Friday, September 13, 2013

Ba dan Ma

Terjemahan doa untuk ibu bapa:

"Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagi mana mereka memelihara dan mendidikku masa kecil."
 
 
 
"Masok gapo ma kito ter...." ^__^
"Ralit Ba kito tengok ko ma ter...." kihkihkih....
 
Wajah kesayangan kami : Haji Mohd Nor bin Muhammad aka Cikgu Nor dan Hajah Nawisah binti Haji Mohd Nawi aka Kak Sah ;-))
 
Semoga kedua-duanya sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah Taala ... Amin.
 
~~Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kamu kepada kedua ibu bapa kamu!~~

Wafiy: Ulang Tahun yang ke-5

12 September 2013 : Ulang tahun kelahiran anak kedua saya, Muhammad Adam Wafiy bin Hanapi yang ke-5.

 
"SELAMAT HARI LAHIR WAFIY! Doa mama dan papa untuk Wafiy agar menjadi anak yang soleh ... sihat hendak-Nya dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Kami sayang Wafiy, kerana Allah Taala.... Amin."
 
 
 
 
Beberapa Perkara Tentang Wafiy
 
- Berkulit cerah, kecil molek ;-) 
 
- Boleh tahan garangnya, berjiwa keras! Sesekali manja, mahukan perhatian lebih! ;-))
 
- Berwajah halus manis, tapi 'air yg tenang jgn disangka tiada buaya'! ;-)) Siapa sangka, suka kacau/usik/ buli  cik kembar..hahhaha ... kalah abang Iman!
 
- Menjadi tumpuan ramai-sebab wajah comelnya itu, ahaks!
 
- Ramai yg keliru dgn wajahnya-ingatkan perempuan ... kihkihkih...
 
- Berambut kerinting kemerah-merahan.
 
- Sangat penyabar, teliti, berdikari, rajin, berani.
 
- Suka meniru orang yang dekat dgnnya, iaitu abangnya-Iman. Apa yang abang ada, dia pun mesti ada! Fuhhh....

-Hantu nasik, hantu telur, hantu roti! ^_^

-Dah berhenti minum susu botol, sekarang ni minum milo/dutch lady coklat.

Friday, August 30, 2013

"Tiga Orang Pergi Zoo!" ;-))

Pergi zoo untuk kali ke berapa ni? 3/4? ;-))



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ini kes Wafiy yang beria-ria nak g zoo. Mama n cik kembar tak ikut, sebab kesian dgn cik kembar yang kecik lagi belum paham apa2, buat panas aje. Tunggu cik kembar besar sikit.
 
Kata Wafiy, "Okey papa, 3 orang pergi zoo, 3 orang duk rumah!" Hahhaa, aci la tu!
 
Dah berapa kali Wafiy ngajak papa ke zoo. Demi Wafiy, papa belanja dua beradik ni ke Zoo Negara, sebelum Ramadan hari tu, bulan berapa tak ingat! Harga tiket dah naik!


Suka dengan gambar dua beradik ni! Sporting pula dengan papa bila disuruh bergmbar. Kalau dgn mama, Iman: Mama ni tau nak bergambar je!" Terus bagi atas muka, depan orang pulok tu! Adoi malu mak, tau! ^_^
























































Abang yang kepenatan dan kebosanan, manakala adik sangat teruja, tak puas2 ke zoo, katanya, "Nanti kita datang lagi papa, bawak cik kembar!" ;-))

Thursday, August 29, 2013

Cik Kembar Umar : Gomol!

 Di rumah mentua raya hari tu....


Gomol!


Adeh, camno nak lawan nih!





Seronok ya  buli adik?? Muka tak bersalah! ^__^

** Sekarang ni kedua-duanya dah pandai gelak mengekek-ngekek sesame sendiri, laju merangkak main kejar-kejar. Alololo ... suka sgt tgk gelagat dua beradik ni!

Thursday, August 22, 2013

Maafkan Saya Ibu!

 
Masa Hri ibu hari tu....
Daripada Iman untuk saya.
TQ Iman!
Terharu mama!
 
 


**Punya la lama gambar ni tersimpan..baru publish hari ni....) 

Thursday, August 1, 2013

Persiapan Raya Dah Selesai Ke?

Selagi tak raya, selagi tu ada aje yang tak selesai, waima barang tu sekecik2 kuman ... tipu, kuman pun saya tk pernah tengok! ;-)
 
Tahun ni rasa nak janguk sikit, pujuk suami pakai samping la tahun ni. Tak nak, katanya janguk n bersungguh. "Ala raya kan, kena la bersungguh, baju raya melayu kita tahun ni cantik, sedondon, (perasan!) pakai la, pakai untuk bergambar pagi raya je." Tak nak! Amboi, bekeng nya! "Ok ok, kita pakaikan anak-anak je lah samping, deh!" kata suami. Setiap kali raya memang suami saya tak pernah pakai samping, anak-anak pun terikut sama ... tapi kalau majlis hari raya sekolahnya, beria-ria pula pakai ... nyampah ai tau! ^_^
 
"Ok ok, anak2, tapi awk wat balik jugok lah samping awk ter...." Saya masih memujuk. (Samping zaman kawin dulu masih elok tau!). Dgn harapan dia akan pakai pagi raya untuk bergambar. Degil nak jugak suami pakai samping ;-)) (Tahun lepas kan suami n anak2 tak beli baju melayu, pakai hak 2 tahun lepas...so tahun ni...bajet baju melayu lebih la sikit..;-)
 
Samping Iman dah ada (hak konvo tahun lepas). Beli samping untuk Wafiy la...sabtu dah nak balik kampung..esok jumaat, sempat kot ke jalan tar?? Adoi..orang ramai..mak redah ajelah lunch hour nanti! phew phew... Cik kembar tak beli baju melayu, kejap je pakai kan, rasa kesian panas+membazir...tak pe..cik kembar tak de baju melayu pun, tetap glamour tahun ni ya! :-))
 
Apa lagi? Rasanya samping tu aje lah. Ha, tudung bawal Ma saya ... nak padankan dengan baju raya nya nanti. (Jangan la duk meleret2 nak beli benda lain pulok kat Jalan Tar terrr! ;-))
 
Alhamdulillah tahun ni persiapan raya kami sederhana...semuanya keperluan..baju raya anak2... baju raya saya=baju kerja kan. Tudung raya tahun ni beli seadanya, sandal beli sepasang, sbb sandal sy dah buruk sgt, pakai sandal masa pregnant cik kembar tahun lepas lagi! Tak percaya? Sungguh, tak tipu, saya memang cerewet bab kasut/sandal+ tak reti nak beli+ size kaki saya yg kecik, tk de size la..bla bla... Suami saya shopping sendiri, saya memang tak campur bab pakaian dia, dia lebih tahu citarasanya. T shirt selai-dua, seluar selai, cukup lah, katanya!
 
Tahun ni banyak juga peratusan kawalan nafsu,  dikira baik sangat dah tu, cewah, bangga tu!Walaupun 2 hari lepas nyaris-nyaris saya goyah, nasib baik saya cepat2 beredar!! Hhahah, ya lah tu, padahal berjam-jam duk angkat-letak, angkat-letak 'benda alah' tu, baru nak blah. ;-)) (Memang saya akan 'bangga' kalau saya dapat kawal nafsu membeli yang bukan-bukan/membazir. Syukur Alhamdulillah....)
 
Biskut raya pun tahun ni tak banyak sangat....ada la 2/3 jenis...untuk family kat kampung, saya dan kakak kongsi2 belikan kuih raya...beli seadanya....
 
So, uols...ada masa lagi ni nak lengkapkan mana yang lompang-lompang tu..heheheh....tapi ingat, berjimat cermat ya.....shopping bulan puasa perut kosong, agak mencabar juga! Jangan sampai beli, beli, beli, sudahnya tak pakai. (Saya lah tu...;-))

 
 
 

Wednesday, July 31, 2013

Acara Makan 'Colek' Orang Kelantan

Acara makan colek bulan puasa! Orang Kelantan mesti tau colek ni, bukan colek buah/rojak buah tau. Buah pun nama colek juga, tapi colek buah, bila2 pun boleh makan, tapi colek bulan puasa ni, feeling dia lain macam sikit... tak tau nak explain macam mana. ;-)) Seronok yang best/sedap, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata...cewah!

'Colek' orang Kelantan ialah, colek kerang (rebus/bakar), colek keropok, colek perut-makan dgn kuah pedas-pedas sikit, ada tauge, timun batang, 'pelepung' (paru), keropok ("Colek gapo lagi eh? Tiga ni je lah yang sohor bulan poso.") 
 
Makan colek ini biasanya selepas solat terawikh, lepas moreh di surau/masjid, tak kira muda atau tua, kanak-kanak, akan  ke gerai jual colek. Kat Kelantan memang banyak gerai jual colek ni, sambil makan, sambil berborak-borak!
 
Zaman kanak-kanak dulu lepas solat terawikh saya akan singgah tapau colek perut, sedapnyo colek! Kat KL ni susah nak cari colek perut nih, yang saya tau, kat Kampung Baru ada, tapi guna perut import, tk best, keras. Yang best perut muda tu, saya panggilnya perut bulat..
 
Tak sabar nak balik kampung Sabtu ni makan colek perut! (Perkataan colek disebut dgn bersabdu dan ada dengung sikit kat huruf E, sebut dgn tajwid yang betul ya! ;-)) CCOLEKK=colék 
 
**Mood: Tak sabar nak balik kampung!!;-)
 
 
Sumber: Google
 
Sory, gambar blur... yang hitam tu paru, timun, tauge, keropok, perut tak nampak....lagi banyak perut, lagi sedap deh! ^_^
 
 
Uols suko makey ccolekk perut dok?? Confirm ada yang tak tau pasal colek ni kan! Nanti saya belajar buat kuah dia, nanti kita boleh makan ramai-ramai..heheheh ;-))
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...