Thursday, March 31, 2011

Sangat Suka dengan 'Busuk-busuk' Itu!

Tumis sotong kering mama buat semalam sangat disukai Wafiy. Padahal, pedasnya boleh tahan juga untuk kanak-kanak seusia Wafiy. Iman-langsung tak sentuh, ayam goreng+kicap saja, Hanapi, makan sikit saja, katanya, kenyang+penat di padang (seminggu di padang, dari pagi hingga petang menguruskan sukan sekolah). Kulit Hanapi dah 'lain macam' saya tengok. Hheheh.

Kutip sotong


Ada lagi nih....

Perasan! (macam mama?). Makan pun nak tengok cermin ;-)

Sotong dah tak ada, tak nak perabiskan nasi.

Saya suka sangat dengan sotong kering ni, dimasak tumis. Baunya yang 'busuk-busuk' tu, lagilah saya suka. Ada sesiapa perasan dengan bau 'busuk-busuk' itu? ;-) Apakah Wafiy juga suka sotong kering tumis ni kerana baunya yang 'busuk-busuk' itu? ;-)


Dash, dash! (Pedas)

Semalam yang Simple!

Semalam, hari kedua berpuasa lebih bertenaga berbanding hari pertama yang melepek mcm kain buruk, sudahnya, hari pertama berbuka dgn hidangan pasar malam sahaja! Hari kedua, semangat lebih sikit. Sampai saja rumah, 5.40 petang, berehat sekejap dgn anak-anak dan suami, sambil terbayang2 nak masak sotong kering feveret. Tumbuk bawang itu ini, tiba2, alamak 6.30! Macam mana boleh tertidur ni! La, rupanya tadi tumbuk bawang dalam mimpi! Chet! Terus bergegas ke dapur, dlm ms 30 minit, sempat la menyediakan 2 jenis lauk sahaja-tumis sotong kering (kena lama sikit atas dapur, baru kaw tumisnya), dan ayam goreng. Okey lah tu, itu pun nasib baik tersedar .... ;-) Ada tumis itu sudah dikira baik bagi saya, kalau tidak, nasi+telur mata kicap ... ;-)


Nasi kukus


Tumis sotong kering dan ayam goreng


Pencuci mulut ;-)


Blueberi Cheese Tart (beli dgn Kak Lim-ofis)-RM 1.60! (konon2nya ini mama punya, tak sangka Wafiy yang perabis!)


Oren Sunquick
Selamat berbuka.... Harap-harap hari ini Dieyana lebih bersemangat daripada semalam ya! Insya-Allah....;-) (Nota untuk Dieyana: "Dieyana, biar semangat berpuasa, bukan semangat tengok makanan, batal poso mu tu....")

Tuesday, March 29, 2011

From Oven With Love

Jumaat lepas, rehat yang panjang, berjalan2 di blog-blog lain, terjumpa satu blog yang best http://wanitaniaga.com/resepi/?p=12 ... mari belajar membuat piza di rumah! Dah lama teringin nak belajar buat piza. Biasalah, teringin tu ada, nak buat, kecahkan dapur, itu yang berat malas tu.;-) Tapi kali ini keinginan yang dipendam (chewah!), terasa membuak2 pula.


Ahad-ke Carefour Wangsa Maju membeli barang2 dapur/susu/pampers (rutin setiap bulan), terus membeli bahan2 nak buat piza. Petang, selepas pulang daripada jemputan makan rumah saudara, terus ready nak buat piza. Hheheh, berkobar2 betul ni. Walaupun caranya agak renyah, saya berpuas hati dengan hasil percubaan pertama ini. Pendapat saya (yang rajin bermusim ni, hihkihk) nak buat piza ni perlu ada semangat berkobar2 macam saya ni, ada kelapangan masa yang panjang, dan yang penting, RAJIN! Inilah hasil kerajinan saya pada petang Ahad tu...;-

Sebelum


Berdebar-debar pula tunggu masak. Kejap-kejap ke dapur. Bukan saya aje yang jenguk2 oven, Hanapi pun nyibuk intai2 oven jugak nak tengok hasil air tangan isterinya yang tak pandai masak ni.


Selepas


Alamak terhangit sedikit. Iman mengutip sosej, dan Wafiy, kutis roti. ;-) Jadi petang hingga ke malam mengunyah piza lah kami 4 beranak ... hahahha.


Nota: Resepi asal guna tepung berprotein tinggi tp saya tak tau mcm mana, dan saya melihat sumber resepi doh piza yg lain, boleh guna tepung gandum biasa. Untuk bahan di atas-saya ubah sedikit, boleh letak apa saja, mengikut citarasa puan-puan..;- nenas, udang, daging etc....


**Apakah kerana hari ini berpuasa, maka entri adalah fasal makan/makanan saja? Hehhehe, kebetulan aje tu (cover line nyah!)

Silalah Belajar Membuat Roti Canai!

Petang semalam teringin nak makan roti canai telur. Apa lagi, balik kerja kami singgah makan roti canai sedap di Taman Dato' Senu (kedai Melayu-telurnya dibasuh!). Saya memesan roti canai telur, Hanapi-roti telur tampal, Iman-roti canai kosong/biasa dan Wafiy-tidur di pangkuan Hanapi, hahha. Memandangkan Wafiy tidur, Hanapi cadang agar bungkus sahaja makan di rumah, tapi saya cakap, makan roti canai kat rumah tak best! (mengada-ngada!) Dan, Hanapi setuju. Disebabkan anak-beranak berehi sangat makan roti canai, ha, apa tunggu lagi, belajarlah membuat roti canai! ;-)

Sumber foto: http//mamafami.fotopages.com

Wednesday, March 23, 2011

Awie^^Ukiran Jiwa

Wayang Pertama-1994!

(Amboi Iman, cakap mama malas ya (memang malas pun) ... nak beg la, macam-macam mu nih Iman.... )

Fikiran saya kembali ke tahun 1990-an. Tiba-tiba teringat ketika saya tingkatan 4, peristiwa saya tengok wayang bersama-sama kawan2. Cerita apa saya tengok? SEMBILU!!! Wakakkaka, geli geleman perut saya ... jiwang betul, itulah filem pertama saya tengok di panggung wayang. Masa tu, di Kota Bharu, ada panggung wayang, kalau tak silap, namanya Odeon, sekarang dah tak de. Konon2nya masa tu minat Ziana Zain, hikhihhk, itu yang beria-ria nak g tengok Sembilu. Nangis2 lagi dlm panggung tgk cerita tu (adegan Erra putus dgn Awie). Wakakaka, tiba-tiba berasa lucu dgn perangai saya dulu2, ;-). Dalam filem ni, saya suka lagu2, "Ukiran Jiwa", "Tiada Rahsia Antara Kita", "Halaman Asmara". Hhehehe....

Sebenarnya, semua lagu saya suka. Saya juga suka lagu-lagu 60-an, 70-an, saya suka lagu Hail Amir, Uji Rashid, "ingin ku milik kasih, ayu jelita, wajah cantik berseri, sinar cahaya", ahhahah. Sehinggakan kawan2 saya cakap, "mu ni diana, klasik la, minat lagu2 lamo". Hahha, saya tak kira, semua lagu saya suka, lagu siam pun saya suka, w.pun sy tak faham lirik. Ehheeh, Hindustan? Lagi saya suka!!!! Hhahahah.... Nasib baik suara saya tak best, kalau tidak, sah-sah saya penyanyi sekarang @ ahhaha, saya mula merepek! (Elok la saya tak jadi penyanyi ;-). Baca buku malas, asyik duk hafal lagu kerjanya! Akhirnya, result SPM saya kiok! Keputusan SPM keluar hari ni, tahniah kepada yang berjaya, yang tak berjaya, (macam saya..heheh) jangan sedih2 ya!

Iman Tulis Kat 'Belok' Mama ;-)

Assalamualaikum.

Hari ni, iman nak main tulis-tulis kat 'belok' mama. Mama cakap, mama tak ada cerita nak tulis. Mama malas lah tu!
Ini gambar Iman mandi kolam, tapi dah lama. Masa tu, rambut Iman panjang. Sekarang Iman dah potong rambut. Rambut adik pun dah potong. Mama cakap, kami hensem. Kalau Iman ajak mama mandi kolam, mama tak nak. Mama selalu macam tu. Mama cakap, bahaya mandi kolam. Iman nak mandi kat tempat air sikit. Tapi mama tak bagi jugak! Mama cakap, mandi aje dalam toilet.
Iman tak boleh tulis banyak-banyak, ini 'belok' mama, bukan 'belok' iman. Nanti mama tak nak beli beg sekolah Iman. Mama jangan lupa tau, nanti mama dapat duit, mama beli beg sekolah Iman tau! Beg sekolah Iman dah kecik.
Bai bai, Assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...