Wednesday, March 23, 2011

Iman Tulis Kat 'Belok' Mama ;-)

Assalamualaikum.

Hari ni, iman nak main tulis-tulis kat 'belok' mama. Mama cakap, mama tak ada cerita nak tulis. Mama malas lah tu!
Ini gambar Iman mandi kolam, tapi dah lama. Masa tu, rambut Iman panjang. Sekarang Iman dah potong rambut. Rambut adik pun dah potong. Mama cakap, kami hensem. Kalau Iman ajak mama mandi kolam, mama tak nak. Mama selalu macam tu. Mama cakap, bahaya mandi kolam. Iman nak mandi kat tempat air sikit. Tapi mama tak bagi jugak! Mama cakap, mandi aje dalam toilet.
Iman tak boleh tulis banyak-banyak, ini 'belok' mama, bukan 'belok' iman. Nanti mama tak nak beli beg sekolah Iman. Mama jangan lupa tau, nanti mama dapat duit, mama beli beg sekolah Iman tau! Beg sekolah Iman dah kecik.
Bai bai, Assalamualaikum.

Thursday, March 17, 2011

Memori Bersama Takkan Kulupa!

Selama lebih kurang 2 tahun kita bersama-sama, 5 hari seminggu, pagi-petang kau denganku ... akhirnya, 16 Mac 2011, ku mengambil keputusan ini ... untuk tidak bersama kau lagi. Aku akur dengan keputusan ini, walaupun kita terpisah, tapi memori bersama-samamu tak mungkin kulupa. Apa-apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kuucap padamu. Segala 'jasa' yang kau beri untukku dan si kecil, pasti disemat dalam hati kami berdua. Terima kasih! Moga-moga 'perpisahan' ini hanya sementara, ada 'jodoh' kita ketemu lagi. Insya-Allah. Jaga 'diri bebaik ya!

"Berat bebanku, meninggalkanmu,
separuh nafasku jiwaku sirna,
bukan salahmu, apa dayaku,
mungkin benar cinta sejati
tak berpihak pada kita,
kasihku, sampai di sini kisah kita...."






























































Heheheh....

Kebiasaan ke pejabat 2 beg-handbag dan beg hitam ni, bila bawa handbag aje, rasa lain macam aje, hari pertama tanpa beg hitam ni, kekok semacam, terasa tak best bawa satu beg aje ke ofis. Heehehhe...


Moga 'kita' ketemu di lain masa....;-)

Wednesday, March 16, 2011

Afiy aka Wafiy

12 Mac 2011, Afiy sudah berumur 2 tahun 6 bulan.



Tapi, mama cakap, Afiy masih lagi kecil.


Badan Afiy kecil, tapi Afiy sudah 'besar' lah, mama....





Mama, tengok! Afiy pandai bawa kereta!


Maaf ya, mama Afiy banyak kerja. Tengoklah gambar-gambar Afiy yang hensem ini. Hari ini Afiy duduk rumah dengan papa dan Abang Iman. Mama pergi 'work', papa tak pergi 'work', papa jaga Afiy dan Abang Iman. Bai bai....


Tuesday, March 8, 2011

Tak Cukup Tidur

Kata suami..;-), "awk tak de 2 hari, sy tk cukup tidur tau!" "Aik bakpo?" (Saya betul2 musykil, takkan lah jaga anak hanya 2 hari tak cukup tidur??). Kata suami lagi, "nok cukup tidur lagu mano, tidur malam, Wafiy, kejap2 nok susu, 2 jam-2 jam mitok susu." "Ha? ye ke?" (Barulah saya faham situasi sebenar-sambil tersengih2, dlm hati, 'tau pun ya, rasakan' ... hehe). Sebelum ni, saya tidak pernah tinggal Wafiy. Katanya lagi (banyak betul katanya..hehe), "Wafiy dgn awk tak pe lah, kejap-kejap selak, tengah2 malam buta pun tak payah bangun buat susu, selak aje, nah...mata tutup pun boleh beri susu kat Wafiy."

Dialog suami yang ni, saya tergelak. Tapi gelak2 saya pun ada makna. Itulah dia, salah satu daripada berpuluh2 kebaikan kanak-kanak minum susu ibu ni. So, untuk suami-suami di luar sana, sokonglah isteri anda (penyusuan susu ibu), supaya anda tidak perlu bangun tengah2 malam buta bancuh susu. Hahha, ups, gelak, gelak juga, apa yang penting, saya telah membantu para suami di luar sana! :-) Dan, story ini juga menunjukkan, betapa saya sangat2 diperlukan oleh Hanapi ... ekekkeke. Saya perasan?? (Muka merah-menahan malu)

**(Gelak tawa sambil berkongsi kebaikan. Insya-Allah....)

Monday, March 7, 2011

1.Tahniah + 2.Rindu + 3.Alhamdulillah

1.) 5 Mac 2011, saya ke Kelantan atas undangan program Bicara Karya Wilayah Timur. Alhamdulillah, sebuah karya yang saya tangani, Merpati Menari di Padang Embun, karya Zanazanzaly, penulis dari Pasir Mas Kelantan, dibicara oleh YBhg. Dr. Hajah Fatimah Busu, berjaya diadakan di Maktab Pengkalan Chepa, KB, Kelantan. Apa-apa pun tahniah untuk Zanazanzaly. Tahniah juga untuk Tuan Haji Wan Ahmad Ismail, karya beliau, kumpulan drama, Awal, Tengah, Akhir, turut dibicarakan oleh Sdr. Nazri Ahmad, pensyarah dari UKM. TAHNIAH semua!

Itu sebagai mukadimahnya. :-)


2.) Sepeninggalan saya selama dua hari, Iman Wafiy dijaga cemerlang oleh Hanapi. Thanks ya. Rasa rindu yang amat pada ketiga-tiganya. Apa tidaknya, kejap2 call, tambah runtun apabila, Iman, "Mama, kenapa mama tak balik lagi, mama cakap nak balik hari ni..." sambil teresak2 kecil. Wafiy? Selamba rock aje si kecik tu. Pada hari menghantar saya ke KL Sentral, Wafiy, menangis2 kecil, "nak ikut ama". Iman ketika itu, selamba aje, sambil berpesan, "mama jangan lama2 tau." Sudah lama saya tidak berjauhan dgn ketiga-tiganya, waima 2 hari, saya terasa lama. Walau apa pun, di Kelantan, saya di rumah ma, jadi, kesunyian saya tidaklah ketara sangat.... Cuma apabila mendengar suara Iman Wafiy, terasa nak balik KL, masa tu jugak! Hanapi? Heheh, RINDU juga....;-) (malu2 kucing)

3.) Apa-apa pun, dalam 2 hari itu, saya tidak lupa menjalankan tanggungjawab saya. Dan, inilah hasil yang diperolehi.... Alhamdulillah, dalam umur Wafiy yang menghampiri 2 tahun 6 bulan, saya masih diberi peluang oleh Allah Taala. Memang tak banyak, tapi saya sangat2 bersyukur dgn hasil yang diperoleh dlm 2 hari itu. ALHAMDULILLAH.... Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali rasa angkuh tak tentu fasal. Tapi saya sangat2 bersyukur dan rasa bangga kerana telah dipilih oleh-Nya untuk mendapat anugerah yang tiada bandingan. Semoga keluarga, rakan2 saya, turut dipilih-Nya untuk menerima anugerah ini. Insya-Allah....Amin....

**(Entri 3 in 1...;-)

Thursday, March 3, 2011

Layan....

Heheheh, petang yang agak meletihkan, minit belum siap, manuskrip belum abis edit, pruf dh semakin bertimbun. Uwaaaa. Bahu, badan2 dah terasa sengal2. Alah, manja sangatlah ... itu pun dah sakit-sakit badan, kalau pergi berkebun lagilah, dengan cuaca panas,. Ini duduk dalam air cond-come on babe! (melegakan hati sendiri) Hikhihkhihk ... apa2 pun jom layan gambar yang satu ini. Hhahaha ... tq k.Fida, emel gambar ni kat saya.

Pemuda pemudi harapan bangsa! Ya lah sangat....

Tuan punya blog-tudung bunga2 coklat muka macam coklat kopiko aje! Hhehehe ;-) Layannnn.

Tuesday, March 1, 2011

Awan Dania Siri III

Drama bersiri Awan Dania (AD) siri III, saluran 104, setiap Isnin, pukul 9.00-10.00 malam. Siri I dan II, tak pernah saya tonton, tapi sebelum ini saya tahu akan kewujudan AD, yang dibintangi oleh Scha al-Yahya sebagai pelakon utama. Kali ini (setelah ada astro) sesekali, secara tidak sengaja saya menonton drama ini. Apabila menonton Awan Dania, saya suka tengok Scha al-Yahya yang comel dan ceria! Dan suka tgk bila scha bawa handbag cantik! Hahahah. Jarang-jarang saya dapat menonton TV, kerana Iman (dengan izin), 'mengongker' saluran 611! Tapi kalau Awan Dania, Iman dan Wafiy, turut ternganga melihat drama ini. Apa yang syok sangat kanak2 berusia 5 dan 2 tahun setengah, melihat Awan Dania ya? Saya rasa, mungkin mereka seronok tengok kapal terbang, atau melihat Scha al-Yahya tu? Ehehheh....


Wafiy: Ama, wan ya wan ya (Awan Dania) ('ya' dibaca dgn suara yang sengau). Pa terbang sar (kapal terbang besar).

Iman pula, mulut ternganga tengok AD. Tapi, belum tamat siaran AD, dah terlena depan TV! Heheheh.

Dan, saya turut melekat depan TV, bersama-sama anak-anak menonton Awan Dania. Bagi saya, melihat AD, hanya kerana Scha yang comel, dan destinasi yang dikunjunginya, Korea, Australia....best! Tetapi, saya pernah terbaca satu komen pembaca di sebuah blog, katanya, AD mengguna perkataan yang tidak sopan, agak tidak sesuai untuk tontonan anak-anak kecil. Alamak, ya kah> tidak perasan pula, mungkin saya menonton drama ini tanpa menghayati dialog yang digunakan.

Baru-baru ini kami menaiki Air Asia, ketika berada dlm kapal terbang, lalu seorang pramugari, terus Iman cakap, "Mama, dia macam awan dania la!". Saya tergelak kecil. Mungkin pramugari itu tidak perasan Iman berkata demikian, tapi, penumpang sebelah kami, tersenyum2 melihat Iman.


++(Sumber foto: murai.com.)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...