Thursday, November 10, 2011

Anyhow, Anywhere, Anytime!

Mesti ada yang pernah makan waffle ni kan? Sedap ke tak sedap? Saya suka, anak-anak saya pun suka. Saya dah try perasa vanila, banana dan bluberi. Tapi saya lebih suka vanila dan banana. Harga dia RM 1.70 tak silap, ada dua keping dalam tu.


Pagi tadi saya sarapan dgn waffle ni lah, lepas tu top-up skit dengan kuih beli kat cafe opis, 3 ketul ... duk dalam air cond opis ni lapar sokmo ^__^) Kalau nak panaskan balik dalam bekas pemanas roti pun boleh, nak letak kaya/planta/mentega kacang pun boleh, ikut suka kita ... kita yang nak makan. Pemalas Macam saya ni, makan gitu aje! ^__^ Memang sedap, lembut aje!



2 keping memang tak cukup! =^__^=


Senang aje ada waffle ni, sumbat aje dalam handbag tu, kalau rasa lapar, sambil2 tunggu bas/lrt/ sambil drive keta, ngap aje ... tambah2 yang ada gastrik tu kan, makanan kena sentiasa ada dalam handbag, kan! Anyhow Anywhere, Anytime! ^__^


**(Eh tetiba rasa macam duta kecil tak berbayar Gardenia...ha3 Semalam cerita henbeg, hari ni cerita makan, hahah, apa2 pun boleh, semua ada dlm blog ni tau, rugi tak baca blog dieyana...;-)))

Wednesday, November 9, 2011

Tote Handbag

Salam ...

Wah banyaknya handbag! Mu jual beg ko Dieyana? Agak2 kalau saya jual handbag, laku ke?^__^ Tak de lah, saya tak jual, tapi saya minat kat handbag2 seumpama ini. (Apakah 'minat' itu bermakna mahu memilikinya? =^__^=)




Dulu langsung saya tak pandang bentuk beg serupa ini....


Tak tau la tetiba aje sekarang ni minat kat handbag cam gini, 'tote handbag' - nampak kemas, elegan (walaupun diri saya ini tak berapa nak elegan), feminin tapi tidak terlalu manja =^__^=



Tapi saya tak mampu untuk LV ....ermm...

Tapi tak mustahil kan ...





Kalau ada warna keemasan/silver, cun juga!






Dapat yang original sebiji, memang tak membeli handbag lain dah, 5-10 tahun ... ;-))



Itu aje lah untuk tatapan hari Rabu....


(Minat tak semestinya mahu memiliki, tapi kalau ada rezeki, apa salahnya kan? Ayat cover line =^__^=

Dah, sambung buat kerja! ;-))


(**Nota Dieyana: Sekadar melepaskan perasaan yang terbuku, heheh....)

Tuesday, November 8, 2011

Pagi Aidiladha 1432 dan Cerita Semperit

Salam, tentunya masih ada yang bercuti raya haji ... saya dah kerja hari ni, raya KL lagi tahun ni. Pagi raya haji, goreng aje bihun, ( baru perasan raya haji tahun lepas saya goreng bihun juga ). Biasalah, bangun pagi2 , kemas rumah, goreng bihun (tetiba rasa macam mak-mak pula, bangun pagi2, sediakan juadah hari raya utk suami n anak2 ... cewah! ^__^ Rindu kat Ba dan Ma di Makkah, pastinya mereka seronok beraya di tanah suci)


Iman dan papanya g solat raya ... kemudian, g masjid Flat Dato' Senu, tengok acara korban ... kemudian beraya di rumah pengasuh iman yang lama. Ada juga lah aktiviti raya haji walaupun di perantauan (eh, aktiviti raya tahun ni pun sama dgn aidiladha yang lepas ^__^)

Cuma yang lain skit, raya haji kali ni, ada semperit special (aci gitu?) ... Ini nak cerita skit ni,



Dengan jayanya Nana promote semperit ni, (sehingga buntang biji mata tgk semperit nana yang berwarna-warni ... wakakaka.) Maka, saya pun nak juga la merasa kesedapan semperit ni. Tapi tak de la sampai berbalang2 saya beli, first, try 2 botol kecik la dulu (tak nak tunjuk rakus la konon2 ... bersopan santun gitu ^__^ Sekali makan, rasa tak cukup pula!). Saya order satu balang kecik semperit original, satu lagi semperit perisa campur2. Satu balang kecik harganya RM 15....

Dengan bangganya SMS nana sehari sebelum raya haji, kami jumpa kat stesen lrt jelatek. Apa salahnya beli2 semperit sambil kenal blogger kan (walaupun kejap). Nice to meet u, nana! Lain kali boleh beli lagi, insya-Allah.


Ikhlas dieyana bagitau, semperit nana ni, sedap, gebu aje, rasa lemak2 majerin2, rangup (ada rasa macam sekut suji skit2). Sambil makan, sambil tengok semperit yang comel ni, (macam orang yang tengah menulis entri ni la =^__^=, Eh, tak sedar, balang hampir kosong! Tapi kan nana, dieyana n anak2 lebih suka yang original. Yang perisa campuran tu okey juga, tapi bau yang perisa2 tu, wangi ... dieyana ni cerewet sikit kalau makanan ada bau2 wangi. ^__^ Tapi kalau sesiapa suka dgn perisa strawberi, pandan, coklat dan keladi, Insya-Allah akan suka....



Nak order, silalah ke Blog Nana (Gambar atas ambik kat blog nana, heheh, tq ya!)

Apa2 pun, tq ya nana, lain kali boleh beli semperit original banyakbanyakbanyak...;-)) Kalau tak raya, semperit ni ada ke, nana??


**Nota Dieyana: Uols dapat banyak daging korban?? ^__^ Aisy, tetiba teringin nak makan rendang+pulut kuning....=^__^=

Friday, November 4, 2011

Aidiladha 1432

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha-10 Zulhijjah 1432.



Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

(Sumber: di sini)

(**Nota Dieyana: Tahun ni kami beraya di KL ... apa saya nak masak pagi raya ni ya? :-(

Thursday, November 3, 2011

Cerita di KLFC

Dah pergi mall baru siap kat Danau Kota tu? Kami pergi Ahad lepas! ^__^ Tapi jangan ingat saya yang beria-ria nak pergi tau! Suami saya yang ajak, “jom kito g KLFC!” Wah, rajin pula suami saya mengajak, agaknya sebab mall baru, dekat aje dgn rumah kami, nak tengok la sejauh mana besarnya KLFC tu. Pucuk dicita, ulam mendatang! Bab2 berjalan ni, ai memang no 1 ^__^ (kalau esok2 anak- cucu baca blog Dieyana, malu weih! Buruk perangai mak dio, berehi berjalan). Kalau yang duduk luar KL tu, kebetulan lalu Danau Kota, bolehlah singgah KLFC ni. Boleh tahan besarnya KLFC ni. Parkson pun ada, dan masih ada outlet dan restoran yang belum dibuka. Panggung wayang pun rasanya belum buka.




Jalan-jalan dalam KLFC (KL Festival City), jumpa outlet blouse yang dicari sebelum ini – KISTCHEN. Okey juga blousenya, ala2 feminin sikit. Tapi tak beli pun, cuci mata aje.... ^__^

Jalan-jalan lagi, jumpa kaunter – “Lukisan Karikatur Secara Percuma: 10.00 pagi-1.00 tengah hari-untuk kanak-kanak sahaja. Jenguk2 tengok lukisannya, okey juga, tengok yang beratur pun, dalam 10-12 kanak-kanak. Masa tu lebih kurang pukul 11. Dengan gigih saya beratur. Tambah2 free pula. Eksaited nih nak tengok wajah karikatur anak-anak saya. Rasa lenguh pinggang-kaki juga nih! Nak blah, rasa sayang pula, alang2 dah beratur lama, kan.

1 jam 15 minit sudah berlalu, ada lebih kurang 4 orang kanak-kanak lagi. Saya bajet, sempat la giliran anak-anak saya, sampai kul 1 dia berhenti kan. Tiba-tiba datang perempuan Cina kira jumlah kanak-kanak di hadapan saya yang menunggu giliran. Dan, “Miss, sori ya! Kita ambil sampai kakak ni saja.” (sambil tunjuk kat kakak yang beratur di depan saya). “Tapi saya dah beratur dari pukul 11 tadi, takkan lah tak boleh ambik saya seorang, anak saya dua orang saja, boleh buat atas satu kertas lukisan utk dua anak saya.” Bla bla.... (Muka saya penyet macam nak menangis! Saya perasan kakak di depan saya pun macam simpati tengok muka penyet saya) “Sori miss, miss datang pukul 2.00 nanti ... dia mahu....” Belum sempat perempuan Cina habiskan ayat, saya terus belah dgn muka masam gilos!


Arggghh!!! Sakit pinggang weih!! Buang masa saya beratur 1 jam setengah kat situ. Argh!!! Tak dok rezeki ... tadi masa beratur, rasa sakit pinggang berdiri lama, saya tahan aje, eksaited punya fasal ... grrrrrr!!! Yang beratur belakang saya tak pe lah, dia baru saja beratur, tak de lah rasa apa-apa kan.


Abang dah mula rasa bosan!


Tapi adik tetap maintain....

Mood saya nak berjalan2 dalam KLFC langsung ke laut!! Dah le perut lapar. Suami cakap, g tapau Pappa Roti, kami langsung tak de mood nak makan-makan kat situ ... muka saya masam gilos. Masuk ‘Popular’ kejap, cari buku warna untuk 2 beradik tu. Lepas tu duk luar KLFC tu, mengadap tasik, makan pappa roti tu ... kemudian balik. Nak balik tu, sempat saya pandang tempat yang menyebabkan muka saya jadi penyet tadi! Grrrrrr!! Pestaim datang KLFC, jadi pulok insiden gini!!! :-(



Ibu yang bermuka penyet dan anaknya yang tengah berusaha nak buat peace...^__^


(**Sejak akhir2 ini, bangun tidur pagi,rasa sakit pinggang yang sangat pedih. Apabila cuba membengkok, rasa tegang sangat2! Umur belum 40 dah mengalami sakit pinggang.... :-(( kata kakak saya, bangun dari tidur tu, buat la senaman sikit ... jadi, 2/3 hari ni, bangun saja dari tidur, saya lakukan senaman kecil, dalam 1-2 minit, alhamdulillah, rasa tegang di pinggang berkurangan).

Wednesday, November 2, 2011

"Meet My Friends" @Tropicana

Little Showcase: “Meet My Friends” telah berlangsung di Ballroom Tropicana Golf and Country Resort, Damansara, Sabtu yang lepas (29 Oktober 2011)-Penyertaan 4 and 5 years. Little showcase ini berlangsung di beberapa tempat yang lain juga yang telah ditetapkan. Di Tropicana ni ada 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi, gabungan GA cawangan Kota Damansara dan Bandar Sri Damansara. Sesi petang pula, gabungan GA cawangan Wangsa Maju dan Bandar Sri Permaisuri.


Dalam kereta, sepanjang perjalanan ke Tropicana, Iman duk nyanyi2 lagu ‘Five Little Duck’('5 little duck' ke, 'my little duck,' Iman?), sambil menggayakan tangannya. Lepas tu duk tanya papa dia, “macam mana dah lagu negaraku, papa....?”


Sempat lagi nak peace tu!



Bacaan doa dan beberapa surah



"Five Little Duck"


Di samping persembahan, diselit ceramah keibu-bapaan daripada Dato' Hj Muhammad Zakaria, Managing Editor of Telaga Biru, Penulis, Kolumnis, Motivator and TV Panel Program. Seronok dengar ceramah dan cerita tentang 13 orang anak beliau yang berjaya!




Kagum melihat anak-anak 4 dan 5 tahun lancar menghafal surah2, doa; seronok+lucu+comel tengok anak-anak kecil di pentas.

Selepas Persembahan

"Ni friend Iman, namanya, Adam," (Adam ke Aman, lupa deh!^__^) Wafiy menyelit....;-))

(**Aktiviti Iman hari Sabtu: Taekwando - lama betul tak pergi, bulan puasa, bulan raya ... tak pergi, lepas tu kena ciken pox, tak pergi lah kan. Sebelum balik kg baru2 ni ada pergi sekali. Ni ada little showcase, pun tak pergi. Sayang tak pergi, sebab Iman dah dapat tali pinggang kuning (1).... Tunggulah Sabtu lagi....;-))

Tuesday, November 1, 2011

Balik KL-Laluan KT

Rabu 26/10, kami bertolak dari Pasir Mas ke KL. Bergerak dari rumah mentua pukul 9.30 pagi. Kali ni balik KL, kami balik laluan Kuala Terengganu (KT)-Highway Pantai Timur. Kata suami, ada urusan seri paduka baginda dengan kawannya di KT. Laluan KT agak jauh berbanding laluan biasa kami-P.Mas-Gua Musang-Lipis (walaupun jalan KT lebih selesa berbanding Gua Musang).


Kebanyakan seni bina masjid di Terengganu, cantik2. Tak silap saya, Terengganu antara negeri yang mempunyai bilangan masjid yang banyak (kan, kan, kan?)


Alang-alang lalu KT, bolehlah singgah2 makan kepok lekor. Kali terakhir saya ke Terengganu, darjah tiga - rumah mak cik saya di Kemaman. Kemudian tak silap saya sekali saja lalu Terengganu-KL - balik cuti raya, 3 atau 4 tahun lepas-itu pun ikut kawan. Tapi tak de lah singgah mkn2 kepok.




Di KT, berehat di rumah kawan suami, dia bawa kami g beli keropok lekor popular di Bukit Tuk Beng. Dalam 3 jam juga kami berehat di rumahnya.

Kemudian menyambung perjalanan. Tengok sign board, “adui la, jauh lagi nk smpi kolupo ni! “Mama, mana pantai mama cakap tu!” Untuk tidak menghampakan Iman yang nak tengok pantai dan mama yang nak feeling2 makan sata, kami singgah minum petang di gerai tepi pantai. “Ha, jom la mama kita g pantai, iman ambik gamba mama kat pantai.” "Tak payah la Man, duduk sini pun nampak pantai.” Pengunjung gerai sengih2 tengok Iman ... budak kecik ambil gambar mama-papa dio! ^__^.


Feeling2 berehat di Terengganu ... hilang sekejap rasa penat. Di gerai tu, kami hanya order ABC, air kelapa, sotong goreng tepung, dan sata.



Okey tak Iman ambik gambar ABC? ^__^




Kemudian menyambung lagi perjalanan. Rasa kerem kaki-badan, lalu kot Teganu ni! Pukul 9.30 malam kami sampai di hentian Genting Sempah, berhenti solat jamak isyak-magrib. Lebih kurang pukul 11 malam, kami sampai rumah. Perjalanan Pasir Mas-KL yang panjang drpd biasa ... rasanya kalau tak singgah rumah kawan 3 jam tu, sebelum maghrib mungkin dah sampai KL. Kalau sekali fikir memang seronok lalu KT, feeling2 mkn kepok lekor/sata tepi pantai, fikir 2 kali-laluan yang panjang nak sampai KL, memang tak best! Betapa penatnya badan, sehinggakan lalu resort2 cantik kawasan Cherating, perasaan rasa nak berhenti dan bermalam di resort saja! Mungkin lain kali boleh rancang percutian di sana?? ^__^

Potograper yang keletihan....


(** Nota Dieyana: Tengah fikir2 mana nak bawa anak2 cuti sekolah ni ... kawasan Kuala Lumpur saja, tempat yang tidak melibatkan kawasan air/pantai. Mula2 terfikir nak berehat2 di Bukit Tinggi, tapi teringat, musim2 hujan gini, rasa takut pula nak ke tempat2 tinggi. Aquaria pun okey kan? Aquaria, air duk dalam akuarium, ^__^ (Kami belum pernah ke Aquaria). Lepas g Aquaria, bolehlah cuci mata dalam KLCC pula ^__^.)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...