Thursday, March 12, 2009

Makanan pertama....

Makanan pejal
1) Bilakah perlu/sesuai dikenalkan dengan makanan pejal?
Ketika berusia 6 bulan ke atas dan bayi bersedia untuk makan.
Antara tanda-tanda bayi bersedia:
- membuka mulut apabila sudu didekatkan pada bibirnya
- tidak menangis
- pandai mengunyah dan menelan
2) Makanan pertama
Disyorkan memberi bubur nasi kosong lecek/lenyek/kisar halus. Kemudian boleh ditambah ayam, ikan sayur secara berperingkat. Tidak perlu ditambahkan garam.
Jika bayi sembelit atau cirit-birit ketika baru dikenalkan dengan makanan pejal, hentikan beri makanan. Mungkin bayi belum bersedia.
Boleh juga diberikan bayi anda puree buah-buahan. Buah-buahan citrus (limau etc) tidak sesuai untuk bayi di bawah satu tahun.
Beri bayi anda menu makanan seimbang. Susu perahan boleh dicampur ke dalam bubur nasi. Dicampur ketika hendak makan.
* Sumber:Modern Mombaby Group
Alhamdulillah...Wafiy telah diberi makanan pertamanya pada 7 Mac 2009....:-))

Tuesday, March 10, 2009

Amir Yusuf....27/6/08-6/3/09

Pada mulanya, seorang rakan telah perkenalkan aku satu blog http://www.fajaril.net/blog/2009/03/. Kata rakanku itu, "k.diana, baca la blog ni, sedih sangat".... Aku pun cepat2 buka blog tu dan ingin berkongsi kesedihan tu, dan pada masa yg sama nk tau apa cerita yg menyedihkan sgt tu. Rupanya, blog tu pasal sseorang baby, namanya Amir Yusuf (indahnya nama....) yg menderita satu penyakit dari awal sejak dia dilahirkan. Sedih sangat2. Bercucuran air mataku ketika menatap cerita dalam blog tu, dari sehari ke sehari dia(fajaril-blogger) itu menceritakan detik2 Amir Yusuf di hospital. Lantas ku teringat Iman dan Wafiy-mama rindu pada kalian berdua!
Ahad-8 Mac, Rakanku-mesej mengatakan Amir Yusuf telah pergi pada Jumaat 6 Mac 2009. Tanpa kusedari, air mata ini mengalir-mengalir bersama-sama hujan di luar sana. Lantas aku memeluk kedua-dua permata hatiku sambil air mata terus mengalir di pipi. Sang suami melihatku kehairanan, lantas kuceritakan tentang Amir Yusuf dan blog itu. Aku tak dapat membayangkan ibu dan bapa Amir Yusuf saat pemergiannya....
Hari ini cepat2 aku buka internet-blog fajaril-aku baca detik2 Amir Yusuf sebelum meninggalkan alam ini, juga gambar2 ketika pengkebumiannya. Amir Yusuf telah pergi untuk selama2nya pada 6 Mac 2009, Jumaat pada 12.15 tengah hari di bumi Glasgow. Al-fatihah. Sesungguhnya Tuhan amat menyayangimu, Amir Yusuf. Semoga Amir Yusuf bersemadi dengan aman di sana. Takziah untuk keluarganya. Walaupun aku tidak mengenali mereka, tetapi pembacaanku melalui blog itu membuatkan aku merasa dekat dengan mereka.
Amin.
Dunia ini hanya sementara-akhirat juga yang kekal. Sentiasa mengingati mati membuatkan kita sentiasa dekat dengan-Nya.
Salam Maulidulrasul....(mendengar kisah ketika nabi dilahirkan dan detik2 menghadapi sakaratulmaut-terasa syahdu di hati)-sesungguhnya Rasulullah begitu menyayangi umatnya, tapi sejauh manakah kita sebagai umatnya mengingati dan merinduinya??

Friday, February 13, 2009

Buah Hati


heheehhehe....


aaaaaaaaaaa....

Cakkkkkkkkk!!








Thursday, February 12, 2009

ImanWafiy

Pengasuh sakit. Tak dapat nak buat apa. Cuti. Sampai bila aku nak cuti. Kerja2 di ofis berlambak2. Akhirnya aku ambil keputusan untuk menghantar Iman n Wafiy ke (TASKA). Tumpang untuk beberapa hari (nasib baik Taska tu terima). Rasa sebak juga hantar mereka kat situ. Orang lain yang tak memahami aku pasti menganggap hantar ke taska adalah perkara biasa. Tapi aku...rasa kesian, sedih kat Iman n Wafiy.... (sebab aku tak pernah antar anak2 ke taska). Yang paling menyedihkan bila Iman menangis setiap kali antar dia ke situ, dan Wafiy tak dapat minum susu aku!! Taska tu tak terima susu selain susu tepung!! :-(( Sorry sayang! Aku cuba juga bertanya makcik2 kat blok aku tu, kalau ada yg dpt jaga anak2Tapi tak ada. Mungkin ada, tapi kerana pencarian aku yg singkat tidak memberi hasil yg baik kpd ku. (Dengan harapan pengasuh akan sihat dan dpt menjaga Iman n Wafiy).

Iman tak dapat terima kenyataan yg dia dihantar ke taska. Asing baginya apabila melihat ramai kanak2 di situ. Dalam perjalanan ke Taska, dia senyum2 aje...bila sampai je kat pintu pagar taska tu, terus menangis, tak nak turun dr kereta. "Tak nak, Tak Nak, Ibu!! Iman nak ikut Ibu.....!!" Rintihannya itu membuatkan aku rasa lebih sebak. Hari pertama dia di Taska, aku tidak dpt menumpukan pada kerja2 aku di ofis. Aku menelefon K.Ros-pemilik Taska, bertanyakan tentang mereka berdua, katanya, "pagi tadi Iman hanya menangis sekejap sahaja, dah main2 tu dgn budk2 lain." Mujur....

Sudah 4 hari termasuk hari ni mereka di taska. Hari ni, Iman tidak lagi menangis seperti hari2 sebelumnya. Agaknya sudah bertemu kawan (hati rasa lega sikit). Semalam, kata Iman, "Iman makan miun (mihun) denga (dengan) air warna ijau". Cuma masih rasa terkilan yang amat kerana wafiy ... susu. Berharap semoga hari ini hari terakhir mereka di taska. Sebab semalam Pengasuh cakap Insya-Allah minggu depan dia akan jaga mereka berdua. Fuhh..lega...


*Salam Takziah untuk K. Halilah atas pemergian bonda yang tersayang. Al-Fatihah. Semoga rohnya aman di sana. Amin.

Tuesday, January 20, 2009

Untuk kawan yg suka sgt perdengarkan lagu kanak2...ini utk awak...hehehhe. Mungkin lps raya cina ni ada lagi lagu kanak2 yg suruh aku dgr tuh ,tapi okay gak, buleh dgr lagu kanak2 yg dh lama ditinggalkan/ada juga lagu yg tk penah aku dgr. Dan, bila aku ckp aku tk penah dgr lagu tu, mesti dia marah...ehhehe....




1. Do you think you are hot?


Entah! Kadang2 kot....hehhe




2. Upload your favourite picture of you.

3. Why do you like that picture?

Sbb time ambik gmbr ni, iman suka sgt2 sbb dpt riba adik dia. Dan, kedua2nya sentiasa di hatiku!

4. When was the last time you ate pizza?

Bulan 12 thn lps, (setelah sekian lama tk mkn ... coz berpantang, heheh). Dan, yg pastinya sebelum boikot kfc/pizza!

5. The last song you listened to?

Kekal-Spider... jwpan yg diberikan oleh mkcik kat dpn. Kah kah kah!

6. What are you doing right now besides this?

Siapkan Prestasi 2008. Fuhh...

7. What name would you prefer besides this?

Saper ni...Hem...Tak nak lima boleh tak?heheh

1. Ruslan

2. Fatin

3. K.Zana

8. Who is no. 1?

Rakan se opis yg semalam belanja roti..ahhaha

9. No. 3 is having relationship with?

Entah lah...ehehhe, nanti kena tanya dia lah

10. Who is no. 2?

Pempuan ngandung...hehehe/Yg sdg bertungkus lumus menyiapkan Mss Taman Takwa..Bawak bertenang Makyong....

Fuh..fenat juga nk menjawab nih...Apa2 pun, aku tetap jawab yg seadanya...

Bai2!

Tuesday, January 6, 2009

Chocolate Banana....







Menyambut birthday bersama2 Nor BKK....Terima kasih juga kepada mereka yang belanja KFC!



Tuesday, December 30, 2008

Salam Muharam

Selamat menyambut tahun baru 1430 H! Semoga kedatangan tahun baru ini memberi semangat baharu kepada kita semua dalam menjalani kehidupan di alam ini. Insya-Allah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...