Showing posts with label Ba dan Ma. Show all posts
Showing posts with label Ba dan Ma. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Selamat Hari Lahir, Ma!

Tuan tanah dah interprem, ini mok-ayoh tuan tanah pulok! Hahaha, jgn maroh deh,  satu famili dia nak interprem, lepas tu interprem suami, anak2, adik beradik dia pulok! ;-))
 
Hari ni, 8 April 2014 hari lahir Ma saya yang ke-60! Dah masuk kumpulan warga emas, katanya. Aik, seronok ya, dah 60, ma? Seronok sebab bila nak beli tiket keretapi datang KL, jenguk anak cucu, dapat harga murah tau! Harga tiket kelas bilik tidur-dari RM54, dapat RM28 untuk warga emas=60 tahun.(Tak silap saya lebih kurang gitulah harganya)
 
Pagi tadi call ma, "selamat hari lahir, ma!"
 
"Hari lahir sapo?" tanya ma
 
"Hari lahir/hari jadi ma la..." Sendiri lupa tarikh lahir.
 
Ahhah, ma saya memang lawak.
 
Apa2 pun, moga ma saya diberi umur yang panjang, kesihatan yang baik buleh mari KL sokmo, murah rezeki, diberi kesejahteraan dunia akhirat. Amin

 
Ma dan Ba di kenduri kahwin anak sepupu di Shah Alam 2 minggu lepas... Cuti sekolah bulan 5 insya-Allah kami pula balik kampung. ;-))

Friday, September 13, 2013

Ba dan Ma

Terjemahan doa untuk ibu bapa:

"Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagi mana mereka memelihara dan mendidikku masa kecil."
 
 
 
"Masok gapo ma kito ter...." ^__^
"Ralit Ba kito tengok ko ma ter...." kihkihkih....
 
Wajah kesayangan kami : Haji Mohd Nor bin Muhammad aka Cikgu Nor dan Hajah Nawisah binti Haji Mohd Nawi aka Kak Sah ;-))
 
Semoga kedua-duanya sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah Taala ... Amin.
 
~~Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kamu kepada kedua ibu bapa kamu!~~

Friday, December 16, 2011

Alhamdulillah, Mereka Sihat

Kami adik-beradik, menghitung hari bila Ba dan Ma nak balik ... akhirnya, 7 Disember 2011 lebih kurang pukul 4.30 petang, Ba dan Ma pulang ke tanah air. Alhamdulillah, kedua-duanya sihat ... batuk-batuk kecil, biasalah....


Anak-cucu di Airport KB, menanti kepulangan Ba dan Ma


Alhamdulillah, perasaan sedih dan gembira, bercampur baur tatkala melihat Ba dan Ma keluar dari Balai Ketibaan.


Kata Ba dan Ma, perasaan sedih lain macam nak tinggalkan Makkah mahupun Madinah. Saat melihat Kaabah, hati diruntun sayu. Dan, tatkala melihat Masjid Nabawi, Ya Allah, indahnya ... Subhanaallah....


Ada sinar di wajah....

Kata Ba, di Makkah panas, di Madinah sangat sejuk, 5 'Celcius


Setiap kali Ba dan Ma bercerita pengalaman mereka di sana, hati saya berasa sangat sayu, sesekali air mata bergenang, dan berharap akan dijemput menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti. Insya-Allah....


Semoga Ba dan Ma sentiasa diberi kesihatan yang baik ... Amin

Monday, October 31, 2011

Ke Tanah Suci=Alhamdulillah....

Alhamdulillah, akhirnya rezeki Ba dan Ma dapat menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ... Citra Travel Agensi menjadi pilihan mereka untuk ke Tanah Suci.


Kami yang tengok Ba dan Ma nak pergi ke Tanah Suci pun rasa gembira+sayu ... apatah lagi yang empunya badan, kan. Kata Ba, “raso tok leh nok royat lagu mano raso suko nok g mekoh ni....” = (tak dapat digambarkan perasaan dapat g Makkah ni).




Dari Kota Bharu (Pengkalan Chepa-PC) Airport, Ba dan Ma bertolak pukul 4.30 petang 24/10/2011, terus ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, berkumpul di situ. Kemudian dari Kelana Jaya, lebih kurang pukul 1.30 pagi, terus ke KLIA, dan dari KLIA mereka bertolak pukul 5.30 pagi, terus ke Jeddah. Mereka sampai di Jeddah lebih kurang pukul 3.00 petang waktu Malaysia.



26/10/2011, lebih kurang pukul 6 lebih petang (waktu Malaysia) Ma telefon, katanya, Alhamdulillah, seronok (tidak terkata) di sana, ma baru lepas mengerjakan tawaf ... nak siap2 pergi sembahyang zuhur. Jarak hotel yang ma duduk dgn masjidil haram tak jauh, dalam 600 meter sahaja. Yang paling saya rasa sayu, dengar suara Ma, memang jelas kedengaran suaranya bertenaga menggambarkan keseronokannya. Padahal, sejak dari Malaysia, Ma kurang tidur dah berminggu-minggu, sebab melayan tetamu yang datang berjumpa, lagi menguruskan hal mereka untuk ke sana. Kalau diikutkan, memang letih-lembik, sehingga sehari nak pergi pun, Ma dan Ba masih ke bandar mencari keperluan barang ke sana. Tapi mendengar suara Ma tu, sangat bertenaga, “Ma raso tok letih, Na, rasa suko! Ada la jugok masa tawaf tu ma rasa pening sekejap, lepah tu okey.” Alhamdulillah, tak dapat saya gambarkan perasaan mereka yang menjejakkan kaki di Tanah Suci. Semoga kita semua dapat ke sana juga satu hari nanti. Insya-Allah....



Insya-Allah Ba dan Ma dijangka akan pulang ke Tanah Air 7 Disember 2012, insya-Allah, kami akan pulang ke kampung lagi masa tu. Raya Haji mungkin kami tak balik, simpan cuti untuk hari ketibaan Ma dan Ba nanti....


**(Nota Dieyana: Saat ketika Ma dan Ba nak turun dari rumah ke PC Airport (lebih kurang pukul 11.30 pagi), usai selepas azan dialun oleh bilal, Ba menyambut azan itu dengan iqamat, membaca surah2 tertentu, kemudian akhirnya Ba membaca doa, tidak sampai sesaat Ba berdoa, cuaca yang tadi elok tiba2 hujan turun membasahi bumi. Subhanallah, hujan rahmat hendaknya. Usai kereta yang membawa Ba dan Ma hilang dari pandangan kami, hujan serta-merta berhenti. Subhanallah sekali lagi....)





Semoga Allah Taala permudahkan segala urusan mereka di sana, semoga Ba dan Ma selamat pulang ke Tanah Air nanti, dan mendapat haji yang mabrur. Amin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...