Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Tuesday, March 21, 2017

Ke Mana Cuti Sekolah, Seminggu?

Cuti sekolah seminggu, ke mana? Jalan-jalan bawa anak-anak, balik kampung, atau tak ke mana-mana sebab jadual anak-anak padat dengan tuisyen? Atau, bagaimana aktiviti uols?
 
Kami, balik kampung pun tidak, bercuti pun tidak. Anak-anak di rumah dengan papa dia, layan Astro First ('Kasut Bola Pink'), layan tv.
 
 
 
Sabtu lepas, tengok dinasour di AEON Setiawangsa. Hampa!
 
 
 
Iman dan Wafiy, baca buku ke? Tidaklah juga, aduhai. Ya, Iman dan Wafiy siapkan kerja sekolah. Petang, diaorang main2 kat taman permainan. ;-)) Esok, Rabu dan Khamis saya cuti, cadangnya nak bawa anak-anak jalan-jalan cari makan.
 
Cik kembar, semalam lepak dgn papa n abang2nya kat rumah. Hari ni, dah ke day care. Ada la juga aktivitinya dengan teachers  kat situ. Kasi chance papa nya nak buat urusan bayar bil, dan segala macam kat luar tu.
 
 
 
Makanan nak kunyah2, ada kat meja, suami pun, jenis tak kisah, pandai2 lah dia, beli/ kalau rajin, masak simple... Okey lah tu, pandai berdikari. Mama kerja, diaorang ok, ceria je kat rumah tu. ;-))

 
^___^
 
 

Wednesday, December 28, 2016

Cik Kembar ke Little Caliph!

Dah tak sabar nak g sekolah. Uniform dah dapat (2 pasang seorang), baju dan trek sukan (1 pasang seorang), beg sekolah pun dah dapat. Nampak gaya, kedua duanya dah tk sabar, tapi tk tau lah mcm mana hari pertama sekolah nanti. Bila papa nya cakap, nanti Ghazi, Ghufran, mama hantar pergi sekolah, tau, hantar je, lepas tu mama g kerja, macam mama hantar g taska tuu.... Okey? Terus jawab 'okey'. Hahaaa, harapnya betul2 okey nanti.
 
 
 
Harapan kami, moga ini yang terbaik  untuk mereka berdua, 'lain padang, lain belalangnya, lain anak, lain perangainya' ^____^
 
Sebelum, ni kami hantar anak yang nombor 2 kat sini (Wafiy). Dah kenal cikgu2 kat sini. punya lah teruja teachers bila tengok cik kembar pula yang daftar situ. aHhaha, teacher jangan teruja sangat, cik kembar ni lain macam sikit. Tau2 je lah, bila diaorang bergabung.... hahhaha, pening teacher nanti nk 'kejar' diaorang ;-))  Insya-Allah, kami tau, teachers pandai 'tackle' anak2 didik. Insya-Allah, Ghazi & Ghufran baik-baik di sekolah, ya! ^__^

Friday, November 25, 2016

Alhamdulillah ... Anak-anak Kita

Okey, dah jumpa pun dashboard='reading list' rupanya ... hahha, tq .mamatisya ;-))
 
Lama tak coret-coret kat sini, lama yang amat. Tapi saya tak de la nak membebel apa kan, just nak update cerita anak2. Cuti sekolah berakhir minggu ni (hari ni). Sana-sini cerita majlis anugerah anak-anak cemerlang kan. Tahniah untuk anak-anak semua. Masih belum terlambat, tahniah untuk anak-anak UPSR, UPSRA dan lain-lain. Yang tak dapat banyak A atau tak de A, bukan bermakna tak cemerlang, anak-anak semua tentunya cemerlang di hati ibu dan ayah. UPSR bukan penentu kejayaan kamu di masa hadapan,  masih ada peluang, PMR, SPM ... tingkatkan usaha, insya-Allah ... moga anak-anak kita cemerlang bukan saja di dunia, malah di akhirat, ilmu  akhirat dilupa, jangan!
 
Alhamdulillah, Iman dan Wafiy, dapat anugerah murid harapan (sekolah kebangsaan). Result diaorang, agak menurun, tapi Alhamdulillah, dapat la juga, anugerah murid harapan, jangan harapan tinggal harapan pulok ya ... hiihihi..
 
 
Masing-masing dah kepenatan, kena paksa senyum ;-))
 
 

Adam Wafiy

Apa pun, mama dan papa bersyukur dengan keputusan exam kamu berdua. Tingkatkan usaha, insya-Allah.
 
 
Iman dan mama -nak juga menyelit mamanya ;-))
 
 
Iman dan  kawan-kawan-persembahan  koir


Sekali lagi Iman naik pentas, kali ni ada nombor-(2)-sekolah agama. Adiknya,   Wafiy, kurang bernasib baik ...  nombor ada, tapi tak cantik, kihkhihk. Apa2 pun,tahniah untuk kedua-duanya.
 
 
Tahniah!
 
 


Tahun depan Si kembar pulok  masuk sekolah, lima tahun. Cepatnya masa berlalu....
 
Moga anak-anak kita dilindungi ... di bawah rahmat Ilahi. Cemerlang dunia akhirat. Amin.


**Tengah survey kelas tuisyen untuk Iman,tahun depan darjah lima dah....



Thursday, September 1, 2016

2 Jun 2016: Pelamin Cinta? ^__^

Lagi kejutan di hari ulang tahun perkahwinan! ;-))
 
2 Jun 2016
 
Masa : Balik kerja- Lebih kurang pukul 7 malam - di rumah
 
Tempat: Ruang tamu rumah kami ;-))
 
First time kejutan macam ni! ;-))

 
 
Sesekali romantik ;-))
 
 
Mimpi apa suami sebelum tu, pelamin? Pelamin Cinta? Hahhaha ... serius,  saya sangat2 terharu, nangis ai, okey! ;-))
 


Lorong ke bilik tidur, siap tampal gambar, riben2 bagai ;-))
 
 

 
TQVM Sayang!
 
 
 
Maafkan saya segala atas kesilapan saya terhadap awak!

 #Seriussayaterharu

 
Anak-anak pun sama-sama pakat buat kad untuk mama
 
 
 
TQ Anak-anak mama (sori kad terbalik ;-))
 

Muhammad Iman Haziq
Muhammad Adam Wafiy
Muhammad Umar Ghazi
Muhammad UMar Ghufran
Thanks Allah, rezeki untuk kami, dikurniakan 4 orang cahaya mata! Syukur Alhamdulillah.
 
Lindungi anak-anak kami Ya Allah, rahmatilah kami....
 
Kenangan terindah! Semua tu DIY suami saya sendiri. Kreatif jugak suami aku nih! Thanks awak, saya sangat-sangat hargai! Thanks for everything! ^__^
 
 

Monday, February 15, 2016

Mengenal Haiwan di Zoo Negara

Cuti Hari Wilayah lepas, bawa anak-anak ke Zoo Negara. Tujuan utama bawa cik kembar mengenal haiwan. Pertama kali tengok binatang secara langsung, cik kembar nampak takut, teruja.
 
 
Pukul 9 pagi kami sampai ... sunyi sepi! Tak de orang weih, best2, tak de lah serabut dgn orang ramai!
 
Dua abangnya dah bnyk kali ke zoo, kali ni bawa cik kembar pula. Dari zaman anak sulung saya-Iman lagi memang Zoo Negara lah tempat yang 'mesti' kami bawa anak-anak untuk kenal haiwan. Ada yang cakap zoo busuk. Busuk memang la busuk, panas memang panas, biasalah dah namanya tempat haiwan kan. Buat tak tau sudah ... Alhamdulillah hari yang kami pergi, panas yang biasa2 saja, tidak membahang. 
 
Macam biasa, mesti bawa bekal makan, cafĂ© kat dalam tu mahal, tak berbaloi, gigih mak bangun pagi2 goreng nasi tau! ^__^
 
 
 
Perjalanan bermula!
 
 
 
Iman dan Wafiy
 
 
 
 
 
 
Bnyk tempat sedang direnovate ... Rumah Reptilia ... tempat pertunjukan pun renovate. Masih ada pertunjukan, tapi diaorg guna  tempat kecik sementara tempat direnovate. Hari yang kami pergi tu, ada pertunjukan burung.
 
Mcm biasa, gajah pun dah tua ... hihi, badak air pula berendam tak timbul2 hahaa! Tapi ok lah cik kembar nmpk seronok walaupun takut2.... ;-))
 
 
 
 
 
 
 
Tak mau turun dari stroller, takut weih! ;-))
 
 
Mama, kura-kura mana? Bnyk2 binatang ditanyanya kura-kura hahaa! Okey kura-kura dlm perahu, pura pura tak tahu! ;-)) Kura2 tk de, nak, Rumah Reptilia tu sedang direnovate, bai bai aje lah ^__^
 
 
 
 
 
Rehat sebentar, sebelum menyambung perjalanan, lenguh kaki mak haih! Makan bekalan dan posing-posing dulu ;-))

Kalau yang kepenatan berjalan, boleh naik 'kereta' yang disediakan tu, tk pasti berapa bayaran tiketnya. Tapi kami lebih suka jalan, anak-anak pun tidak meragam, so perjalanan kami anak-beranak menyeronokkan tanpa 'gangguan2' ;-))
 
 
 
Kat tempat ikan, dah mula berani.
 
 
 
Teruja tengok ikan besar!
 
Pagar biru sebelah tu tempat pertunjukan yang sedang direnovate
 
 
Tiket - Dewasa RM 31
Kanak kanak 4 tahun dan ke atas RM 11.
 
Fuhhhh, berpeluh juga lah, okey lah bukan selalu kan. Dah kata nk tunjuk haiwan kt cik kembar kan! ;-))
 
Tk tau la generasi akan dtg mcm mana, masih wujud kah Zoo. Ermm, haiwan semakin pupus!
 
Saranan / pendapat saya la kan, kalau sesiapa nak pergi zoo sekarang, baik ditangguhkan dahulu, ada tempat ditutup sbb renovate. Rasa macam rugi juga, tiket bayar macam biasa.
 
Apa-apa pun, anak-anak seronok, terutama cik kembar. Anak-anak suka, kami bahagia! ^__^
 
 

Bai, kami dah nak balik!

**Panduan penting ibu bapa yang membawa anak-anak ke Zoo Negara: Dah tau nak jalan luas/cuaca panas, pastikan bawa air dan makanan yang mencukupi, serta keperluan yang lain-payung, kipas tangan dsbnya, supaya anak-anak tidak meragam kelaparan. Paling tidak pun, mak-mak yang akan meroyan! ^__^ 
 
Alhamdulillah, anak-anak tidak perangai pada hari kejadian, lega mak. ;-))
 
 

Wednesday, January 20, 2016

Anak-anak Kembali ke Sekolah!

Alhamdulillah, dah tiga minggu anak-anak kita dah bersekolah kan.  Baru nak update kisah anak-anak kembali ke sekolah. Alhamdulillah, Iman darjah empat, Wafiy pula darjah dua. Cik kembar 4 tahun (belum masuk sekolah, hihi)! Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi, dirahmati-Nya, moga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
 

Gigih mama dan papa hantar anak-anak ke sekolah hari pertama. Tak de apa pun, diaorang pun dah besar, cuma nak gembirakan anak-anak, hari pertama, mesti hantar ank-anak ke sekolah-mama wajib cuti! Harap dapat kekalkan amalan ni sampai bila-bila. ;-)) Tahun-tahun yang lepas, saya seorang saja yang cuti hari pertama, tapi tahun 2016, suami pun masih bercuti (cuti sakit), bolehlah ambil peluang hantar anak-anak sama-sama. Balik sekolah pun kami jemput.

Hari kedua, rutin seperti biasa-pergi dan balik sekolah naik van. Sekolah agama (petang) suami akan hantar dan jemput mereka. (Hari kedua persekolahan, suami kembali bertugas/mengajar seperti biasa setelah bercuti beberapa bulan-cuti sakit+cuti sekolah)

Dari segi perbelanjaan, ingatan untuk diri sendiri, agar lebih berhemah. jimat cermat-tk perlu mengada-ngada yang bukan-bukan. Reda dgn kenaikan yuran transport diaorang, reda je lah, nak kata apa kan, kehidupan sekarang semua naik, apa yang boleh kita buat, jimat cermat apa2 yang patut. Semoga Allah sentiasa permudahkan semuanya.
 
Mama pun mahu lebih rajin, bawak bekal ke pejabat katanya. Ewah gitu. simple2 aje, goreng telur, makan kicap, sesekali buat tumis ayam/ikan, hak senang-senang/sempat aje. Kat cafĂ© ofis, paling tidak saya akan ambik lauk macam tu juga, ayam tumis seketul, nasi, RM 4! Okey, fine, sempat2 kan diri goreng ayam/ikan/telur/masak nasi pepagi ;-)) Kalau tak sempat, nak buat macam mana kan, hadap je lah!
 
Anak-anak wajib bersarapan di rumah, kadang2 diorang mintak bawak bekal, kadang tak mahu. Okey, okey, bagi kebebasan, ikut mood diaorang. Tapi kalau bawak bekal lagi bagus kan!
 
Anak-anak pun dah ada target sendiri, kalau dulu, diaorang habiskan duit belanja, Alhamdulillah, tahun ni, nmpk lebih berhemah-simpan tabung. Semoga terus konsisten!;-))
 
Alhamdulillah juga, perancangan untuk anak-anak agar mereka lebih berdisiplin, Insya-Allah....
 
Setiap malam, cuba juga untuk luang masa mengajar anak-anak mengaji. Part belajar/ulangkaji/kerja sekolah anak-anak, itu tugas suami sejak dari dulu, saya tak campur. Banyak kerja-kerja rumah nak dibuat, dengan urusan cik kembar, hahha, okey. Alasan klise! ^__^
 
Part mengaji ni kiranya azam untuk tahun ini, agar lebih konsisten, sambil anak-anak mengaji, kita pun boleh mengaji sama kan! Tak banyak, separuh halaman saje. Tak dapat setiap malam, hari cuti-Sabtu Ahad-wajib, mesti baca! Alhamdulillah, anak-anak pun boleh terima 'peraturan' ni. Bila cakap kat diaorang, Iman dan Wafiy dah sunat, dah 'besar', solat tak boleh tinggal dah! Modal mama, 'dah sunat', memang boleh pakai, hihihi! Semoga ia konsisten sampai bila-bila. Amin!

Balik sekolah Agama (petang), Iman n Wafiy memang akan singgah mengaji dgn ustazah sekolahnya. So, rasa lega yang amat, kat sekolah mengaji, kat rumah pun mengaji juga.
Jom kita sama-sama membaiki diri agar menjadi lebih baik dari semalam, yang penting, istiqamah.
 
Nota Dieyana:  Insya-Allah ... semoga dipermudahkan-Nya.
 

 
Anak-anak Permata Hati!


Tuesday, December 22, 2015

Iman dan Wafiy Selesai Berkhatan

Alhamdulillah, 15/12/15 yang lalu, Iman dan Wafiy telah selamat berkhatan/bersunat di Klinik Al-Ikhwan, Sentul (Doktor Omar Jantan)

Sebelum ni, bincang dgn suami, nak khatan ke tak diaorang berdua tahun ni. Lepas tu kami senyap sekejap, tup-tup dah nak masuk pertengahan Disember, akhirnya suami google klinik terdekat yang ada perkhidmatan berkhatan, jumpa al-Ikhwan. Sambil2 tu kami google kaedah berkhatan. Tanya kawan-kawan yang dah ada pengalaman bersunat. Dan, kami pilih kaedah laser (bahasa mudah). Sebenarnya, menurut sumber daripada blog seorang doktor, ia bukan laser....

Petikan daripada blog tersebut:

KAEDAH KONVENSIONAL

Kaedah konvensional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.


Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya.
 
'Cautery'


Ada ibu bapa menyalah anggap dan memanggilnya sebagai "laser" walaupun ia bukanlah sejenis laser.
 
Ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang "catgut". Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.

Selanjutnya, boleh rujuk blog ini sebagai panduan kaedah-kaedah khatan yang akan dipilih nanti!

 
Alhamdulillah, mereka sangat eksaited nak sunat, hiihi. Budak2 lain punyalah takut, kecut perut, boleh pula diaorang berdua sengih2, "yeaaa" lagi, hahha!
 
 
Bismillah ... sebelum ke klinik, minum air zam zam. Dah solat sunat dhuha juga ^__^
 
 
 
Sebelum ke klinik, mandi bersih-bersih, rambut kasi minyak sikit, hahah! Kita snap dulu keceriaan mereka ;-))
 
Sebelum 'dipotong' mereka dibiuskan, masa proses 'potong' tak sakit la. Kemudian doktor bekalkan ubat antibiotik, tahan bengkak, dan tahan sakit.
 
Masa bius, ibu bapa tidak dibenarkan masuk, bila proses potong tu, baru saya dan suami dibenarkan masuk.
 
Macam biasa, Iman, mulut banyak, tengah doktor 'potong' dan jahit, tanya itu ini, "apa tu doktor, untuk apa tu doktor" Penat doktor nak jawab, hahah! Agaknya itu cara dia nak hilangkan rasa takut!
 

Sebelum 'dipotong' Wafiy mula kesejukan ;-))
 

 
Alhamdulillah selesai! ^__^
 

Tahun depan Iman darjah empat, dan Wafiy darjah dua! Terus khatan dua-dua sekali, nanti tak de la Wafiy keseorangan berkhatan.

 
Sepupunya (anak kakak saya) pun khatan juga di sini, nak 'berkawan-kawan', katanya.
 

Alhamdulillah, nampak dah kering, tapi diaorang masih dinasihati papanya, jangan nak berlari2 sangat! Makan pun masih pantang, sup, ikan bakar, milo panas, biskut tawar! Sampai naik muak! Bila tengok cik kembar makan aiskrim, muka kemaruk sangat ... "mama, nanti dah sihat, mama belikan aiskrim untuk Wafiy ya, mama, Iman nak makan itu, ini, dah sihat nanti kita tengok Star Wars ya, papa! Bla bla" ;-))



Di rumah. Bosan, katanya! Novel Remaja pun dibelasahnya ;-))
 
 
Uhuk, huk, tetiba rasa macam anak-anak dah mula nak membesar (baru 7 hari bersunat..hihiih)! Iman dan Wafiy jadi anak yang soleh tau, sob sob! Eh, eh apasal mu emo sangat ni Dieyana! ^__^  Anak dah sunat kan, rasa macam, 'alahai, anak-anak mama, cepat sangat masa berlalu, kalau boleh jangan cepat besar, nak kecik-kecik macam dulu! ;-))
 

Gaya Paling Comel 2015!

Selamat tengah hari semua!

Nak abadikan pic paling win tahun 2015!
 
Sayang sangat gambar ni! Anak-anak yang comel 'tersadai' di di sofa!
 
 
Gambar asal
 
 
Syukur alhamdulillah, anugerah daripada-Nya. Semoga anak-anak menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat. Amin
 
Suami yang snap minggu lepas. Saya pun tak tau. Keesokan pagi dia tunjuk gambar ni kat saya. 
 
Kadang2 saya balik kelas zumba, pun macam ni, masing-masing terbongkang di ruang tamu, mcm2 gaya! ^__^ Termasuk papa dia sekali terbongkang, hahah! Alhamdulillah ... mama tak de depan mata, ank2 pandai bawa diri ;-))
 
 
Gambar yang dihitamputihkan-yang ni saya letak kat ig-nurdianamohdnor. Boleh la kalau nak follow ... hiihih, bajet orang tak tersohor ^__^
 
 
Setiap kali tgk muka ank-anak masa tidur, rasa sayu je hati mama!  Sob sob sob!
 
Teringat kisah 5 beranak yang hanyut di bawa air deras - kejadian di air terjun hulu Terengganu, 3/4 hari yang lepas. Meninggalkan seorang ank sembilan tahun, yatim bersendirian. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh,  yakin kamu tidak sendirian, nak. Allah sentiasa bersama2 kamu. Allahuakbar, sebak sangat hati saya! Al-fatihah....
 
 

Tuesday, November 24, 2015

Cuti Sekolah yang Panjang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
 
Kalau tengokkan keadaan 'rumah' hamba ini, rasa nak pencen berblog pun ada, tapi kerana sayang, hamba biarkan ia, bersawang pun, bersawang lah! ;-))
 
Hari ini saya kembali dengan entri yang suam-suam kuku saja, hihihi, yang penting dapat meluangkan sedikit masa, sapu sawang sikit2, aci kan!
 
Cuti sekolah kembali lagi! Untuk anak-anak, cikgu-cikgu, selamat bercuti! Amboi, seronoknya ya, uols pergi mana  bawak anak2 bercuti? Pasti masing-masing punyai agenda tersendiri, tak kisahlah dekat atau jauh, yang penting, anak-anak hepi!
 
Kami? Cuti sekolah panjang kali ini, tak ke mana-mana. Memandangkan kesihatan suami belum pulih sepenuhnya (operate lutut) bercuti aje lah kat rumah. Dan saya, bekerja seperti biasa. Alhamdulillah Iman dan Wafiy memahami, dan kerja mereka, tengok tv, tv dan tv! Okey la tu, peneman papa di rumah. Sekarang dah boleh kawan dengan papa cerita-cerita pasal bola! Mama, tak de kerja lain, Sabtu-Ahad, basuh, jemur, lipat kain, menyapu..bla bla...hahah! Bosan ai tau! Nak borak pasal bola, bai bai aje lah, mama bebel dgn cik kembar ihihi!

 
Jumpa gambar lama, cik kembar kepala botak! ;-))
 

Sesekali Iman dan Wafiy baca komik kesukaan. Insya-Allah, dah janji dengan anak2 nak tambah koleksi bahan bacaan mereka, tak kisahlah, asalkan bahan bacaan yang positif, komik pun okey kan! Anak-anak seronok, kita mak-pak pun seronok, kan!

 
Lagi gambar lama: Masa ni Wafiy rambut ketak ;-))
 

Suami, Alhamdulillah, dah boleh jalan tanpa tongkat, dah boleh drive dekat2, tapi tak boleh lasak sangat. Kami tak de la terkilan sangat tak dapat balik kg. Ermmm ... dengar2nya ada dia sebut nak bawa cik kembar kenal binatang. Hahah, apa lagi, Zoo Negara la! Tengok lah macam mana, kalau rasa larat, kita g lah ya! Yang sakit lutut bersemangat nak jalan, maklum la, terperap lama kat rumah, hampir dua bulan kot. Yang tak sakit lutut ni ha, malas pula nak jalan2 zoo tu! Hahhah, kita tengok wayang lah, aci?! Rindu nak makan kat luar dgn suami n anak2. Bak kata Wafiy, "Mama, lama kita tak makan restoran!" ^__^ Last2 terperap juga kat rumah, kita tunggu dan lihat aje lah! ;-))

Selamat bercuti ya!
 

Friday, May 15, 2015

Zumba Lovers dan Minggu Anak-anak Exam;-))

Hari  kelas cikgu yang sorang ni, ai mesti ikut! Enjoy dengan cikgu ni, eh jgn salah faham, cikgu perempuan laa...;-))


Kalau tak pergi kelas seminggu rasa tak best, tk keluar peluh katanya, ;-))
 
 
 

 
Zumba with ZIN Sue. Kami di kelas zumba F3 Studio, yang bestnya semua perempuan! Tak de la malu-malu nak berzumba kan! Jom, join F3 Studio-kat Gombak.

 

Minggu ni, mama kena stop zumba, sebab nak tumpu kat anak2 yang nak exam.

Moga dipermudahkan semuanya, dapat menjawab soalan exam dengan baik dan cemerlang. Papa dah melatih tubi anak-anaknya, nah...buat latihan, nah latihan, nah nah nah! ;-)) Mama mesti ada, menyokong dari tepi dan belakang ;-))

Tapi bukanlah 'mendera' anak-anak. Balik sekolah agama (petang), lepas solat maghrib, luang masa, 30 minit, buat latihan-buku kerja. Budak2 ni tk boleh lama2 cepat bosan, bila dh bosan, hasil pun tk de kan. Biar sekejap tapi konsisten. Keep it up! Good luck anak2 mama! Insya-Allah!

Selamat menduduki peperiksaan untuk semua anak-anak di luar sana! Buat yang terbaik ya! :-))



Friday, March 27, 2015

Update Blog Hari Jumaat!

Asal Jumaat je, mu update blog, asal update blog je, hari Jumaat ^___^ Ya lah, Jumaat je yang rehat panjang, boleh update n blogwalking, bila dah seminggu sekali update blog, tk tau nak cerita apa, nak aje tepek gambar, tak mau cerita2, boleh? ;-))
 
Apa2pun, kena diupdate juga, bukan orang tersohor, tetap jugak lah update walaupun seminggu sekali. Saya sayang blog saya! Eh tetiba ;-))
 
Dlm minggu ni, cerita Hudud di Kelantan, cerita menjelang GST, cerita Pesawat Germanwings Terhempas Di Pergunungan Alps, pertabalan Sultan Johor, macam2 lah lagi! Saya tak mahu ulas satu-satu, tapi pasal GST tu, rasa berdebar2 jugak, menanti 1 April. Belum 1 April, dah nampak barang2 mula naik harga,  ha mcm mana tuuu!! Apa tak berdebarnya, ai ada anak empat, stok makanan anak-anak, nak tak nak, kena juga beli, cuma saya banyakkan biskut yang biasa2 je, biskut mewah2 sekali sekala je, ahaks! Biskut gula cicah air tea o, feveret anak saya hak sulung (Iman), itu dikira biskut yang boleh jimat la kan, lega mak ;-)) Koko krunch anak hak no 2 dan kembar suka, itu kira biskut mewah la tu hahha! Eh membebel pulok ya. Apa2 pun, 1 April GST tetap terlaksana, ia bukan omongan, tapi kenyataan.
 

Kiri gambar, Umar Ghufran, kanan Umar Ghazi. Duduk rumah layan cik kembar yang sekarang ni macam2 akal, kalau dah berdua tu, ada je pakatannya ;-))


Nampaknya kita kena belajar berjimat, ye tak? Mana yang boleh kita jimat, kita cuba lah. Contohnya, kalau sebelum ni, nampak aje warna tudung 'nelopak' cantik, beli! (Ambo la tu;-))  Insyaa-Allah lepas ni, tak de dah perangai mcm tu, insaf doh, tunggu raya la pulok beli selai-dua lagi ^__^ Ye ker ni insaf, hahhaha! Dah, dah jgn nak acah2 dgn ai yang mmng tipis iman ni okey!
 
 
Okey, hak ni last nelopa, tunggu raya pulok deh! ;-)) #warnaolive #naelofarhijab - eh ingat ni instagram ke main hash tag ni, hahha! (Tangan gegar, gambar kabur;-))
 
 
Selamat berhujung minggu! Bab hujung minggu ni pun kena kawal juga kan, kurangkan berjimba-jimba tak tentu pasal, tak de kepentingan, duduk rumah, lipat kain, lagi bagus kan! Kalau keluar pun, cari barang dapur je, cukup! Sesekali bolehlah ... hahah nak jugak yang 'sesekali' tu! Kihkihkhi! Bawa anak-anak jalan-jalan tasik, taman pun okey, bawak bekal, goreng cekodok, air oren! Tapi sekarang cuaca panas, duduk rumah, layan astro first sambil kunyah cekodok, best kan! Anak-anak dah mintak belikan doraemon kat astro first, ada lagi ke? ^__^

 
Permata hati kami ... anak-anak jangan cepat sangat besar! Nanti mama rindu! Eh tetiba mata macam masuk habuk!  ;-))


Okeylah, nak rehat jap ... bai!
 

Friday, March 13, 2015

Bekal Sekolah, Pejabat Pun Boleh ;-))

Selamat hari Jumaat semua. Saya memang suka hari Jumaat ni, mungkin sebab lunch hour panjang,  esok Sabtu, boleh rehat2 dgn family ... huiiii seronok sangat! Uols camner? ;-))
 
Nak kongsi menu bekal untuk anak-anak ke sekolah, tak de hiasan, tak reti malas nak hias ^__^ Bekal yang sangat2 biasa. Hihihi. Satu untuk Iman, satu untuk Wafiy, satu untuk cik kembar, satu untuk mama ;-))
 
Biasanya saya sediakan bekal yang anak-anak minta, tapi kalau pada masa yang sama sorang minta nasi, sorang minta mi, penyelesaiannya, hari ni saya akan ikut anak yang nak nasi, esok saya akan akan ikut anak yang nak mi pula. Adil kan? Kalau tak buat macam ni, memang penat la uols, anak empat, nak sediakan empat jenis hidangan? Itu belum cik kembar request nak itu, nak ini, belum pandai mintak. Cik kembar jangan pandai  nak mintak-mintak! ^__^ Sesekali boleh la, kalau yang senang-senang, koko krunch,  nugget, boleh lah, kan ;-))
 
Jom tengok antara bekal kami yang seadanya.
 
Jeput (Cekodok)
 
Jeput Pisang. Jeput pisang tiap-tiap hari pun boleh. Anak-anak suka, mama lagi lah suka, cepat dan senang. Kihkihkih
 
Iman nak kuetiaw, Wafiy nak nugget sahaja
 

Wafiy tak suka bawa bekal, tapi kalau dia tengok abangnya bawa, dia akan ikut, tengok mood juga, Kalau tak bawa bekal, diaorang akan sarapan di rumah saja. So, tak de la bekal untuk hari tu. Paling tidak sempat, saya tetap juga sediakan tea o, biskut kering / roti cicah tea o.... Tea o minuman kemestian kami, cik kembar pun dah pandai minum tea o. Macam orang dulu-dulu kan, makan nasik mesti ada tea o ;-))
 
Spageti

Burger ayam, no sayur ya mama!
 
Hak ni mama punya ;-))
 
Bekal Sekolah Agama (petang), saya hanya sediakan yang kering-kering saja -koko krunch / biskut / roti. Kalau saya balik tengah hari (lunch hour), saya sediakan, kalau tak balik,  diaorang akan beli di kantin sekolah.



**Kalau bawa bekal mi/nasi/makanan yang guna sudu, Wafiy mesti pesan, "mama, bagi sudu lebih, Wafiy tak suka kawan-kawan kongsi sudu dengan Wafiy," hihihih, geli kot, guna sudu yang sama. ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...