Monday, October 7, 2013

Hari Sukan Little Caliph BBS

Little Caliph's Bandar Baru Sentul (BBS) Sport Day 2013

Disebabkan suami mengajar (sekolah ganti), saya, Iman dan Wafiy tumpang mak kawan Wafiy (juga staf opis saya) ke Sports Day di Kepong. TQ K. Maini, kalau tak de akak, tak pergilah saya ke sports day tu..;-)) Cik kembar saya tinggalkan di rumah pengasuh. (jarang-jarang sgt hantar cik kembar di rumah pengasuh pada hari Sabtu/Ahad, hanya perkara2 terdesak macam ginilah minta mak cik pengasuh jaga.) Pada mulanya tak nak join, tapi rasa kesian kat Wafiy, beria-ria  mintak saya pergi. Malam nak pergi tu, bersungguh-sungguh lap sendiri kasut, sangkut track, t.shirtnya ;-)) Kesianlah kan, kalau tak pergi! 
 

"Mama tengok ni, wafiy dapat 'pahala'!" Sambil tunjuk kalung kemenangan di lehernya. Aahhaha! 'pahala'=piala.

"Wafiy dapat nombor tiga, mama!" Bangganya dapat no 3 (no 3 daripada 3 pasukan ;-)). Itulah seronoknya anak-anak.... Saya memuji, "ooo pandai Wafiy, nanti papa balik, wafiy bagitau papa deh!" Lagi dipuji, lagi kemewet menyengih! ;-))

 
Seronoknya anak-anak bila mak/ayah ikut serta dalam setiap aktiviti mereka kat sekolah kan!

"Mama, nanti mama, papa, Abang Iman, cik kembar pergi sukan sekolah Wafiy, tau!"
"Papa tak dapat pergi la Fiy. Papa sekolah. Macam mana mama sorang2 nak bawak cik kembar." "Ala, ala, mama boleh lah, boleh lah..."
 
Apa saja alsan yang kita beri, tak mahu terima, tetap berkeras mahukan family pergi tengok dia main sukan.
"Mama tengok tau wafiy main tau! tau!" 
Bersungguh-sungguh, itulah anak-anak! ;-)
 
**Wafiy ni dia lain sikit dengan abangnya,  kalau A katanya, maka A lah, tak boleh B atau C! Berpeluh mak tau, nak! ;-)

Perkembangan Sekolah Iman dan Wafiy

Dah nak masuk exam penggal kedua, baru nak cerita perkembgn anak2 exam penggal pertama lepas ;-))

Iman-alhamdulillah, prestasinya agak baik,  sama ada sekolah kebangsaan/sekolah agama, kedudukan dlm kelas-baik, walaupun ada kertas yang patutnya dia dapat 100, tapi tk dapat kerana sedikit kecuaian-tk jawab satu soalan. Kes nak cepat/tak semak sebelum hantar!
 
"Mama, dalam kelas Iman ada dua orang dapat no 3, Iman dan kawan Iman, tapi Iman jadi no 4 la, mama!" Heheheh. "Tak pe Iman, jumlah markah Iman sama, sebab tu ada 2 orang" ;-))
 
Walau bagimanapun, Subjek Tauhid sekolah agama perlu ditingkatkan! Begitu juga subjek seni khat, sebab tak guna pen khat, markah agak rendah!
 
 
Laporan Buku Kemajuan Sekolah Kebangsaan




Pertemuan saya dan guru kelas (sek. keb) 
 
-Iman haziq sangat cergas di dalam kelas
 
-banyak bertanya 
-cepat bertindak balas
 
(Pasal kecek banyok, bagi kat Iman la, hahaha, pitam cikgu nak layan kerenah Iman yang terlebih tanya.  *_* Mulut banyak-senang cikgu nak kenal hak mana satu Iman! ;-))


 Guru kelas Iman- baju oren
 Baju kuning tu bukan saya..;-))


 1 Utarid

 Wafiy pula, kemewet sengih2 tunjuk kertas exam-dapat 100. Kertas yang tak dapat 100, tak nak tunjuk! Hahhaha.

Menurut guru kelas Wafiy:

- malu-malu tapi mahu! ;-)
- Rajin
- Popular dlm kalangan kawan-kawan sebab wajahnya ala2 perempuan. Adoi, bahaya nih! ("Muka je nampak lembut cikgu, tapi perangai keras macam mama dia!"



 Ceria vs malu2, bersama-sama guru kelas

Anak2 seronok bila dipuji kan? Tak dapat markah bagus, kita sebagai ibu bapa kena bagi kata2 semangat : "tak pe lah cuba lagi, / okey lah ni, nanti exam lagi, dapat markah tinggi" dan sbgnya. Tidak beri kata2 yang agak mengecewakan anak2, bikin hati anak2 'kecik'! Sentiasa beri sokongan! Sekiranya prestasi ujian anak2 kurang baik, cari kelebihan yang ada pada anak-anak dari segi lain. Setiap anak2 pasti ada kelebihan n kekurangan masing2, kan!

Kalau boleh, exam yang tak lama lagi ni, prestasi Iman harap kekal dan kalau menaik, lagi elok kan! Menurut guru kelas Iman, peperiksaan yang akan datang ini akan menentukan kedudukan kelas, harap Iman tak turun kelas. amin!

Friday, October 4, 2013

Makan2 Famili @Chilis

Famili sampai KL hari Sabtu lepas, keesokan petang Ahad kami ke  Chilis Paradigm Mall Kelana Jaya. Kakak saya yang cadangkan makan2 family di Chilis Paradigm (dekat dengan rumah dia).

Kami 4 beradik-3 perempuan, 1 lelaki, Ba, Ma, 2 menantu, 8 cucu (7 lelaki, 1 perempuan) - 4 anak kakak, 4 anak saya, peace yo!
 
 Selalunya, kalau mereka datang KL, jarang2 dapat keluar makan satu famili macam ni. Seronok dapat berkumpul satu family. Alhamdulillah.



Menu desert-chocolate mountain, apa ke nama entah, lupa la ;-)) Kek coklat yang ada aiskrim atas. Satu lagi yg kami order, roti tiga segi, dalam ada beef/chicken, lupa jugak namanya, sdp juga! ;-))
 

Insya-Allah, umur panjang, November ini, ma, ba dan adik bongsu akan datang lagi KL. Projek makan-makan insya-Allah akan menyusul ;-))


Thursday, October 3, 2013

Sama tapi Tak Serupa? ;-))

 
Ma, kakak dan saya ... Smile! ;-))



Ba, Ma dan adik bongsu saya sampai KL Sabtu lepas, jenguk cucu-cucu katanya ... sekarang ada kat Kelana Jaya rumah kakak saya. Malam ni giliran rumah saya pula, sampai la mereka balik Kelantan petang Selasa depan. ;-))

Wednesday, October 2, 2013

Game Pisang vs B-Daman ^_^

'Game pisang' katanya.... ;-))

Minion Rush



Ha ni satu lagi, setiap kali iman dan wafiy main benda ni, setiap kali tu lah saya, "Iman/wafiy!! guli duk mano, duk mano?!! nanti cik kembar makey!" Seriau saya dengan guli, sbb cik kembar skrang suka sgt mengutip n masuk mulut! Orang tua-tua kata, mata budak tengah cerah, semua dia nampak. waima nasik tumpah, hok kecik tu pun, dia kutip n masuk mulut!  24 jam la kena menyapu ... hhahaha!



B-Daman
 

Kenangan Aidilfitri!!

Assalamualaikum....
 
Masuk 'rumah' sendiri macam malu-malu kucing gitu! Siap bagi salam lagi. Ahaks! Inilah pekdahnya kalau lama tak update! Bahasa pun tunggang langgang....;-))
 
Lagi rasa malu bila nak update gambar raya hari tu! Ahhahah ( gelak besar lagi), dah nak masuk  Aidiladha dah cik kak oiii, sabar aje lah! Anggap aje gmbr raya Aidilfitri memerangkap raya Aidiladha nanti. Aci dok!! Sebab Aidiladha nanti pun pakai baju hok ni jugok! Tapi Aidiladha tahun ni kami tak balik :-((
 
Aidilfitri lepas, bergambar  kat luar rumah. Sebelum ni, setiap kali raya, tempat yang sama aje, kat ruang tamu, dah bosan katanya, nak out door pulok. Bajet lawa! Cewah! Beria-ria saya mengarah suami, angkat kerusi tu, bla bla.... Berpeluh suami dan Ba ngangkat kerusi, lps solat raya lebih kurang pukul 10 pagi, memang matahari terik memancar! Ai tau ngarah aje, okey! Mengarah pun peluh juga tau, lagi la berdukung cik kembar sorang ;-))
 
Raya Pertama
 
 
























Tahun ni saya paksa suami dan anak-anak pakai samping... hahahha, tapi suami pakai time bergambar aje, okey lah tu. Anak-anak sangat sporting, pakai samping dari pagi solat raya sampai petang abis berjalan tu. Berjaya mak tau, nak imej bersamping tahun ni ;-))  Adik lelaki saya tak balik raya, pertama kali dia beraya kat KL, tak dapat cuti, kesian pulop.
 
 
Raya Kedua-indoor pulok, tempat sama macam tahun lepas ... kihkihkhi
 





























Rumah mentua tk snap, semua dah keletihan, tengah hari ceng ceng mls nk bergambar, bla bla bla ... ok fine!

**(Lagi cerita basi akan menyusul, wakakkaka, dah jadi blog basi la gamaknya Dieyana78 ni..terima ajelah hakikat ini ^__^
 

Friday, September 13, 2013

Ba dan Ma

Terjemahan doa untuk ibu bapa:

"Ya Allah, Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagi mana mereka memelihara dan mendidikku masa kecil."
 
 
 
"Masok gapo ma kito ter...." ^__^
"Ralit Ba kito tengok ko ma ter...." kihkihkih....
 
Wajah kesayangan kami : Haji Mohd Nor bin Muhammad aka Cikgu Nor dan Hajah Nawisah binti Haji Mohd Nawi aka Kak Sah ;-))
 
Semoga kedua-duanya sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah Taala ... Amin.
 
~~Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kamu kepada kedua ibu bapa kamu!~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...