Tuesday, April 22, 2008

18 April 2008
Happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to Iman Haziq,
happy birthday to you....
Selamat hari lahir yang kedua Iman. Mama doakan semoga Iman sentiasa sihat, panjang umur, ceria, sentiasa dilindungi-Nya. Semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa, menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Insya-Allah. Mama dan papa bersyukur dikurniakan Iman dan kami berbangga menjadi ibu dan bapa mu. Terima kasih kerana menjadi anak mama, jadilah yang terbaik kepada mama dan papa. Tiada yang terindah dalam hidupku, selain melihatmu ketika dilahirkan dua tahun yang lalu.
Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Tuesday, March 11, 2008

Pilihanraya

Pilihanraya telah pun berakhir, namun kehangatannya masih terasa di jiwa rakyat Malaysia. Tahniah kepada pihak yang menang, tahniah juga untuk pihak pembangkang kerana berjaya memperolehi kemenangan besar. BN telah kehilangan majoriti 2/3 seperti mana yang pernah diperolehi dalam pilihan raya sebelum ini. Bagi rakyat Kelantan umumnya, masih tetap mengekalkan pemerintahan Pas. Rakyat masih tetap dengan pendirian walaupun diacu dengan pelbagai hasutan daripada pihak lain yang 'menginginkan' negeri tersebut. Aku sebagai anak jati Kelantan, rasa berbangga dengan kemenangan tersebut, dan mereka mengakui bahawa kemenangan ini adalah hasil daripada penyatuan rakyat Kelantan, semangat kenegerian dalam diri masing2. Negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang paling ramai mengundi. Tahniah kepada Tuk Guru Nik Aziz kerana masih mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Besar Kelantan. Syukur alhamdulillah. Pilihanraya kali ini memperlihatkan beberapa buah negeri yang lain turut diperintah oleh pihak pembangkang, berbeza dengan tahun sebelum ini yang hanya negeri Kelantan sahaja diperintah oleh pembangkang (PAS). Semoga hari-hari yang mendatang bakal menjanjikan pemerintahan yang aman, makmur dan bersih. Insya-Allah.

Friday, March 7, 2008

Mari Mengundi

Selamat mengundi rakyat Malaysia...waaaaaaaaaaaa....ore kelate pakat balik ngundi, aku jugok la duduk kurung dale rumoh tok ngundi. Mitok maah la belako, kawe tok leh kelik ngundi. Waaaaaaaaaaaa. Sabar aje lah....Apa-apa pun selamat mengundi untuk rakyat Kelantan. Semoga berjaya.Hidup Kelate!!!! Pakoh molek deh.... Walau apa pun yang terjadi, selamat mengundi untuk semua rakyat Malaysia, pilih yang terbaik demi negara. Engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan....ehehheheh. Sama-sama kita nantikan 8 Mac ... Salam Mengundi!!

Friday, February 29, 2008

Pilihan Raya

Pilihan raya! Raya raya raya ... sakit telinga, sakit mata...?
Pilih, raya, pilih, raya, raya, pilih, raya, pilih....
PANGKAH!! KAH KAH KAH
Tidak mampu untuk bersuara, biar saja hati yang membuat keputusan....heheehheh...
Mengarut ... karut ... Hidup....
Undi adalah rahsia???
Kelantan Forever....

Friday, February 22, 2008

Kata-kata Teman


Salam Jumaat....



Teringat kata-kata daripada seorang teman, "kau telah memilih dia sebagai teman hidupmu, sepatutnya tiada yang lain kau harapkan, hanya dia seorang". Kata-kata itu penuh makna, menyedarkan aku yang 'dia' sangat istimewa. Apa saja kekurangan 'dia', aku perlu terima, kerana aku yang memilihnya dulu! Aku merinduimu!! Sayang, maafkan aku.... Semoga kehadiran orang 'baru' ini dapat mengeratkan kasih sayang antara kita, di samping cahaya Iman Haziq. Terima kasih atas kesabaran yang kau berikan kepadaku....



*10 Petua Rumah Tangga Bahagia (Sumber: Ustaz Asmungi Sidek)



1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

Tuesday, February 12, 2008

Bosan!

Minggu yang membosankan! Setakat ni kerja dah habis, manuskrip tak de kat tangan ... tak tau nak buat apa. Badan pun letih sangat, tak bermaya, rasa nak tidur 24 jam.... Nasib baik ada cerpen Si Aleeya ni ... menjadi peneman setia, kalau tidak, tak tau apa nak jadi. Tak de kerja pun satu masalah jugak, ada kerja pun bermasalah jugak. Hmm ... sabar aje lah. Nak sambung baca cerpen.

Note: Lagu ni merupakan lagu OST utk Filem “Bukan Bintang Biasa”
Lirik:
Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi
jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi
ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

Thursday, January 31, 2008

Waktu yang Baik dan Mustajab untuk Mendidik Anak

1. WAKTU ANAK SEBELUM TIDUR
(LEBIH KURANG 10 MINIT SEBELUM TIDUR)

a)Baca Fatihah (1 kali)
b)Baca Ayat Kursi (1 kali)
c)Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d)Baca Surah Toha 1-5 (1 kali) ayat
Kemudian hembuskan di ubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain.

2. WAKTU ANAK SEDANG TIDUR
(Baca ayat-ayat di atas kemudian buat seperti di atas) .


3. WAKTU ANAK BANGUN TIDUR

4. WAKTU ANAK SELEPAS MANDI

5. WAKTU ANAK SELEPAS SOLAT

6. WAKTU ANAK SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

7. WAKTU ANAK SELEPAS RIADAH

*Sumber: Puan Seri Banon


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...