Tuesday, December 23, 2008




1. Teringat....

2. Novel yg sedang dibaca-"Setelah Kau Pergi"-Rozita Abd Wahab

3. Lagu yg sedang berkumandang(kat pc Mar)-"Can't Fight The Moon Light"

4. Menunggu detik 24 Disember

5. Sedikit frust sebab tak dapat tempah kek ngan Abg Adnan (majalah)

6. Menunggu detik 5 petang!-Wafiy dan Iman

7. Rasa macam nak makan bubur kacang hijau...nyum nyum

8. Layan resepi kek kat internet





Thursday, December 18, 2008

Gitar

Cantik tak 'wajah' baru?Ehhehehe... jangan marah, tak de sape nk puji, sendiri puji la. Tapi bukan aku yang tukar, mana aku reti tukar-menukar ni...Mar le yg tukarkan 'wajah' aku ni. Thanks! Sebenarnya aku nak gambar gitar merah, tapi kata Mar, buat sementara ni ambik lah gitar pink ni dulu. Nanti lapang2 dia tukar gitar merah yang aku nak tu. Aku suka sangat ngan gambar gitar. Tak tau kenapa, nak kata aku pandai main gitar, jauh sekali. Tapi, aku minat objek ni sejak zaman sekolah menengah lagi. Tak boleh tengok orang main gitar, pasti aku 'jatuh cinta' ngan gitar tu. Ada juga aku minat kat tuan yang main gitar tu, belum kenal pemilik gitar itu, tapi bila tengok jari-jemarinya memetik gitar, terus jatuh hati kat tuan punya gitar dan gitar itu...hehehehe. Bukan aku sorang yang minat ngan gitar tu, kakak aku sekali minat kat gitar. Kami berdua memang pantang tengok orang yang bermain gitar. Tapi dua-dua tak pandai main! Hahahaha. Kalau dulu, suka ngan gitar kapok tu, sebab ada member kat sekolah suka sangat main gitar tu sambil member yang sorang lagi, tukang nyanyi. Aku nak nyanyi suara tk sedap, so aku jadilah penonton kat depan mereka berdua, sambil hangguk2, geleng2, sengih2, dengan penuh keayuan (chewahh)...hehehe...Sampai lah hari ini aku terus meminati objek yang bernama gitar!
*Sejati! Itu yang kauucapkan, bila janji kugenggam bawah pohon kembojaaaaaaaa yg sekecil kita!

Wednesday, December 17, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa

Kenangan lalu mengusik hati....terima kasih atas kenangan itu! Perlukah kenangan itu dilupakan atau dibiarkan begitu saja? Manis atau pahit ... biarlah ia berlalu begitu sahaja. Jadikan kenangan itu sebagai pengalaman atau pengajaran, tidak perlu dikenang lagi, biar ia menjadi suatu sejarah. Kata orang, hidup ini tidak akan indah sekiranya kehidupan yang dilalui mendatar saja.
Aduh! Sakitnya jiwa nak bermonolog ni! Pelbagai yang bermain2 dalam minda ini, tapi sukarnya untuk diluahkan! Peritnya! Lalalalala! Layan nasi goreng cili padi lagi sedap. Cau cin cau! Somsan!

Thursday, November 27, 2008

Hujan

6.25 petang. Hujan Lebat!Guruh berdentum2.Hari semakin gelap, malam kian menghampiri. Aku belum balik lagi. Nasib baik staf BKK ada yang belum pulang. Fuh....bila hujan nak reda ni?pukul 7? Lapan? Aduh, takut juga terasa. Lama dah tak pulang lewat macam ni. Baru kejap telefon pengasuh, aku lambat hari ini. Hari hujan, harap dia boleh terima alasan tu. Dah sememangnya aku tak boleh pulang lagi, apa boleh buat, kebetulan kereta service, naik motor la jawabnya! So, kena la tunggu hujan reda baru boleh pulang. (heheheheh..macam kelakar ayat aku ni, lantak le, aku bukannya penulis cam kawan aku yang sorang tu, apabila bercerita, ayatnya sgt cantik, indah, maklum la penulis....)Bukan selalu aku pulang lewat. Ya Allah, cepat la hujan reda, anak-anakku sudah menunggu aku tu....

Thursday, November 20, 2008

Monday, November 17, 2008

Kembali!!

Salam untuk semua. Alhamdulillah, setelah bercuti 60 hari, aku kembali ke pejabat dan memulakan kerja seperti biasa. Dan, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan anak lelaki, 2.86 kg, di Hospital Selayang, secara normal-Muhammad Adam Wafiy bin Hanapi, pada 12 September yang lalu. Tidak sempat melahirkan pada tarikh yang dijangka, namun alhamdulillah ... semuanya selamat.
Aku menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung dalam tempoh berpantang-aduh terasa siksa, sebab tak dapat makan hidangan hari raya. Tapi dalam diam-diam, aku curi juga makan biskut raya juga...hehehe. Sedap dan nikmat rasa dapat makan biskut raya. Terima kasih kepada Fatin atas biskut semperitnya-sedap sangat! Walaupun baru 20 hari berpantang, aku sempat juga pakai baju raya pada pagi raya tu, dah masuk tengah hari, tukar uniform kembali - kain batik, t.shirt - ehhehe.
Sekembali aku ke pejabat, Khamis lepas, terasa janggal pula. Maklumlah, 60 hari meninggalkan pejabat. Rasa macam staf baru, terasa blur kejap, tak tau nak buat apa. Dan yang paling kelakar hari pertama bekerja, rasa lenguh kat muka-bercakap banyak! Ha ha ha.... Banyak benda yang nak dibualkan dengan kawan2, terutama dengan kawan aku kat depan ni, Si Mar. Macam2 cerita kami luahkan, maklumlah, 60 hari tak jumpa. Lucu pula rasanya. Aku berterima kasih yang amat kepada Mar kerana sepanjang ketiadaanku di pejabat, dia yang menanggung kerja2 aku-sehingga dapat menyudahkan baki2 kerja yang aku tinggalkan. Terima kasih kawan!

Wednesday, September 10, 2008

10 Ramadan 1429

Masa terasa cepat berlalu. Hari ini sudah 10 Ramadan. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di atas muka bumi ini, dan bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa di saat keadaanku yang sudah sarat ini. Alhamdulillah....Tuhan memberi peluang untuk aku turut menjalani ibadah puasa ini dengan tubuh badan yang sihat walafiat. Detik itu semakin hampir ... 27 September. Tiada lain yang ku pohon dari-Mu, mohon dipanjangkan usiaku dan anak yang bakal lahir ini, dan memberi kesihatan untuk kami. Amin. Debaran melahirkan anak semakin terasa, pengalaman bersalin anak pertama, membuatkan aku takut untuk menghadapi saat-saat itu. Namun, Tuhan Maha Kaya, kesakitan itu akan reda sebaik saja menatap wajah anak kesayangan lahir di dunia ini. Hanya mereka yang pernah melalui pengalaman itu dapat memahami apa yang kurasakan saat ini.
Kerja-kerja di pejabat pula perlu kubereskan agar tidak menyusahkan orang lain kelak.Tapi kalau 'termenyusahkan' nanti, apa boleh buat, bukan itu yang kupinta ... hehehhe, nasib la siapa yang terkena, jangan marah ya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...