Wednesday, July 13, 2011

Ultraman Ada Tuan Baru!

Dulu Iman yang fanatik ultraman, sekarang Wafiy pulok yang ambil alih! ;-)) Tidur dengan ultraman, mandi pun bawa ultraman ... bangun 2 dari tidur, "ane amen afiy?" Ultraman yang ada kat rumah tu dah jadi kepunyaan Wafiy, kata Wafiy, "abang amik atu aje (satu), afiy amik banyak!" ;-))


Tuesday, July 12, 2011

Sabtu yang Bersih! ;-)

Beberapa minggu sebelum ini:

Hanapi: Iman suka ke duduk rumah kita ni?

Iman: Suka!

Hanapi: Kenapa Iman suka?

Iman: Sebab rumah kita ada kolam ... (sambil sengih-sengih)

Hanapi: Ada kolam, tapi Iman tak g mandi kolam pun! (Sengaja mahu menguji Iman)

Iman: Sebab papa ngan mama tak bagi Iman mandi kolam!!

Hanapi terkedu dgn jawapan Iman, kemudian tersengih2, sebab apa yang Iman cakap tu, benar!


Iman hanya mandi kolam sekiranya sepupu2 dia datang. Ha, masa tu merengek2 nak mandi kolam. Selain tu, memang sangat2 jarang kami bawa anak2 mandi kolam di kediaman kami, sebab saya tak tahu berenang! Saya takut! Macam2 yang terlintas di fikiran saya! Ada la juga, saya bawa anak-anak mandi kolam di kediaman kami tu, tapi boleh dibilang dgn jari, hanya beberapa kali saja saya bawa mereka, sejak setahun kami mendiami di situ! Kalau nak juga mandi kolam, kami bawa mereka ke Taman KLCC tu, sebab kat situ, airnya paras betis saja! ;-)


Tiba-tiba terfikir, apa salahnya sesekali saya bawa mereka mandi kolam (mengguna kemudahan yang disediakan). Kebetulan 9 Julai, banyak jalan ditutup, dan tidak mahu cari pasal bersesak2 di jalan raya, lebih elok kami beriadah di rumah! Kelas taekwando Iman dibatalkan kerana 'Perhimpunan Bersih' tu.


Bukan main seronok Iman Wafiy mandi kolam, terutama Iman. Wafiy pula agak ketakutan, (macam mama dia jugak, heheh).



Swimming suit dan pelampung tangan baru! ;-)


Pukul 8.00 pagi kami dah turun ke kawasan kolam. Yang paling tak tahan, kalau dah turun, liat pula nak naik Iman tu! Puas dipujuk! Ting!!(idea datang)-"Iman, jom la naik, lepas ni mama rasa kat Tv ada ultraman!;-P" "Okey mama, jom kita naik." Hahahah, nasib baik la masuk rumah, buka tv, ada kartun kegemarannya ... lega makcik! ;-)



Sejuk la, mama!


Main2 di tepi ..."Fie tak nak dah, Fiy akut!"


Iman riang di kolam!


"Mama, Iman jadi shark boy!!" ;-)


**Sabtu yang melegakan! Sesekali beriadah di rumah, seronok! Tetapi hari Ahad kembali mengganas (ganas sikit aje,heheh), g makan gulai itik serati di Restoran Anis Pantai Dalam. Mabeles!!**

Monday, July 11, 2011

DFCC Kali Ke-2 ... Yehaaa!!

Puasa ganti hampir ke penghujung, harap-harap dapat la menyelesaikan dalam minggu ini. Insya-Allah. Fuh, berdebar juga, mana tidaknya, Ramadan makin menjelang, sedar tak sedar, hari ni dah 9 Syaaban! Kepada yang dah lama habis ganti, tahniah! ;-))


Ha, ni nak publish resepi lama dah, kes tak boleh tahan. Bila dah terjebak di blog Secubit Garam, memang tak dapat 'diselamatkan', lalu sekali lagi Devil Food Chocolate Cake (DFCC) menjadi pilihan saya. (Kali pertama buat DFCC) Nak cari kat kedai, sah2 tak de. Nak tak nak, buat sendiri lah ya, kan tak boleh tidur kenangkan DFCC ni! Jadi, lepas buka puasa, rehat kejap, lepas solat, sambung masuk dapur, dengan gigihnya buat kek DFCC untuk kali kedua! Yehaaa!!! Saya suka sangat kek ni, keknya yang lembap, dengan sedikit rasa masam2 keju, dgn topping ganache yang sungguh memberangsangkan! Bagi saya, kek ni tak muak, tambah2 bila disejukkan dalam peti, lagi rasa sedap dan kek masih kekal lembut dan lembap! Sekali makan, memang tak puas! Suami dan anak-anak juga 'berehi' DFCC ni. Nak buat pun, tidaklah sesukar mana pun. Cuma, bila nak kacau cis+mentega untuk lapisan atas tu, tangan kena kuat skit nak 'putar' adunan tu (itu pun nasib baik lepas buka, kalau belum buka, lembik gak le tangan nk bagi gebu adunan cis tu..hheheh-mixer tak de beb!).

Resepi ambil di http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2010/06/devils-food-chocolate-cake.html

source : Ayu S'pore
source : K.Nor@Secubit Garam

Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe) -**
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.

Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com


# Kalau sapa2 nak buat satu adunan pastikan guna loyang yg lebih kecil dr 8" x 8

(** Nota Dieyana-Dieyana tak tahu ttg buttermilk ni, jadi dieyana letak susu segar dutch lady yg dlm kotak tu. Fungsi cuka/vinegar dalam kek pun dieyana tak tahu, jadi, dieyana tak guna pun cuka dalam kek ni. Banyak kek yg saya jumpa kat blog2 lain juga bubuh cuka dalam kek. Menurut kawan saya, cuka tu boleh dikatakan berfungsi sebagai menaikkan kek. Mungkin ada yang tahu fungsi lain bubuh cuka dalam kek??)





.



.


.



.



.




Kali kedua buat DFCC, rasanya ada sedikit improvement. Heheheh, apa-apa pun terima kasih yang amat atas resepi ini.

Thursday, July 7, 2011

Cuci Mata!

Feeling2 rumah orang yang cantik. Apa salahnya cuci2 mata tengok rumah orang. Rumah sendiri, dah jemu kan.;-)) Konon2nya cari idea dekorasi! Bukan apa-apa, tapi syok+seronok tengok rumah2 cantik, dekorasi yang simple+moden. Nak jadi perunding hiasan dalaman rumah ni, sah2 tak layak, tapi kalau tak profesional tu, boleh la sikit2. Hheheheh.


Kali ni, saya nak kongsi 'cantik' di mata saya (Majalah Apartment keluaran Julai-September). Cantik ni sesuatu yang subjektif, masing2 punya citarasa kan. Ada orang suka hiasan bunga-bunga, hiasan ala2 Inggeris, ada orang suka simple, moden, kontemporari dan sebagainya!


Saya suka paduan warna putih, hitam dan sedikit coklat/kuning, menjadikan rumah beliau nampak natural. Sedikit hiasan yang simple saja-daun hijau dalam pasu comel. Teringin juga pasu kecil ada daun hijau, nampak comel, sekurangnya ada la sedikit hiasan penyejuk mata. Tapi saya tak pandai nak pilih daun macam mana, dan tak pandai nak jaga pokok2 waima pokok kecil. (ielafazilah, Dieyana tengok, rumah Iela pun banyak pasu2 comel kan-merah, putih ;-)) Bunga2 yang sarat, tidak menjadi pilihan saya.



Lampu gantung yang simple di meja makan-menampakkan suasana tidak terlalu sarat.


Otoman coklat cair (natural) yang dua bijik tu, bekenan la! Dulu, sebelum beli perabot rumah, rata2 saya cari ukuran otoman macam gitu, tapi tk jumpa! Yang jumpa pun ukuran yang besar sangat! Kalau yang kulit tu, mahal weiiii!


Nampak tak jurai2 hitam macam langsir (apa ke nama istilahnya), berfungsi sebagai pembahagi 2 ruang iaitu ruang tamu dan ruang makan, di samping menjadi hiasan rumah. Nampak klasik-moden dengan warnanya yang hitam. Sebenarnya, saya suka juga jurai2 tu, tapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil, kensel! Hheheheh.... Lampu gantung di ruang tamu tu okey-okey saja ;-) Mungkin okey la kot, sebagai penyeri siling, agar nampak sedikit mewah!


Dua gambar di atas adalah gambar dalam majalah, yang ini gambar betul2!




.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

.


.


.


.

.


.


.

.


.


.


.


.


.


.


.



tadaaa!!


Bantal buruk rumah saya! Jangan marah ya! Itu pun dah penyek, anak-anak, laki bini buat lapik tidur depan tv.;-)

++(Nota Dieyana: Bukan nak kritik2 rumah orang, tapi nak kongsi2 pendapat di samping mencari ilham deko2 rumah sendiri. Perabot tak de nak beli dah, tapi nak deko2 lain yang tidak sarat.)

Wednesday, July 6, 2011

Sayur Ringkas Dieyana

Sesekali saya akan masak sayur. Tapi saya tidak akan berasa bersalah kalau dalam menu makan tengah hari/malam saya tidak ada sayur! ;-)) Sesekali saya masak sayur, sedap juga!


Tumis bawang putih, bawang besar (kuning), sedikit ikan bilis, tumbuk sedikit lada hitam, masukkan sedikit sos tiram, sedikit garam, gula, masuk air(kalau nak kuah) cili hijau muda (hiris), masuk sayur kailan bulat, petola ... siap!


Basicnya sama saja, boleh letak sayur kegemaran masing2, boleh tambah apa saja yang disukai (suhun, udang/ daging/ayam, sedikit cili jika mahu pedas) selagi ia tidak memualkan tekak yang makan. ;-))


Kata suami, "ha, bukan payoh pun nk masak sayur, campak2 aje." Suami saya memang penggemar sayur. Tapi dia makan apa saja yang saya masak (reda dgn isterinya yang bukan rajin/pandai sgt masak ni). Tapi apabila dia yang pergi pasar, wajib dibelinya sayur. Dan, bila dia dah beli, kena la saya masak. Kadang2 saya buat tak tahu, dan dia pun terlupa ada sayur dalam peti ais, kering layu lah sayur tu jadinya, ;-))

Tuesday, July 5, 2011

My Mom and I ... ;-))

Dua tiga minggu sebelum ni, boleh dikatakan tiap-hari Iman cakap:


"Mama, Iman nak bagi mama buku. Iman buat buku untuk mama."


Buku apa yang dimaksudkan oleh Iman? Saya angguk sajalah. Saya beranggapan, ada aktiviti lah tu dibuatnya di sekolah. Apabila teringat tentang 'buku' yang dikatakan Iman tu, saya akan tanya Iman pula:


"Mana buku Iman nak bagi mama tu?"


"Belum siap la, mama!"



Dan akhirnya, Jumaat lepas, dia balik sekolah:
"Mama, buka la beg Iman tu, tengok apa dalam beg Iman."
"Ada apa?"


"Ala, mama tengok aje lah!"


Hehehe, konon2nya surprise lah tu kan. Layan je lah anak. Belum sempat saya capai beg sekolahnya, Iman lebih dulu buka begnya. Tadaaaaa ... untuk mama!



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.


Oooo, inilah buku yang disebut-sebut iman.



" Iman buat untuk Mama, mama simpan tau!!"


"Okey!"


Hheheheh ... pandai juga anak saya ni bikin suprise2 ya! TQ Iman! Huruf ditulis dekat2, saya kena baca betul2 ...


'My mom and I eat KFC',


'My mom and I like to cook',


'My mom and I play ball' ... etc


Kemahiran mewarnanya masih kurang memuaskan. Apa2 pun, jadilah Iman, janji ada warna. Entah2 mama dulu kecik2 lebih teruk! Hhahah...;-)








TQ IMAN! I LOVE U TOO! Tapi kalau iman nakal, mama tak nak kawan Iman! ;-))

Monday, July 4, 2011

Report Card Day-Muhammad Iman Haziq :-))

2 Julai 2011, saya, Iman dan Wafiy ke Genius Aulad Wangsa Maju-report card day GA (1st term). Hanya bertiga saja, suami berhalangan-larian 1 Malaysia tu la, pagi2 dah keluar (katanya, lari bermula dari pintu belakang sekolah, tamat di pintu pagar utama, hahahha, itu lari ke apa? Heheheh). Kemudian, bertugas sebagai penyelia untuk hari usahawan sekolah. Tak apa lah, saya saja yang menghadiri 'report card day' Iman tu. Bertiga naik teksi ... senang saja, teksi banyak depan rumah!


Di GAWM:

Menurut guru kelasnya (lebih kurang cam gini lah ayat teacher tu), "Alhamdulillah, Iman good progress, very alert with environment. Hafazan, very good, mudah ingat dan bacaannya lancar. And, always smile, smile, smile. :-))"


Menurut gurunya lagi, suara Iman ni, kuat! Hheheheh, kalau tiba giliran baca doa/niat solat, kuat betul, terang, jelas. Usolli, fardu zuhri ... sampai ke luar kelas, suaranya! :-O


Setiap perkara yang diajar di sekolah, dicatat dalam buku rekod (ditunjukkan kepada saya). Saya melihat perkara yang diajar, ada beberapa perkara yang perlu ditingkatkan lagi. Menurut gurunya, Iman bukan tak tahu, tapi kadang-kadang dia bertukar. Perlu dimulai oleh guru, barulah Iman dapat meneruskan sehingga habis bacaan. Contoh, surah An-Nas, surah al-Kafirun. Contoh lain, niat2 dalam sembayang asar, zuhur, kadang kala bertukar. Manakala, baca dan tulis jawi-baik. Alhamdulillah.


Kalau Iman tak datang sekolah, kawan2 mesti bertanya, kenapa Iman tak datang ... kiranya, Iman ni orang penting dalam kelasnya tu! Iman menjadi penyeri kelas 5 Andalus. ;-))


Perkembangan Buku Iqra'-Iqra' 3 ... Alhamdulillah


Perkembangan English Reading ("Dina's Book")-Level 6- Alhamdulillah

Apa-apa pun perkembangan Muhammad Iman Haziq, saya terima, baik buruk anak-anak kita, harus kita terima, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik daripada anak-anak kita. Sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada mereka. Sentiasa berusaha dan berdoa agar diberi rahmat dan perlindungan oleh-Nya kepada anak-anak. Insya-Allah.


Selepas bertemu guru kelas di GAWM, kami bertiga singgah di Wangsa Walk. Kata Iman, nak makan roti macam kita makan dengan Ba hari tu. Hheheh. Kami ke Roti Boy, makan2 minum2 bertiga. Kemudian, terus ke sekolah Hanapi-memeriahkan Hari Usahawan Sekolah. :-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...