Baik
1. Dari segi hafazan - sangat bagus-mudah dan cepat ingat (Doa, bacaan dalam sembahyang).
Carta pencapaian buku 'Adam and Dina'
Kurang Baik
1. Kadang kala kurang fokus, dalam kelas, kata Teacher Siti, suka 'story-story' dgn kawan2. Apabila ditegur teacher, 'Iman....", senyap sekejap, lepas tu sambung balik story2 dgn kawan yg juga suka cakap2. (Tambah2 hari Isnin, banyak betul cerita nk bgtau kawan2...;-).
Carta Pencapaian Iqra'
i) Bagi masalah Iman yang pertama, macam mana saya boleh buat? Erm, tentu ada penyelesaiannya kan. Yang pasti, saya akui, Iman memang banyak cakap. Heheheh. Kita yang dewasa ni pun kurang fokus, apatah lagi kanak-kanak berusia 5 tahun.
ii) Masalah yang kedua, pastinya saya dan Hanapi kena lebihkan masa untuk mengajar Iqra' di rumah. Agar dia tidak berasa bosan, saya dan Hanapi bergilir2, memperuntukkan hanya satu halaman, satu hari. Insya-Allah....
iii) Dan masalah ketiga-seharusnya, saya kena beli lebih buku mewarna, untuk dia melatih tangan agar dapat mewarna dgn baik.
Apa-apa pun, kebaikan yang dicapai Iman, semoga dapat dipraktikkan sehingga bila2. Insya-Allah. Masa hadapan tiada siapa yang tahu. Hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui. Setiap ibu bapa, hanya inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Kita hanya mampu merancang, segala-galanya adalah ketentuan-Nya....