Thursday, May 31, 2012
Thursday, May 24, 2012
Genius Aulad Field Day
6 Mei lepas, berlangsungnya hari sukaneka Genius Aulad Wangsa Maju dan Kota Damanasara di FRIM Kepong. Sungguh bersemangat Iman! Saya pun turut bersemangat, pertama kali tengok Iman main sukan, haruslah teruja! (Biasalah, mak-mak memang eksaited berbanding pak-pak ;-)

Awal pagi-pendaftaran, (sarapan diberi kepada setiap keluarga) kemudian dimulai dengan bacaan al-fatihah, diikuti ucapan ringkas principal Wangsa Maju dan K.Damansara seterusnya ikrar teachers, ibu bapa, dan student.... (Sebelum tu, Teacher Wan (namanya), datang ke arah suami saya, "Nak minta En Hanapi baca doa, ya?" Saya dah sengih2, suami saya tersipu2, 'maaf la teacher..bla bla...' saya dan suami gelak2, "Agaknya teacher ingat awk ustaz kot?" Dah banyak kali suami saya terkena situasi mcm ni, agaknya faktor janggutnya yg lebih tu? Hehheehh. Baca doa makan, bolehlah, teacher, tak pun doa naik kenderaan, aci gitu? ^_^)
Wafiy yang malu-malu, 'tepek' jah dgn papa dia
Sebelum memulakan acara, warm-up sikit. Kemudian terus dgn acara sukaneka. Wah, seronok tengok gelagat kanak-kanak. Wafiy, tak nak main, malu2. Katanya, nak tengok abang je! Satu acara je Wafiy main-kutip coklat, itupun kena paksa dgn papa dia. 2 biji je dikutipnya. Katanya, satu untuk Wafiy, satu untuk abang. -__-
Bawa bola pingpong dalam sudu, kotak beracun, 'rebut kerusi'.

Sambil rehat2 bawah khemah, tiba2 wartawan Adik di 9 (TV 9), datang rapat, "ini anak puan ke? sambil tunjuk ke arah Iman. "Ha'aa, ya." Sambil tersengih2, dengan harapan Iman masuk tv. Terus wartawan tu rapat kepada Iman, "kakak nak tanya sikit, jom" "Tak nak!" Isy, apa daaa Iman nih, orang bagi masuk tv tak nak, "nanti mak juga yang bangga, nak...." Ahhahahah, saya pula yang lebih2..;-)

Yang menang, tentunya dapat hadiah, tak menang pun, dapat hadiah juga - semangat untuk kanak-kanak. ^_^
Teachers (Wangsa Maju)
Tamat Field Day, konon2 nak jalan-jalan dalam FRIM, kata suami, di atas sana ada air terjun cantik. Tak sempat nak tengok pun, cuaca mulai gelap (hujan). Terus balik! Sampai rumah 4 beranak 'pengsan', keletihan. Tapi seronok! ;-)
Lagi-lagi Nasi Goreng ;-)
Dan, pagi tadi, pukul 5.30 bangun (semalam kena puji, haruslah bersemangat bangun pagi ^_^) Simple saja, untuk anak-anak bawa bekal ke rumah pengasuh juga. Dan, bekal saya ke opis. Suami dah siap2 makan di rumah. Nasi goreng suka hati namanya, ada lebihan daging goreng semalam, saya bubuh, ikan bilis goreng skit dan sos tiram sikit. Kadang-kadang, saya bubuh cili kering kisar sikit, nak nampak merah, dan kicap. Ada sayur, saya bubuh, tk de, kosong gitu aje lah ... main campak-campak aje;-)
Jadi, sarapan hari ni, nasi goreng daging+ air milo+jambu batu.
(Mood: rajin masak - bawa bekal. Tak dapat masak tiap2 pagi pun, seminggu 3 kali bawa bekal ke opis pun rasa puas hati ... kalau tak, nasik lemak gerai la jawabnya..;-)
**Petang/Malam nanti, giliran suami pula masuk dapur, aci gitu? ;-)
Wednesday, May 23, 2012
Rezeki
Friday, May 18, 2012
Jumpa Doktor Gigi
Tadi baru lepas jumpa doktor gigi di Bangunan Daya Bumi. Last jumpa doktor gigi, 2 tahun lepas, itupun kerana nak cuci gigi. Kali ni sebab sakit berdenyut-denyut tak tertahan, pergilah jugak jumpa. (Dah sakit baru terhegeh2 jumpa doktor gigi).
Sebelum baring di kerusi rawatan, selamba aje saya cakap, "doktor, saya ni takut nak jumpa doktor gigi. Dah lama tak jumpa doktor gigi, malu kalau doktor tengok gigi saya." Sambil lutut gigil/takut. Macam budak kecik kan! Kata doktor, "tak po, bakpo takutnya." (oo ... doktor Kelate rupanya,, anak Doktor Ismail. Dulu cuci gigi dgn ayah dia, rupa-rupanya ayah dia dah meninggal tahun lepas ...al-Fatihah).
Tengok doktor banyak cakap, releks, borak-borak2 lembut, tambah lagi doktor tu cantik, kurang gigil saya. Doktor gelakkan saya sebab tangan pegang 'kemah-keming' (pegang kemas/kejap/kuat) di kerusi. Malu ai!
Gigi geraham saya berlubang+sakit+denyut, tapi disebabkan saya hamil, doktor sedaya upaya mahu selamatkan gigi saya. Jadi, tadi, doktor hanya membuat tampalan sementara ... janji temu ke-2 ialah 2 minggu akan datang ... dan tampalan tetap akan dibuat. Insya-Allah. Pesan doktor sambil tersenyum, "lepah ni jange takut jumpa doktor gigi!" Saya gelak besar! Alhamdulillah, setakat ni gigi saya tak denyut, dan diberi ubat tahan sakit, telan jika sakit sahaja. Terima kasih doktor!
** Saya suka doktor ni, namanya Dr. Fajriah Ramadhan. Caranya tak kasar, sambil2 dia rawat gigi kita, dia tanya, 'sakit tak', 'ngilu tak', dan paling saya suka, dia nak start apa2, dia baca bismillah, berkali2, lepas tu akhirnya, alhamdulillah. Lepas ni nak bawa anak-anak jumpa doktor gigi. Tak nak anak-anak takut jumpa doktor gigi macam mama dia! ^_^
Dialog Suami Isteri
Suami: Ikut kalendar, dah boleh ni, ‘sede molek’ (sedang elok) hujung tahun ni, saya cuti panjang, boleh jaga awak.
Isteri: Erm.... (Agak kurang setuju)
Suami: Saya pun boleh duduk lama kat kampung (ada unsur penting diri ... ehhe)
Isteri: Cuti sekolah awal tahun depan lah, tak pun cuti sekolah hujung tahun depan, letih la.... (alasan ... heheh)
Suami : Cuti pendek tu ... hujung tahun ni la, panjang sikit. Hujung tahun depan lambat, umur awak 35 doh tu!
Isteri seperti mahu setuju kerana teringat umur sudah hampir ke 35. Apa, 35?! Umur banyak, risiko pun banyak...
Isteri: Erm.... (dah mula setuju ;-)
Perbualan di atas tentang masa depan.
Mengikut 3 faktor ini:
(i) Anak kedua sudah berumur 4 tahun,
(ii) Umur isteri semakin meningkat, dan
(iii)Kedua-dua anak mereka, lelaki,
Kesimpulannya, SILALAH TAMBAH ... ada rezeki, perempuan la pulok, deh.... ;-) Amin.

Keluarga, keluarga saya dan keluarga suami pastinya group pertama yang mengetahui, dan di opis ni pun, hanya beberapa orang teman saja yang diberitahu. Dan, ada yang perasan perubahan diri saya. Bila ada yang bertanya, “mu peknen ke? Saya sengih dan angguk. “Insya-Allah,” kata saya.... Tetapi mengandung kali ketiga ini sgt2 berlainan dan agak mencabar berbanding mengandung pertama dan kedua. Ada peluang, saya akan kongsi2 kan nanti. Insya-Allah. (Alhamdulillah, kehamilan saya yang ketiga ini, suami saya sangat2 prihatin dgn saya ... saya terharu! =^_^=
Thursday, May 17, 2012
Yukids Island, The Curve

Tak nak masuk, boleh duduk-duduk di kerusi bar di luar 'taman'. Macam lelaki berbaju hijau dan kanak-kanak kecil berbaju kelabu. Sila fokus! ^_^
Bayaran masuk : RM 30 (untuk kanak-kanak). Ibu bapa yang menemani, free.
Kebetulan kami pergi, keluarga India sedang menyambut birthday anaknya. Tetamunya ramai anak mat saleh dan sikh=comel2! ;-)

Budak kecik tak nak masuk. Katanya, "Wafiy nak masuk nanti orang tak de!" ^_^ Nak tunggu orang tak de, sampai malam pun tak masuk. ;-)

Bila Wafiy tengok saya masuk-terus nak masuk juga! Pulok doh ...

Kononnya tadi Wafiy tak nak masuk sebab orang ramai-malu. Dah masuk, terus lupa...;-) Tapi memang berkepit aje dengan abang....
Pendapat saya, permainan yang ada agak bosan dan tak banyak ... cth: belon2 terapung, mungkin agak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Bayaran bagi saya agak mahal - mungkin faktor mall kot? Jarang2 sangat saya bawa anak-anak ke tempat gini, paling tidak, bawa ke pusat permainan yang guna token tu, beli RM 10 untuk dua beradik tu, puas main. Lalalala....

Tapi kata Iman, "Iman suka la mama. Best, nanti cuti-cuti kita datang lagi." Sebenarnya saya tengok, part yang Iman/Wafiy suka - tempat loncat2, 'neting-neting' tu aje pun. Balik-balik main hok sama jah...;-) Tak pe lah kalu lagu tu, yang penting Iman dan Wafiy suka, mama pun bahagia.... (Ewah, padahal mu tak tahu Iman, penat mama/papa tunggu 2 jam, heheheh.)

Mak nak interframe juga! Jeling bukan main! (Dah gemuk sikit kot? ^_^) Jeans dah tak boleh pakai, gali2 cari seluar lembut2/getah...;-))
2 jam dalam tu, masing-masing kepenatan/kelaparan, masuk Secret Recipe ... hah, lega perut diisi, Alhamdulillah. Kaki mak nak jalan lagi, tapi mak dah mengah/pening orang ramai, anak-anak pun keletihan, balik sudah!

