Monday, April 19, 2010

18 April 2010

Hari Lahir Muhammad Iman Haziq ke-4
Tempat: 207-02-14
Masa: 2.30 pm
Kehadiran: Mama
Papa
Iman
Wafiy

Dah tk sabar nak potong kek, Wafiy seolah2 kehairanan.


Potong kek dengan Papa

Sempat jeling kamera tu....


Abaikan objek biru tu..:-)


Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Iman Haziq, Allah selamatkan kamu.....

Tiup kuat sikit....


Pesan Mama n Papa,
Semoga Iman panjang umur, sihat tubuh badan, menjadi anak yang soleh, baik, taat dan beriman kepada Allah, dengar cakap mama dan papa, belajar rajin2, Kami sayang Iman! Adik Wafiy sayang Iman!
INSYA-ALLAH....

Friday, April 16, 2010

Terkini Abang dan Adik

Terkini tentang adik dan abang. Abang semakin belajar sesuatu yang baru di sekolah. Alhamdulillah. Dan adik, 'orang-orang' cakap, adik pendiam, tak banyak cakap macam abang. Mama: Grrrr!!

Buku wajib abang-Dina's House, mama tengok tarikh akhir, 14/04/2010, abang berjaya habiskan, alhamdulillah. Al-fatihah dan beberapa surah pendek, abang boleh hafal, walaupun terdapat beberapa yang tertinggal. Kadang-kadang abang solat, kadang-kadang abang tak solat...hehehhe, pagi tadi abang cakap kat papa, "Tiap-tiap pagi papa dan mama sembahyang, doa Iman dan Adik." Abang nyanyikan adik, lagu wuduk:

wash your hand, wash your arm, wash your leg...(mama ckp, abang ada tertinggal tu..hehee...)

Mama dan papa perasan yang adik ni bersungguh-sungguh kalau nak dapatkan sesuatu, selagi adik tak dapat yg adik nak, adik akan sedaya upaya, sehinggalah kalau adik tk dpt jugak, adik akan bagi kat abang/mama/papa. Hehhehe. Kalau adik pandai, berjaya buat sesuatu, Abang ckp "clap your hand! clap your hand!" dgn melodi yang tersendiri. Tersengih2 adik tepuk tangan.

Adik manis!

Abang peramah!
Mama cakap, adik pendiam, tapi adik garang! Adik tak banyak cakap, tapi adik rajin, dan lagi, ada kalau nangis, sangat kuat! Mama juga cakap, tak kira la adik macam tu, abang macam ni, kedua-duanya anak mama dan papa. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Papa angguk-angguk. Jangan bezakan anak-anak :-)) Anak satu, dua, tiga dan seterusnya. Apa maksud tu. Mama nak tumpukan dua anak ni dulu ye..Eehhehe..
(*Tiba-tiba rindukan dua beradik tu, setiap masa dan ketika rindu mama hanya untuk kalian berdua, tak lupa untuk papa juga! Ahaks!)

Nota Kecil untuk Isteri

Isteriku,
Usah memandang kejayaan orang lain tanpa berbuat apa-apa. Tetapi, pandanglah kejayaan orang lain sebagai pendorong dan semangat untuk dirimu berjaya sepertinya, diikuti usaha, seterusnya, doa kepada Yang Maha Esa.

Isteriku,
Sebenarnya dirimu telah berjaya, lupakah bahawa dirimu telah mengecap kejayaan, kejayaan yang sangat BESAR! Dirimu telah memperoleh harta yang tiada tandingnya. Ya, Muhammad Iman Haziq dan Muhammad Adam Wafiy, itulah harta yang begitu berharga, itulah harta yang dianugerahkan Yang Maha Esa untuk kita. Jagalah kedua-duanya dengan baik, berilah didikan yang sempurna, bimbingan agama yang secukupnya untuk mereka.
Isteriku,
TERIMA KASIH untuk segala-galanya.
Ikhlas, Suamimu

Usaha dan Kejayaan

Salam Jumaat.
Lama sungguh tidak mencoret DIEYANA78. Rindu benar, umpama merindukan kekasih hati. Ingin bermadu kasih, tapi tidak kesempatan. Kekangan kerja dan masa yang tidak memberi peluang untuk aku mencoret di sini. Wah, terasa serius pula di pagi Jumaat ini. Hehhehe...
Sekadar berkongsi dan melahirkan rasa hati, bukan apa2, sebagai peringatan untuk diri dan kawan2. Tatkala mendengar kejayaan orang lain, alhamdulillah, memanjatkan rasa syukur, lantas kita akan mengucapkan tahniah dengan penuh iklhlas kepada empunya diri. Ya, itulah hasil kejayaan yang diperoleh setelah bertungkus lumus, berusaha untuk mencapai kejayaan. Kadangkala, terfikir, kenapa aku tidak seperti dia, berjaya, memperoleh kesenangan dengan begitu mudah? Ya Allah, tidak bersyukurkah aku? Masya-Allah. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap impian umatnya. Ya, itulah yang dinamakan rezeki. Rezeki yang dilimpahkan oleh-Nya setelah berlapis-lapis usaha dilakukan si empunya diri. Tidak berusahakah aku? Bukan tidak berusaha, tetapi usaha itu belum mencapai tahap yang membanggakan, mungkin. Kadangkala kita akan menyedapkan hati sendiri agar tidak terus hanyut dengan perkara-perkara yang mungkin boleh menjejaskan akidah.
Dan, si empunya diri yang mengecap kejayaan itu, aku yakin yang dia bukanlah berusaha sedikit, tetapi usahanya BESAR, MENGHARUNGI PELBAGAI CABARAN, BUKAN TIDAK PERNAH GAGAL, dan bermacam2 lagi. Aku percaya! Tiada orang yang kini berjaya, dulunya dia tidak pernah gagal.
Terus lagi, kenapa aku tidak seperti dia? Oh, masih tidak bersyukurkah dengan anugerah dan rezeki yang Allah Taala berikan untuk kita? Cuba fikir dan renung di negara-negara Barat, berapa ramaikah lagi yang hidup dalam kedaifan, kesusahan mendapatkan sesuap nasi. Kanak-kanak kebuluran mencari sesuap nasi, keadaan diri yang tidak terurus, ditimpa bencana dan penyakit yang pelik, luar biasa, masih tidak sedarkah lagi kita di Malaysia, cukup dengan makan, pakai dan bebas daripada ancaman bencana ataupun kedaan negara yang kucar-kacir.
Apa-apa pun, usaha yang berlipat ganda dengan diiringi dengan doa dan tawakal, seharusnya menjadi pegangan untuk memperoleh kejayaan. Allah Taala sentiasa mendengar doa-doa hamba-Nya. Allah Taala Maha Mengetahui, Maha Adil, lambat atau cepat kejayaan yang diperoleh bukanlah urusan untuk kita menentukannya. Terimalah seadanya, bersyukurlah dengan kurniaan yang diberikan untuk hamba2-Nya. Alhamdulillah. Teringat dengan kata-kata seorang ustaz dalam satu majlis agama, "Biarlah kita penat di atas dunia kerana mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya, pasti kesenangan akan diperoleh di akhirat kelak." Insya-Allah....

Friday, April 9, 2010

MAMA INGAT TAU!

ASSALAMUALAIKUM MAMA. MAMA, MAMA, JANGAN LUPA TAU. KEK HEPI BEDAY TU YU. IMAN NAK KEK ULTRAMAN MEBIUS, ULTRAMAN TARO, A A A A ULTRAMAN MAX. LEPAS TU KAN MAMA, MAMA A A IMAN NAK BEN 10, ULTRAMAN KAT KLCC, THOMAS. MAMA INGAT TAU. MAMA DAH JANJI IMAN. MAMA JANGAN TIPU IMAN TAU.

OKEY MAMA. BAI. BAI. ASSALAMUALAIKUM.

Wednesday, March 31, 2010

Award!


Huk aloh la, dapat award la puloks..heheheh. Malu rasa, dpt award "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD". Terima kasih la kat Mamazarin (asyik mamazarin aje. glamor mamazarin nih, dh bnyk kali sebut nama dia kat blog aku nih.ahahha. apapa2 pun, mamazarin la org yg paling rapat ngan aku setakat ni kat blog. belanja mkn ye! sbb dh sebut bnyk kali nih..ahhaha.)

So ni adalah syarat untuk terima award ni :-

1. Thank & link the person that gave you the award.

Terima kasih untuk mamazarin (ye, perlu ulang lagi nama ini, sbb dia la aku dpt award ni). Akak rasa gembira n terharu sbb dpt award nih...tima kasih bebanyak, pertama kali dpt awrd ni, nanti bagi lah lagi ye..ahaks. Akak mmang demand..:-))

2. Pass this award onto 7 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

1. Ibudhani

2. Nani-Izlainie

3. Aleya anesa

4.k.fida sinaran

5.fatin

6. Tini-Hayzad

7. Ieza (Cr Damai di Hati)

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

Ok.

4. State 7 things about yourself.

1. Ibu menyusu yg tegarrrr

2. Suka jalan2, tambah2 hari minggu, rimas kalu tk kuar....(yg ni la menjadi rungutan suami, sbb suami kurang gemar.huhuuh)

3. Tak boleh berlama2 kat rumah orang, rimas. (tuan rumah tentu lagi rimas kan kan.heheh)

4. Sensitif

5. Pemaaf

6. Kadang kala, menjadi garang dgn anak2 atas sebab2 tertentu. Tapi garang2 manja gitu, sbb bila garang kat anak2, time tu jugak rs nyesal, cpt2 peluk anak2.

7. Ada lesen kereta, tapi tidak berani nak drive..huhuhu...tolong!!!

Tag drpd Mamazarin.

Salam.

Erm, jarang kena tag ni. Tapi ok gak, sekurang2nya, dpt update n3. Apa2 pun, ku cuba sedaya upaya menyambutnya drpd mamazarin. Yehaaaa! TQ Mamazarin.

Untuk jawab tag ini ada caranyer. Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

[1] Siapakah diri anda di rumah?

Isteri, mama, pengurus rumah tangga (masak/kemas umah/basuh baju dan sewaktu dgnnya).


[2] Siapakah diri anda di samping rakan?

Ermm, aku rasa aku ni baik hati, bertolak ansur, pendengar yg setia, tempat aduan (kadang kala..heheh-tk kisah), kelakar le jugak, kadang kala serius (penting tu), lemah lembut, comel (ehhe).

3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Banyak le, lebih drpd 5, tak payah le tulis eh...hanya berharap dalam 5 yg diidam tu, dpt capai satu pun, syukur.

[4] Siapakah nama pasangan anda?

Hanapi bin Mat Zin

5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

i) Hanapi Sayang Diana (sila jgn muntah)

ii) Hanapi Sayang Diana

iii) seperti di atas

iv) sda

v) Kesemua di atas..ahahha

[6] Bila tarikh anda couple?

Alamak, ni yg parah ni, lupa nk catat la tarikh tu (huuhhu)...tk pasti, tetapi yg pasti, JUN 2003.

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Tak pahit sangat, pahit skit2 aje....biarlah yg pahit tu pergi, tak nak kenang. Maaf, sekiranya tidak menjawab soalan.:-))

[8] Lagu tema cinta anda?

Tak de la, sbb dia kurang pengetahuan tentang lagu. uhukuhuk...

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

"Awak, tolong jangan korek idung depan saya." (alergi).

[10] Tag 10 rakan ada yang lain

Camner nak tag sampai 10 nih, senarai pengikut tk ramai..ehhehe. (mana2 yg ada lah eh)

*Nanie-Izlaini
*Ibudhani
*Ieza (mencari damai di hati)

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...