Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Melayan Selera di Black Canyon

Entri reverse-belum basi tau! ;-)

Semakin penghujung kehamilan, selera semakin menjadi-jadi. Masih ada sebulan setengah lagi lebih kurang ke tarikh jangkaan bersalin. Dek melayan selera yang semakin 'menggila', sanggup menahan kaki yang semakin hari semakin sakit, saya mengajak suami ke Black Canyon (BC) di AEON Setiawangsa. Mengandung kali  ini, suami lebih sporting, tidak banyak soal seperti kebiasaannya. Kalau saya mengajaknya keluar, ok aje ... tq Hanapi! ;-))

 Jom tengok apa yang kami makan di BC

Pilihan suami -lebih banyak sayur. Lupa namanya ;-)

Pilihan saya-lebih kurang sama dgn pilihan suami tetapi kuahnya sedikit merah
(Kalau yang menggemari kuetiaw ladna macam kami, boleh pilih kedua-dua menu ini. Puas hati, sedap!)

Suka!

Anak-anak terlebih dahulu beli Big Apple-donut feveret mereka, tapau bawa makan di BC, mereka hanya minta aiskrim saja. Tapi aiskrimnya kurang menyengat. 

Bagi kami, harga untuk menu yang dipilih, tidaklah mahal, agak berpatutan, dan dari segi rasa, puas hati!

Habis makan, suami ajak jalan2 dalam AEON. Ikutkan hati, mau 1000x ^_^, tapi kaki dah tak tahan sakit, sudahlah perut kekenyangan, kepanasan pula! :-(( Ke AEON, hanya semata-mata melepaskan keinginan di BC saja ;-) Suami melayan anak-anak bermain 'kereta' di depan BC, mak buyung tak larat sgt2 doh! Tunggulah nanti, dah bersalin besok, satu AEON ni akan kutawaf! (melampau le tuuu ^_^) Boleh ulang BC lagi -))

Kalau tak kerana BC ni, tak maunya saya nak datang ke AEON dgn menahan rasa sakit situ, sakit sini, dugaaan mengandung kembar....Ya Allah, cepat2 la bersalin, semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Wednesday, October 10, 2012

'Pulut2' Mak Cik Kelantan ;-)

Akhirnya, dapat juga makan  aneka pulut (http://dieyana78.blogspot.com/2012/09/aneka-pulut.html ), waima tak de pulut dakap, syukur dapat ketupat palas.

Kakak saya mencadangkan saya ke pasar pagi Ahad di Pantai Dalam. Alhamdulillah, ada dua orang mak cik Kelantan duduk bersila di pasar pagi tersebut, tak toleh mana2 dah, mata terus tertumpu kuih2 pulut yang mak cik tu jual. Tapai pun ada....

 
Ketupat Palas berinti sambal daging- 5 biji RM 3, Pulut Bakar (bulat), pulut panggang Kelantan berinti sambal ikan (bukan inti nyiur deh!)
 

Tapai-RM 1=3 biji. Sedap weih!
 
Beli serba sedikit, asalkan dapat rasa, tak de lah duk mimpi2 nak makan pulut. Lena tidur.... ^_^
 
(Tak habis sampai situ, terliur pulok menu di Black Canyon! Jom, kita terjah Black Canyon pula deh! ;-))

Tuesday, September 25, 2012

Aneka Pulut

Dah 32 minggu ni, macam2 nak makan. Awal2 mengandung, tak lah 'mengada-ngada' sangat. Sekarang ni, selera menggila nakkan pulut ... apa saja yang berasaskan pulut! Ketupat palas, pulut dakap, pulut mangga, cendol pulut, pulut durian pun! Mana nak cari ketupat palas KL ni? Raya hari tu, tak nak makan puas2! Selera ibu mengandung ni tak tentu, kejap2 datang nk makan itu, ini, dah 'expired' tak nak, nak makan lain pula! ^_^ Tapi alhamdulillah, bukanlah nak makan yang 'mengarut', semua yang teringin adalah sesuatu yang masuk akal.
 
 Cendol Pulut

 Kata kakak saya, mu try cari di pasar pagi Ahad Pantai Dalam, insya-Allah ada ketupat palas situ. Oh, tak sabar tunggu hari Ahad! Dan, cendol pulut, haruslah kami ke Wahab's Cendol di Sri Rampai (tak silap saya).

Ketupat palas


 Pulut mangga


Pulut dakap

Kalau kat kampung, boleh minta ma buatkan pulut dakap ni. Nak buat sendiri, tak pandai! ;-)

(Sumber gambar2: Google. Tq!)



Wednesday, September 19, 2012

‘Manisnya Bertiga’ ^_^

Mahu berkongsi rasa di sini....
Bismillahirahmanirrahim.
1) Ketika kandungan berusia 3 bulan lebih- mak cik urut di kampung urutkan badan, jamah perut, kata mak cik tu, “3 bulan nih? Baby besar nih!” ;-)

2) Kandungan 5 bulan- buka buku merah di klinik kerajaan- doktor check perut, “awk ni salah kira tarikh ke, lebih lima bulan nih!” Dalam hati saya, ‘suka hati je doktor nih!’ Bila discan-DUA? Berkali2 doktor pastikan, golek2 alat tu atas perut saya ^_^ tetap menunjukkan ada dua baby! Doktor pula yang terlebih terkejut, “awak hamil kembar nih!” (Tadi ckp saya salah kira tarikh la, ni dia pulok hok terkejutnye ;-) Tapi saya, terkejut tidak, muka selamba+blur, “ye ke doktor?” sangsi. Dalam hati saya, ‘doktor ni salah tengok kot’. “Saya kena refer awk ke hospital, anemia awk teruk ... bahaya untuk awak dan kandungan 2 baby ni.”

Saya mesej suami yang ketika itu cuti sakit di kampung- suami teruja! “Saya royat doh, awk ngandung kembar!” ;-) Dari awl mengandung, suami tengok keadaan letih saya yang teruk-balik kerja melepek macam kain buruk! Lalu diusiknya saya, “kembar kot nih.” Kerap sebut, apakah masin mulut suami? ^_^ Saya cakap dgn suami, “kembar gapo nyo, inilah dia 4 tahun tak peknen, umur pun 34 doh.” ^_^

Dan, tiap2 hari call/mesej mengusik saya, “hai mama twin, buat apa! Mama twin ok?” Saya ckp, “aloh la, kena scan lagi nih, doktor salah tgk kot....” (takut/risau/berdebar). Saya pesan kat suami, “jgn royat ko ma awak lagi, nanti ma awk citer satu kampung, benda nya tak confirm molek lagi, tunggu scan ke-2. ^_^” Ya lah, kan, suami/ibu mana yang tak teruja apabila isteri/anak disahkan hamil kembar.

Perkhabaran ini saya anggap masih kabur, saya tetap beritahu kpd Ma (mak saya). Ma terkejut, berkali2 dia suruh saya solat sunat syukur, hajat ... saya cakap, “kena scan lagi ni, ma, mana tau doktor salah tgk.” Saya pesan juga kat Ma, “jgn royat ko sapo2 Ma, royat ko Ba (ayah) tak po....” ^_^

Sy balik kg, scan di klinik Pasir Mas, (berdebar) ... doktor sahkan, jelas - DUA!! Alhamdulillah, barulah rasa percaya tu semakin bertambah. Terpancar di wajah suami saya, sinar ceria, waima ketika itu suami masih belum pulih sepenuhnya daripada sakit. (http://http://dieyana78.blogspot.com/2012/06/jiwa-kacau-rindu.html) Banyak2 solat sunat syukur, solat hajat, dipermudahkan semuanya, diberi kesihatan yang baik. Subhanaallah ... terima kasih Ya Allah, menjadi hamba yang dipilih-Mu.

Anak-anak saya turut teruja, kata Wafiy, “mama ada dua baby, satu abang jaga, satu Wafiy jaga.” ^_^. Iman apatah lagi, disebarnya khabar gembira ini kepada kawan-kawan dan teachernya di sekolah ;-))

2+2=4! ;-))
Awal2, saya risau/takut utk hadapi keadaan hamil dua, rasa tidak yakin pada diri, pelbagai persoalan negatif mengundang. Tapi, berkat sokongan suami dan keluarga, saya semakin berkeyakinan, sentiasa positif, saya percaya, Dia bersama-sama saya, Insya-Allah. Saya mahu manfaatkan rasa/pengalaman manis ini. Saya mahu gembira, mengalu-alukan kehadiran mereka dalam rahim saya. Mahu baby dlm kandungan sihat, ceria. Doa banyak2, minta diselamatkan semuanya. Setiap masa, dekat dengan-Nya. Solat dijaga, solat sunat diperbanyakkan. Tidak putus2 memanjat rasa syukur. Kawan2 tegur, usik perut besar, ‘mcm nk bersalin dah’, ‘macam kembar’, sambil tersenyum saya mengiakan, ‘insya-Allah....’

Pengalaman ibu lain apabila diberitahu hamil kembar, adakah seperti saya, teruja, terkejut, tidak percaya, risau, gembira? Yang tengok tentunya teruja, “wah seronok, mahu mengandung kembar juga.” Sedangkan tuan yang ‘bawa’ perut tu, berdebar, kenalin tk tau nk kata.

Dari awal mengandung, situasi/emosi saya keadaan saya sgt2 berlainan berbanding hamil dua ank sebelum ini. Anemia saya adalah berkaitan dgn kehamilan kembar, terkena 2 kali buasir, kerana badan saya yang kecil tidak dapat menampung kandungan yang berat. (http://dieyana78.blogspot.com/2012/07/anemia-ketika-hamil.html)
Keluarga saya tiada keturunan kembar, sebelah suami, ada, tapi pertalian agak jauh juga. Apa2 pun, ada keturunan atau tidak, bagi saya, itu semua rezeki Allah Taala.

**(Check-up di Selayang minggu lepas, kedudukan baby - seorang kepala ke bawah dan seorang lagi songsang, berat kedua-duanya -1.8 kg dan 1.6 kg :-))
Antara pesanan penting drpd orang2 yg penting dlm hidup saya:
Suami- “jgn kerap merungut, kesian bby, kerana kehadiran mereka bnyk memberi rezeki kpd keluarga kita.”
Ba- awal2 dimaklum hamil kembar, sy beremosi kerana risau, kata ba, “Na kena kuat semangat!”
Ma –“jaga lutut, kaki, bimbang tergelincir, duk g mari, g mari...”
Juga kakak saya-banyak beri semangat kpd saya, kawan2 tidak lupa, terima kasih....

Alhamdulillah.

Tuesday, September 11, 2012

Semakin Memberat!

(Gambar diambil ketika hari raya pertama, secara tidak sengaja ^_^)

Esok kandungan berusia 7 bulan 3 minggu (Check-up di Hospital Selayang). Tapi perut semakin memberat ke bawah! Badan tak naik, perut saja yang naik ^_^ Tak sanggup melihat perut sendiri yang semakin tegang dan berkilat, sehingga timbulnya urat2 biru! ;-) (Hamil dua anak sebelum ini, tidak pernah mengalami keadaan ini). Sesekali perasaan seperti sudah mahu bersalin!




Apakah akan seperti pasangan ini? (Kedua-duanya perempuan)



Atau ini? (Kedua-duanya lelaki) ^_^


Insya-Allah, semoga dipermudahkan-Nya, amin. Doakan kami sihat....:-))

Thursday, August 2, 2012

Saya ... 6 bulan

Lama sungguh tuan tanah tak interframe ... mahu abadikan wajah dan perut dengan usia kandungan 6 bulan, katanya ^__^




Posing2 dulu sebelum ke JM Bariani W.Maju, petang Isnin lepas ... siapa lagi kalau bukan Iman sebagai potograper. ;-))



Macam biasa lah, tak reti nak posing, gambar tegak je ye! Asalkan perut 6 bulan tu nampak. Aci gitu? ;-)



Wajah ceria sebab nak berbuka puasa di luar....=^__^=


Sekian, persembahan daripada ibu mengandung 6 bulan ^_^

Produk Pilihan Saya ^_^

Awal kehamilan (usia kandungan 2-3 bulan), saya mengalami kulit kering, gatal2. (Sangat tidak mempedulikan penjagaan diri). Tidak selesa dengan keadaan itu, saya survey produk yang sesuai.

Sehinggakan ada yang selamba cakap, "bakpo muko napok khasat(kusam), napok tua la!" Amboi, sedapnya mulut! Saya jawab, "memang tuo pun, umur 34 doh!" (Bukanlah marah, tapi terasa skit tau! ;-) Memang saya akui, awal2 hamil, saya tak pakai apa2 kat muka waima pelembap muka, just pakai bedak Johnson (kadang2 langsung tak pakai apa2, diri sendiri tak kisah, orang lain pula sibuk2 kisahkan aku ... ahhaha. Bukan dia yang menagndung pun! Ayat macam sentap je!? Biasalah orang mengandung, cepat sangat sensitifnya ^_^). Datang kerja pun, main capai je baju/tudung, sangat2 letih+malas! Pedulikan orang yang janguk2 (comel/lawa) tu. Yang penting, aku datang kerja, pakai baju dan tak susahkan orang lain ^_^ Tengok je nanti orang yang cakap/sibuk2 tu, tunggulah dia ngandung besok, tengok sejauh mana 'kemudaannya'!


Saya cuba pakai lipstik dsbnya tetapi bibir saya sgt alergi dengan lipstik. Sekarang saya hanya pakai Vaselin saja. Sangat berkesan. Tiada lagi rekahan/masalah kekeringan bibir yang melampau. Untuk wajah, saya pakai pelembap Safi Rania Gold dan bedak Mac, calit sedikit Vaselin di bibir. Cukup.


Mandian Sebamed amat baik dengan kulit saya. Tiada lagi masalah kegatalan pada kulit.

Pelembap badan, saya pilih Cosmoderm. Ketika di farmasi, saya tengok seorang ibu mengandung capai lotion Cosmoderm ni. Dalam hati saya, 'mungkin Cosmoderm ni bagus kot?' Tengah duk baca kebaikan Cosmoderm, datang promoternya ... pot pet pot pet ... akhirnya, saya pilih Cosmoderm. Alhamdulillah, sungguh selesa pakai lotion ni, tiada wangian bunga, tapi baunya seperti ubat angin, dan beberapa saat selepas pakai, kulit akan berasa 'berangin'/sejuk ;-)

Bio Oil
pula pilihan saya untuk disapu pada perut, alhamdulillah, setakat ni perut saya tidak mengalami rekahan.

Alhamdulillah, sehingga sekarang, kandungan berusia 25 minggu ni, saya tidak lagi mengalami masalah kulit kering/gatal. Dan, saya tidak pernah mengalami masalah kulit kehitaman terutama di bahagian lipatan2. Ada kawan2 saya yang hamil, katanya, tengkuk dan lipatan2 lain menjadi hitam. Biasalah, pelbagai masalah ketika hamil kan ... semoga semuanya baik2 saja selepas tempoh hamil ini. Insya-Allah....

Masing2 ada produk pilihan sendiri ketika hamil kan. Asalkan, ia selesa dan sesuai dengan kulit. ^_^ Dan, paling penting, atas keizinan Allah SWT, kalau Dia mahu kita baik, maka baiklah ia ... di samping usaha kita juga! :-))

Tuesday, July 31, 2012

Anemia Ketika Hamil?

28 Jun 2012, kandungan berusia 20 minggu 1 hari, baru terhegeh-hegeh buka 'buku merah' di klinik kerajaan. Saya pilih Klinik Ibu Mengandung Jalan Hang Tuah, sebab dekat dengan pejabat. Sebelum ni, saya check-up di sebuah klinik dalam bangunan Daya Bumi, Dr Yustina, dan sebab 2 anak sebelum ini, saya memang check-up di sini, sgt selesa dgn Dr ni. Setiap kali check-up, doktor cakap, tekanan darah awak rendah. Okey, Dr Yustina dan saya memang maklum tentang itu dari anak pertama, masalah ni lah yang saya hadapi.


Situasi di klinik kerajaan Hang Tuah pula, saya disahkan ANEMIA! Hb saya hanya 8.6 saja! Di bawah tahap anemia teruk. Saya tengok muka nurse cemas. "Huisy, teruk anemia awk nih!" kata nurse. Sedangkan saya, seperti tidak ada perasaan, releks, cool, siap gelak2 lagi. Lepas tu nurse bagitau saya tentang anemia. Kesan-kesan anemia terhadap ibu dan anak yang dikandung. Balik dari rawatan, sambil berjalan dari klinik ke pejabat, fikiran saya mula melayang2, teringat kata-kata nurse. Tadi gelak2, sekarang baru risau ya! ;-) Risau la pulok! Antara tanda seperti, berdebar-debar sentiasa ada sepanjang kehamilan kali ini. Rasa berdebar2 yang sangat teruk sehingga hampir pitam. Sangat2 tidak selesa. Dada sangat2 sakit! Walaupun saya dalam keadaan berehat, rasa berdebar2 tu tetap ada, apatah lagi kalau melakukan kerja-kerja rumah, sangat2 tidak selesa/penat yang terlampau!


Di sini, saya kongsikan tentang Anemia....


Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.

Bagaimana untuk mengetahui menghidap Anaemia?

Ujian darah yang ringkas akan menentukan samada anda mengalami anaemia atau tidak. Sekiranya anda cuma mengalami anaemia yang ringan, anda tidak akan menunjukan sebarang simtom. Tetapi sekiranya ia dalam tahap yang teruk anda mungkin akan merasa:
- cepat letih
- rasa tidak bermaya
- pucat
- berdebar-debar (degupan jantung yang cepat)
- sukar bernafas
- pengsan

Risiko Untuk Mendapat Anemia

Sesetengah wanita mempunyai lebih risiko untuk mendapat anemia. Ia kerap berlaku kepada:
- Mereka yang mengalami masalah kurang zat makanan
- Mereka yang mengandung kembar
- Mereka yang mempunyai anak yang terlalu rapat
- Mereka yang sering muntah danmempunyai masalah penghadaman

Berapa banyak Zat Besi yang saya perlu makan?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
- Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
- Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol

Maksimakan penyerapan Zat Besi

Ambil perhatian tentang apa yang anda makan atau minum semasa mengambil zat besi ini. Pengambilan adalah vitamin C disarankan kerana ia mengalakan penyerapan zat besi tetapi mengambil minuman yang berkafin bersama dengan makanan yang mempunyai zat besi akan megurangkan penyerapan zat besi dalam badan anda.

sumber: http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=142:anemia-dan-kehamilan&catid=37:masalah-hamil&Itemid=59


Sumber lain tentang anemia:


Nurse mengesyorkan saya makan IBERET FOLIC. Tak perlu makan vitamin/ubat obimin dan besi? (warna coklat), kerana dalam iberet mengandungi kesemua vitamin tersebut. Boleh didapati di farmasi.

Sekarang saya masih teruskan dengan iberet. Rasanya gejala berdebar-debar tu semakin berkurang. Sesekali terasa, rasanya normal lah ibu mengandung kan....

Ada juga kawan-kawan syorkan makan jambu batu, air limau nipis.

Sekarang, saya cuba 'tengok2' vitamin Shaklee, yang dikatakan supplement yang bagus. Siapa yang pernah cuba Shaklee, okey tak?

(Semoga saya dan kandungan terus diberi kesihatan yang baik hendak-Nya. Hari ini kandungan saya berusia 25 minggu).

Friday, May 18, 2012

Jumpa Doktor Gigi

Lega, baru lepas jumpa doktor gigi! Saya sebenarnya takut nak jumpa doktor gigi, dari sekolah rendah takut. Doktor tak buat apa, cek aje pun, saya tetap gigil.


Tadi baru lepas jumpa doktor gigi di Bangunan Daya Bumi. Last jumpa doktor gigi, 2 tahun lepas, itupun kerana nak cuci gigi. Kali ni sebab sakit berdenyut-denyut tak tertahan, pergilah jugak jumpa. (Dah sakit baru terhegeh2 jumpa doktor gigi).


Sebelum baring di kerusi rawatan, selamba aje saya cakap, "doktor, saya ni takut nak jumpa doktor gigi. Dah lama tak jumpa doktor gigi, malu kalau doktor tengok gigi saya." Sambil lutut gigil/takut. Macam budak kecik kan! Kata doktor, "tak po, bakpo takutnya." (oo ... doktor Kelate rupanya,, anak Doktor Ismail. Dulu cuci gigi dgn ayah dia, rupa-rupanya ayah dia dah meninggal tahun lepas ...al-Fatihah).


Tengok doktor banyak cakap, releks, borak-borak2 lembut, tambah lagi doktor tu cantik, kurang gigil saya. Doktor gelakkan saya sebab tangan pegang 'kemah-keming' (pegang kemas/kejap/kuat) di kerusi. Malu ai!


Gigi geraham saya berlubang+sakit+denyut, tapi disebabkan saya hamil, doktor sedaya upaya mahu selamatkan gigi saya. Jadi, tadi, doktor hanya membuat tampalan sementara ... janji temu ke-2 ialah 2 minggu akan datang ... dan tampalan tetap akan dibuat. Insya-Allah. Pesan doktor sambil tersenyum, "lepah ni jange takut jumpa doktor gigi!" Saya gelak besar! Alhamdulillah, setakat ni gigi saya tak denyut, dan diberi ubat tahan sakit, telan jika sakit sahaja. Terima kasih doktor!


** Saya suka doktor ni, namanya Dr. Fajriah Ramadhan. Caranya tak kasar, sambil2 dia rawat gigi kita, dia tanya, 'sakit tak', 'ngilu tak', dan paling saya suka, dia nak start apa2, dia baca bismillah, berkali2, lepas tu akhirnya, alhamdulillah. Lepas ni nak bawa anak-anak jumpa doktor gigi. Tak nak anak-anak takut jumpa doktor gigi macam mama dia! ^_^
Klinik Pergigian Ismail, (Dayabumi)
Lot A & B Tingkat 1,
Podium Dayabumi,
50050 Kuala Lumpur
(03-22740085)

Dialog Suami Isteri

Perbualan suami isteri beberapa bulan lepas-dialog SUAMI MEMINTA PERSETUJUAN ISTERI, yang telah dipendekkan, ditapis serta ‘diterjemah’ daripada ‘B.Perancis’ kepada B. Melayu secara kasar ^__^

Suami: Ikut kalendar, dah boleh ni, ‘sede molek’ (sedang elok) hujung tahun ni, saya cuti panjang, boleh jaga awak.

Isteri: Erm.... (Agak kurang setuju)

Suami: Saya pun boleh duduk lama kat kampung (ada unsur penting diri ... ehhe)

Isteri: Cuti sekolah awal tahun depan lah, tak pun cuti sekolah hujung tahun depan, letih la.... (alasan ... heheh)

Suami : Cuti pendek tu ... hujung tahun ni la, panjang sikit. Hujung tahun depan lambat, umur awak 35 doh tu!

Isteri seperti mahu setuju kerana teringat umur sudah hampir ke 35. Apa, 35?! Umur banyak, risiko pun banyak...

Isteri: Erm.... (dah mula setuju ;-)

Perbualan di atas tentang masa depan.
Mengikut 3 faktor ini:

(i) Anak kedua sudah berumur 4 tahun,
(ii) Umur isteri semakin meningkat, dan
(iii)Kedua-dua anak mereka, lelaki,

Kesimpulannya, SILALAH TAMBAH ... ada rezeki, perempuan la pulok, deh.... ;-) Amin.

Interframe lagi ;-) =Gambar tahun lepas

Ya saya SUDAH BERSEDIA untuk menambah! ^_^ Dan, alhamdulillah, hari ni, kandungan sudah berusia 14 minggu ... JUGA BERSEDIA untuk kongsi cerita gembira dgn teman-teman di sini. Bukan tidak eksaited, sangat2 syukur atas pemberian-Nya. Saja nak lambat2 kan hebohan ini ... mahu lebih tenang dan releks, cewah ^__^. Saya lebih suka bersikap demikian (masing-masing punya cara tersendiri), nanti besok2 biar mereka tahu sendiri ... tgk2 perut dah ke depan. ^__^

Keluarga, keluarga saya dan keluarga suami pastinya group pertama yang mengetahui, dan di opis ni pun, hanya beberapa orang teman saja yang diberitahu. Dan, ada yang perasan perubahan diri saya. Bila ada yang bertanya, “mu peknen ke? Saya sengih dan angguk. “Insya-Allah,” kata saya.... Tetapi mengandung kali ketiga ini sgt2 berlainan dan agak mencabar berbanding mengandung pertama dan kedua. Ada peluang, saya akan kongsi2 kan nanti. Insya-Allah. (Alhamdulillah, kehamilan saya yang ketiga ini, suami saya sangat2 prihatin dgn saya ... saya terharu! =^_^=
(Mood: Gigi sakit/berdenyut=mahu jumpa doktor gigi tengah hari ni! )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...