Alhamdulillah, persiapan sekolah anak-anak dah 70% siap.
Tahun depan bertambah seorang lagi anak sekolah rendah-Adam Wafiy-darjah
satu.
Abang dia-Iman Haziq-darjah 3
List pakaian: Dari yang dalam, sampai la yang luar, semua mak tulis, hahah!
Kita perlu rancang sebelum membeli, agar tiada pembaziran berlaku ... cewah! Kalau bajet tak cukup, macam kami ni, beli la sikit2, kan kan ;-))
Baju sekolah Iman tahun lepas, ada la
sehelai dua yang masih elok – bolehlah Wafiy pakai tahun depan ;-))
Mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ni, mungkin panduan untuk uols yang anak2 baru masuk darjah satu kan, brand Canggih adalah terbaik, warna seluarnya
biru cantik, dan kainnya (baju putih) jenis yang mudah tanggal kotoran. Tapi sebenarnya, kerja basuh baju2 sekolah
ni, bukan saya yang buat, itu kerja suami saya, hahah. Itu sebab saya tak risau
sangat psl baju2 sekolah ni, suami saya tukang basuh, tukang
seterika, aci!?
Hari tu beli Canggih kat Sogo, jimat sikit, dapat voucher ;-))
Dua orang sekolah, setakat
ni dah habis 600 ratus, itu belum masuk beg sekolah, dua biji sorang! (beg sek. kebngsn, beg sek. agama), alat tulis bla bla
Bila ditotal, lebih kurang RM1000 utk dua org anak, termasuk buku teks sekolah
agama. Fhew phew, berpeluh mak pak. Lagi 30 % lagi tunggu bln depan la
pulok..khihkhik. ;-))
Baju sekolah agama, dan baju biru sek kebangsaan Iman yang brand Canggih, size untuk anak saya tak de. Size paling kecik pun masih besar untuk anak2 saya :-(( So, Baju sekolah agama, kami beli kat Kamdar. Tapi brand kamdar ni, baju biru dia tak berapa cantik, pudar je birunya. Kebetulan semalam p carefour wangsa maju, ternampak kain ela kat nagoya, birunya cantik, 1 meter 6 ringgit,terus papa dia beli 3 meter, boleh jahit kat kampung nanti...;-))
Yang untung, anak2 kami yang lambat membesar ni, baju Iman yang dari darjah satu, boleh pakai lagi naik darjah dua, tapi tahun depan dia dah pakai baju biru. So, mana2 yang elok, bagi adik dia pakai. Untung la sikit ;-))
Beli baju sekolah awal2, senang sikit, tak suka bersesak kat KL dengan orang ramai yang sekarang dah mula shopping baju/kasut sekolah anak2. Uols camner, dah beli ke....;-))
Iman dan Wafiy. Dua pasang memang tak cukup ni, tunggu bulan depan, boleh beli lagi. Dah tau, budak2 ni, satu hari pakai, memang comot sgt2. Tahun depan kira mujur yang amat bila Iman pakai kasut hitam-jadi pengawas katanya..;-))
Anak uols camner? Saya rasa, kalau budak yang jenis menjaga pun, rasanya tetap kotor jugak , kawan pijak kasut, katanya. Mama cakap, "ha, balas, pijak kasut dia balik! "Hahah, pandai mama 'mengajar' anak ya! ;-))
**Apa-apa pun, ikut kemampuan masing-masing kan, cuba bayangkan family susah, anak berderet masuk sekolah 5/6 orang sekali gus, kesian kan! Bersyukur la kita seadanya....