Thursday, June 25, 2009
Persiapan
Baru sekejap tadi aku dah beli bj melayu raya dua beradik tuh...seronoknya!hehehe. Nak cari colour sama ngan husband, tu yang payah tu...Tu baru 20%, belum selesai lagi baju2 lain diaorang nih...apa2 hal pun aku kena selesaikan baju raya anak2 nih sebelum ramadan menjelang....tak nak bersesak2 pegi shopping bulan poso...tak larat weiii....baju aku pun dah beres, tadi dah hantar kat tukang jahit....tinggal kasut je...hehehe....baju husband pun dah beres...alhamdulillah....So...esok jumaat, ingat nak pusing2 sebuah pusat memebeli belah kat kl tuh....cari bj2 anak...hahaha....shopping lagi... Nak shopping sekali gus...tak mampu le...beli separuh2 dulu....hehehe.
Salam Rejab
Salam...
Aku nk ucapkan terima kasih kepada yang sudi menjengah teratakku yang mula usang, setelah sekian lama tidak menjengah teratakku ini. Hari ini tergerak hati utk menulis di teratak ini. Pagi ini terasa begitu tenang, nyaman, segar dan apa saja yang sewaktu dengannya.:-)). Moga-moga ketenangan ini akan bertahan lama untuk hari ini dan seterusnya.... Tidak sempat untuk aku membuat ucapan hari2 istimewa yang telah pun lama berlalu, namun aku tetap nak ucap juga, "Selamat Hari Ibu" dan "Selamat Hari Bapa"(baru saje lepas). Tapi aku rasa tak salah untuk mengucapkan bila2 masa2 saja....kerana ibu dan bapa sentiasa di hati ku....Tambahan lagi dengan gelaran ibu yang aku pikul sekarang ini membuatkan aku lebih memahami hati dan perasaan seorang ibu...Dan...Salam Rejab....
Tuesday, May 5, 2009
Mom's Schedule ... Jom Share!
Salam.
Rasa lama benar tak tulis apa2 kat blog ni. Sangat lama! Ada juga ku menjengah, tapi tak tulis apa2, just baca entri lama2, hehehe. Rasa ada benda nak tulis, tapi tak terluah...:-)) Kerja pun boleh tahan banyak. Kononnya mengejar SKT..., huh, tak mungkin tercapai! Apa-apa pun, sehabis daya tenaga telah digunakan untuk mencapai SKT walau hakikatnya itu mustahil (memandangkan sekarang sudah bulan Mei....). rasa tensen pun ada gak, tapi aku cuba wat tak tau, dan cuba mengawal tahap ketensenan aku tu. Tensen2 kan, 'produksi berkurangan!'...hehehhe.
Aku nak share aku punya schedule ni, (mom's schedule) saja ... untuk tatapan umum...(U)...hehehhe....DAN YANG PALING PENTING, AKU NAK TAG KAWAN AKU NIH! NAMANYA MARWATI. Walaupun dia belum bergelar ibu, tapi aku nak dia buat juga, tapi lady's schedule...hehehehe.
5.30-mula menggeliat....hehehehe....susukan Wafiy barang 5/10 min sebelum aku g mandi.
5.45-siapkan peralatan BF
6.00-Mandi, solat subuh, persiapkan diri.
6.35-Siapkan Wafiy dan Iman (tukar pampers)
6.50-Keluar rumah-hantar anak-anak ke rumah pengasuh
7.00-bertolak ke pejabat-naik motor+lrt+jalan kaki dari dari Stesen Hang Tuah ke DBP....
7.35/7.45-sampai ke pejabat
8.00-Sarapan....nyum nyum
8.30-Mula bekerja....dot dot...tek tek...hem...zzzz..ssss...kkkk
10.30-11.00-menjalankan tanggungjawab untuk wafiy I***
12.30-lunch
1.00-menjalankan tanggungjawab untuk wafiy II***/solat zuhur
4.00-menjalankan tanggungjawab untuk wafiy III*** (bergantung kepada keadaan dan tugas2 di pejabat, jika tidak sempat, akan dibuat nanti balik rumah)/solat asar
5.00-bertolak balik ke rumah.
5.30- ambil anak
5.45-susukan Wafiy..../berehat sambil tonton tv/melayan anak-anak.
6.45/7.00-kemas2 skit di ruang tamu+bilik(yg tak sempat kemas pagi2 tu..ehhehe)
-masuk dapur-sediakan makan malam seringkas2 nya sambil uruskan kain=basuh kain le... (si papa akan melayan anak2....)
7.45-8.00-mandi/solat maghrib
8.30-Susukan Wafiy(jika belum tidur, kadang2 petang, blk dr rumah pengasuh petang tadi sudah tidur).
8.45-makan malam/kemas dapur
9.15/9.30- kemas peralatan (baju2..etc) anak2 utk dibawa ke rumah pengasuh+lipat kain/jemur kain/seterika baju/solat isyak, sapu lantai/mop lantai-(bergantung kpd keadaan)
10.30-masuk tidur (tengok tahap mengantuk..heheheh)
*Hari sabtu/ahad, schedule akan berlainan...:-))
okey CIK MARWATI- nah sekarang, sy nk tgk awk punya schedule sbg anak dara...ehheheh....sajer bertukar2....jgn marah....
Thursday, March 12, 2009
Makanan pertama....
Makanan pejal
1) Bilakah perlu/sesuai dikenalkan dengan makanan pejal?
Ketika berusia 6 bulan ke atas dan bayi bersedia untuk makan.
Antara tanda-tanda bayi bersedia:
- membuka mulut apabila sudu didekatkan pada bibirnya
- tidak menangis
- pandai mengunyah dan menelan
2) Makanan pertama
Disyorkan memberi bubur nasi kosong lecek/lenyek/kisar halus. Kemudian boleh ditambah ayam, ikan sayur secara berperingkat. Tidak perlu ditambahkan garam.
Jika bayi sembelit atau cirit-birit ketika baru dikenalkan dengan makanan pejal, hentikan beri makanan. Mungkin bayi belum bersedia.
Boleh juga diberikan bayi anda puree buah-buahan. Buah-buahan citrus (limau etc) tidak sesuai untuk bayi di bawah satu tahun.
Beri bayi anda menu makanan seimbang. Susu perahan boleh dicampur ke dalam bubur nasi. Dicampur ketika hendak makan.
* Sumber:Modern Mombaby Group
Alhamdulillah...Wafiy telah diberi makanan pertamanya pada 7 Mac 2009....:-))
Tuesday, March 10, 2009
Amir Yusuf....27/6/08-6/3/09
Pada mulanya, seorang rakan telah perkenalkan aku satu blog http://www.fajaril.net/blog/2009/03/. Kata rakanku itu, "k.diana, baca la blog ni, sedih sangat".... Aku pun cepat2 buka blog tu dan ingin berkongsi kesedihan tu, dan pada masa yg sama nk tau apa cerita yg menyedihkan sgt tu. Rupanya, blog tu pasal sseorang baby, namanya Amir Yusuf (indahnya nama....) yg menderita satu penyakit dari awal sejak dia dilahirkan. Sedih sangat2. Bercucuran air mataku ketika menatap cerita dalam blog tu, dari sehari ke sehari dia(fajaril-blogger) itu menceritakan detik2 Amir Yusuf di hospital. Lantas ku teringat Iman dan Wafiy-mama rindu pada kalian berdua!
Ahad-8 Mac, Rakanku-mesej mengatakan Amir Yusuf telah pergi pada Jumaat 6 Mac 2009. Tanpa kusedari, air mata ini mengalir-mengalir bersama-sama hujan di luar sana. Lantas aku memeluk kedua-dua permata hatiku sambil air mata terus mengalir di pipi. Sang suami melihatku kehairanan, lantas kuceritakan tentang Amir Yusuf dan blog itu. Aku tak dapat membayangkan ibu dan bapa Amir Yusuf saat pemergiannya....
Hari ini cepat2 aku buka internet-blog fajaril-aku baca detik2 Amir Yusuf sebelum meninggalkan alam ini, juga gambar2 ketika pengkebumiannya. Amir Yusuf telah pergi untuk selama2nya pada 6 Mac 2009, Jumaat pada 12.15 tengah hari di bumi Glasgow. Al-fatihah. Sesungguhnya Tuhan amat menyayangimu, Amir Yusuf. Semoga Amir Yusuf bersemadi dengan aman di sana. Takziah untuk keluarganya. Walaupun aku tidak mengenali mereka, tetapi pembacaanku melalui blog itu membuatkan aku merasa dekat dengan mereka.
Amin.
Dunia ini hanya sementara-akhirat juga yang kekal. Sentiasa mengingati mati membuatkan kita sentiasa dekat dengan-Nya.
Salam Maulidulrasul....(mendengar kisah ketika nabi dilahirkan dan detik2 menghadapi sakaratulmaut-terasa syahdu di hati)-sesungguhnya Rasulullah begitu menyayangi umatnya, tapi sejauh manakah kita sebagai umatnya mengingati dan merinduinya??
Friday, February 13, 2009
Thursday, February 12, 2009
ImanWafiy
Pengasuh sakit. Tak dapat nak buat apa. Cuti. Sampai bila aku nak cuti. Kerja2 di ofis berlambak2. Akhirnya aku ambil keputusan untuk menghantar Iman n Wafiy ke (TASKA). Tumpang untuk beberapa hari (nasib baik Taska tu terima). Rasa sebak juga hantar mereka kat situ. Orang lain yang tak memahami aku pasti menganggap hantar ke taska adalah perkara biasa. Tapi aku...rasa kesian, sedih kat Iman n Wafiy.... (sebab aku tak pernah antar anak2 ke taska). Yang paling menyedihkan bila Iman menangis setiap kali antar dia ke situ, dan Wafiy tak dapat minum susu aku!! Taska tu tak terima susu selain susu tepung!! :-(( Sorry sayang! Aku cuba juga bertanya makcik2 kat blok aku tu, kalau ada yg dpt jaga anak2Tapi tak ada. Mungkin ada, tapi kerana pencarian aku yg singkat tidak memberi hasil yg baik kpd ku. (Dengan harapan pengasuh akan sihat dan dpt menjaga Iman n Wafiy).
Iman tak dapat terima kenyataan yg dia dihantar ke taska. Asing baginya apabila melihat ramai kanak2 di situ. Dalam perjalanan ke Taska, dia senyum2 aje...bila sampai je kat pintu pagar taska tu, terus menangis, tak nak turun dr kereta. "Tak nak, Tak Nak, Ibu!! Iman nak ikut Ibu.....!!" Rintihannya itu membuatkan aku rasa lebih sebak. Hari pertama dia di Taska, aku tidak dpt menumpukan pada kerja2 aku di ofis. Aku menelefon K.Ros-pemilik Taska, bertanyakan tentang mereka berdua, katanya, "pagi tadi Iman hanya menangis sekejap sahaja, dah main2 tu dgn budk2 lain." Mujur....
Sudah 4 hari termasuk hari ni mereka di taska. Hari ni, Iman tidak lagi menangis seperti hari2 sebelumnya. Agaknya sudah bertemu kawan (hati rasa lega sikit). Semalam, kata Iman, "Iman makan miun (mihun) denga (dengan) air warna ijau". Cuma masih rasa terkilan yang amat kerana wafiy ... susu. Berharap semoga hari ini hari terakhir mereka di taska. Sebab semalam Pengasuh cakap Insya-Allah minggu depan dia akan jaga mereka berdua. Fuhh..lega...
*Salam Takziah untuk K. Halilah atas pemergian bonda yang tersayang. Al-Fatihah. Semoga rohnya aman di sana. Amin.
Iman tak dapat terima kenyataan yg dia dihantar ke taska. Asing baginya apabila melihat ramai kanak2 di situ. Dalam perjalanan ke Taska, dia senyum2 aje...bila sampai je kat pintu pagar taska tu, terus menangis, tak nak turun dr kereta. "Tak nak, Tak Nak, Ibu!! Iman nak ikut Ibu.....!!" Rintihannya itu membuatkan aku rasa lebih sebak. Hari pertama dia di Taska, aku tidak dpt menumpukan pada kerja2 aku di ofis. Aku menelefon K.Ros-pemilik Taska, bertanyakan tentang mereka berdua, katanya, "pagi tadi Iman hanya menangis sekejap sahaja, dah main2 tu dgn budk2 lain." Mujur....
Sudah 4 hari termasuk hari ni mereka di taska. Hari ni, Iman tidak lagi menangis seperti hari2 sebelumnya. Agaknya sudah bertemu kawan (hati rasa lega sikit). Semalam, kata Iman, "Iman makan miun (mihun) denga (dengan) air warna ijau". Cuma masih rasa terkilan yang amat kerana wafiy ... susu. Berharap semoga hari ini hari terakhir mereka di taska. Sebab semalam Pengasuh cakap Insya-Allah minggu depan dia akan jaga mereka berdua. Fuhh..lega...
*Salam Takziah untuk K. Halilah atas pemergian bonda yang tersayang. Al-Fatihah. Semoga rohnya aman di sana. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)