tak tentu pasal, tak de kepentingan, duduk rumah, lipat kain, lagi bagus kan! Kalau keluar pun, cari barang dapur je, cukup! Sesekali bolehlah ... hahah nak jugak yang 'sesekali' tu! Kihkihkhi! Bawa anak-anak jalan-jalan tasik, taman pun okey, bawak bekal, goreng cekodok, air oren! Tapi sekarang cuaca panas, duduk rumah, layan astro first sambil kunyah cekodok, best kan! Anak-anak dah mintak belikan doraemon kat astro first, ada lagi ke? ^__^

 
Permata hati kami ... anak-anak jangan cepat sangat besar! Nanti mama rindu! Eh tetiba mata macam masuk habuk!  ;-))


Okeylah, nak rehat jap ... bai!
 

Friday, December 12, 2014

Shawl ... yang Selesa ... yang Senang Pakai ;-))

Saya kata, "selfie sikit-sikit" ... tapi kata suami, "sikit-sikit selfi!" ^__^

Bukannya selalu kan, sesekali, selfi bila pakai tudung, suka2. Bila kita pakai/makan/guna  dan rasa best, selesa, apa salahnya kongsi dgn kawan2 kan! ^__^ Alasan klise bila berselfi...;-))
 
Meh kita nak kongsi shawl baru yang 'sedap' n senang dipakai ;-))
 
 Selesa, senang pakai ... naelofar hijab ... cotton .. shawl nelofa, katanya ;-)) Beli kat kedai mk sedara nelofa Pasir Mas. (Minggu lepas kebetulan ada kerja rasmi di Bachok, Kelantan ... alang2 bos arah pergi, boleh balik kampung, angkut sekali suami n anak2  ^__^
 
 
 Di laman rumah famili kat kampung, berlatarbelakangkan mural yang ba saya buat :-)) 
 
 
 
 Lagi aksi 'bernelofa' ;-)) Mama je yang lebih-lebih, nak!  ^_^
 
 
 
 Naelofar Hijab- tak payah seterika ;-))
 
 

Gambar hok bawah ni beli dgn member opis, kain cifon ...selesa, senang pakai ... instant shawl katanya. Tak perlu nak belit bagai, hanya sarung n ejas la elok-elok, boleh ejas panjang/pendek.
 
 



Dengan muka tak de perasaan, layan kan aje bini nak 'ber-wefie' ;-))
 
 
 Yang ni beli dgn member opis juga ... dah lama. Shawl nya kaedah macam naelofar hijab, sarung dan angkat atas, pin sikit untuk kekemasan. Saya suka tudung ni, sebab bila pakai, muka saya nampak bulat! Saya suka kalau pakai shawl/tudung menampakkan muka saya bulat, 'penuh' kononya ;-)) Orang lain nak muka runcing, tp sy nak muka bulat! Hhahah, terbalik!
 


 Geng mengaji ;-))

 
 Hok ni pulok Sugarscarf ... Madison namanya,  dah lama teringinnya. ^__^  Beli sehelai buat 'ubat' katanya. Tak beli kan, duk mimpi2. Hok ni tak boleh beli banyak, mahal deh, cukup selai! Kihkih ...   tapi hok ni muka tak berapa nak bulat. ^__^
 
**Tq dik, ole-ole printed satin dari Brunei ... comei! Hak ni belum sempat berselfie..;-))

Tuesday, April 8, 2014

Instagram Shawl Datin Ida ;-))

Pembetulan: Instagram Datin Ida RSMY  @shawlbyameerafatehah
 
 
 
Hehehhe, sori atas keralatan ini ;-))
 
Tq kak! ;-))

Shawl Baru Ke...? ;-))

Salam....

Mood perasan  dengan shawl baru-wide shawl-ala2 halfmoon juga ;-))

Ala, bagi la peluang mak cik nak intrerprem hari ni ya, bukannya sokmo..hahah

**Shawl beli online dengan Datin Ida, atau panggilan mesra, K.Ida...(besfren kakak saya)  aka tokey cheese nan RSMY tebaeek in town!! Tak sabar tunggu cawangan RSMY buka  di Danau Kota... ;-)) 

Boleh tengok n order shawl dgn beliau kat instagram shawlameerafatehah. Insya-Allah layanan mesra oleh beliau, tq kak ;-))

 
Ha kau, gedabak muka mak cik. La, lupo mak cik nak calit lipstick sikit, ;-))
 

**Sekarang gali balik shawl2 lama...shawl 10 inggit yang simple tu tetiba rasa best pakai...;-)) Shawl yang jarang tu, saya akan pakai inner neck, smile yo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...