Tuesday, August 17, 2010

Dalam Kebahagiaan, Ada Kesayuan

-Diam tak diam, Ramadan 2010 merupakan Ramadan kelima aku bergelar isteri kepada Mr.Hanapi, tahun keempat menjadi ibu kepada Muhammad Iman Haziq dan tahun kedua menjadi ibu kepada Muhammad Adam Wafiy, sekali gus, tahun keempat menjadi ibu kepada kedua-dua permata hati ini. Alhamdulillah, memanjat rasa kesyukuran kepada Maha Pencipta, dianugerahkan kebahagiaan dan kesihatan kepada kami. Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk menghirup udara di atas muka bumi ini. Rasa syukur kepada-Mu Ya Allah kerana masih diberi peluang bersama-sama keluarga tersayang, ma, ba, adik-beradik, dan sanak saudara yang lain. Syukur Alhamdulillah. Semoga Ramadan bulan mulia ini, diberi keberkatan oleh-Nya dan dapat menyempurnakan ibadah ini. Insya-Allah.
-Dalam pada meniti kebahagiaan, tidak kulupa kepada yang telah pergi. Tahun kedua pemergian mok (nenek sebelah ba), menghadap Ilahi. Umurnya yang menjangkau 80, badannya yang kecil, tetapi masih diberi kekuatan oleh-Nya, tiba2 terkulai layu di bilik peraduan, sangat mengejutkan kami kaum keluarga. Semoga arwah tenang di sana, di sisi Maha Pencipta.
-Ramadan dan Syawal yang akan menjelang ini juga merupakan tahun pertama pemergian tuk ayah (datuk sebelah ma). Pemergian arwah sangat tenang. Walaupun kurasa terkilan tidak sempat bertemu dengan arwah, namun, doaku sentiasa mengiringi arwah. Hari raya pertama pasti kami akan berkumpul di rumah tuk ayah, sambil mendengar omelan arwah yang beitu begini tentang anak cucu. Dan, kek kukus buah ialah kegemarannya, pasti dihulurkan oleh ma kepadanya di pagi raya.
-Kepada Nurain Mohd Nor, kakak keduaku, yang telah menemui-Mu selepas beberapa hari dilahirkan, ku sentiasa mendoakan untuk arwah ... teringin untuk bertemu arwah, walaupun dalam mimpi.
-Al-fatihah kepada mereka, sanak saudara, muslim dan muslimat yang telah pergi menghadap Ilahi. Sesungguhnya, daripada Dia kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.

Hari Ke-7 ... jeng jeng jeng!

Salam.

Alhamdulillah, dah 7 hari puasa, cepatnya masa ... jeng jeng jeng! Apa yang jeng jeng jeng tu? Hahhaa, tak ada apa2, saja2, penyedap judul entri. Tapi kan, dah boleh dgr lagu raya ke? Hehhe. Boleh cerita pasal baju raya tak sikit? Hehhehe. Entri ni, banyak 'hahhaha' dan 'heheheh'. Dah 7 hari, tapi baju raya anak2 belum beli apa2, baju raya diri sendiri, tak kisah sangat, sehelai untuk pagi raya, sedang dijahit, jangan pula tak siap ye, sehelai tu je lah baju raya ku. Raya kedua, pandai2 le pakai yang mana ada. Heheheh, raya ke-3, pakai yang mana ada juga. Raya ke 4? Tak tau lagi, mungkin dah gerak balik KL, belum buat kata putus. Tengok, bagus kan, tak membazir ... heheheh. Baju Mr. Hanapi pun belum ... Tapi baju anak2, MESTI BELI, kesian la kan, anak2, mesti baju baru, kasut baru ... masih sempat lagi membeli dan membelah ... ahehheeh. Alamak, dah terlebih2 pula cerita pasal baju raya. Termalu pula ... Hheheh(sengih2 macam kerang busuk). Kuih raya? Lain hari lah cerita, sebab dah malu2 kucing ni....;-)
Dalam 7 hari ni berpuasa, hidangan berbuka pun ala kadar, selera masih biasa2, teringin juga nak berbuka puasa yang best2 skit kat luar, harap2 dapat la nanti. Insya-Allah. Kuih? Oh, tiba2 teringat kuih sira pisang ma kat kampung, akok Cik Kamariah Kg Lemal, jala mas kegemaranku. Gulai lemak kuning isketambola ma, wow, bestnya! Isy, pagi2 dah terbayang2 makanan. Upss ... ampun ya. Hehhehe.
* Ehem, tak dapat bonus, dapat duit raya pun dah ok kan? Entah le, tengok gaya, macam ... entah lah! Kalau dapat tu, boleh le beli 'bulu2' kucing idaman kalbu!

Wednesday, August 11, 2010

Pertama Ramadan

Salam Pertama Ramadan.

Hari pertama berpuasa, rutin berubah, pagi2 sampai ofis-7.25 pagi, mata dah berat sungguh, belum sempat ke kerusi, terus masuk bilik kecik...hehehhe...zzzzz. 8.30 pagi bangun. huaaaa, bestnye tidur, rasa lega. (Syyyy, jgn bagitau bos ye, tapi bos kami okey, janji kerja siap, apa salahnya, pagi2 ambil tenaga, baru boleh buat kerja. Hehhehe).

Sahur? Hem, semalam petang letih sangat, tk sempat nk prepare apa2, so, sebelum tidur, masak nasi siap2, rebus telur masin, pukul 4.50 pagi bangun, panaskan nasi, goreng ikan masin, huhuuh, itu aje lah sahur pertama. Demi menjaga pengeluaran susu, kuambil roti berinti sebagai pengalas sampingan, air milo, air suam (sebanyak yang mampu ditampung perut, aduh, kembung perutku), 2 biji kurma. Harap2 sahur kedua, lebih baik. Eheheheh. Wafiy? Hohoohoh, bangun juga bersahur-keropok goreng. Aduhai Wafiy. Iman? Erm, tidur nyenyak. Mr Hanapi? Tak kisah sahur menu begitu, yang penting, telur masinnya ada. Tapi kesian la kan? Insya-Allah, sahur kedua lebih baik, mee goreng pun boleh kan?

Dan, pagi tadi juga-sambil pakaikan baju sekolah Iman, bagitau Iman-"Iman, hari ni dah start puasa, 1st Ramadan, tau...." (kat sekolahnya, tiap2 hari duk kira hari, menjelang Ramadan). Seperti biasa, jawapan confidennya-"Okey mama, Iman fasting!". "Fasting susu ke?" Hahhahah.

Selamat berbuka! (Menu apa petang ni??) Masing2 tentu sudah request nak masak/makan apa kan? Apa2 pun, selamat berbuka, elakkan pembaziran, dan, selamat berterawikh, bagi yang 'berkemampuan').


**(harap2 pengeluaran susu seperti hari2 biasa. Insya-Allah)

Tuesday, August 10, 2010

Esok Puasa?

Stop berangan! Haaa!!? Dari semalam berangan baru berhenti hari ni ya? Hahahha, mana ada...just kidding (cover malu lah tu!)
Dah2 le berangan cik kak oii, esok nak puasa dah, Ramadan sudah datang, Alhamdulillah. seronoknya, berpuasa....pening la kepala ku, tiap2 hari duk fikir menu berbuka/sahur.... Apa2 pun, SELAMAT BERPUASA UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....

Monday, August 9, 2010

Mari Kita!

Mari kita berangan....
Kita ke?
Aku saja ... yang berangan ... angan2 ke puncak awan, atau ke langit ke 7?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


Angan2 tinggi melangit, akhirnya ku tertidur.....zzzzzz. Pelamin anganku musnah!
Bangun tidur, berangan lagi....Hahhahaha Full stop Tanda Seru

Tidak Sengaja (080810)

Secara tidak sengaja, mahu jalan2 di Mid Valley, tengok parking setiap zon penuh, yang tinggal, zon B, terus meluru, n cari parking, itu pun 30 minit, baru dapat tapak kosong. Alamak, ini parking untuk ke Gardens. Tak pernah pun jejak ke Gardens, hem, apa lagi, redah aje lah. Pusing2 dalam Gardens, seronok juga, orang tak ramai, apakah kerana tengah bulan? Atau, orang tak minat sangat ke Gardens? Apa-apa pun, pendapat kami tentang Gardens, best, jalan pun okey, tempat makan pun, tak mahal sangat (Food Garden), kira okey la. Di sini pun ada Gap-tapi, sale yang mamazarin cakap tu, dah habis la. Saja, cuci2 mata. Akhirnya, setelah cuci2 mata, poket juga cuci-untuk raya ye-Levis libas mama! Thanks Mr. Hanapi!

Friday, August 6, 2010

Catatan Ringkas Cameron

31 Julai 2010:
- Kami ke Cameron, itu pertama kali sampai situ. Tempatnya, boleh tahan.... Tapi perjalanan ke sana, amat memenatkan. Tak banyak tempat kami jelajahi.
-10.30 pg-bertolak, berhenti sekejap2 di Perhentian Rawang, Tapah, dan melalui Simpang Pulai, sampai di Brinchang, jalan sedikit jem, dan akhirnya sampai di Tanah Rata dan menuju ke penginapan Rumah Persekutuan Cameron Highland-3.00 ptg.
-Mata dah penat, badan dah layu-pening2. Berehat/Tidur.
- 5.00 petang, bersiap sedia untuk ke Healthy Farm, bersebelahan rumah penginapan, tiba2 hujan turun, aktiviti terbantut seketika. Hujan reda-ke Healthy Farm-makan2 aiskrim.
-6.00 petang baru start jalan. Kemudian ke pasar malam Brinchang sehingga malam, mencari2 tempat makan...dan balik ke rumah penginapan semula. Rasa sejuk mula mencengkam sehingga ke tulang. Sembang-sembang keluarga. Tidur....

1 Ogos 2010:

-9.00 pagi-jalan2ke pasar tani Brinchang (ye kot), pusing2 cri tempat sesuai untuk singgah-bergambar di Strawberry Park Resort, ke Kasi Manis, tp tk turun, tk menarik.

-11.00 pagi-check out, ke pasar (entah apa nama, cari2 sayur/apa saja yg sesuai untuk di bawa balik ke KL).

-Kemudian ke Pick Up Your Own Strawberries-kat sini sedikit seronok, tapi tempat mengutip strawberry dihadkan kepada 3 org sahaja.

-2.00 petang-ke ladang teh.

-3.00 petang-Bharat Tea-singgah minum teh (badan dah tak bermaya).

-4.00 petang-Balik KL.








-Pendapat tentang Cameron, kena pergi lebih hari sikit-3 hari 2 malam, baru boleh melawat banyak tempat, Kaktus tak pergi, Taman Rama-rama tak pergi....
-Dalam banyak2 tempat, kami suka ke pasar malam Brinchang, jalan-jalan sambil makan jagung bakar, syoknye!!!! Dan, kami suka suasana petang/malam Cameron yang sejuk!
-Yang paling tak syok di pasar malam, apabila anak2 mintak nak beli itu ini, yang tiada kepentingan, mainan ntah apa2, kat KL pun berlambak. Sabar aje lah.... Dan, jalan untuk sampai ke Tanah Rata-pusing2 macam ular kena palu, buat badan jadi lemah (ku sudah pening/pucat!). Sangat le tidak syok!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...