Monday, October 28, 2013

Dugaan Menyusu Cik Kembar

Alhamdulillah, rezeki Allah Taala untuk cik kembar, setahun telah berlalu, mereka masih full bf.

Macam mana boleh bertahan sampai sekarang? Sedangkan anak seorang pun, sekejap saja menyusu badan, dah campur susu tepung, katanya.

Sungguh, saya akui, banyak dugaan yang dilalui sepanjang setahun saya menyusukan cik kembar. Sentiasa positifkan diri, yakin, bersungguh-sungguh,  insya-Allah. Setitis air susu ibu sangat2 bermakna ... kes tuang susu ... n macam2 dugaan saya hadapi, hanya Tuhan yang mengetahui perasaan saya ...eceh..ceh ceh ceh... ^_^

Saya bersyukur kerana Allah sentiasa menolong saya. Pada saat saya hampir2 tewas, DIA memberi pertolongan kepada saya.

Bukan sekali dua, tapi berkali2 saya hampir rebah.

Dgn berkongsi cerita pendek yang diringkaskan ini, moga dapat membantu dan sebagai pembakar semangat kawan-kawan, mungkin. Insya-Allah....

Bermula ketika dalam pantang, saya mula kumpul stok.

Sehari saya tak dapat kumpul banyak, kerana cik kembar sentiasa menyusu, kadang2 saya 'curi' stok. Saya masih kekok untuk menyusu kedua-duanya serentak. Bila kedua-dua menangis, mula la panik, saya 'curi' stok lagi! Sorang direct, sorang lagi akan diberi susu botol (ebm).

Habis pantang, balik KL. Alhamdulillah, saya mula pandai menyusu serentak (di rumah saja), tapi tengah malam saya 'curi' stok (kes mengantuk nk bersila beri susu kedua-duanya)
 
Kalau  keluar jalan, saya akan bawa 1 atau 2 botol ebm utk cik kembar ... risau kalau kedua-duanya melalak! (Sekarang tak lagi, dah besar ni, cik kembar makan pujuk, sekut sentiasa bawak ;-))

Stok semakin hari semakin kurang, ambik satu, tak ganti balik, macam mana nak tambah stok kan! Deep freezer semakin hari semakin banyak ruang kosong, sedihnyo kenangkan deep freezer yang pada awalnya (selepas pantang) ... berpuluh2 botol :-((

Pernah pengasuh cal, mintak susu, pukul 12/1 tengah hari, susu habis, katanya! Berdesup pecut cik Kelisa lunch hour beri susu yang saya pam di opis.  Saya tau, beliau belum dapat sesuaikan dgn cik kmbr. Tapi dlm hati saya merungut2 juga, apa tidaknya ... pukul 1 dah habis bekalan susu!
 
Gigih ganti, tgh2 malam bangun pam susu, apabila kedua-duanya tidur, 'curi' peluang pam, pagi2 sebelum subuh saya bangun lagi pam! Ketika ini, tidur saya tak tentu, selalu terbangun tengah malam/pagi-pam, pam dan terus pam ^_^
 
Berbotol2 susu saya bekalkan, tapi beliau masih tak dapat nk jadualkan waktu minum susu. Setiap kali cik kembar nangis, bagi susu, bagi susu dan  bagi susu, macam mana tak abis? Bagi berpuluh2 botol pun, kalau begitu caranya .... phew  phew...lap peluh.

Tension, ia berlarutan berminggu-minggu.

Menangis bukan sbb tk cukup susu, please check pampers. Baby ni kdg2 nak dibelai, dilayan.

Saya suka rujuk fasal penyusuan di blog Suraya Lunatots/ Fara Sara Kids etc. Sesekali saya online dengan kawan2.  Elakkan bertanya dgn orang yang kurang menyokong bf, yang akhirnya menyebabkan anda lebih kecewa n frust!
 
Hampir nak beli susu tepung, suami beri semangat!

Ya, misi mesti diteruskan!
 
Kes pecah kereta, medela freestyle diambil, sangat2 kacau! Seminggu saya guna pam manual avent, sesekali di opis dgn bermuka tebal, saya guna Spectra 3 Mamazarin, sesekali teknik marmet! berpeluh ketiak 
 
Google pam bagus ... tk de bajet doh nak beli FS :-(( akhirnya Rumble Tuff menjadi pilihan, alhamdulillah masih berjasa sehingga sekarang!

Itu belum lagi masuk angin malas nak pam di opis, ditambah kerja yang terkejar2 di opis ... phew phew.... Tapi walau sesibuk mana pun saya di opis, tidak pernah tidak saya tak pam, saya tetap 'curi' masa jugak! Cuba bayangkan satu hari tak pam? Huisy mau demam bengkak susu tau!

Apa yang saya sedar tentang diri saya, pada saat stok saya semakin kurang, rasa tension etc, saya masih boleh 'berlakon' tenang. Walau dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa galaunya saya, tapi cuba pujuk hati sendiri. Itu kelebihan yang ada pada diri saya, mungkin!? ;-))

Seingat saya, umur cik kembar 8/9 bulan, stok saya kosong! kosong! kosong! Bermula 'hari kosong' tu, hari ini pam, esok bekal untuk pengasuh, ya, tiada lagi ebm!

Yang bernasib baik, apabila cik kembar mula mkn ... terasa ringan/lega sedikit. 
 
Apabila cik kembar pindah duduk taska, ada masa menyebelahi saya, ada lebihan 1 atau 2 botol=4 oz. Alhamdulillah, lebihan itu dapat la saya top up utk esok ... atau mungkin 1 botol itu boleh buat stok.

Saya mula kumpul susu ... 12/11 ini saya akan out station ke Kelantan 4 hari!! Ouch, gigih kumpul 1 botol 1 hari. Sabtu Ahad pula, power pumping!
 
Alhamdulillah, di opis, saya masih pam, hasilnya masih lagi konsisten, sesekali ada lebih, sesekali kurang, sentiasa bekerja keras ;-))
 
Usaha doa n tawakal....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekarang, saya selesa menyusu cik kembar kerana mereka semakin bsr n pandai cari sendiri, saya tak perlu lagi bangun bersila tgh mlm, mama serah diri aje, nak! ^__^

 
Pengalaman indah ini pasti tidak akan dilupa sampai bila2 ... syukur pada-Mu ya Allah...

Perjalanan  setahun ini-bukan semudah yang disangka, walau apa pun masalahnya, saya terus berjuang. Pertolongan Allah Taala, sokongan suami dan keluarga serta rakan2 ... menjadikan saya terus gigih dan kuat, terima kasih!  Syukur ya Allah.
 
Bukan kerana siapa-siapa, demi Allah, hanya untuk anak2 saya. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang ketika melahirkan anak pertama dulu....

Selagi daya, diberi kesihatan dan rezeki, terus bf ... amin.

Friday, October 25, 2013

Nak Join Usrah?




Sumber: FB Wardina Safiyyah, tapi saya share dr FB ex teacher Iman Genius Aulad. TQ Ayu!
 
Emel sebelum 25 kan? Tapi hari ni dah 25, saya try juga emel, mana la tau untung2 masih diterima, cubalah emel kalau berminat...;-)) Kalau Sabtu Ahad, insya-Allah boleh lah join, kalau hari bekerja, tak dapat la....

Wednesday, October 23, 2013

Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :
1. Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis di kepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2. Jika tidak solat zuhur, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :
Ayah saya cakap, kalau saya tidak solat terus-menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
 

    Photo: Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat....

Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
    Sumber: Facebook
 
 
** Saya dah try kat anak-anak saya, Iman n Wafiy, Alhamdulillah, setakat ni diaorang ikut, terutama Wafiy, bila tanya, "Wafiy dah semayang zuhur?" Terus cepat2 berwuduk. ;-)
 
 "Wafiy semayang zuhur tak tadi?"
"Kenapa mama tak ingatkan wafiy, mama nih! Wafiy tak de tangan dah!" Muka dah masam cetung!  Terus berwuduk nak semayang zuhur, walaupun masa tu dah asar ... wakakkka. Memang tau takut anak saya yang berambut ketak ni tau! ;-))
 
Walaupun anak2 kecik, solatnya, biasalah kan, kalau wafiy, sempat tu bercakap time solat, lps tu sambung balik! ^_^ Tapi sekurang2nya mereka mahu melakukan yang wajib itu. Kita kena sentiasa ingatkan mereka. Ye tak? ;-))
 
Uols boleh la cuba kat anak-anak! ;-))
 

Friday, October 11, 2013

Cik Kembar Setahun!

Alhamdulillah, hari ini 11 Oktober 2013, umur cik kembar setahun!
 
Selamat hari lahir Cik Kembar Umar! Doa kami kedua-duanya sihat selalu, panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh, sentiasa di bawah rahmat Ilahi. Amin.
 
Gigi masing-masing baru ada 4 batang; 2 di bawah, 2 di atas! ;-))
 
Umar Ghazi pagi ni badan sedikit panas, bekalkan ubat demam, harap tidak berpanjangan demamnya.....


Mak kembar tumpang menyengih! ;-))

Thursday, October 10, 2013

Jangan Pitam Deh! ;-)

Hahahhah, BESAR GILA BABAS MY NEW HEADER!  Jangan pitam deh! ;-)) Untuk sementara waktu, kalau masuk ini rumah, hadap aje lah header yang besar-sebesarnya!  ;-)) Peace yo, smile!

Blog Tanpa Header!

Header lama dah tak relevan sekarang ni, gambar n nama cik kembar tak de, kena buat header lain yang lebih sesuai.
 
Untuk sementara waktu ni...sy delete header lama, siapa boleh tolong buat header simple cantik untuk saya?? ;-))
 
Please please please...help me! ;-))
 

Cheese Cracker

Try buat, 'sedapnye!' Ahaks, perasan sedap. Tapi sungguh, senang je buatnya, bak kata kakak saya, "mu buat sambil pejam mata". ;-))
 
Kakak saya try buat, dia bwk utk saya, adeh, sedapnya, dan saya cuba buat sendiri.
tq ya..

Sekut saltcheese khong guan, susah nak jumpa, saya ganti sekut masin cheese julies.

Cik kembar n Wafiy pun suka!





















Saya kongsikan resepi ini utk yang berminat (kakak saya ejas sikit dr resepi ezstroree.blogspot.com)

Bahan
1 ketul cheese (saya guna brand tatura)
1/2 susu pekat manis
susu segar
nestum (atau boleh je apa2 yang uols suka-oat/cornflakes/serbuk koko)
biskut cheese julies (bulat) (boleh tukar sekut lain yg sesuai, kakak saya guna brand Ritz)

Cara
-Pukul cheese bersama-sama susu pekat manis hingga hancur ketulan cisnya (guna mixer lagi cepat, tapi saya tak de mixer, gigih bergilir dgn mak, sampai lenguh bahu tau! ;-))
-Celup sekut dalam susu segar, 1-2 saat saja ( jgn lembik)
-Susun sekut dalam bekas, sapu/letak krim cis, tabur nestum.
-Ulang sampai habis krim cis/sekut.
-Simpan dalam peti ais-lebih kurang 6 jam, sedap dimakan sejuk2!

(Utk elak rasa muak, saya tabur nestum sikit2 je, n krim cis tu pun, saya letak nipis2 je.. kalau yang suka cis, boleh je sapu lebih cis, boleh ejas ikut suka ;-)

Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...