Monday, May 9, 2011

Jalan-jalan Petang Ahad

Pagi Ahad, berehat2 di rumah, cuaca-masya-Allah ... rasa nak bersiram 24 jam. Kepala jadi pusing. Makin dilayan, lagilah rasa kehangatan itu - menyibuk2 diri di dapur, menyediakan hidangan tengah hari yang simple saja + desert la konon2 (desert menderhaka resepi). Petang-rasa agak bosan di rumah, dengan suara yang agak-agak didengar suami.


Mama:Iman, jom kita g jalan.

Iman:Jalan mana mama?

Mama:Entah, mana-mana la, meh2 mandi, ajak papa jalan!

Hanapi: Ha, cepat2 mandi....

Wah, jawapan positif disambut Hanapi..;-)


Dalam kereta, masih tak tau ke mana hala tuju....


Iman: Nak g mana ni papa, jom la kita g taman.

Tiada jawapan.


Kereta mula menghala ke Danau Kota....

Hanapi: Ha, kito make dulu, baru g taman.




Mali's Corner Char Kuey Tiaw@ Danau Kota, Setapak!




Dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 4 pagi


Tak cakap banyak, Hanapi terus memesan dua pinggan char kuey tiaw special (RM 7 sepinggan) , nasi lemak ayam goreng (tak ingat harga) untuk dua beradik tu, air tiga gelas, jumlah=rm 24.


Kesimpulan: Char kuey tiaw nya sedap!!


Char Kuey Tiaw (Yang kami pesan, udang lebih banyak daripada gambar di atas, 8/9 ekor udang bersaiz sederhana, ada kerang juga)


Nasi Lemak Ayam Goreng

**(Sumber gambar:Good food Fotopages.com)


Hanapi: Make banyok skit, kalu tidok, papa tok bawak g taman. ;-) ;-)



Alhamdulillah, rezeki petang Ahad, dapat merasa Char Kuey Tiaw Mali's Corner! Selepas menjamu selera di Mali's, kami menuju ke Taman Tasik Titiwangsa, tak de parking, orang ramai sungguh! Terus keluar. Iman mula memujuk papanya, "jom la papa kita g KLCC.... " Saya dah tersengih2, sambil menunjuk isyarat tangan 'bagus' kat Iman! Hahahha, saya yang lebih2! Alhamdulillah, mood Hanapi elok, terus ke Taman KLCC bagi memberi peluang anak2 membuaskan diri ... eheheh....



++(Nota Dieyana-pagi petang-minum ais! Aduhai....)

Selamat Hari Ibu (8 Mei 2011)

Selamat Hari Ibu untuk Ma saya. Ma, Na sayang Ma! Terima kasih! Betapa susah payah Ma menjaga Na dan kami adik-beradik. TERIMA KASIH YANG AMAT! Semoga Ma diberi kesihatan yang berpanjangan ... dan semoga HARAPAN Ma dan Ba untuk penghujung 2011, tercapai. Semoga dipermudahkan-Nya. Insya-Allah ... Amin.


Saya dan Ma yang anggun sokmo!




Ma (Mak mentua) yang steady sokmo!


Kepada Ma saya yang seorang lagi (Mak Mentua), Selamat Hari Ibu....TERIMA KASIH! Semoga Ma diberi kesihatan yang berpanjangan, dan tabah menghadapi segala ujian.... Amin.


Selamat Hari Ibu juga untuk saya dan kepada semua ibu di luar sana!



(Nota Dieyana: **Iman: Mama, "Selamat Hari Jadi" Ibu!) ;-) :-) :-)

Friday, May 6, 2011

Apa? Hari ini 6 Mei?!!

Masya-Allah, saya betul2 lupa!! Today is Hanapi's Birthday-besday tuk laki ambo!! Oh, saya sungguh dahsyat. Lebih kurang pukul 10 lebih pagi tadi baru saya tersedar, hari ini 6 Mei 2011! Macam mana saya boleh terlupa? Saya agak, tuan punya badan tu pun tak ingat hari ini hari lahirnya! Heheheh.... Macam mana saya boleh lupa! Ini mesti kes ghairah dgn "Merah 30 April", sehinggakan besday tuk laki sendiri boleh tok ingat! Hehehhe. Paling tidak pun, beberapa hari menjelang 6 Mei, saya akan sediakan sekeping kad hari lahir, ataupun standby entri khas untuk suami tersayang. Dan, biasanya, malam sebelum 6 Mei, saya akan beritahu Iman, "esok besday papa". Kali ini langsung tiada. Sah, masih berghairah dgn "Merah 30 April", hehhehehe. Sumpah, kali ini, langsung tak ingat!
Bila teringat tu, terus saya mesej kat Hanapi, ucap hari lahir. Tapi tiada balasan pun?! :-(

Apa-apa pun, for my lovely husband( Hahahah, tetiba romantik...malu ai!),

"Selamat hari lahir yang ke-32 ... semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kehidupan yang baik dunia dan akhirat, diberi kesihatan yang baik, menjadi suami, bapa dan anak yang baik dunia dan akhirat. Amin."


Lagi-lagi Majlis 30 April

(Nota Dieyana: Masih entri bergambar)


Hai....salam-bersalam saya hulurkan buat pembaca yang dihormati. Hari ini mood saya masih merah ... merah ... merah. Maaflah ya kepada yang anti-merah ni. Saya suka merah! Kombinasi warna pilihan saya sangat tepat, merah+hitam dan sedikit putih. Bajet lawa lah tu! Chettt! Hahhaha
Sungguh2 saya suka dengan kombinasi warna pilihan ini! Sehingga terkeluar taik mata warna merah!!


Lagi-lagi gambar di sekitar majlis 30 April 2011.

Ultraman datang nak potong kek!

"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Iman Haziq, Allah selamatkan kamu." Amin.... Potong kek.....tak de tiup2 lilin ya....;-)


(Saya sangat2 terlupa nak rakam ketika nyanyi untuk Iman ni....:-(






Adakah gambar di atas menampakkan saya yang terlebih2? Hahhaha! Wafiy-cool n steady!
Waktu potong kek ni, tetamu belum ramai, yang ada hanya adik beradik, ipar-duai.


Si kecik tu tetap mencelah nak interprem!


Saya dan birthday boy!


Lebih kurang pukul 4.00 petang, keadaan sedikit kelam kabut , tetamu semakin ramai. Rumah kecik kan, pandai-pandailah bawa diri masing-masing dan pandai-pandai la mencari tempat/sudut yang sesuai ehhehe....


Interprem sikit ... kakak saya yang banyak membantu dalam majlis tersebut. TQ! (ku suka gamba along hok ni, napok cerio!)

Belakang tu, mak cik saya dari Kelantan, kebetulan datang ke KL....
(Sila abaikan objek berserabai di belakang yang tidak patut dilihat! hehheeh)


Baju oren, pengasuh Wafiy, bersama-sama anak dan menantunya. (Tetamu yang terakhir datang ;-).


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik. Namun, ada waktu kemuncak yang menyebabkan rumah kecil tiang seribu saya agak sesak. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan daripada pihak kami. Semasa majlis, tidaklah penat, selepas habis majlis, terasa penat weihhh!. Kepada tetamu yang hadir, terima kasih atas kunjungan semua. Dan, kepada yang terlibat dalam majlis ini, sama ada sebelum, semasa majlis dan selepas, terima kasih semua!

Thursday, May 5, 2011

Sambutan Hari Lahir yang ke-5

(Nota: Entri bergambar-sesi 'mempersembahkan' hidangan....heheheh)

Hari yang dinanti-nanti sudah pun tiba....


Majlis Hari Lahir Muhammad Iman Haziq yang ke-5

30 April 2011

Sedikit hiasan dinding sebagai penyeri majlis :-)


Goodies bag untuk kanak-kanak ribena


Tambahan goodies bag


Kek Birthday-Chocolate Indulgence Secret Recipe, agak mengecewakan! Pendapat saya: Kek SR lebih sedap makan terus di restorannya, masih beku elok, memang sedap, bila dah terbiar gitu, cepat lembik, 'lembik jejet', huhuhu....(No candle for birthday boy ya! No tiup2 lilin ya! ... ;-))
Iman: Mama, kenapa ada bedak atas kek?!
Toinggg!!


Cheese Kek Strawberry-order dgn idazs. Tq ya....;-)



Karamel-kakak saya buat. Tq ya! Licin molek tekstur karamel mu! ;-)


Pulut kuning-kakak saya sponsor. Tq..;-)


Nasi Beriani+daging kerutub+ayam goreng berempah+sambal lada+acar-order dgn sepupu suami. Tq deh!



Dieyana's Bihun, Dieyana's Trifle, Tempura Nuget Goreng, Karipap Pusing-order dgn kawan suami, Rojak Buah+Colek
Air Oren.

Bersambung....

Wednesday, May 4, 2011

Persiapan Awal

Impian dan harapan kami untuk mengadakan majlis hari lahir anakanda yang ke-5. Persiapan 2 bulan sebelum majlis telah dilakukan agar majlis berjalan dengan lancar. Kami bukanlah kategori 'orang senang' kan, jadi, persiapan awal adalah sangat2 perlu, kumpul duit dulu nyah, barulah majlis comey. Majlis makan-makan2 ni, nampak aje simple gitu, paling tidak pun ... 700++. Bila dah ada pengalaman mengadakan majlis hari lahir, majlis kedua, ketiga dan seterusnya, pandai-pandailah kita menguruskannya. Sebenarnya, tidak kiralah majlis apa2 pun, yang penting, niat kerana Allah Taala, dan kita berpuas hati, begitu juga untuk tetamu yang diundang, dgn harapan, mereka juga berpuas hati. Insya-Allah.


Berkira-kira untuk menyambutnya di KFC. Lalu, kami 'booking' tempat di KFC Wangsa Maju. sebulan awal dari tarikh. Kami memilih 30 April 2011. Seminggu kami berkira-kira lagi, KFC bukan pilihan tepat untuk kami. Lalu kami membuat keputusan muktamad, majlis akan diadakan di rumah kami (sudah setahun mendiami rumah tersebut). Tambahan lagi rakan2 pejabat, selalu saja mengusik, bila nak ajak makan2 di rumah baru (rumah baru yang dah basi..heheh).



Sebulan dari tarikh tersebut, saya 'menggoogle2' beberapa laman web dan blog2 yang menyambut hari lahir, sebagai panduan dan cetusan idea kepada saya. Maklum la, seumur hidup saya, tidak pernah membuat majlis hari lahir. Dgn harapan dapat buat yang terbaik untuk anakanda Iman, tetapi dgn kadar yang sederhana. Insya-Allah.




Jemputan pun tidaklah meluas sangat, sekadar adik-beradik, saudara mara yang ada di sini, rakan taulan, sahabat handai, keluarga pengasuh anak-anak, dan jiran terdekat. Keluarga di Kelantan, tak dapat mereka menyertai majlis ini. Apa-apa pun, mereka menyokong majlis kami dari kejauhan.... Cuti hanya 3 hari, mana sempat mereka nak berjimba2 di sini. Insya-Allah, cuti 2 minggu bulan 6 ni, dapatlah mereka datang.... Insya-Allah..;-)



Kakak saya banyak membantu saya merancang persiapan ini. Rakan yang membantu saya dalam menyiapkan prop2 kecil, dan ada yang membantu mencadangkan saya kedai2 tertentu untuk mencari bahan untuk goodies bag dan sebagainya. Majlis hari lahir pun dah rancang begitu begini, belum lagi majlis kahwin. Kalau majlis kahwin, setahun nak kahwin, dah kena siap itu ini, ye dak?? Hahhaha....


Tq Fatin!


Namun demikian, dalam perancangan yang awal itu, masih ada perkara yang agak mengecewakan saya. Agak terkocoh2 juga, seminggu sebelum 'hari kejadian' jurufoto tidak dapat hadir ke majlis kami. Dan, petang sebelum 30 April, meja untuk hidangan diletakkan di luar rumah tidak ada. Tak apa lah, masalah kecil sahaja. (Walaupun kecil, tetapi memberi impak yang besar kepada saya!). Psstt, K.Fida, 2 hari sebelum kejadian tu, terima kasih ya, 'membantu' heheheh!


Pilihan warna tema kecil telah dibuat, iaitu, merah, hitam, putih. Tidaklah menetapkan warna baju kepada tetamu yang diundang, hanya sekadar kami 4 beranak, dan prop yang diguna ketika majlis tersebut sahaja, seperti hiasan, goodies bag.... sekadar menampakkan warna2 tersebut dalam majlis nanti!


Hidangan untuk majlis itu nanti, ada yang tempah, ada yang buat sendiri, serba sedikit, dan ada yang disponsor. Terima kasih semua!


(Nota Dieyana: Entri 'hari kejadian' akan menyusul nanti. Insya-Allah....)

Tuesday, May 3, 2011

Putik Pauh

Bahan:


-Mangga kecil (pauh)-diracik2 halus. (Saya guna mangga lemak yang putik, sebab pauh tu tak ada, jadi rasanya tidaklah masam sgt).

-Ikan-goreng tawar

-Cili merah+hijau-lebihkan jika suka pedas, lagi pedas, lagi meletup!

-Garam-secukup rasa

Cara:
Goreng ikan, ambil isi ikan, tumbuk bersama-sama garam, cili. Kemudian gaul bersama-sama mangga/pauh tadi. Siap! Makan bersama-sama nasi, sebagai pembuka selera....;-)

(Resepi asal- En Roslan bin Yusof (suami kakak saya a.k.a. abang ipar saya, hehehe)




Dan, malam itu, putik pauh ini dihidang bersama2 nasi panas dan ikan goreng masak kicap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...