Thursday, March 2, 2017

Salsation Event : Share The Love For Dance!

Yang beminat, jom, saya iklan di sini.
 
Sebenarnya, saya tak pernah join event. Selalu zumba dalam studio je. Kali ni, kita keluar sikit! ;-)) Baru sekali saya join event Zumba & Salsation sempena hari kanser sedunia baru-baru ini di The Club, Bukit Utama, Damansara. Yang tu percuma. Yang saya iklan ni, ada bayarannya, tapi tak lah mahal sangat. Biasanya event yang international, agak mahal sikit, mencecah ratusan ringgit. Tapi berbaloi, satu hari, instructor international yang hebat belaka.
 
 
 
Kali ni, saya join Salsation yang ini, harga pun tak mahal sangat. Instructornya juga hebat, Salsation Master Trainer (SMT), yang berminat, jom!
 
 
 
 
 
 
 
Sedikit tentang Salsation:


"SHARE THE LOVE FOR DANCE"

SALSATION® is a Dance Workout that convert functional training protocols into innovating dance moves.
The word “Salsation™” has been taken from (Salsa & Sensation).

 SALSA: not from the rhythm / musical gender but from the spanish word “SALSA” that actually means “sauce”, because it is a spicy mix of different rhythms, cultures, dances and fitness protocols.

 SENSATION: the program has a strong focus on musicality, lyrical expression as well as on how the human body function.

 Why SALSATION®?
The difference between other workout programs, is that Salsation is carefully design to integrate functional body movements into all the dance routines working out in a 3D fashion using all planes of motion Its not only easy and fun but you can do it for life improving your mobility and stamina no matter your age.
 
Alejandro is the founder of SALSATION®. Coming from Venezuela were dancing and music is a predominant part of the daily life and culture, he became a professional dancer and choreographer. Graduated in Venezuela where he did theatre performance and fitness/dance TV shows, and later became a renown International Fitness Presenter traveling around the world teaching and training thousands of people. Representing well known brands such as Nike. Alejandro has more than 20 years of experience in Fitness, Dance and Choreography.



Founder Salsation- Alejandro Angulo
 

Friday, February 24, 2017

Friyayyy! ;-))

Friday + Yayyy! =Friyayyy! ^__^

Alhamdulillah, Jumaat yang dinanti-nanti. Esok boleh tidur ... hahhaha! ;-))

Uols g mana esok? Jalan2 ke... syok eh! Kita pun kena keluar rumah juga, kalau tak nanti,  kita ngadap dinding, lemau badan ... hahhaha. ;-))

Tapi itulah, bila dah penat kemas rumah, rasa nak baring je ... bangun tidur,  rumah tunggang-langgang  hahhaha! Mak tidur, anak2 berpesta2 an kat ruang tamu.

Kihkihkih, nasib le mak ;-))
 
Dan, akhirnya, ini spek baru kita ... okey ke, tak okey? ^__^


Kita buat di Focus Point, Alpha Angle, Wangsa Maju

Pening nk pilih bingkai ... sebenarnya, kita nk bingkai semua hitam, tapi suami kite ckp, ambik yg ni la, nampak bergaya sikit (konon), hahaaa. Apa2 je lah, mak dah pening!

Settle buat spek! ;-))
 

Thursday, February 16, 2017

My 31 Kueh, Sri Gombak

Dah pergi ke My 31 Kueh, Gombak? Tak ingat fasa berapa. Waze je My 31 Kueh, insya-Allah jumpa.
 
Awal2 kedai buka dulu, kami pergi, masa tu kedai masih 'kalut ribut', susunan tak teratur, kat situlah cashier, kat situ lah pesan air, agak berterabur.
 
Semua jenis air hanya RM 1. Macam-macam nasi, nasi berlauk (gulai ayam, ikan, ayam goreng, dll) , nasi dagang, nasi tumpang, isy ... macam2 semua nak rasa/makan ;-)) Berpinar2 bijik mata tengok macam2 kuih. Ko rasa semua nak makan. Hahhahah. 'Gila' jap tengok kuih banyak ;-))
 
Minggu lepas kami pergi lagi, kedai bertambah baik, kuih2 lebih tersusun, meja cashier lebih kemas. Kami pergi, masih awal pagi, kuih dan nasi masih banyak.
 
Kebetulan dekat je dari Sentul, juga laluan ke kelas zumba, selalu tengok, haruslah singgah kan!
 
 
Kuih Nona Manis (sedap weih!), nasi berlauk (ayam), pulut pagi, tea o. Ini je yang mampu saya makan, ketat perut weih! Nasib baik tak tamak, ambik itu ini..hahha!
 
 
Yang sukakan selera pantai timur, cubalah! Sambil2 jogging/erobik kat Taman Sri Gombak tu, boleh singgah sarapan ...  ganti balik lemak tu kat My 31 Kueh! ^__^
 

Tuesday, February 14, 2017

Survey Kedai Cermin Mata

Survey kedai cermin mata. Kite dah tau dgn power mata tinggi ni, sah2 mencecah RM 1000. Kalau bingkai berjenama, haruslah seribu lebih, malah ada yang lebih, tengok jenama apa yang dipilih. Rasanya, tak perlu bingkai berjenama, yang penting, kanta/cermin berkualiti (ini pendapat saya). Kena tengok bajet kita berapa. Orang kedai sah-sah akan tanya bajet kita, berapa.
 
Sekarang ni trend bingkai spek design bulat tu kan. Kite berkenan jugak. Dah try2 kat muka ni, ada yang sesuai, ada yang macam kelakar dgn muka. Tak kira, kita nak jugak spek bulat tu. Macam Ayda Jebat ni pun okey. Kedai spek ni berlambak2, nasib/rezeki kita lah kan, dapat harga/diskaun. Disebabkan kedai spek berlambak lah, kite jadi pening, hahhaha!
 
 
 
Ayda Jebat, kite pinjam gambar awak! ;-))
 
 
'Tenat' sangat dah spek kite ni, dah dua kali guna 'gam gajah'. Power mata kite ni memang tinggi. Tak de spek, apa pun tak boleh. Dulu ada spek spare, yang tu pun dah lama patah, tinggal le satu ni aje. ;-))
 
Eh, sekarang ni fesyen kebaya gini muncul kembali, kan! Kite panggil 'kebaya kelepek'. Ahhahah, dah lari topik, jgn marah ya, sajer, kita nk bgtau, kite berkenan tengok kebaya ni. Agak2 raya nanti kite nak buat fesyen gini kot, entahlah, ya ke tidak! Ahhahah!
 
 
Sumber FB

Baju n seluar macam ni pun kite tgh cari2 gak ni (nak yang murah, tapi kain best, tak melekat di badan ;-))). Kasi hilang ngantuk tengah2 hari ni kan. Org pempuan ni, fesyen, shopping berpisah tiada. Kite nak jamu mata je, n mata uols sekali ^__^ Tak de apa lah, kite cuma berkenan warna hijau baju ni.  Eh, eh ke kite rasa raya tahun ni, macam nak tema baju hijau gini! Hahha, dieyana dah mula macam-macam! Tengoklah macam mana! Sajer nak membebel;-))
 
 
 
Sumber: FB
 
Satu lagi kite nak sgt seluar sport yang ada skirt ni. Dulu kite nak, lps tu tk berkenan, tetiba mcm berkenan pulok, sbb buntut kite macam dh besar sikit #sikitje# kahkahkah! Kalau nak g event zumba kt luar tu, better kite lindung la apa2 yang patut kan. Skrg ni kite ada join zumba luar studio. Kena la bersopan sikit kan! ;-)) Biasa kite duk dlm studio je, pakai seluar koyak, org mana tau! ;-)) (ladies only).
 
 
IG Sportspantswanita
Macam cantik je warna ni, merah2-purple sikit?
 
 
Eh, eh, dari cerita cermin mata, kite dah melalut macam2. ^__^ Ok lah tak mau membebel dah, nanti orang jemu. Baibai ;-))


**Antara keperluan dan kehendak, dahulukan keperluan kihkihkih.. #ingatan untuk diri sendiri! ;-))

Tahniah Isey & Fiera

Tahniah ... Selamat Pengantin Baru my adik ipar - Isey & Fiera! Semoga berbahagia untuk selama-lamanya!
 
27-29 hb Januari 2017
 
27/2- Akad Nikah




28/2- Majlis Sanding rumah pengantin perempuan
 
 
KAMI
29/2- Majlis Sanding rumah pengantin lelaki
Mak, ayah mertua kite dah tak de, harapkan adik beradik suami dan saudara mara yang tolong, dari persiapan awal majlis sampailah habis majlis. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dan biasalah, pasti ada yang terkurang sana sini....
 
Al fatihah untuk mak dan ayah mertua.


Family suami/ipar-duai

Banyak gambar2nya, tak larat nak upload, kita kasi sikit2 untuk kenang-kenangan ;-))


Friday, January 20, 2017

Madre Collection, Bangi Sentral

Akhirnya, dapat juga yang diingini. Madre Collection. Dulu, berkenan sandal macam gini http://dieyana78.blogspot.my/2015/12/madre-collection-dan-mi-tarik-warisan.html

Yang ni, design baru (kot) kat Madre Collection, Bangi Sentral.

 
Ada 3 warna, satu lagi cream.
 
FB: Madre Collection
 
Yang ni, small cutting, sesuai utk yang kaki kecik macam saya ;-)) Kalau selipar brand lain kite pakai size 4 (36), selipar yang kite beli ni, size 37. Kite suke, sebab simple, ringan, dan best sangat, tk tinggi, tak rendah, sedang2 saja.
 
Yang berkenan, bolehlah usha2 design lain. Nak ke Bangi Sentral, iman mesti kuat tau! Tau-tau je lah area situ, mak oiii, sakit mata tengok macam2 butik tersohor ada. Migrain ai tau! Nak shopping kat Bangi Sentral, bawak pitis banyak2! Barulah bahagia hidup, hahhahah! Tapi, kite dah dapat selipar Madre ni, sengih sampai telinga, syukur Alhamdulillah (ayat sedapkan hati) ;-))

 

Hidup Baik-baik! ;-))

20 Januari 2017

Selamat pagi Jumaat. Krik krik krik ... tuan rumah tak sihat, selesema, batuk2 kecil, pening2 lalat, mengada sangat! ;-))

Apa-apa pun, moga kita semua, baik-baik. #hidupbaikbaik


 
Kredit: IG Kaki Share
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...