Monday, August 8, 2011

Pagi 8 Ramadan


Iman: Mama, berapa hari lagi kita nak raya?


Mama: Lambat lagi Iman.


Iman: Berapa hari lagi?!


Mama:Banyak! 22 hari lagi.

Iman: Mama, Iman nak puasa lah hari ni!


Mama: Eh, Iman tak makan sahur pagi tadi, nanti lapar.


Iman: Tak pe mama, Iman dah minum susu banyak.

Mama: Okey, kalau Iman lapar, Iman makan lah ya!


Iman: Tak nak makan, Iman makan nanti azan la mama, macam mama dgn papa, makan petang nanti.


Mama: Okey, tapi kalau Iman sakit perut, lapar, Iman makan ya! (Saya tetap bertegas suruh dia makan).


Iman: Kalau sakit perut, Iman berak la! (Tersengih-sengih)


>_< pandai jawab!


Mama: Iman puasa esok la, esok Iman bangun sahur pagi, makan nasi ke, roti ke....

Iman: Tak pe lah mama, hari ni la. Hari ni, Iman tak nak makan, tak nak korek hidung, tak nak cakap banyak!


>_<

Friday, August 5, 2011

Sagu Ramadan

Pencuci Mulut Selepas Solat Terawikh ;-))


Asas=Sagu+Gula Melaka+Santan (Santan saya tukar susu cair). Tetapi kali ini, ada tambahan dan kelainan oleh Hanapi >_<


.


.


.


.


.


.


.

.

.


Masukkan 3-4 sudu besar air Yogurt Bliss Strawberi/apa saja kesukaan masing2 + aiskrim perasa vanila/coklat, dan coklat rice warna warni sebagai hiasan. Pada mulanya, saya ragu2 nak makan, "sedap ko nih?!" Sekali saya try, berkali2 rasa nak ulang makan! ;-)) Kata Iman, "nanti papa buat lagi ya, mama buat tak sedap, papa buat sedap!" Sambil menjeling2 tersengih ke arah saya. "Wah!! Okey la kalu gitu, papa masak, mama tengok tv!" Amacam?! >_<


Dan tak lupa saya hulurkan semangkuk kecil kepada jiran depan rumah. Sesiapa yang nak, marilah jadi jiran saya! >_<

Thursday, August 4, 2011

Kek Durian

Kek durian ni dah lama saya buat, sebelum Ramadan menjelang, tatkala saya mengganti puasa. Kalau kek ni masih ada, memang sah la basi kan. Tapi resepinya belum basi tau! >_< Apabila suami saya beli durian dan ada lebih, terus saya teringat kek durian DDK . TQ Idazs! Sedap kek durian mu! Kurang manis, lembut dan rasanya lemak2. Biasanya, kalau ada durian lebih saya akan buat cekodok durian, tapi kali ni, kasi umph sikit, kek durian! ;-))



BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi, (mat guna jenama Anchor) (idazs guna jenama SCS) =dieyana guna buttercup
100 gram gula halus @ gula kastor
2 biji telur gred "A"
150 g tepung roti (mat guna tepung gandum)* (idazs guna tepung kek) =dieyana guna tepung gandum
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
40 g serbuk badam
35 mililiter susu segar (mat guna susu sejat "IDEAL" =dieyana pun guna susu sejat)
150 g isi durian, dilecek halus
Badam keping untuk hiasan (idazs gantikan dengan chocolate chip) =dieyana guna badam- goreng tanpa minyak.

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 3 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar dengan kertas minyak. Satukan tepung yang telah diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan teru memutar hingga kembang, jarak waktu untuk 1 biji telur ialah 1 minit. Masukkan puree durian dan putar sebati.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung + serbuk badam tadi berselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar rata.
4. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur badam keping secukupnya atas adunan kek. Bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan.


**Nota Dieyana:Hari ni mood malas2 masak mula menyerang, jadi petang ni masak yang paling senang aje, tomyam campur+telur bistik. Insya-Allah. Cukup lah tu. Kuih sagu semalam masih ada dlm peti ;-))

Awal Ramadan: Suami Misali? :-))

Ramadan Pertama, teringin nak buat ayam percik. Tgh hari di pejabat, saya telefon kakak saya, tanya resepi. Dgn semangat waja, beli bahan nak buat ayam percik. Ketika dlm perjalanan dr opis ke rumah, dengan panjang lebar saya bercerita kat Hanapi, nak buat ayam percik. Diam saja Hanapi. Setuju la tu kot :-). Sampai rumah, g dapur, -Baca dgn nada terkejut: Wah! Sup ayam! Hanapi dah masak sup ayam. Oh, TQ Allah, tq Hanapi.... Dan, tugas saya, goreng telur dadar, dan ayam goreng kunyit, air-teh O panas, dan kemas apa2 yang patut di dapur (biasalah kalau lelaki yang masak kan)

Ramadan Kedua-Di pejabat, saya mesej Hanapi, "Hari ni saya nak buat ayam percik tau, balik sekolah nanti, wat tubik ayam deh." "Okey."

Balik rumah, buka pintu, eh ada bau la!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




Wah!! Ayam percik!! Kahkahkahkah, rasa nak peluk tiang. Ringan kerja ai petang ni! Tq Hanapi! Sengih sampai ke telinga lega ahhhh indahnya berpuasa! >_< Dan, saya menyediakan tempe, with suhun, fucuk; dan goreng daging sikit. Air-soya kotak sejuk


Apa-apa pun untuk dua hari tu, terima kasih ya, yu! Ringan kerja ai! Harap-harap ada hari2 lain, yu rajin lagi. Insya-Allah....>_<

**Nota Dieyana-Awal-awal Ramadan masih bersemangat dan idea mencurah2 nak masak itu ini. Entah sampai hari ke berapa boleh bertahan ni.... ;-))

Wednesday, August 3, 2011

Terima Kasih, Ma!

Seperti Ramadan yang lepas-lepas juga, TENTANG SAHUR- sudah menjadi rutin setiap sahur, Ma akan mengejutkan kami bersahur. Kelihatan kami seperti anak kecil kan? Dah besar panjang pun masih dikejutkan oleh Ma tiap pagi untuk bersahur. Tapi kami adik-beradik seronok dan sangat berterima kasih kepada Ma kerana tidak jemu2 kejutkan kami bersahur. Memang dah kunci jam pun, tapi biasalah, sesekali terbabas juga. Terima kasih Ma! Sesekali kami laki bini, terlupa kunci jam, tapi Ma menjadi penyelamat kami! Mesej daripada Ma: "Bangun Na!" Kalau tiada balasan dari saya, Ma mesej lagi: "Bangun doh ko, Na?" :-)) Terus balas mesej dgn mata yang masih terpejam.... >_<

Bingkas bangun menyiapkan apa2 yang patut untuk bersahur.... Dah jadi bini orang, anak dah dua, jangan buat perangai tak bangun sahur! Kalau diri sendiri tak nak makan nasi sahur, kena pikir suami yang memang makan nasi setiap kali sahur! Hheheheh



TERIMA KASIH MA!


Agak-agak, gambar di atas ada tak saya kelihatan seperti budak sekolah darjah enam??? (Sukar kan nak jawap soalan ni?) >_<

Tuesday, August 2, 2011

Mesti Ada!

Mesti (Wajib) ada setiap kali Ramadan! Tidak kira jenis kurma apa pun, asalkan ia buah kurma! (Kalau ada kurma sedap yang mahal tu, lagi syok, heheh. kalau beli sekotak okey la, kalau berkotak2, fengsan!;-))) 1-2 biji untuk berbuka, sahur pun 1-2 biji.
Teringat ketika berpuasa Ramadan yang lepas, tatkala masih menyusukan Wafiy, berkotak2 saya beli, kerana kurma dikatakan dapat memberi susu yang banyak untuk ibu menyusu (insya-Allah dengan izin-Nya). Ketika itu saya mengamalkan 7-8 biji kurma dari waktu berbuka, sebelum tidur, dan bersahur. Dan, ada ketikanya, saya buat jus kurma blend (susu segar+sedikit saja ais+buah kurma=blend). Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik pada bulan Ramadan walaupun ketika itu saya menyusukan anak, dan di pejabat saya tetap meneruskan mengepam susu (tidak kira berapa hasil (oz) yang saya dapat).

Antara khasiat buah kurma:

Khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sumber:http://permai1.tripod.com/kurma2.html



**(Nota Dieyana:Tentu ada yang mengamalkan buah kurma, bukan saja pada bulan Ramadan saja kan?)

Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadan

Harapan Ramadan

Ku mengharapkan Ramadan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


(Sumber: liriklagu.com)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...