Sunday, February 3, 2013

Benci Habuk!

Uhuk! Uhuk!  'Rumah' berhabuk! :-( Saya datang ni nak pasang aircond, harap kuranglah habuknya! ;-)) 

Sangat tidak sempat untuk update, di rumah, berkejar dgn cik kembar, di pejabat berkejar dgn kerja hakiki yang semakin banyak, phew-phew, tarik napas lepas. Banyak entri yang tertunggak, entah bila dapat lepak dgn senang hati di sini. Sangat rindu nak update entri macam dulu2..apakan daya.... Tengah tulis2 ni pun, kepala ligat2 nak buat itu ini, fikir itu ini!Dah macam robot, rasanya! ^_^

Iman n Wafiy baru saja baik dari demam, cik kembar pula yang demam skang nih! :-((

Bai! Jaga diri, hiasi peribadi! Chow! ;-)

Sunday, January 13, 2013

Dari Pasti ke Little Caliph

Ini tentang anak kedua saya, Muhammad Adam Wafiy yang dah 5 tahun. Kes lambat daftar di tadika Pasti, tempat sudah penuh! Bukan tak ingat nak daftar awal2, tapi kami beranggapan, pelajar Pasti diberi keutamaan, tapi rupanya, tidak. Kalut juga fikirkan tadika untuk Wafiy. Lebih kurang seminggu saja lagi sekolah akan dibuka, ada lagi kah tadika yang nak ambil pelajar? Muka Wafiy dah cebek2 bila papanya usik Wafiy tak dapat sekolah, kerusi Wafiy kat Pasti orang ambik! ;-)

Teringat tadika Little Caliph(LC) yg baru dibuka Julai 2012, di Bandar Baru, Sentul, tadika yang berkonsepkan Islamic English. Rezeki Wafiy, dapat tempat di LC. Itu pun merayu dgn teachernya masukkan Wafiy. Kata Wafiy, "mama, sekolah baru Wafiy, tak panggil cikgu, panggil teacher, teacher tak cakap bahasa biasa (BM), teacher cakap Inggeris!" ;-))

Harap berbaloi2 lah hantar Wafiy ke sini. Demi anak-anak, mak pak tak kisah kan! Mahu yang terbaik untuk mereka. 

Pendaftaran-RM 757, merangkumi semua, termasuk uniform sekolah dan baju sukan + yuran bulanan-RM 250=RM 1007

Waktu sekolah= 8.30 pagi-12 tengah hari. Kalau jemput anak lebih pukul 1, caj RM 7 satu jam.

Di LC juga disediakan day care sehingga pukul 6=RM 180. Tapi, Wafiy transit di taska dalam kondo kami. Mak cik van taska akan hantar-jemput Wafiy.


2 Januari 2013, hari pertama di Little Caliph. Belum dapat uniform. Nak pakai baju lama tadika Pasti. Kata saya, Wafiy dah tak sekolah Pasti, nama sekolah baru Wafiy, Little Caliph, tau!....;-)


Kelas 5 Tulip

Hari pertama, parents dibenarkan berada di kelas sekejap. Alhamdulillah, Wafiy okey, walaupun sekolah baru, tapi dapat bawa diri. Saya hantar Wafiy dan lihat dia sekejap, cool je Wafiy, walaupun muka nampak malu2. Malu tapi mahu! ^__^

Iman Darjah Satu? ;-)

2/1/2013, allhamdulillah, Iman darjah satu di Sek. Keb Sentul 1. Excitednya saya dan suami menyiapkan segala kelengkapan sekolahnya. Fuh, yang ni pun berpeluh juga bajetnya!

Iman yang sangat okey dan cool di hari pertama persekolahan. Alhamdulillah, selepas ujian di hari orientasi 28/12/2012, Iman ditempatkan di kelas teratas- 1 Utarid. Tapi selepas ini, ada lagi ujian penyaringan, harap2 Iman kekal di 1 Utarid. Murid tahun 1 ditempatkan di tingkat 3! Kesiannya mereka, dah le kecik2, beg berat. Erm, tak puas hati la murid tahun 1 ditempatkan di tingkat 3! :-((


Hari pertama sekolah, 2/1/2013, saya belum naik kerja, saya hantar kembar ke rumah pengasuh. Hantar Iman sekolah, hantar Wafiy, patah balik ke sekolah Iman. Tunggu waktu rehat, ajar dia beli kat kantin. Pukul 12, jemput Wafiy dari sekolah, ke sekolah jemput Iman pula. Berpeluh mak hari pertama sekolah, mengalahkan cikgu! ;-) Suami tak dapat hantar Iman, sibuk menguruskan murid di sekolahnya.

Hari kedua, saya agak cool sikit, tapi hari kedua, ibu bapa tidak dibenarkan masuk kawasan sekolah lagi sekiranya mahu berurusan, terus ke pejabat.  

Hari ketiga, hanya lihat dari kejauhan. 

Minggu kedua persekolahan, Iman dan Wafiy dah mula naik van.



Saya dapati, kebanyakan murid tahun 1 zaman sekarang tak macam murid tahun 1 zaman kami dulu2, mereka lebih excited, agresif, waima hari pertama, tak ramai yang menangis. Kalau ada pun, dalam satu kelas, mungkin seorang dua saja.



Sehingga hari ini, Iman masih dibekalkan dgn makanan, saya sempat2kan diri sediakan bekal untuknya Goreng mi pukul 3 pagi! ;-) Paling tidak sempat pun, saya akan bekalkan roti lapik mentega kacang. Dah pandai beli kat kantin pun, kalau boleh, saya nak juga bekalkan makanan untuknya. 


Balik sekolah kebangsaan, Iman transit di taska, 2.30-5.15 petang, ke sekolah agama pula.  Memandangkan tengah hari Iman sudah diberi makan di taska, ke sekolah agama, saya hanya bekalkan makanan  yang kering-roti/biskut

Sudah Dapat Stroler dan Car Seat!

Alhamdulillah, dah naik kerja minggu lepas, 9/1/2013. seperti biasa, naik kerja lepas cuti bersalin, blur2 je, tk tau nak capai apa. Elok2 naik kerja awal tahun, agihan projek baru. Fuh, lap peluh!

Yang dimpikan, yang diperlukan untuk kembar, dah dapat. Alhamdulillah, walaupun mak pak berkorban duit bonus masing2, kami reda, demi keselesaan anak-anak.

Selepas tolak, campur, bahagi, Maclaren Twin Techno jadi pilihan, itu pun puas fikir, Espirit/ Maclaren. Suami beli kat Mother Care Mid Valley.  Selesa utk anak2, dapat guna jangka masa panjang, yang penting, muat bonet kecik Myvee! Walaupun Maclaren ni dh kecik, tp sbb reka bentuk twin, sedang elok muat dlm bonet, tapi pemegangnya sedikit terkeluar, kena tolak masuk betul2! Kalau boleh, twin ni kami mahu biasakan duduk dlm stroler waima dh berusia 4 tahun. Abang2 nya dulu, duduk tk lama, Wafiy-sehingga umur 2 tahun lebih2 je. Iman,  tk de stroler langsung pun! 
 

Kuning kehijauan, katanya warna ni limited edition.

Kedua-duanya dah resah gelisah ...ades!

Hari pertama guna, try bawa diaorang berjalan2 di Alpha Angle Wangsa Maju, aduhai, berpeluh mak pak, yang abang-Umar Ghazi, tak nak duduk, huhhu...kena la dukung. Abang2nya, Iman n Wafiy pula yang bergilir2 duduk ;-)

Perancgn asal, hantar rumah pengasuh guna stroler, tapi bila try, lambat! Nk buka tutp stroler pagi2 buta, sangat leceh! Jadi, suami saya ikut saya dgn motor, sampai, dukung satu sorang, naik tangga ke ting.2, lagi cepat! Dah le stroler tu tk muat bonet Kelisa, kena letak sit depan, masalah tk nmpk side mirror kiri pula!(Pagi2 dah senaman, mana la mak tk kurus! Sesiapa yg nk kurus tu, silalah beranak kembar ^__^)


 Merah pilihan kami

Car seat pula, kami pilih Sweet Cherry-suami beli kat Sogo, satu sorang. Car seat ni pasang kat Kelisa saya. Sekarang saya dh kerja, memang tiap2 pagi, petang diaorang duduk dalam car seat. Alhamdulillah, diam je diaorang dalam ni. Dua2 kami pasang kat sit belakang. Mula2 guna, rasa kekok, sebab masa drive, tk dpt tgk muka kembar, muka kembar mengadap cermin belakang, risau juga kan! Tapi sebab jarak rumah ke rumah pengasuh tk jauh, ok lah!

Saturday, December 15, 2012

Car Seat dan Stroller

Pening, tak tau nak beli stroller twin brand apa.... sebelum ni survey, harganya, boleh tahan! Yang single pun dah besar RM, apatah lagi yang twin ... berpeluh mak pak  ^_^ Mana mau terjah nanti, kami pun tak tau, sebelum bersalin hari tu, kami survey kat Sogo. Suami ada juga tengok2 di Mudah.com. Suami nak yang jenis belakang-depan tu, katanya, jimat ruang, terutama tempat orang ramai. Tapi saya tak berkenan, nampak seperti lemas je baby yang duduk belakang tu ;-)

Maclaren twin triumph - dari new born ke ni?

Lagi satu, car seat, memang tak de pengalaman beli/guna car seat, kedua-dua anak sebelum ni, memang tak guna car seat pun. Tapi twin, memang sangat2 perlu, terutama bila nak hantar ke rumah pengasuh nanti. Ramai yang cadang beli Sweet Cherry, harga tak mahal sgt, selesa n tahan lama..Mungkin saya yg 'bertugas' hantar my twin ke rumah pengasuh, susahlah kalau tk de car seat, kan!

Sweet Cherry-new born hingga18 kg


(** Suami dan 2 anak saya balik awal sikit, 16/12. Saya, twin, ma dan adik bongsu balik KL 18/12 ... kena beli 2 barang tu sebelum naik kerja 9/1/2013 nanti!) 

Thursday, December 6, 2012

Kronologi Hari 1 - ke 9 + NICU

Selesai dibedah
- Badan seolah2 'keras kejung', mulut seolah2 'dikunci' (penat pot pet tadi kot ;-) 
-Ubat bius masih belum hilang, tak dibenarkan bergerak, baring tanpa apa2 alas di kepala.
-'Saya nak susukan anak2 saya!' Tapi hanya hati meronta2. Diri sendiri lemah, macam mana nak susukan baby? Kawan2 yang bersalin operate, macam ni ke? Dapat susukan baby tak? Ada nurse bawakan baby, letak tepi, tolong pegang baby tak? :-((
-Saya tak suka bersalin cara begini! Kalau bersalin normal, lepas bersalin, baby dapat room-in dgn kita. :-((
-Saya dihantar ke wad, 2nd twin masih tidak diberi kepada saya. Kata doktor, 2nd twin (adik) pun ditempatkan di NICU bersama-sama 1st twin. Walaupun 2nd twin sihat, dia perlu dipantau. :-((
-Hanya dibenarkan minum air kosong, itupun dinasihatkan minum sikit sahaja, jika tidak muntah, boleh makan sedikit demi sedikit makanan yang lembut seperti roti.
-Hati tak keruan, teringatkan kembar di NICU. 'Awk, doa, solat hajat utk ank2 kita....' ingatkan suami.
-Bdn penat, perut lapar, tapi hati sentiasa risau....
-Malam, hanya makan biskut dan roti saja.
- Tidur tak nyenyak, teringatkan kembar....

Hari ke-2 (12/10/12)
-Pagi sebelum subuh, nurse datang tukarkan baju, cuci dan tukarkan pek. Beg kencing dibuka. Katanya, "hari ni kak kena berjalan."
-Bangun dari katil - Ya Allah, sakitnya! Ngilu, pedih kat tempat luka. Nak bangun dr katil tu dah 15 minit, seksanya! Dr katil nak ke toilet, rasa macam jauhnya berpuluh2 km!
-Berjalan macam orang tua bongkok tiga, badan tak boleh nak straight, sakitnya tempat luka macam kena hiris! Tak reti nk gambarkan / explain rasa sakit!
-Paling tk suka, setiap satu jam nak terkencing, kencing tk lawas! Kata nurse, itu normal.
-Kalau terbatuk/bersin, masya-Allah sakit teramat! (Petua utk kurangkan sakit semasa batuk, letak bantal di perut dan bersin pula, cuba kawal, tutup hidung. Seksa/peritnya sakit lps bersalin!

Tengah Hari
-Kurang sedikit kekerapan kencing, alhamdulillah kencing dh lawas, buang air besar pun okey. :-)
-Apa khabar anak2 saya di NICU? :-((
-Suami, ma dan adik bongsu saya yang baru smpi dr kampung, dtg. Bawa ikan haruan bakar dan nasi utk saya. Bekalan ikan haruan dr kampung. Tq ma! (Sepanjang sy di wad,, saya tak makan nasi hospital, tiap2 hari suami bawa bubur nasi dan ikan haruan/selar bakar. Tq awak!)
-Saya dan suami ke wad NICU, saya ditolak dgn wheel chair oleh suami.
-Ya Allah, mengalir air mata melihat keadaan 1st twin (abang) - badannya penuh dgn wayar, "Assalamualaikum abang, mama dan papa datang tgk abang." Tak dapat menahan air mata. Kata suami, "jgn tiok (menangis), nati gak awk tiok, dio (baby) tiok jugok, awk kena kuat!"
-Semakin dilap air mata, semakin bnyk yang mengalir. Melihat wayar penuh di muka, badan, rasa sayu dan terkilan kerana tak dapat susukan my 1st twin. Kata nurse, boleh perah susu bawa untuk 1st twin.
-2nd twin ada tepi katil 1st twin, dia elok saja, tiada apa2 wayar. 
-"Abang, adik, nanti mama dtg lagi tgk abang-adik ya. Mama dan papa doakan abang cepat sihat!" -Tak sanggup saya nk tinggalkan mereka berdua! "Doktor, tak boleh ke yang 2nd twin tu duduk dgn saya di wad, dia okey kan?"

Petang
-Alhamdulillah, 2nd twin dibenarkan bersama2 saya, mlm ni saya tak keseorangan, si adik dpt menyusu dgn saya.
-Pam susu, guna pam yang disediakan hospital, bekalan utk si abang di NICU, hasil dapatan - susu kuning, (kolustrum), waima dapat 1 oz, saya tetap simpan, bawa utk 1st twin.

# # #

-Tiap-tiap hari saya dan suami melawat dan bawa susu perahan untuk 1st twin di NICU. (Hanya suami isteri saja dibenarkan masuk di NICU).
-Di wad, setiap kali 2nd twin tidur, saya akan ke bilik pam, mengguna peluang sebaik mungkin

# # #

Hari ke-3  (13/10/2012)
-Hasil perahan semakin bertambah, drpd 1 oz setiap kali pam, dapat 2/3 oz setiap pam. Tengah2 malam sanggup ke bilik pam demi 1st twin.

**(Di wad, saya diberi ubat panadol (tahan sakit), antibiotik, dan obimin (tambah darah))

Hari ke-4 (14/10/2012)
-Saya dh cukup kuat, susu semakin banyak (Susu banyak kerana 2nd twin banyak hisap, dan kekerapan mengepam, semakin banyak kadar hisapan, semakin banyak susu dihasilkan. Alhamdulillah). 
-Berjalan tk bongkok tiga dah ;-), salotape/penutup tmpt luka dibuka dr semalam (hari ketiga).
-Kata doktor, dh boleh mandi, tapi sy tk berani nk mandi, hanya lap saja ;-) Hari ke 5 baru mandi, itu pun risau, tutup tmpt luka dgn plastik ^_^.
-Seperti biasa saya dan suami ke NICU, 1st twin dipindahkan ke bilik lain. Alhamdulillah, dipindahkan ke bilik peringkat yang semakin baik. Dah tak de wayar di badannya,  syukur alhamdulillah.
-Menurut doktor yang merawatnya, keadaan 1st twin semakin baik, hanya perlu monitor antibiotik saja
-Cuba susukannya direct, subhanaallah, 1st twin pandai! Menitik air mata saya, hari ke-4 dapat  menyusu 1st twin secara direct, "ha, tiok pulok doh," usik suami, turut gembira.

Hari ke-5 (15/10/2012)
-Saya dan 2nd twin dibenarkan keluar wad. Sepatutnya hr ke-4 dh boleh keluar, tapi sy minta tangguh sehari, kerana tk sanggup nk tinggalkan 1st twin di NICU.  Minta bilik di NICU, tp tk dpt, penuh :-((
-Sebak nk tinggalkan 1st twin. "Abang, mama dan adik nk balik rumah, nanti mama dan papa datang jenguk abang ya, bawa susu utk abang."


Hari ke-6 (16/10/2012) 
-Saya dan suami ke hospital (2nd baby ditinggalkan dgn mak dan mak mentua saya)
-Perjalanan dr Sentul ke Selayang terasa agak jauh juga, sesekali luka berasa pedih. Tapi apakan daya, saya mahu jenguk anak saya.
-Kedatangan kami disambut, 'ha, baru dpt tgk matanya yang bulat tu!'

Hari ke-7 (17/10/2012)
-Suami: awk tak payah pergilah hospital hr ni, tk molek g mari g mari, luka tk sembuh lagi. Sedih la pulok,  sy kirim susu perahan saya seperti biasa. Suami blik, katanya, doktor minta saya ke hospital, katanya lebih elok ibu bersama-sama ank....
-Tgh hari tu juga, saya dan suami ke hospital. Di hospital, sambil menyusu 1st twin, datang nurse,  "bilik ada kosong, doktor suruh ibu room-in dgn baby. Ank sorrang lagi, boleh bawa bersama."
-Alhamdulillah, akhirnya kami bertiga dapat bersama-sama. 'Bagaimana malam ni dgn kembar, dapat ke sy handle kedua-duanya, harap semuanya baik2.'

# # #
-Wad di NICU sgt selesa.
-Malam pertama dgn kembar, sy belum dpt menyesuaikan diri menguruskan mereka berdua
-Bagi susu dua baby sekali gus, wah, rasa sukar juga!
-Alhamdulillah, kembar tk bnyk ragam, sekejapan sya dpt sesuaikan diri dgn mereka berdua.
-Si abang lebih bnyk berdikari dan mengalah, si adik agak manja, nk menepek ;-)
-2 malam saya dan kembar di wad NICU.

Hari ke-9 (19/10/2012)
-Alhamdulillah, kami dibenarkan keluar wad NICU, home sweet home!;-)) Bermulanya kisah baru kami. Ya Allah, terima kasih atas kurniaan-Mu.

Hadiah daripada hospital untuk babies-satu seorang ;-) TQ!

Alhamdulillah, ank2 tidak dijangkiti kuning (jaundis) yang serius, kuningnya sedikit saja, bacaan normal, hanya pantau, diberi susu ibu.

Home Sweet Home! ;-)

*** Segalanya diatur cantik oleh Dia, kenapa saya tidak bersalin normal, ada hikmahnya. Sepanjang  di hospital, saya sedar akan kebesaran Dia. Kalau bersalin normal, saya tak dapat ulang alik tengok baby dr wad ke wad NICU, berjalan macam Oshin (terkepit2) ^_^ Alhamdulillah, saya dapat berjalan seperti biasa bermula hari ke-4. Saya juga bebas bersila, (kalau salin normal, tak berani weih nk bersila), dpt susukan baby, dpt tukarkan lampin sendiri dgn gaya 'bebas' dan saya agak cergas sepanjang di hospital. Walaupun begitu, sy sentiasa beringat, luka masih baru, kena berhati2! Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik untuk menjaga si kembar. Terima kasih Ya Allah....

Wednesday, December 5, 2012

Boiboiboy @ Mesra

Hari ni papa belanja Iman dan Wafiy patung Boiboiboy satu seorang.



RM 18.@# (berapa sen tk ingat) di Kedai Mesra (stesen minyak petronas Tanah Merah, Kelantan) ... kalau tak silap kat KL - RM 19 ... phew phew.... lap peluh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...