Monday, March 3, 2014

Cik Kembar Dah Sihat + Restoran Siam

Salam Isnin ;-))

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, moga kita semua sentiasa di bawah rahmat Ilahi. Amin

 
(Beberapa hari selepas keluar wad) Ikut saper lah ni, dahi luas ^__^


Alhamdulillah, cik kembar dah sihat, makan banyok! ;-))

Cik Kembar: Perkembangan kedua-duanya lebih kurang sama

-1 tahun 5 bulan
-Gigi baru 6 batang ;-))
-Mula berjalan 1 tahun 2 bulan
-Kejap diaorang baik, main sesama, kejap bergaduh, berebut, ;-))
-Senyap aje, kata suami, "cer gi intai duk wat gapo dua beradik tu!"  Tengok2, duk tepi dinding, tengah koyak n makan kertas! Adoiii! Lepas tu sengih2! Aduhai cik kembar!
-Si Adik Ghufran-kuat menggigit abangnya, Ghazi. Memang selok lah teriok kena gigit, fuh...sampai berdarah2! Tapi dengan abang-abangnya yang lain tak nak digigitnya pula.Agaknya saudara kembar adalah saingan hebat kot! ;-))
-Adik lebih manja dengan papanya.
-Adik suka sangat tidur atas simen! Letak tilam toto pun, mesti cari simen jugop, sejuk selesa kot!
Abang lebih banyak mengalah
-Abang lebih banyak nak bergurau dengan adik, dipeluknya adik, diusapnya adik tapi adik kadang2 tak layan ;-))
-Dah banyak faham, kalau kita cakap/suruh sesuatu- jom mandi, terus menonong depan pintu toilet, selak2 baju, buang sampah kat dapur, menonong ke dapur, kita sebut 'stop', diangkat tangan. give me five, salam(shakehand), kalau kita ckp, kiss mama, kiss papa, terus diciumnya kita.
-Suka sikat rambut ;-))
-Adik tak suka kuih lembik2, adik sebaliknya.
 
 
Cepatnya masa berlalu, kan!


Som Tam pedas, sedap!
 
Area Sentul ni banyak kedai makan, terutama kedai siam. Antara kedai yang kena dgn selera kami,  'Restoran Azmi', apa entah namanya! ;-)) Pulut mangga, (anak saya, Iman memang hantu pulut) tom yam pok tek (betul ke eja?) memang sedap, kami suka! Suasana kedai pun selesa dan luas.
 

*Uols suka makan makanan siam?

Wednesday, February 26, 2014

Cik Kembar dan HKL! :-((

13/2/2014 (Khamis)-Tengah-tengah malam cik kembar muntah2 teruk. Keesokan, berak2 pulok! Dua-dua sekali kena! :-((
 
Pergi Pusrawi-doktor cakap virus-keadaan cuaca panas sekarang. Cucuk ubat buntut tahan muntah. Ubat tahan muntah (diberi makan 8 jam selepas itu), dan air garam.
 
18/2/2014 (Selasa)-taska call, cakap cik kembar berak2 lagi.
 
Terus pergi HKL-kena tahan wad!
 
Bila tau cik kembar masuk wad, atas 'arahan' Ba,  Ma terus beli tiket datang KL dengan adik bongsu saya. Katanya, kesian Na, dua-dua masuk wad, Pi (suami) pun kena g tunggu wad juga, siapa nak urus yang dua beradik lagi (Iman n Wafiy). Uhukk, itulah kan, mak ayah kita mesti risau cucu-cucu on d spot beli tiket kereta api.  Tq Ba, Ma...
 
Sebelum Ma sampai, malam tu, suami dan saya bermalam di wad. Cik kembar merengek, kalau saya sorang2, memang penat lah, fikir2, dengan muka tak malu  minta jasa baik jiran depan rumah tumpangkan tidur Iman n Wafiy untuk satu malam. Alhamdulillah diberi jiran yang baik ('buleh pegi-mari' org Kelantan kata..;-))-kawan baik suami juga. Alhamdulillah selesai hal Iman dan Wafiy. Pagi sebelum Subuh, suami balik rumah uruskan mereka g sekolah.
 
Pagi Rabu- Ma sampai, rasa lega sangat! Seminggu ma di KL, seronok cik kembar manjo2 dgn Cik Su dio! ;-))

Nyamuk banyak-satu katil satu kelambu

Dua hari kami di wad. Alhamdulillah, mungkin sebab diaorang dah muntah n cirit 5 hari sebelum tu, kiranya dah hujung2 cirit masa di wad.

*Ramai yang warded, masalah sama mcm cik kembar, tak kurang juga kes denggi. Semalam anak-anak kakak pulok warded di KJMC-cirit n muntah. Moga semuanya baik-baik deh!

Thursday, February 20, 2014

Donut Lembut

Cerita lama:
 
Upload kesukaan ank2 pula, baru aci kan! ^__^
 
Ambik resepi blog mama apa namanya, lupa ... tapi mmng lembut n gebu sungguh! Dah 4 kali buat, sambil2 cik kembar berbelit kat kaki, tarik kain mama, hahaa.


Gotel bulat kecik comel, sekali ngap je masuk mulut ;-))
 
** Sangat tak sempat tulis-tulis di sini, kesibukan bekerja (ini memang tak boleh lari doh), ujian daripada-Nya-cik kembar warded lagi n macam2 lah!  Insya-Allah, dah reda n lapang sikit, saya 'curi-curi' tulis di sini nanti! Rindu nak jengah blog kawan2! Tq yang menyokong saya untuk terus menulis (ada ke?) wakakaka...;-))

Thursday, January 16, 2014

Puding Roti Bersos Kastard


Desert macam gini memang feveret saya. Pernah buat puding roti bakar resepi Ma tp tk de sos. Yg bersos kastard ni pernah mkn, sdp sgt. Resepi  sgt mudah, tapi keinginginan nk buat tu tk berapa ado senang cerita, malas! ;-)) 

Tapi  semlm bila tgk blog iela, gebu gebasnya pudingnya, fuh ... menggugat. Mungkin juga selera nasik kurang, nak mkn kuih manis2 je, itu yang excited. Pukul 9 malam  zassss g kedai  beli susu cair. Biasa time gini mak dah lena dgn cik kembar, tapi puding gebu gebas iela punya pasal, cerah bijik mata ;-)) 

Mmng terbaik! Excited terlebih, loyang pun main belasah, lagi nak kejar risau cik kembar terjaga,  puding agak nipis. Lain kali guna loyang kecik sikit. Fuh nikmat mkn puding bersos panas2...

tq iela! ;-))


Makan panas-panas, rangup di luar, lembut di dalam ;-))


Yang tk best bila saya n suami je sungguh2 mkn. Ank2 tk berehi. Mak2 lain pun tentu mcm ni kan? Masak mknn yg ank2 suka je kan? Tapi kalau kita teringin nk mkn sendiri, buat juga, tp kurang rasa kenikmatan msk kalu ank2 tk mkn kan. Ermmm...tak po tak po, ado masa lg kita msk mknn kegemaran ank2 pula ...;-))


Wednesday, January 15, 2014

Makan di Sakura Kristal, KLFC

Salam Maulidul Rasul - terlambat satu hari ;-))

Isnin cuti sakit-demam!  Seharian Sabtu ngemas rumah, basuh langsir, 'panjat' kabinet dapur-buang bekas2 yang mengarut dapat la sampah dua/tiga guni hari tu. Malam Isnin tu, menggigil demam urat :-(( Alhamdulillah hari ni dah okey, tapi badan masih rasa penat/lemau .

Layan gambar kami dua hari minggu lepas (agaknya?)


Sakura Kristal, KL Festival City

Wasup dgn kawan satu Menara opis ni, tanya tempat yang dia pernah makan kat KLFC ... tq Mek!  




Okey juga menu nya. Harganya tak mahal, tak murah. Kena dengan citarasa kami. Mood anak2 pun okey.



Awal sampai di Sakura, cik kembar tak duduk diam, tak mau duduk kat kerusi, membuas!


Bila dah sampai makanan, elok pulok, membuas sebab lapar! ;-))

Separuh nasik papa dikerjakan Wafiy. Padahal sebelum masuk sini, dah makan Papa Roti sebiji sorang




Alhamdulillah, sejak cuti sekolah panjang yang lepas, bagus sangat selera Iman n Wafiy. Terutama Wafiy, lapar memanjang, budak tak banyak songeh, nasik dengan telur pun boleh.





Friday, January 10, 2014

Cerita Hari Pertama Sekolah 2014

2014-Iman darjah dua dah, Wafiy pula enam tahun, tahun kedua di Little Caliph.


Bersemangat, "tak sabar nak g sekolah, cuti lama sangat," kata Iman.  Seronok belajar ke, entahlah, biasanya budak2 usia macam gini, seronok nak jumpa kawan2, nak bercerita itu ini la tu kot. Kalau lelaki, duk melompat2 kat sekolah, ades!  Saya dulu2, belajar tak lah beria sangat, seronok berkawan-kawan, ;-))





Iman: Mama ni, pagi2 suruh bergambar, gambar, gambar, gambar! Hahha, mama kan blogger, nak, harus lah amik gambar, nanti Iman jugak nak baca nanti. Blogger la sangattt! ;-)) Mesti ai menyorok malu anak baca blog ;-)) 

Iman n Wafiy okey je, tapi mak yang teruja nak cuti,  saja nak nyibukkan diri dalam pagar sekolah ;-)) Walaupun Iman dah darjah dua, confiden je tengok dia melangkah ke sekolah, tapi sebenarnya, jauh di sudut hatinya, rasa seronok bila  hari pertama persekolahan ditemani/dihantar ibu bapa. Iman ni walaupun nampak 'keras semangat' tapi jiwanya sangat halus, anak sulung kebanyakan macam tu ke? ;-)) Adiknya Wafiy, nampak halus lembut, malu, tapi jiwanya fuh, 'keras'! ;-))



Mulanya, nak hantar sampai pintu pagar je, tapi bila Iman cakap, "mama, jom la, mama tak nak tengok kelas baru iman ke?" Okey, tak nak hampakan perasaan anak. 7.35 sampai kelas, cikgu dah ada depan papan hitam. Opss, sori cikgu ;-)) Kesian pulok ank ambe, dah la kecik, duk belakang pulok, ades! Tau2 aje lah budak2 ni kalau duduk belakang, aduyai, tumpuan kat cikgu tu kurang. Banyak main! Tambah lagi anak jantan ambe tu, ades la....






Lepas hantar Iman, hantar Wafiy pulok, walaupun dah senior, biasalah Wafiy, malu2 kucing. Ada la sorang dua budak-budak menangis, "nak ayah, nak ayah...." ^_^




Lepas bai bai, terus balik rumah, seronok juga jadi suri rumah satu hari, ngantar, menjemput anak sekolah, kemas rumah, masak2, tunggu kepulangan suami tercinta. Macam mithali je! Mithali la sangattt!!  ^__^



Tahun lepas, habis sekolah pukul 12, Wafiy balik dgn van taska, transit di taska. Mulai 2014, kami ambik keputusan letak Wafiy kat day care Little Caliph ... petang ada pembelajaran ringan, rasanya lebih berbaloi, belajar al-Baghdadi, melukis, seronok katanya.





Petang, sekolah agama pulop!

Tengok budak-budak sekolah, terutama yang kecik-kecik ni, yang dijemput mak ayah rasanya okey la kan, yang naik van/bus berlari2 takut kena tinggal van. Tepi pagar sekolah ramai yang berjual, pak cik aiskrim segala bagai penuh kat tepi pagar sekolah. Kesian wei tengok budak2 ni, haus giler cuaca panas.






Iman: Dalam kereta pun nak ambik gamba! Ahhah, mama kena lagi dgn Iman! ;-))

Petang, saya dan suami jemput Iman dan Wafiy. kesian anak-anak serius keletihan hari pertama,  suami ajak mkn cendol, seronok anak2 mak juga bila papa belanja cendol n mi kari ... cik kembar masih di taska ^__^


Sedap jugok cendol n mi kari kat sini. Saper yang pernah datang Sentul, tempatnya atas sikit Restoran R. Azmi tu Baru bukak, tepi jalan, tapi tak sesuai utk anak2 kecik, kalau dah petang, ada nyamuk ;-))








Moga anak-anak kita menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat. Amin.






Monday, January 6, 2014

Pembuka Tirai 2014 ... Hai! ;-))

Selamat tahun baru 2014 ... entri pertama untuk 2014 ... hari pertama bekerja 2014
 
 
Sebagai pembuka tirai 2014, tak nak bebel2 panjang, sekadar menyapa kawan2 yang datang jenguk Dieyana78. Terima kasih yang masih sudi menjenguk kami ;-))
 
 
Moga kita semua berada di bawah rahmat Ilahi. Amin.
 
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...