Friday, January 14, 2011

Uniform Baru dan Budak Baru

Ada seorang lagi 'budak baru' nak masuk ke Genius Aulad bersama-sama Iman. My name is.....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


... Muhammad Adam Wafiy! I am 3 years old!


Ha, itulah dia, Muhammad Adam Wafiy, belum cukup umur, tapi cakap dengan mama, nak pergi sekolah. Hehehehe. Semalam, Iman beli 2 pasang uniform baru, sebab 2 pasang yang lama, lengan baju dah singkat! Jadi mama beli lagi 2 pasang, boleh gilir2 nanti dengan yang lama. Dan, bila tengok ada 2 pasang uniform baru, terus saja Wafiy mengaku yang sepasang lagi dia punya! Hhahaha.... Apalagi, bila Iman try uniform baru, Wafiy pun jadi 'tukang sibuk'.

Wednesday, January 12, 2011





Keretapi Tanah Melayu

7 Januari 2011 (Jumaat) sekali lagi kami 4 beranak balik Pasir Mas. Balik kerja terus pulang, dan lebih kurang jam 3 pagi kami sampai. Alhamdulillah, ayah mentua ada perubahan, tetapi masih ditahan di wad. Sebelah badannya tidak dapat bergerak, dan tidak dapat bercakap. Tetapi, apabila melihat ahli keluarga dan kawan-kawan, masih kenal. Anggukan dan gelengan saja mampu diberinya. Semoga ayah kuat semangat!
-Petang Sabtu kami pulang KL. Apa? Satu hari saja di kampung? Oh, terasa penat ... tapi tak apa lah, demi keluarga kami berkorban. Kami memilih Keretapi Tanah Melayu untuk pulang KL. (Kereta kami-tinggal di kampung atas sebab2 tertentu). Naik keretapi? Ya, kami selesa naik keretapi, walaupun berbelas jam tempoh perjalanan, kami seronok, nak naik kapal terbang, kos dek non ... jadi, pengangkutan selesa untuk kami ialah KTM! Ini pengalaman pertama Iman dan Wafiy naik keretapi. Naik bas? Oh tidak, saya sangat2 jarang naik bas, tambah2 beranak pinak ni. Lebih selesa naik keretapi-tempat tidur. Itu pun dah hampir kehabisan tiket, yang ada, cuma katil atas. Terima sajalah. Alhamdulillah, anak-anak tidak banyak onar. Tidur sehingga pagi dua beradik tu. Walaupun pada mulanya Wafiy tidak mahu naik katil, sekejap saja, bila dh diberi susu, nyenyak tidurnya.

Mama sekatil dengan Wafiy

Sejak dari belajar lagi saya memilih KTM sebagai pengangkutan apabila balik kampung. Seronok, bersama kawan2, kalau saya pulang keseorangan, saya akan memilih koc tempat tidur. Wah, seronok-tidur, walau berbelas jam. Naik bas? Sangat jarang, sebab saya ni alahan (heheh), telan ubat tahan muntah la jawabnya. Saya pernah naik bas yang sangat kerap-ketika Iman ditinggalkan bersama keluarga saya di kampung. (3 bulan berulang alik naik bas sebab nak cepat sampai, tk sabar jumpa anak tersayang! Apa lagi, ubat tahan muntah peneman setia saya). Naik kereta ke destinasi yang jauh pun saya akan telan ubat muntah. Hehhehe, tapi keadaan ini berkurangan selepas saya beranak satu. Heheh? Apa sebabnya saya tidak pasti. Tapi, setakat pening2/sakit kepala berjalan jauh/mual masih terasa. Yang pelik, apabila naik keretapi, 'penyakit' saya ini tidak ada!

Papa sekatil dengan Iman-kedudukan mereka berhadapan dengan saya

Bertolak jam 8.15 malam(delay 1 jam!), jam 9.00 pagi Khamis sampai di Stesen KL Sentral! Fuh, lama kan? Apa-apa pun, perjalanan malam hari, tidak terasa sangat jauh, kerana kami nyenyak tidur, lepas sembahyang subuh, sambung lagi tidur! Hahhaha. Masalah tidak dapat tidur dalam keretapi tidak dialami kami, maklumlah sisa keletihan pulang dari KL (Jumaat) belum reda. Patutlah tidur nyenyak. Hehhehe....

Tuesday, January 11, 2011

Sila Jangan Ketawa! ;-)

Tiba-tiba rasa nak pergi joging dan bersenam! Ha, itu antara azam 2011 ni. Kami 4 beranak ingin meningkatkan kesihatan. Sila jangan ketawa ya. Heheheh, padahal diri sendiri dah ketawa bila kenangkan azam ni. Erm, serius ni tau! Harap-harap rancangan ini menjadilah ya. Jangan hangat2 tahi ayam. Erm, seluar trek dah ada, t.shirt? Pakai aje lah yang mana ada kan. Bukan nak melaram, nak p joging ya! Tapi ... kasut joging macam mana? Hhahah, rancangan tergendala kerana kasut joging belum ada. Kalau saya pakai crocs setia saya tu, aci tak? Setakat joging kecil-kecilan di Tasik Titiwangsa/Perdana sambil melayan anak-anak di taman, rasanya tak perlulah kasut joging ye tak? Tapi, pemakaian yang khusus adalah penting bagi menjamin mutu senam anda! Oh, kesimpulannya, sementara saya membeli kasut khas untuk bersukan (chewah, semangat ni), saya akan memakai crocs sahaja dan berjalan2 satu pusingan (satu pusingan sudah gigil kepala lutut) di tasik dan berkejar-kejaran bersama-sama anak2 di taman. Keluar peluh juga tu!!! (Dua minggu sekali ke taman tasik untuk bersenam, aci?)

Tapi ... aktiviti di rumah-lipat kain, ulang alik dalam rumah (agak2 berapa km ya dalam satu hari ulang alik dalam rumah?) , kejap nak itu, kejap nak ini, mop lantai, itu sudah dikira bersenam untuk para isteri/ibu. Ketiadaan masa boleh dijadikan alasan untuk tidak bersenam? Erm ... berjalan kaki dari stesen Hang Tuah ke DBP (bnyk km tu), bersenam juga tu. Oh tidak, misi berjoging perlu diteruskan! Di samping menigkatkan mutu kesihatan, dapat mengeratkan hubungan yang baik suami, isteri dan anak-anak juga!

--Meningkatkan mutu kesihatan saya juga-MAKAN LEBIH SAYUR!!!! (Biasa bagi mereka yang gemarkan sayur, tapi luar biasa bagi saya yg tidak gemar akan sayur!). Memandangkan doktor telah mengesahkan tekanan darah saya agak rendah (dari hamil hari tu lagi), saya akan lebihkan sayur2 (terutama bayam), kerang, untuk menambahkan darah dalam badan. Tetapi bagaimana tabiat saya yang gemar akan makanan segera? Aduhai, diri sendiri tak boleh nak jawab! Susu? Oh, saya akan minum susu anlenekah? (untuk elak reput tulang..heheh). Supplement? Oh, sedang diusahakan. Hehhehe ... nota untuk http://idarafidah.blogspot.com.

--Anak-anak-Memandangkan cuaca sangat sejuk sekarang ini, apabila malam tiba, saya akan perlahankan nombor kipas bilik/rumah. Iman:"mama, panas lah!" Oh, mama perlu pertahan hal ini. Dia cakap panas, tapi sebenarnya, dalam badannya sejuk. Buktinya? bangun pagi-batuk2. Ha itulah dia! Itu sebab, saya tidak benarkan Iman dan Wafiy tidak memakai baju apabila tidur! Walau cuaca panas-saya akan pakaikan mereka singlet!! Dada perlu ditutup. Masalah kesihatan tidak datang serta merta! Ia adalah untuk jangka masa yang panjang!

--Iman- Pergi sekolah dah mula belajar pakai singlet. Misi mama: mencari singlet banyak2. Sweater untuk Iman dan Wafiy akan dibeli juga memandangkan cuaca pagi sekarang ini sangat2 sejuk! Hari panas lain cerita! Heheheh.


"Manusia hanya mampu merancang, seterusnya berusaha untuk memiliki kehidupan yang baik, namun segala-galanya adalah kekuasaan Allah SWT. Hanya Dia yang menentukannya."
(Nota-gambar ihsan daripada adidas. TQ!)

Friday, January 7, 2011

Jangan Pisahkan Saya dan Ultraman

Iman dan Ultraman tak dapat dipisahkan. Di mana ada Iman, di situ ada ultraman, ada ultraman, adalah Iman. Hheheheh ... Iman sangat-sangat fanatik dgn Ultraman. Dari dia berumur, tidak silap saya, 2 tahun lebih2 kot? Ultraman dah macam 'kawan-kawan' dia. Nampak saja gambar ultraman, nak aje beli. Dan paling kelakar, kalau naik kereta dan melalui pencawang elektrik, dikatanya itulah raksasa. Seolah-olah menganggap ultraman dan raksasa itu ada di alam nyata!

Menonton video ultraman

Sekarang, soalannya lebih menunjukkan kematangan usianya, "Mama, Ultraman ni, WUJUD tak?" Dan, perlahan-lahan dia mula memahami bahawa tidak ada ultraman atau raksasa di alam ini. Hheheh. Wafiy pun dah terikut-ikut dan berjinak-jinak dengan ultraman tetapi tidaklah terlalu fanatik seperti Iman. Yang paling best, Wafiy tidak akan mengusik patung-patung ultraman kesayangan Iman, katanya, "Nya bang' (Abang punya). Ada hari-hari mood Iman baik, akan diberi satu atau dua patung ultraman untuk Wafiy.


6 ekor ultraman kesayangannya!

Nama-nama ultraman sudah dihafalnya. Bila saya tanya, nama-nama ultraman, semua dia tahu. Dyna? Mebius? Gaia? Tiga? Saya pun tak kenal nama-nama ultraman tu, tapi bila ditanya, "Macam mana Iman tahu namanya Tiga?" Katanya, "Mama tengok lah, kat badan dia/muka dia." Erm, rupa-rupanya identiti ultraman dapat dikenal pasti oleh Iman melalu badan/muka ultraman tu. Dan, bukan Iman saja yang minat dgn Ultraman ni, boleh dikatakan ramai kanak-kanak usianya, sangat2 fanatik pada ULTRAMAN!!

Apabila membeli patung ultraman itu, saya akan pastikan ada diskaun, normal price-36.90, diskaun tetap ultraman ialah 20%=29.90 lebih kurang. (Kopak duit!!).
Pertama kali mengenali patung ultraman ni ialah di KLCC! Kalau ke KLCC, mesti nak Ultraman. Untuk mengelakkan kerap beli Ultraman, macam2 alasan mama/papa beri. Hahhaha. Kadang-kadang Ultraman itu sebagai hadiah Iman rajin/baik. Ha, mulalah iman berlakon2. Hahha, Iman, Iman, macam2 hal! Sekarang ni, tak de dah KLCC, Iman dah mula kenal Sogo, sebab saya pernah beritahu dia, "mama beli ultraman ni kat sogo". Ha apa lagi, kalau nak Ultraman, disebutnya Sogo pulak!

5 Januari 2011

5 Januari 2011, Muhammmad Iman Haziq memulakan sesi persekolahannya untuk tahun ke-2 di Genius Aulad Wangsa Maju. Memandangkan Hanapi sangat sibuk pada minggu pertama persekolahan, saya bercuti dan menghantar Iman (naik teksi). Pagi-pagi lagi kami sudah keluar rumah, (selepas menghantar Muhammad Adam Wafiy ke rumah pengasuh).



Setelah sekian lama bercuti, saat yang dinanti-nanti telah pun tiba. Tiap2 hari duk tanya, "Mama, bila Iman nak g sekolah, bila Iman nak besar, bila Iman nak 5 years".



Iman-pelajar terawal sampai, terus ke tempat permainan gelongsor. Selepas membuat pembayaran, sambil2 bersembang dgn Teacher Ayu (pengetua GA WM), kemudian saya ke tingkat atas. Kanak-kanak (murid) 5 tahun ditempatkan di tingkat atas, dan, Iman ditempatkan di Kelas 5 Andalus.


Bersama-sama guru kelas (Teacher Siti) dan rakan sekelas (Darwisy)



Selepas tamat sekolah-menikmati KFC di Carefour

Tuesday, January 4, 2011

Sedikit Lega!

--Walau tidak sepenuhnya, sekurang2nya sudah ada sedikit RUANG KELEGAAN dalam diri saya. Dalam seminggu dua ini, saya, suami dan anak-anak agak kelam kabut. Dua minggu yang lepas, kami balik kampung tergesa2, ayah mentua tidak sihat, minggu selepas itu, Jumaat yang diberi cuti itu, kami bergegas lagi pulang ke kampung apabila ayah mentua sekali lagi menghadapi detik cemas di hospital. Agak kelam kabut kami pada pagi itu. Walau bagaimanapun, Ahad petang kami kembali ke Kuala Lumpur, dengan keadaan ayah mentua yang sedikit pulih walau tidak sepenuhnya. Rasa serba salah untuk tinggalkan mak mentua dan adik-beradik yang lain, dengan rasa pilu, Hanapi, saya dan anak-anak perlu juga berangkat ke Kuala Lumpur, mengenangkan Isnin adalah hari pertama sekolah dibuka. (Semalam, mak mentua beritahu, ayah menunjukkan sedikit reaksi yang positif. Alhamdulillah. Semoga ayah mentua cepat sembuh.)

--Semalam, hari pertama bekerja 2011, keadaan saya agak tak seronok, keletihan perjalanan yang jauh (4.00 pagi Isnin sampai KL) dengan keadaan rumah macam tongkang pecah! Aduhai. sabar aje lah. Diri yang agak berserabai semalam, ehhehehe, main capai aje baju dan tudung ke pejabat.

--Tetapi, alhamdulillah, hari ini, terasa LEGA sedikit, rumah pun 80% sudah diurus, tinggal kain baju belum dijemur dan kain kering yang perlu dilipat. Dan, petang semalam juga, balik kerja kami berempat terus ke rumah pengasuh baru Iman, rumah persinggahan Iman sementara driver van sekolahnya datang ambil, dan balik sekolah, Iman akan berehat di rumah mak cik itu untuk sementara Hanapi pulang dari sekolah. Sebelum ini, sepanjang setahun Iman bersekolah, pulang saja dari sekolah, Iman akan menumpang sekolah Hanapi, dan keadaan ini akan mengganggu persekitaran bilik guru. Tidak mahu ada suara2 tidak enak, Hanapi mengambil keputusan, untuk tahun kedua Iman bersekolah, lebih elok dicari pengasuh yang berdekatan sekolahnya. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Selepas singgah sembahyang maghrib di masjid area Wangsa Maju, Hanapi membawa kami ke Restoran Ikan Singgang. Katanya, ikan singgang di sini sedap. Saya angguk saja, sebab singgang2 ni, bukan fevret saya. Demi Hanapi, saya menurut saja, dan untuk saya, saya memesan Lala masak pedas. memang sangat pedas dan sedap!! Lala pedas, ikan singgang, ikan rebus goreng, sup untuk iman wafiy, nasi, air neslo saya, air tembikai Hanapi, air sirap Imanwafiy...ehheheh. Alhamdulillah, rasa LEGA lagi, dan kekenyangan.

--Petang ini, satu perkara lagi akan diselesaikan. Gunting rambut! Hahhaha, kedua-dua beradik itu, rambut sudah berserabai. Esok, 5hb, Iman akan memulakan persekolahannya (5 years @ GA Wangsa Maju). Dan, esok juga, saya akan bercuti untuk satu hari! Semoga segala urusan yang dilakukan akan dipermudahkan-Nya. Untuk ayah mentua, semoga kembali pulih seperti sediakala. Insya-Allah. Semoga ma (mak mentua) tabah menghadapi ujian daripada-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...