Thursday, June 30, 2011

Kali Ini, Tidak Cerewet!

Alhamdulillah, rasanya persiapan raya anak-anak sudah selesai 80%. Dan, shopping kali ni, sangat 'manis', tidak berserabut, tenang aje, jiwa dan raga. Smooth aje shopping kami Ahad lepas di KLCC-sebab saya dan Hanapi tidak cerewet dalam memilih baju anak2, terus jumpa yang berkenan-anak-anak terus cuba pakai-dan bayar. Hanya masuk 2 shoplot kanak-kanak, selesai! Senang bukan?!


GAP kids- kebanyakan pakaian, diskaun 50 % dan pembelian 5 items/ ke atas, diskaun lagi 20%. Sangat seronok - perbelanjaan yang berhemah. Tapi untuk pakaian new arrival, diskaunnya tidaklah banyak, mungkin 10/20 % sahaja. Standardlah kan-barang baru. Diskaun 50% itu mungkin stok lama. Tanpa banyak cerewet, saya rembat sahaja. Bajunya very simple, but smart - yang penting, anak-anak kelihatan smart! Smile!


Dalam 'Fitting Room'

Dan, saya beli ni:


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Nak try pakai Simplysiti la pulok! Mana tahu kan, pakai ni, muka iras2 siti nurhaliza, paling tidak pun, mcm Rozita Che Wan. Jangan marah ... smile! Alhamdulillah, seminggu pakai, sesuai dgn kulit saya (kulit sawo matang gelap macam saya better guna yang natural). Lepas pakai mesti nak nyanyi lagu Siti. Hahahah, agak2 la kalau ya pun pakai bedak Simply Siti. Harga pun berpatutan, bagi saya, tidaklah mahal, tidak juga murah, sedang2 aje. 2 Way Cake (natural)-rm 50.91 sen, dan lipstik (jerat percintaan) rm 32.31 sen. Boleh dapatkan Simply Siti di Watson!

Wednesday, June 29, 2011

Sama tapi Tak Serupa

Dah beli ayam HPA kan, jadi elok la kita tgk apa Dieyana dah buat dgn ayam tu.




Ayam potong sederhana kecil



Tumis segala bahan, serbuk kari tumis hingga garing/masak, letak ayam, kacau2 - sebatikan dgn bahan tumis(bagi lama sikit), masuk santan....bla bla....


Bubuh kentang dan terung

.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.




Sesekali, buat kari ni, okey juga, tapi ... apasal tak macam ma saya buat eh? Entah apa yang silapnya ... kari saya memang takkan dapat menandingi kari ma. Sebab ma masak tiap2 hari, pagi-petang, sedangkan saya? ;-) Agak2 nanti saya dapat tak masak macam ma bila usia saya macam ma? ;-))


++(Nota Dieyana:27 Rejab 1432=Peristiwa Israk Mikraj http://http//ms.wikipedia.org/wiki/Isra_dan_Mi)

Tuesday, June 28, 2011

Ayam HPA

Dah jadi ahli HPA-RM 30 saja-seumur hidup. Sekarang, kami dah makan ayam HPA dan insya-Allah try sos2 HPA. Kalau ke KFC - tak dapat la ayam HPA kan, bedal aje lah ayam KFC tu, heheheh..... Orang lain dah lama makan produk HPA, kami ni baru terhegeh2 ;-)
Boleh jenguk/masuk di sini : http://http//www.hpa.com.my

Monday, June 27, 2011

Hotpot Potatoes

Sesekali nak makan sesuatu yang berlainan, dari air tangan sendiri. (Kebetulan 2 minggu lepas, saya berpuasa-macam2 nak makan-itu ini, last2 jumpa resepi hotpot potatoes yang menambat hati saya untuk mencubanya). Tambahan lagi, apabila melihat resepinya sangat mudah dan melihat bahan2nya, seperti sedap. Apa salahnya mencuba kan (Mood rajin masak). Bahannya pun sudah ada dalam simpanan dapur saya. Resepi western yang mungkin telah diubahsuai bersesuaian dgn selera orang Malaysia. Resepinya saya ambil di
http://irmadilondon.blogspot.com/2010/05/hotpot-potatoes.html
melalui http://www.kongsiresepi.com/Western_Food/0/2/


Resepi dari 'irma di london':

Bahan-bahan :

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb **
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis **
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis.
Garam

Topping :

5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella**
Parsley. Takda pun tak pa.

Cara-Cara :

Bismillahirrahmanirrahim..

1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.
Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Kentang saya susun agak jarang. Saya sarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)
Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. Saya guna cheese biasa saja. Dah itu yang ada dalam peti ais. :)

Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.

Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.

Terima kasih 'irma di london', Dieyana suka hotpot potatoes ni, kena dengan selera Dieyana- gila kentang!



Sebelum bakar


Keju tak cukup, jadi, permukaan kentang tidak disaluti sepenuhnya. Dan, apasal hitam tu dieyana? ;-) W.pun hitam hangit, tapi sedap tau!


Pendapat saya, hotpot ni boleh makan begitu saja, dan kalau nak mkn dgn roti, pun sedap juga, roti arab, watever roti lah! roti gardenia pun sedap kot! ;-)



Jemput makan ;-)

++(Nota Dieyana-saya lebihkan kentang, mix herb saya tak bubuh sbb tak tau mcm mana rupa mix herb tu. Dan, saya guna minyak jagung sahaja (resepi asal guna minyak zaitun). Cili pun saya tidak bubuh. Keju mozarela, saya ganti dgn keju keping yang warna oren, sebab dalam peti kebetulan ada keju oren saja. Saya tak tabur parsley, tapi saya tabur sedikit oregano (tak tabur pun tak apa, tetap sedap).

Friday, June 24, 2011

Motivasi Diri

Menjaga keterampilan diri (wanita), luar dan dalam. Kadang-kadang, saya buat2 tidak tahu saja, datang opis, pakai tudung tidak diseterika dan warna tudung tidak match dgn warna baju. Hhahaha ... saya sangat berbeza dengan Dieyana 10/15 tahun yang lepas. Ke sekolah, baju perlu diseterika, "oh, lendik baju mung, Dieyana!" Bila dah beranak pinak ni, kadang kala, tak sempat untuk bermanja2 dgn diri sendiri. Sesekali ditegur suami, pakai baju/tudung tidak diseterika/muka langsung tidak berbedak.

Sepatutnya, bila dah bersuami, keterampilan perlu lebih dijaga. Sentiasa berhias untuk suami dan apabila suami tengok, "comey bini aku nih!" Ewah, tak ke senyum kambing kita masa tu!? Bukan mahu pujian orang lain, tapi mahu dipuji suami dan anak-anak. Sangat manis kan! Dan, anak-anak pun memuji, "mama cantik lah!" Sekali lagi mama tersenyum kambing! ;-)

Oh, tiba-tiba saja saya membebel bermotivasi di pagi Jumaat ("Terasa comey la la saya hari ini". Itu satu motivasi jugak tau!) Okey, bai bai, jaga diri hiasi 'peribadi'!! Renung-renunglah kata-kata di bawah, sebagai panduan untuk kita bersama. :-))

**Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."

**Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."

Thursday, June 23, 2011

Fiey @ Afiey @ Wafiy @ Adik

Situasi I


Akhir-akhir ini, apabila nak hantar Wafiy ke rumah pengasuhnya, ayat ni lah yang sering disebut Wafiy.


"Ati karang Fiey balik" (Nanti karang fie balik)

@

"Ati karang ama amik Fiey eh!"

@

"Ama, tuk tak dak" (Mama, tuk tak ada)


Kata-katanya itu seolah2 menunjukkan yang dia tidak gembira ke rumah pengasuh.


Bila disebut, Ati Fie alik, rasa sayunya nak tinggalkannya. :-(




Situasi II


Sesekali saya akan panggil Wafiy,- "ADIK"


"Ama, bukan adik, Afiey lah!"


Dimarahnya saya panggil dia, 'adik'! Konon2 rasa diri dah besar lah tu! ;-)


Situasi III


Petang semalam, ambil Wafiy dari rumah pengasuh, mukanya lain macam, bernafas laju, mulut terbuka, seperti tak cukup nafas. Kata mak cik pengasuh, Wafiy semput ni! Terkejut saya, tengok dadanya turun-naik, sangat2 laju. Dan, dada tengah seperti berlubang, lain daripada biasa. Terus bawa ke klinik (Pusrawi). Terus masuk gas (apa istilah ntah 'gas' ni-nebulizer? tak tau la). Lepas masuk gas barulah reda pernafasannya. Disebabkan batuk dan selesemanya itu, boleh membawa kepada semput!


Alhamdulillah, hari ni, dah okey. Baru aje nak berisi badan, bila demam, susut balik badannya!

Monday, June 20, 2011

Setahun Sudah Berlalu

Setahun sudah kami di rumah kecil tiang seribu (17 Jun 2010-17 Jun 2011). Alhamdulillah, rasanya untuk setakat ni, dah lengkap rasanya. Sikit2 perhiasan/aksesori tu, biasalah, selagi masih bernyawa, ada saja nak itu ini. Apa-apa pun alhamdulillah, mempunyai rumah sendiri, sudah melegakan hati-hati kami ini. ;-)


Cepat betul masa berlalu, rasanya baru semalam kami pindah. Kenangan suka duka sebelum dan selepas memiliki rumah kecil ini, pasti takkan dilupakan! Smile!
.

.

.

.

.

.

.

.
.
..
.

.

.
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Setahun yang lepas ... ketika rumah dibuat renovation.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...