Friday, May 17, 2013

13 Mei ... My FS (Hati Pilu)

13 Mei 2013, di Bandar Baru Sentul, lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Parking kereta di hadapan 7 eleven-hantar Wafiy ke tadika.  2/3 minggu ni, saya hantar Wafiy (bergilir dgn ‘mak cik van’). Sesekali Wafiy minta mama hantar, nak masuk 7e, nak beli biskut oreo+ dutch lady kid coklat, katanya. Boleh, syarat nak mama hantar ke sekolah, masuk 7e, no cekedih, no gula2. Biskut/roti saja dibenarkan!
Wafiy ngamuk sikit hr tu... cepat2 masuk 7e, lupa nak capai tote bag (medela) yang diletak di bawah sit penumpang belakang, sit penumpang ada 2 car set cik kembar. Selalunya saya sangatlah berhati2, waima hantar cik kembar rumah pengasuh, memang saya angkut tote bag tu. Cooler bag memang tk letak dlm tote bag tu, kat bwh sit juga. Kawasan sekolah Wafiy ni, teacher dh tulis notis kat tangga sekolah agar berhati2, kejadian pecah kereta sering berlaku.

Masa kat dlm 7e tu, “alamak bag dalam kereta!” (tetiba tk sedap hati-agaknya time terdetik ni la kejadian tu berlaku). Cepat2 bayar-salam peluk cium, Wafiy terus naik tangga sekolah (sekolah sebelah dgn 7e)-terus ke kereta. Terdengar gadis Indon ckp2 dgn tauke kedai runcit cina, “kereta sudah rosak,” smbil tunjuk2 kawasan kereta yang saya park. Hati tetiba berdebar2, “Ya Allah” Cermin kereta kena pecah, tepi pemandu. Lembik lutut jap, terus g jenguk my bag kat belakang! Tak de dah! My Breastpump Free Style (FS) Oppa Gangnam Style Op Op Op' kat dlm tu! Corong, masih ada kat plastik belakang sit tu, cooler  bag pun ada, yang diambilnya tote bag medela tu .
Rasa nak pitam. Blur, tak tau nak buat apa. Rabbi yasir wala tu asir ... astaghfirul-al-azim, berkali2, ada mak cik prihatin bagi syiling, ‘call husband’ katanya. (Mak cik ni bagi syiling, mana public phone nya? Ingatkan nak bagi pinjam hp. ;-)) Jumpa teacher kat tangga sekolah Wafiy, dia bagi hp dia. Ini baru betul mak cik, bagi syiling, public phone tak de, camner nak cal suami...  Apa2 pun tq kat mak cik yang prihatin.

Tunggu suami dtg sambil kenangkan  FS, terkebil2 tengok cermin kereta pecah berderai.

Tak sangka ia berlaku dlm sekelip mata, dan berlaku pula kat saya yang memang tak de harta benda ni. Suami dtg, tk tau nk cal siapa, no kwn2 opis semua kat dlm hp. Teringat member opis bhgn lama- n ckp dgn kakak bhgn dia-minta tolong dia bgtau staf kat bahagian. Lepas tu minta Aleya send nombor2 bank utk blok kad2 atm.
Buat laporan polis, suami tunggu dlm kereta yang tingkap ternganga tanpa cermin. Balik rumah, dah tak kuasa nk ke opis dgn tingkap ternganga lagu tu, kaki gigil nk drive sambil meratapi FS-nasib dh dekat dgn rumah. Ptg tu, suami balik dr sekolah, g bubuh cermin baru kat kedai cermin tepi hospital tawakal, orang kata kat situ murah, tukar cermin- RM110.

 
Dlm tote beg Medela tu ada:.

-Motor FS
-Purse-kad bank, lesen memandu, kad segala mcm kad-sogo, n kad yang ntah apa2, duit dlm 70-80

-HP yang tk canggih, sgt penting sbb nombor contact semua dlm tu (Marilah kita beli hp baru yang sentuh2 tu..;-)
-Beg make-up,

-Telekung sembahyang
-Sebotol alfafa shaklee (agak2 stok 2 bulan lagi)

-Storage botol-8/9 botol

Yang lain2, tk ralat sgt, yang paling sedih, my Fotor FS! Nk beli FS baru? Oh tidaklah gamaknyo, ai bukanlah orang berada nak beli fs 2x


Mood skrang: tk boleh tgk gambar FS, rasa nak tampar muka sendiri, sbb kecuaian hr tu! Pagi tu Dia dh beri petunjuk-bangun pagi Isnin tu, badan sakit2, kepala pusing tapi gagahkan juga ke opis, mandi, solat, hantar Wafiy!
Tiada rezeki, jodoh kita tk panjang ... 6 bulan lebih. Tgk corong medela/botol medela kat rumah,  sayu je hati rasa nak tampar muka lagi. Apa pun, saya kena reda dgn ujian ini, dan syukur atas ujian ini, syukur sebab ai tk cedera, atau mungkin perampok tu jadi insaf (sebab tgk telekung semayang ai yang cantik tu-bandung mari). Segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin juga Allah tak nak saya terus alpa dgn keselesaan FS tu, sesekali kena 'susah'. Memang saya sgt2 kacau 2/3 hari ni bila pakai avent manual tu, terasa kekok sebab dah biasa dgn selesa dgn FS.  
 
Dapatlah juga rasa Medela yang syok n handy tu 6 bulan. Kalau org tanya, best pakai FS? Ha, senang nk jawab, dgn pengalaman 6 bulan bersama FS tu ^_^

Senarai yang nk kena buat/beli

-Kad bank-satu bank lagi belum selesai
-Lesen Memandu

-Beli pam lain! Tak mungkin FS lah! 'Cukup2 sudah, cukup smpi di sini saja....'

-Hand phone
-Handbag? Kalau beli spectra ... rasanya mcm nak beli back pack ... boleh sumbat motor spectra yang sedikit berat, storage bottle;-)) Kalau nk beli hbag, beli yang besar, sebab suka sumbat segala mak nenek dlm tu....

**Semalam beli bedak mac mek baru-hehe...

Apa2 pun harus reda akan pemergianmu, FS. TQ kawan2 sbb bagi guna spectra/swing! Tengah berkira-kira nk spectra 3/swing. Cuma mslh dgn spectra ni, tmpt pam/solat di bahagian tk de plug! Kalau swing pula, tk best bila time dia 'tarik panjang'-tk de butang utk kembali sedutan biasa/laju2 tu. Bila 'tarik panjang'-sesi pam jadi lambat (agak2 faham istilah yang sy cipta ni-‘tarik panjang’.... Poning mak!
Pakai Avent manual zaman Wafiy. Bila dh terbiasa selesa dgn FS, tetiba kau pakai manual, nah rasakan! Uhuk2, sesi ngepam biasanya 15-20 minit dapat 10-12 oz, bila pakai manual avent-sesi ngepam agak lambat-30 minit-berpeluh mak! Kejap2 perah pakai tangan, uhuk3... bersenang senang dahulu bersusah2  kemudian? ;-))
 
**Ujian daripada-Nya ... muhasabah diri ... check diri ... reset minda!

Tanam Pokok di Balkoni

Saja suka2, sedap mata memandang melihat hijaunya daun pandan dan daun limau purut tu. ;-)) Tapi betullah, rasa comel aje kat balkoni tu ada dua pasu bunga ni. Sebelum ni rumah kami langsung tak de bunga2 an atau daun2 hijau. Rasa nyaman aje mata bila tgk daun pandan tu. Bukan tak nak bercucuk tanam, tak de ruang/bukanlah rajin sgt nak siram segala bagai banyak kerja lain dalam rumah ... nak cucuk2 tanah tu. Okeylah tu dua pasu, buat penyeri balkoni kami.
Kata suami, "dah ada daun pandan tu, makan kuih sokmo la kita petang2." Ha3, perli nampak! Daun limau tu, bolehlah petik selai dua buat nasi goreng ... bla2. Rajinlah sangat!  ^_^ Petik atau tidak,, yang penting ada ... amacam? ;-))



** Sambil2 main masak2, "kan bagus kalau ada satu lagi pasu-kita tanam cili/lada, amacam?" ^__^ 

**(Petua mak mentua kalau nak daun limau segar bugar-siram dgn air rebusan nasi. Tq!**

Thursday, May 16, 2013

16 Mei Hari Cikgu!


Selamat hari guru cikgu, tentunya istimewa untuk Ba- walaupun dah pencen, jasa beliau sebagai guru tetap diingat sampai bila2 ('bangga' jadi anak cikgu tau!) Untuk suami, selamat hari guru! 'Bangga'  juga jadi bini cikgu, deh! Untuk guru2 yang mengajar saya dari Tadika Kemas, cikgu2 sekolah rendah, cikgu2 sekolah menengah - jasamu dikenang! Tak lupa untuk teachers Genius Aulad yang membimbing anak saya. Teachers  Wafiy juga-Little Caliph Bandar Baru Sentul, tak lupa ustazah2 di PASTI - tadika Wafiy tahun lepas (sempat 1 semester aje).(Ado ko teacher diaorang ni baca blog ai nih? ;-) Apa2 pun, untuk sahabat2 kami yang bergelar guru, dan semua cikgu di Malaysia.


Kata Iman, hari ni ada baca Yasin kat sekolah . Dengarnya, satu Malaysia sekolah diminta baca Yasin eh?

Sambutan hari guru di sekolah Iman minggu depan. Apa hadiah nak bagi ni? Sekotak tisu satu sorang? Trend 80-an tu...;-)) Teacher Wafiy pun tak tau nak beli hadiah apa..... kata Iman, hari ni sekolah ada jual 'bunga betul' (bukan bunga plastic la tu ^_^) kat sekolah, RM 2.50 satu. Cepat2 papa dia pesan, tak payah beli iman, membazir! Nanti papa g cari hadiah lain utk cikgu iman. Mana la tau kan, senyap2 korek tabung beli bunga utk cikgu yang dia suka ;-) Semalam pun beli bunga plastik-RM 1.50-hadiah hari guru untuk papa katanya ;-)) Cerdik jugok Iman ni, ingat ko papa dia, tak kira lah plastik pun ... hargai pemberian anak2 kan....

Friday, May 10, 2013

Besday Boy n Famili @ Secret Recipe

Besday boy kali ni tak de homemade chocolate cake, tak de goodies utk kawan2 macam tahun2 lepas di Genius Aulad, besday boy skrang darjah satu, leceh pula nak bawa goodies utk kawan-kawan, mak pun tk sempat nak sediakan. Apa-apa pun, mama/papa tak pernah lupa utk my besday boy ni, moga diberi kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindung dan Rahmat-Nya, berjaya di dunia akhirat. Insya-Allah. Nanti kita g jalan2 makan kek. Aci dok? ;-))

Bagi merealisasikan impian besday boy, (nak makan kek katanya), jom kita jalan2 cari makan di Secret Recipe @KL Festival City! Yeah!! Masa untuk berjimba2 adalah aktiviti yang menyeronokkan mama.
Mak posing dgn anak-anak sebelum keluar rumah ;-)



Sampai2 terus ke SR - mood cik kembar agak membanggakan. Sorang tidur, sorang jaga, okeylah tu. Dua abangnya pun agak sporting. Masing2 menikmati makanan yang diorder, makan kenyang2 baru boleh jalan dgn aman! ;-)

























Apa kami order? -Nasi goreng+sate 2 cucuk (lagi sedap kalau ada 10 cucuk ;-), nak banyak, p warung sate lah ) nasi goreng tomyam+2 ekor udang je, moist chocolate kek, carot kek. Nasi tu nampak sikit, tapi cukup mengenyangkan kami berempat yang perut tak besar sgt. Apa kata besday boy?,-"sedap la mama, moist cake ni." Anak-anak suka, mama/papa gembira. (Besday boy ni cerewet pasal makan, kalau dia kata sedap, lega hati mak) Wafiy-menurut perintah aje! ;-) Abang kata sedap, sedap lah juga pada dia....
 
























Perut kenyang, bawa budak2 ke taman - nak berguling, melompat,  sesuka hati-main sampai puas sampai lembik, kata papanya! "1 jam-cukup la ya anak2"-satu jam-RM 9=Iman+Wafiy=RM 18.

Saya, suami n cik kembar ke Kaison (level 2)-kedai barang hiasan rumah murah, katanya! Misi: gambar nak letak kat dinding atas sofa-3 tahun duduk rumah, smpai la ni kosong, kosong kosong! ;-) Kat Kaison ni, banyak, tapi kebanyakannya frame gambar, bukannya lukisan.   Harga dalam lingkungan RM 30-50 aje! Ikutkan hati, ai nak beli hok tu jah, ada la beberapa hok ai bekenan. tuk laki tok kenan pulok. aduyai. Misi lain, jam dinding-tapi tk banyak/kami tk kenan.... Tetiba aje cik kembar dh start ragam-apa lagi, cari tempat nk susukan mereka. (Kami standby susu perahan dalam botol, senang sekiranya kedua-duanya meragam, sorang direct, sorang susu botol. Tapi kalau nak selak segala bagai nak susukan serentak, kenalah cari bilik penyususan ;-)

 Nak balik, lapar lagi-singgah tapau papa roti n big apple donut utk budak2 dan mak budak juga! ^_^
 
Gembira n seronok kerana dapat menggembirakan besday boy! Apa saja untuk anak-anak kan?!
 
**(Besday papa ke mana pula kita? ^__^)
 
(Bisik-bisik: Sekarang ni, orang dah tak pakai DSLR dah ke? Semua ambik gambar pakai guna iphone, smartphone yang comel2, nipis2 ke? Tapi ai tak de phone2 canggih ni? Tak percaya? Sungguh, ai tak tipu. Dengan rasa keberatan, ai angkut le kamera yang memang berat tu, slow2 je bw keluar dr beg time nak snap kat SR, ha3! Orang tengok, ai buat dek aje, 'ni wartawan akhbar mana ni?' Nasib baik tk de copong2 panjang tu. hik3. 'Ai ni wartwan bebas' ;-) Aci?)

Wednesday, May 8, 2013

Rombongan Little Caliph BBS


Lagi-lagi entri yang lepas ;-) (Terimalah hakikat blog ini akan menyiarkan entri2 tertunda.... ^_^ )

 
 Snap gambar dalam kereta je ;-)
 
Lawatan Little Caliph Bandar Baru Sentul (LCBBS) ke Kilang Roti Gardenia (22 April 2013). Kemudian singgah di Mc Donald Shah Alam, bawa balik Happy Meal satu sorang. Seronok bukan main Cik Wafiy kita, naik bas dengan kawan2! Pertama kali ikut rombongan sekolah. "Mama tak payah ikut, teacher kata 'ibu bapak' tak boleh ikut." Ibu bapak? Sah ini bukan teacher yang cakap, ni Wafiy yang cakap ni. Ha3!

Monday, April 15, 2013

Silalah Berpantang ^_^

Lagi2 entri tertunggak berbulan2. jgn marah ya.... ;-)

Apa pantang-pantang? Pantang tengok, terus ngap? ;-))

1) Ikan haruan. Tiap2 hari! Tak berani nak makan sembarangan, risau mok cik tau! Luka dalam, makan mesti jaga! Sup, bakar, sup, bakar, berselang2  haruan dan selar ... 60 hari tau! Makan nasi lembik panas2 ... mabeles! ;-))
 
sumber:google
 
 2) Pati gamat Healin (perasa asli) - 2 kali sehari-setiap pagi dan sebelum tidur.  Luka luar dah sembuh, luka dalam siapa yang tahu kan!

 3) Hok ni pantang tengok, terus ngap! ^_^  Seminggu 1 tin biskut jacob original cicah milo/susu. Hahahah, pecah rekod! Terkekek2 mereka gelakkan saya makan banyak! Lepas mkn nasi sebumbung banyaknya, pekena pula biskut Jacob, paling sikit 10 keping sekali makan! Tapi Alhamdulillah, tak de lah gemuk pun, mana nak sempat gemuk, cik kembar menyusu sepanjang masa ;-)

4) Bengkung.  Selepas 11 hari bersalin, saya pakai bengkung moden yang diberi kakak saya, khusus untuk mereka yang bersalin secara c-zer, Best sangat pakai. Perut mesti jaga, tk mungkin dpt bentuk asal mcm anak dara dulu, sekurang2nya tidaklah buncit/geleber. Alhamdulillah, sy tiada masalah perut buncit, mungkin jenis perut tidak tebal. Insya-Allah, dgn izin Allah ;-) Pakai bengkung jgn menyentuh tempat luka operate.

 5) Berurut- selepas 11 hari bersalin. Saya diberitahu, bersalin c-zer, tk boleh berurut sembarangan. Mak cik urut  hanya urut/tungku bahagian bawah-kaki, tangan. Satu sesi-berurut, tungku, bengkung (2jam)-. Ambil pakej 3 hari- RM 200.Selepas 25 hari di KL, balik kampung, sambung mengurut dgn mak cik yang dah biasa saya mengurut.

 6) Mandi air serai wangi terbaekk dari ladang! Sgt2 selesa n wangi. Di KL, saya mandi guna mandian serai wangi yang segera-okey juga, tapi serai wangi yang fresh juga jadi pilihan. Insya-Allah dgn izin-Nya, segarlah badan ibu yang berpantang. 50 hari mandi air serai wangi. Gigih mak saya tanam pokok tu belakang rumah. Tq ma! Yang urus makan minum saya, basuh baju kembar, tentulah ma saya. Mandikan baby, saya uruskan sendiri, Walaupun ma ckp, dia okey, tapi saya tahu, letih jaga orang dlm pantang ni! Nak sediakan makan minum Ba lagi kan, buat kerja rumah etc.

 7) Tempoh pantang, fizikal, emosi mesti kuat! (masa ma nak balik kampung, sedih sgt2, maklum saja, orang pantang ni jiwa agak sensitif. Kali kedua sy sedih selepas tamat pantang di kampung. Saya bawa ma dan adik bongsu ke KL, naik flight, kalau tak bawa ma, saper nk riba cik kembar sorang lagi kan. Yang best, ma masak, ai tolong makan je! ^_^ Beberapa hari kemudian ba dtg pula. Kali ni mereka lama di KL, hampir sebulan. Tiba masa mereka nk kelik kampung, lagi sekali hati sy terusik, bukan sedikit, tapi teresak2, maklum mereka lama di KL. Tanpa disangka2 ma yg susah nk keluarkan air mata tu pun ikut sama menangis! Pesan Ba, “jaga molek anak2, Na, kecek molek dgn suami....” ha, lagilah berjurai mata ni! ;-))

Mereka yang Sangat Mengambil Berat

Entri tertunggak  berbulan2 lamanya ;-)”

 
1) 20 hari lebih saya berpantang (selepas bersalin) di KL. Sepanjang tempoh berpantang di KL, orang yang paling sibuk dari tarikh saya bersalin tentunya suami saya. Sepanjang 9 hari saya di hospital, dibawanya bubur nasi kosong, (nasi  lembik/basah)+ikan haruan bakar!), tiap2 hari berulang alik dari Sentul ke Hospital Selayang  Bila lagi nak berbakti kat isteri kan. Terima kasih Hanapi, tanpa yu siapalah ai ^_^  Sepanjang tempoh itu juga dia jaga/uruskan Iman n Wafiy, Selepas saya balik pantang di kampung, barulah lega sedikit suami saya, Wafiy saya bawa balik kampung. Suami yang sangat2 boleh diharap, sediakan makan untuk anak-anak, kemas rumah, lipat kain, basuh baju, bla-bla. Sebelum pergi mengajar, pagi2 sediakan ikan, nasi, air mandian untuk saya. Saya hanya mandikan baby saja.

 ‘Ko ada?’ (Bangga punyai suami gini kan?) Sila bersyukur Dieyana, dapat suami cenggitu ya ... so lepas ni, jgn bebel2 lagi tau kat suami! ;-))
 
Suami dan Ba @Roti Boy Wangsa Walk 2 tahun lepas

Dalam tempoh berpantang tanpa ditemani orang tua. Ma dan Ba kat kampung risau, “boleh ke Na, jaga kembar.” Saya sentiasa yakinkan mereka, “insya-Allah buleh, ma jange rusing.” Alhamdulillah, di KL, kembar tak banyak kerenah, dan tiada ‘gangguan’ yang bukan2. Pertama kali saya mandikan sendiri baby, menggeletar tangan nih. Kembar dilahirkan 2.1 kg setiap orang, sangat kecik, gerun! (Dua anak sebelum ni, ma yang buat semua! Tetiba anak ketiga ni buat sendiri, boleh rupanya! Nak tak nak kenalah kan!) Yakinlah Allah itu maha adil, Dia telah memberi laluan mudah kepada kami, Secara lahiriah, kelihatan seperti sukar menjaga dua baby sekali gus, nak jaga abang2 dia lagi. Tapi yakinlah, Allah bersama-sama kita, walaupun kembar, tapi menjaganya macam biasa, yang lebihnya, apa2 yang dibuat, kena dua kali, mandi, 2 kali, ada satu je serentak,  menyusu. Dua-dua melalak, kenalah serentak  ;-) Fokus, yakin kita boleh, insya-Allah dipermudahkannya, Kalau kita fikir susah, maka susahlah jadinya, jika kita fikir, senang, insya-Allah, senanglah ia.

Ma yang sentiasa 'muda'
 
2) Orang yang paling sibuk juga tentunya keluarga saya terutama Ma dan Ba. Ketika mahu ke bilik bedah, Along (kakak sulung saya) call, menangis, risau agaknya adiknya nak bersalin kembar. ;-)). Along banyak memberi semangat kepada saya. Dan banyak bantuan kepada saya. TQ Along! Bila tahu saya ke hospital, ma dan ba solat hajat utk anaknya. Apabila diberitahu 1st kembar di ICU, lagilah ba resah, mohon perlindungan Allah Taala agar anak dan cucu2nya sihat. Tq ma dan ba!.

Ma datang dengan adik bongsu ke KL, saya memang tak nak ma saya datang, tk nak susahkan dia. Dari awal saya mengandung ketiga ini, dah nekad (konon), tak mahu susahkan ma,  mahu pantang sendiri di KL, mahu uruskan sendiri, suami pun cakap ok. Tapi  ma tetap kesiankan saya, n anak2 yang dua lagi, ma datang KL juga (susahkan ma lagi) Katanya, “Na beranok kembar. sapo nak jaga makan minum Iman n Wafiy.  Tak lupa dibawanya ikan haruan dari kampung, ketika di kampung pun, ba ke pasar belikan haruan. Itulah kasihnya seorang ibu, ayah....TQ Ma dan Ba!

Keluarga saya yang amat memahami
 
3) Tak lupa adik perempuan bongsu saya, banyak tolong saya jaga cik kembar, ulit cik kembar tidur, memang adik perempuan saya ni rajin jaga anak-anak saudara. Selawat dgn suara nyaring dia tu, sampai anak-anak sy tertidur. Tq adik! Tapi kena tgk mood dia juga, kalau moodnya tak bagus, ha....disuruhnya pun tak paling doh! ;-)

 Adik bongsu saya yang rajin berdukung (mood kena jaga, kalau tak 'habislah' saya tanpa bantuan dia..;-)
 
4) Adik lelaki saya. Banyak tolong itu ini. Kejap g beli stok sekut, kejap g beli susu Wafiy - TQ Chik. Pernah satu malam dia berjaga, jaga cik kembar ... besoknya pening, tk cukup tidur. hahah. Baru tau!

5) Ma tak lama di KL. Lepas ma balik Kelantan, ma mentua pula yang ambil alih, tolong tengok2 anak-anak saya. Urus makan minum mereka. TQ Ma!

6) Tak lupa mok/nenek  (mak ma saya) umurnya hampir 90-an. Tak kuat sangat dah, bolehlah tolong  riba cik kembar malam2.  (Kat kampung kembar dah mula tunjuk perangai-siang mengantuk malam berjaga ;-)) Mok tolong riba.. sambil bebel2. Part ni tak suka. Selamba je Wafiy, nenek ni suka ‘bobel’ la (bebel) hahah. Biasalah orang tua kan, ada je tak kena di matanya, ai telan je walaupun perit! Hihkihk...

TQ semua! Saya bangga punyai kamu semua! Sayang kamu-kamu!  Terima kasih semua atas semangat, bantuan yang diberi. Kegembiraan kamu adalah kegembiraan saya juga. Ya Allah berilah perlindungan kepada orang-orang yang saya sayang ini. Untuk anak-anak lelaki saya jika esok2 kamu terbaca blog mama ni, pesan mama, ingatlah jasa ibu bapa kamu (termasuk ibu bapa mentua. Berbaktilah kepada ibu bapa kamu dan jgn kamu lupa isteri dan anak-anak kamu (cewah, agak2 ada lagi ke blog saya nih nanti? ^_^).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...